Ada yang merungut sampai waktu dan tika ini, dak tahu sikit habuk tentang Sejarah khususnya Sejarah 1. Jika rungutan ini berbunyi daripada mulut kamu, sah ada antara kamu tak ikut apa yang saya sarankan. Tidak buat pembacaan buku rujukan, baca soalan & jawapan, malah buka blog saya pun dak. Mudah difahami hal ini kerana malas berusaha banyak alasan !
Kejayaan takkan datang bergolek-golek menyembah kamu. Kamu yang kena kejar dia. Bak kata cikgu Mus, " Belajar tinggi berlapis-lapis tapi b****nya ( + malasnya ) bertingkat-tingkat.........". Fikirkanlah !
Ingat, bila saya sarankan baca buku, buka, baca dan ambil bahan dari blog saya, bukan saya saja-saja. Itu kaedah dan strategi untuk bantu kamu. Zaman dah berubah. Minda guru dan pelajar juga perlu berubah ke arah lebih positif. Guna kaedah ICT ! Internet dan blog antara kaedah ICT yang boleh digunakan.
Banyak perkara sama ada nota, soalan, 'instinct' tajuk penting, nasihat,komen, dsbnya saya muat dan luahkan melalui blog ini. Ia adalah rasa hati, usaha, pengorbanan saya untuk kamu khususnya pelajar SMKDARY .
Ada yang bersahaja mengatakan, " saya buka blog cikgu kadang-kadang jer, tu pun baca gitu-gitu ". Nak kata tak faham, saya dah jelas dalam kelas. Ikut kamulah........ Tentang kemudahan capaian internet, memanglah kawasan kamu kawasan kampung. Tapi itu bukan alasan. Di sekolah kita ada makmal komputer yang lengkap, ada pusat akses dan di luar ada ciber kafe yang banyak. Kalau top up handphone mampu bayar, takkan sesekali ke ciber kafe tak mampu. Tak de alasan sebenarnya......
Peperiksaan percubaan dah hampir. Begitu juga STPM 2008. Nasihat saya, ikuti dan ambil tahu perkembangan isi blog saya. Saya akan masuk entri baru yang saya rasa penting, ikut 'instinct' saya bila saya ada waktu.
Kata peribahasa, "Hanya jauhari yang mengenal manikam". Daripada kamu menghabis masa melayan sms b****, online bukan-bukan, lebih baik kamu membaca dan mencatat nota dari blog saya. Lebih baik juga jika kamu usaha untuk cetak.
Pelajar saya daripada kelas 6 Rendah Hanafi juga sila buat sebagaimana yang saya sarankan.
Selamat belajar.

Selamat berhujung minggu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan