ENJIN CARIAN BAHAN

Khamis, 7 Ogos 2008

Fokus STPM 2008 - Tema 1-Struktur masyarakat Sepanyol (Tamadun Islam)


Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam.

A. Pengenalan.

1. Bandar-bandar di Sepanyol menjadi pusat pentadbiran kerajaan Islam selama 8 abad dan juga menjadi pusat perkembangan Tamadun Islam
2. Masyarakat Islam di Sepanyol merupakan masyarakat Islam di Eropah kerana bilangan majoritinya merupakan penganut agama Islam di Eropah.
3. Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umayyah, terdapat pelbagai kaum di Sepanyol, kaum yang terbesar ialah kaum Barbar dan diikuti dengan bangsa Arab, Muwalladun,(golongan penduduk tempatan),kaum Mozarab, masyarakat Yahudi dan golongan hamba.

B.Isi-isi penting.

1. Kaum Barbar

a. Masyarakat yang hidup menetap.
b. Kebanyakan tinggal di desa.
c. Melibatkan diri dalam bidang pertukangan, pertanian dan sebilangannya bertugas sebagai buruh,
d. Berasal daripada keturunan pejuang-pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol.
e. Setelah bergabung dengan kaum muslimin yang lain, mereka mula menghadapi penentangan daripada puak kristian.

2. Kaum Arab
a. Merupakan golongan pemerintah Andalusia yang berketurunan Bani Umaiyyah.
b. Terdiri daripada golongan yang kecil bilangannya
c. Mempunyai pengaruh dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban. Pengaruh mereka kuat kerana mempunyai hubungan dengan pemerintah Bani Umayyah di Damsyik.
d. Mereka juga berpengaruh dalam bidang ekonomi di Sepanyol, dan memiliki ladang-ladang yang besar serta hasil yang lumayan.

3. Golongan Muwalladun

a. Merupakan penduduk tempatan bangsa Sepanyol yang memeluk agama Islam.
b. Bilangan mereka adalah melebihi orang Arab.
c. Amat berbangga dengan agama yang mereka anuti.
d. Berlaku perkahwinan campur antara orang Arab dengan golongan Muwalladun yang secara langsung merapatkan jurang antara mereka sehingga perbezaan antara bangsa Arab dan Muwalladun tidak dapat dikenali lagi.

4. Golongan Mozarab

a. Merupakan orang kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam.
b. Boleh disamakan dengan golongan Zimmi, di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah di Damsyik.
c. Menetap di bandar dan di luar Bandar serta bertutur dalam loghat Rom.
d. Bagi golongan terpelajar, mereka boleh bertutur dan menulis bahasa Arab dengan baik.
e. Membayar jizyah kepada kerajaan Islam, menikmati kebebasan beragama dan tidak dipaksa menganut agama Islam.

5. Golongan Yahudi dan Hamba.

a. Golongan Yahudi tidak ramai tetapi mereka banyak menyubang dalam bidang intelektual.
b. Hidup dengan aman di bawah naugan kerajaan Islam dan membayar jizyah.
c. Golongan hamba terbahagi kepada 2 puak, iaitu: Puak Negro dan puak Saqalibah.
d. Golongan Saqalibah amat berpengaruh dan mempunyai bilangan yang ramai pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III.
e. Mereka akhirnya diberi kebebasan dan memeluk Islam serta berpenagaruh dalam bidang politik.
f. Pada abad ke- 11, golongan ini merupakan salah satu daripada golongan yang penting di Sepanyol.


C. Kesimpulan

a. Kewujudan pelbagai puak di Sepanyol telah menjadi masalah yang besar kepada pemerintahan Islam di sana.
b. Faktor perpecahan di kalangan pemimpin Islam di Sepanyol telah memberi peluang kepada orang Kristian di bahagian utara untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
c. Keadaan ini merupakan punca kepada kejatuhan Islam di bumi Sepanyol.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.