Pertama, saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana saya merasa puas kerana dapat membantu pelajar-pelajar khususnya pelajar saya di SMKDARY, Bota Perak.
Kepada kamu semua, saya pesan lagi sekali, jangan fikir lagi soal minat atau tak minat subjek sejarah tapi fikir macam mana kamu boleh skor sejarah. Memang tak dinafikan, faktor minat tu faktor yang membantu motivasi, tapi ia bukan prioriti.
Kalau nak buat anologi, ramai budak tak minat pergi sekolah tapi kena pergi dan ramai berjaya juga. Dah rutinnya begitu. Kenapa kena juga sekolah, kan susah ? Kena buat itu dan ini ? Samalah macam belajar subjek Sejarah ni, anggap kena belajar juga walau kononnya susah, tak minat, dsbnya. Yang dapat A Sejarah tu pun bukan minat sangat faktor kejayaannya tapi kaedah dan strategi yang betul.....fikirkanlah.
Tentang Program 15 minit tu, nampaknya ramai yang segan dan malu-malu nak datang jumpa! Budaya Melayu kita kan ? Nanti kat Universiti nanti, lagi ler kena ngadap pensyarah !Tapi dengan saya , takkan masih segan kot. Kalau saya ada kat bilik guru dan tengah bersembang tu, datang jer. Tak apa. Waktu rehat juga boleh. Waktu balik juga boleh. Pokoknya, jika saya rasa saya tak boleh dan masa tak mengizinkan, saya bagi tahu.
Konsepnya, kamu datang berdua dan bercakaplah tentang tajuk soalan kamu dari aspek pengenalan, isi dan kesimpulan secara lisan kepada saya. Maknanya berbahasalah.....macam bersembang , dengan harapan itulah idea yang kamu akan dapat tulis. Buatlah persiapan supaya kamu lebih bersedia. Carilah apa-apa saja soalan yang kamu nak bicarakan.
Saya yakin, dengan latihan berterusan, pembacaan kamu dari pelbagai sumber, pembentangan & perbincangan dalam kelas, dan program 15 minit ini pasti membuahkan hasil yang baik.( InsyaAllah )Sebab Allah suruh kita berusaha barulah boleh berserah dan bertawakkal.
Dalam pada kita berusaha, kita mesti letakkan pengharapan pada ALlah. Segala ditanganNya. Terima kasih Tuhan ( ALlah ) di atas rahmatMu.

1 ulasan:
mendayu lagunya......rasa kecik diri ini....thanks Allah !
Catat Ulasan