ENJIN CARIAN BAHAN

Memaparkan catatan dengan label NOTA TAMADUN DUNIA TEMA 7. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NOTA TAMADUN DUNIA TEMA 7. Papar semua catatan

Selasa, 7 September 2010

TAMADUN DUNIA/ISLAM : TEMA 7 – TUJUAN PENJELAJAHAN & PENEROKAAN ISLAM VS BARAT

Bandingkan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dan Tamadun Barat.

A. Pengenalan 

Definisi penjelajahan dan penerokaan.

1. Menurut Kamus Dewan penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau berjalan ke merata tempat untuk menyelidiki . Manakala penerokaan ialah perihal perbuatan meneroka dan menerokai.

2. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun Islam

3. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun barat

B. Isi-isi penting : ( Isi jawapan perlu diperbaiki/tambah lagi )

Tujuan penjelajahan dan penerokaan Islam dan Barat (5isi x 4M=20M)

1. Penyebaran Agama

Para pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Saad b Abi Waqas telah berdakwah di China. Selain itu, Syeikh Abdul Aziz dan Maulana Malik Ibrahim dihantar ke alam Melayu. Muaz b Jabal pula dihantar ke Yaman untuk berdakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom, dan China untuk menyebarkan Islam.

Begitu juga orang Eropah dalam Tamadun Barat menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian. Orang Kristian dan Islam bermusuhan sejak perang salib. Oleh itu, orang Kristian berhasrat untuk menghapuskan pengaruh Islam dan menggantikannya dengan agama Kristian. Caranya ialah mereka menguasai jalan perdagangan dan menghapuskan monopoli perdagangan yang dikuasai oleh orang Islam di Eropah dan Asia. Idea penjelajahan juga disokong oleh pihak gereja dan raja-raja Eropah. Oleh itu,agama kristian cuba disebarkan ke seluruh dunia menyebabkan mereka gemar menjelajah ke benua Afrika dan Asia.

2. Meningkatkan Ilmu Pengetahuan

Bidang geografi dan pelayaran telah diteroka oleh umat Islam. Selepas wilayah Islam berkembang luas, pengetahuan umat Islam semakin bertambah tentang kedudukan sebuah negara dan bumi. Para intelektual slam mempelajari pelbagai ilmu seperti astronomi, geografi,perubatan daripada peradaban-peradaban lain.

Begitu juga dalam tamadun barat melakukan penerokaan dan penjelajahan bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan. Melalui perkembangan teknologi perkapalan orang Eropah telah membina kapal-kapal laut yang kukuh. Di samping itu bidang geografi juga menggalakkan penjelajahan. Perkembangan dalam bidang pelayaran turut disebabkan oleh kesedaran orang Eropah tentang konsep bumi bulat dan boleh dijelajah dengan selamat. Oleh itu, ilmu penting sebagai faktor penggalak penerokaan dan penjelajahan barat.

3. Kegiatan Perdagangan

Pedagang-pedagang Arab dihantar ke negara luar untuk mendapatkan makanan, kuda, kayu, logam, dan hamba.Pedagang Arab berdagang di Khanfou, China pada abad ke-2 H, Asia Tenggara abad ke-10M, India Abad ke-3 dan ke-4, Yaman, Habsyah, Mesir, dan Asia Timur.

Begitu juga dengan Tamadun Barat, mereka datang ke timur untuk mendapatkan keperluan barangan seperti rempah, sutera, dan lain-lain. Faktor ini dapat memecahkan monopoli dan penguasaan pelabuhan- pelabuhan Itali terhadap barangan timur. Penemuan jalan laut mempercepat proses perdagangan antara barat dan timur.

4. Perluasan kuasa dan Pengaruh.

Pada zaman Umaiyah, Khalifah al Walid b Abd Malik Islam telah bertapak di China, India, Asia tengah, Utara Afrika dan Sepanyol. Pemerintah Islam berusaha memperkukuh politik Islam di seluruh Afrika Utara dari pantai Atlantik hingga Laut Merah.

Begitu juga dengan Tamadun Barat, perkembangan fahaman kapitalisme pada abad ke-16 dan 17 dan konsep merkantilisme membantu perkembangan perdagangan. Oleh itu, orang Eropah berusaha meneroka dan menjelajah benua Asia dan Afrika untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh mereka. Pengukuhan kuasa dan pengaruh ini meningkatkan penguasaan terhadap perdagangan di kawasan tersebut.

5. Memenuhi perasaan ingin tahu

Dalam Tamadun Islam, perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka mendorong umat Islam melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan.

Begitu juga Tamadun Barat, Zaman Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat Eropah. Mereka mula menumpukan terhadap falsafah dan pemikiran yang moden daripada pemikiran yang kuno

6. Membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan.

Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan.

Sebaliknya, Tamadun Barat tidak mementingkan aspek ini.

7. Menambah keimanan dan ketaqwaan

Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan memerhati ciptaan Allah dan menghadapi cabaran semasa pelayaran. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi.

Sebaliknya, Tamadun Barat lebih mengutamakan keseronokan dan kepuasan diri.

8. Mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.

Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.Contohnya Insaf melihat peninggalan kaum Thamud dan ‘Ad yang ingkar terhadap ajaran Allah.

Sebaliknya Tamadun Barat tidak mempunyai tujuan ini.

9. Dorongan al-Quran

Umat Islam melakukan penjelajahan dan penerokaan didorong oleh seruan al-Quran. Contohnya Firman Allah yang bertmaksud “Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah swt. menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian Allah swt. menjadikannya sekali lagi.

Sebaliknya, Tamadun Barat didorong oleh golongan gereja dan raja.

C. Kesimpulan (2M)

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 5 Julai 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 7 – FAKTOR P & P ORANG PORTUGIS

Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti  penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M.

PENGENALAN:

1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.

2. Kuasa-kuasa Eropah yang melakukan penjelajahan dan pelayaran

3. Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.

ISI :

A . Faktor ekonomi memang faktor utama , tetapi terdapat faktor lain yang mempengaruhi.

1. Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah

  • Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan.
  • Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan
  • Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme.

  • Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru

2. Memerlukan Barangan dari Timur

  • Mereka memerlukan barangan seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal .

  • Pada abad ke-15M, pedagang Islam & Italy kuasai perdagangan dengan Timur dan dapat keuntungan yang besar

  • Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453 M dan wilayah-wilayah di timur menyebabkan kota-kota Italy seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan utama.

  • Mereka juga tidak dapat menerima bekalan barang-barang dari Timur dengan tetap .

  • Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barangan tersebut dengan kadar harga yang rendah dan memecahkan monopoli saudagar Islam

B. Faktor-faktor lain

3. Faktor  Geografi

  • Negara Portugal terdedah kepada pengaruh kelautan .

  • Kedudukan yang terdedah kepada Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut untuk melakukan pelayaran dan penerokaan .

  • Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur.

4. Faktor Politik - Keadaan politik yg Stabil & Kepimpinan Raja-raja Portugal

  • Kepimpinan raja-raja Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan perkapalan .

  • Contoh ; Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama mencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia.

5. Faktor Pemerintah - Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)

  • Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib .

  • Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres untuk melatih pelayar-pelayar yang berminat untuk sertai ekspedisi pelayaran .

  • Pelayar-pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki kepulauan Madeira .

  • Kapten-kapten yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan hamba yang menguntungkan .

  • Menjelang 1460 M, Portugis berjaya kuasai rangkaian pelabuhan-pelabuhan dari Madeira ke Cape Verda.

6. Faktor agama - Galakan Paus

  • Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.

  • Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian di luar Eropah

7. Faktor Teknologi - Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran

  • Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut

  • Penemuan-penemuan baru seperti :
    • carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah & Laut Mediterranean

    • kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayaran

    • astrolab untuk tentukan longtitud

    • reka bentuk kapal

  • Dengan bantuan alat-alat ini serta kemampuan membina kapal yang kukuh untuk belayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.

8. Faktor Luaran – Cerita-cerita Mengenai Dunia Luar

  • Oleh peneroka-peneroka dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo Verthema .

  • Catatan daripada tokoh-tokoh pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu untuk meneroka kawasan baru .

  • Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis

KESIMPULAN:

1. Portugal merupakan kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad ke-16 M..

2. Kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh Portugis melalui perdagangan dengan Timur menyebabkan kuasa-kuasa Barat lain seperti  Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris menghantar angkatan mereka ke Timur untuk meluaskan tanah jajahaan di Timur.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Khamis, 3 September 2009

TAMADUN DUNIA : TEMA 7 –FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN KUASA BARAT

Huraikan faktor-faktor yang mendorong kuasa-kuasa barat melancarkan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke 15 dan ke 16 masihi. (25 M)

Pengenalan

  1. Konsep penjelajahan merujuk kepada mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.
  2. Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi
  3. Bangsa Eropah mempunyai tradisi penerokaan sejak zaman Yunani iaitu sekitar abad ke-8 S.M lagi.Contohnya orang Crete, Mycenea dan Phonesia telah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan sekitar laut Mediteranean untuk tujuan ekonomi dan politik
  4. Kuasa-kuasa barat seperti Portugal dan Sepanyol mula menjelajah dan meneroka disebabkan beberapa faktor yang mendorong dan juga untuk mengatasi perubahan politik, ekonomi dan agama yang berlaku pada zaman tersebut.

Isi-isi penting

1. Peranan pemerintah

  1. Pada zaman Yunani orang Phonesia melakukan ekspedisi mengelilingi Benua Afrika dengan bantuan raja Mesir iaitu Firaun Necho.
  2. Iskandar Zulkarnain telah memimpin ekspedisi ketenteraan dari Macedonia dan Mesir di barat hingga Hindu Kush dan Punjab di Timur. Beliau juga menaja ekspedisi-ekspedisi yang disertai oleh pakar dan penulis untuk merekod sumber-sumber asli di kawasan takluknya
  3. Dorongan daripada pemerintah seperti Putera Hendry dan Raja John III dari Portugal dan Sepanyol membawa kepada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi pelayaran serta penubuhan Akademi Laut.
  4. Raja-raja negara bangsa juga memberi galakan kepada masyarakatnya untuk menjelajah dan meneroka. Tujuannya adalah untuk mengumpul kekayaan.
  5. Para pemerintahan juga memberi hadiah yang lumayan dan gelaran sebagai insentif kepada para peneroka

2. Maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar

  1. Orang Yunani melancarkan ekspedisi untuk meninjau keadaan persekitaran dan keadaan geografi sesuatu kawasan. Contohnya orang Phonesia telah melancarkan ekspedisi belayar mengelilingi pantai Afrika dengan tujuan mengetahui keluasan kerajaan Mesir.
  2. Sumber maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar diperoleh daripada orang Islam Arab pada zaman pertengahan awal.
  3. Catatan Marco Polo mengembara ke China dalam buku “ The Travels of Marco Polo ” dan perkhidmatan rahib John Monte Carvino di India, Parsi dan China telah mendorong penjelajahan orang-orang Eropah
  4. Maklumat yang diperoleh tentang India dan China telah menarik minat para penjelajah seperti Chistopher Colombus.

3. Penyebaran agama Kristian

  1. Golongan paderi Kristian dan raja-raja Eropah bercita-cita untuk mengembangkan agama kristian di dunia luar.
  2. Para mubaligh kristian dengan para saudagar ingin meneroka ke tempat-tempat baru iaitu Amerika, Asia dan Afrika. Contohnya Portugal menakluki kerajaan Melayu Melaka dan salah satu faktornya ialah menyebarkan agama Kristian
  3. Selain dari itu orang-orang Sepanyol dan Portugal ingin merampas balik tanah mereka daripada penguasaan orang Islam.

4. Perkembangan Kapitalisme dan Merkantilisme

  1. Sistem ekonomi Kapitalisme mengalakkan kegiatan mengumpul modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.
  2. Perkembangan ini telah mendorong kemunculan dasar ekonomi Merkantilisme di negara-negara bangsa yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan
  3. Bagi mencapai matlamat tersebut raja-raja negara bangsa mengalakkan penjelajahan dan penerokaan.

5. Kemajuan Teknologi Pelayaran

  1. Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan
  2. Alat-alat seperti kompas magnetik dan astrolab dicipta untuk memudahkan pelayaran. Kompas digunakan untuk menentukan arah dan astrolab digunakan untuk menentukan longitude.
  3. Masyarakat Eropah mempunyai peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15 masihi yang memudahkan lagi aktiviti pelayaran mereka.
  4. Dengan bantuan alat-alat pelayaran, kapal-kapal yang kukuh dapat dibina untuk belajar ke lautan yang luas

6. Persaingan Negara-Negara Bangsa

  1. Negara-negara bangsa seperti Sepanyol, Perancis dan Portugal bersaing untuk meneroka kawasan-kawasan yang baru di benua Asia, Afrika dan Amerika
  2. Tujuan mereka adalah untuk memperoleh bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.
  3. Semakin luas kawasan yang terokai semakin tinggi sanjungan yang diberi di kalangan negara-negara Eropah

7. Pengaruh Renaisance

  1. Pada zaman Renaisance, cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah telah berubah. Mereka lebih mempraktikkan ciri-ciri Individualisme, Humanisme, Sekularisme, sifat kritikal dan rasioanalisme.
  2. Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah pada zaman ini.
  3. Keadaan ini telah mendorong kebebasan pemikiran manusia dan mula mementingkan kemajuan sains dan teknologi yang mengalakkan masyarakat Eropah menjelajah dan meneroka kawasan-kawasan baru.

Penutup

  1. Jelaslah bahawa faktor-faktor yang dibincangkan telah mendorong penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa besar di Eropah.
  2. Akibat daripada penerokaan kawasan-kawasan baru telah meninggalkan kesan kepada penduduk tempatan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 23 Mac 2009

TEMA 7 : PENJELAJAHAN & PENEROKAAN ORANG PORTUGIS

write1 kerja rumah ( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 27/3/2009 )
Bincangkan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M.
PENGENALAN: ( Buat rujukan )

1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.

2. Kuasa-kuasa Eropah yang melakukan penjelajahan dan pelayaran

3. Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.

ISI : ( BUAT RUJUKAN )

1. Geografi

  • Negara Portugal terdedah kepada pengaruh kelautan
  • Kedudukan yg terdedah kpd Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut untuk melakukan pelayaran dan penerokaan
  • Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur

2. Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah

  • Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan
  • Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan
  • Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamlkan dasar ekonomi merkantilisme
  • Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru
3. Keadaan politik yg Stabil & Kepimpinan Raja2 Portugal
  • Kepimpinan raja2 Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan perkapalan
  • Contoh ; Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama mencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia

4. Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)

  • Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib
  • Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres utk melatih pelayar2 yg berminat utk sertai ekspedisi pelayaran
  • Pelayar2 yg mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki kepulauan Madeira
  • Kapten2 yg dihantar oleh Putera Henry terlibat dlm perdagangan hamba yg menguntungkan
  • Menjelang 1460 M, Portugis berjaya kuasai rangkaian pelabuhan2 dari Madeira ke Cape Verda.

5. Memerlukan Barangan dari Timur

  • Mereka memerlukan barangan spt rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal
  • Pada abad ke-15M, pedagang Islam & Italy kuasai perdagangan dgn Timur dan dapat keuntungan yg besar
  • Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453 M dan wilayah2 di timur menyebabkan kota2 Italy spt Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan utama
  • Mereka juga tidak daapat menerima bekalan barang2 dari Timur dgn tetap
  • Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur utk mendapatkan barangan tersebut dgn kadar harga yg rendah dan memecahkan monopoli saudagar Islam

6. Faktor agama /Galakan Paus

  • Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.
  • Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Keristian di luar Eropah

7. Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran

  • Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut
  • Penemuan2 baru spt ;
    • carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah & Laut Mediterranean
    • kompas magnetik digunakan utk menentukan arah pelayaran
    • astrolob utk tentukan longtitud
    • reka bentuk kapal
  • Dgn bantuan alat2 ini serta kemampuan membina kapal yg kukuh utk belayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.

8. Cerita2 Mengenai Dunia Luar

  • Oleh peneroka2 dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo Verthema
  • Catatan drpd tokoh2 pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu utk meneroka kawasan baru
  • Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis

KESIMPULAN:

1. Portugal merupakan kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad ke-16 M.

2. Kekayaan dan kemakmuran yg diperoleh Portugis melalui perdagangan dgn Timur menyebabkan kuasa2 Barat lain spt Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris menghantar angkatan mereka ke Timur.

Sabtu, 14 Mac 2009

TEMA 7 : CHRISTOPHER COLUMBUS

( ARAHAN : PELAJAR PRA-U DARY-BUAT LATIHAN INI. HANTAR PADA 23/3/2009. BUAT RUJUKAN LANJUT)


Bincangkan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Christopher Columbus serta sumbangannya.

Pengenalan

1. Definisi penjelajahan dan penerokaan.( Rujuk buku )

2. Latar belakang Christopher Columbus

i. Lahir di Bandar Genoa, Itali pada tahun 1451 Masihi

ii. Menjadi kelasi ketika berusia 19 tahun dan telah belayar dari Itali ke England melalui Gibraltar.

Isi Penting

A. Faktor Penjejalahan dan Penerokaan Christopher Columbus

1. Dipengaruhi oleh buku-buku Marco Polo

  • Hasil daripada penulisan buku-buku pelayaran Marco Polo menyebabkan Columbus berminat dan terpengaruh dengan kisah tersebut serta berhasrat untuk belayar ke China dan Jepun melalui jalan

2. Mendapat sokongan Raja Sepanyol, Ferninand dan Isabella

  • Christopher bercita-cita mencari jalan laut ke India. Dengan bantuan daripada Raja Portugal iaitu Raja John II yang sangat meminati bidang pelayaran, maka Christopher telah membuat segala persiapan untuk pelayaran selama beberapa bulan.

  • Namun begitu, pada tahun 1484, Columbus gagal mendapat sokongan daripada Raja Portugal, John II untuk memulakan pelayaran yang bersifat percubaan.

  • Oleh sebab berasa kecewa, Columbus meminta Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Sepanyol menyokong rancangannya. Raja Ferdinand dan Ratu Isabella memberi galakan dan dorongan serta peruntukan kewangan kepada Columbus untuk mengadakan pelayaran dengan syarat sebarang kawasan baru yang ditemukan oleh Columbus harus menjadi milik Sepanyol.

3. Dilantik sebagai wizurai tanah jajahan

  • Ferdinand dan Isabella berjanji untuk menjadikan Columbus sebagai wizurai untuk tanah jajahan baru dan memberikan satu persepuluh dariapda nulai perdagangan yang bakal disumbangkan oleh petempatan baru tersebut.

4. Melaksanakan cita-citanya iaitu “Emas”, “Tuhan” dan “Cathay”

  • Emas – mendapat kekayaan, rempah dan sutera

  • Tuhan – menyebarkan Kristian di negara bukan Kristian yang menjadi motif orang Eropah pada abad ke-15

  • Cathay – nama purba negara China

5. Ingin menguji teorinya yang dunia ini bulat sebagaiman pendapat sarjana abad ke-15 yang menyatakan dunia ini rata.

  • Pendapat ini berdasarkan pendapatnya pelayaran seharusnya menuju ke arah barat iaitu mengelilingi glob.

6. Mendapat pendidikan formal tentang ilmu pelayaran

  • Columbus mendapat pendidikan formal di sebuah sekolah pelayaran di Sagres, Portugal.

  • Melalui sekolah tersebut, Columbus didedahkan dengan ilmu geografi dan ilmu pelayaran termasuklah membaca kompas, peta, tentang lautan, garisan lintang dan bujur.

  • Hal ini membolehkan Columbus memulakan pelayaran ke Timur melalui Lautan Atlantik.

B. Sumbangan Christopher Columbus dalam Penjelajahan dan Penerokaan

1. Penemuan dan pembukaan wilayah-wilayah baru.

i. Penemuan Kepulauan Bahamas di Laut Carribean.

  • Pada bulan Oktober, 1492, Columbus telah berjaya menemui daratan dan mengisytiharkan sebagai tanah milik Sepanyol.

  • Columbus telah membuat andaian bahawa daratan tersebut ialah India.

  • Oleh itu, Columbus telah menamakan penduduk peribumi di kawasan tersebut sebagai Red Indian atau India Merah kerana warna kulit puak tersebut berwarna merah.

  • Kawasan tersebut sebenarnya dikenali sebagai San Salvador di Bahamas yang terletak di Laut Carribean.
  • Columbus kemudiannya meneroka pantai Cuba dan Hispaniola.

ii. Penemuan dan pembukaan wilayah-wilayah barupulau-pulau Dominica, Puerto Rica dan Jamaica.
  • Antara tahun 1493 M – 1504 M (pelayaran kedua), Columbus telah belayar sebanyak tiga kali dan telah menemukan pulau-pulau Dominica, Puerto Rica dan Jamaica.

  • Namun begitu, beliau gagal menemukan apa yang dicita-citakannya iaitu timbunan emas.
iii. Penemuan Trinidad
  • Dalam pelayaran ketiga pada tahun 1498, Columbus telah berjaya menemukan Trinidad.

  • Nasib malang telah menimpa Columbus apabila ditangkap dan dihantar pulang ke Sepanyol.
iv. Penemuan Benua Amerika
  • Dalam tahun 1492 M – 1494 M iaitu dalam pelayaran yang terakhir,Columbus menerokai pantai timur Amerika Tengah dari Honduras ke Panama.
2. Penemuan jalan perhubungan antara benua Eropah dengan benua Amerika melalui Atlantik.
  • Dengan menggunakan Lautan Atlantik ini, Columbus merintis jalan penjelajahan laut ke kawasan lain oleh pelayar-pelayar seterusnya.
3. Penyebaran agama Kristian di Amerika Latin
  • Menubuhkan gereja membawa kepada misi penyebaran agama Kristian.

4. Menjadi perintis kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan bangsa Sepanyol.

  • Contohnya, Ferdinand Magellan, Amerigo Vespuci, Hernando de Soto.

  • Hernando de Soto berjaya mendarat di Florida pada 1539 M dan meneroka kawasan di Albama, Missisippi dan Arkansas.

  • Ferdinand Magellan melakukan pelayaran hingga ke Asia melalui Lautan Pasifik.
5. Meluaskan tanah jajahan Sepanyol
  • Berjaya meluaskan ketuanan Sepanyol di San Salvador di Bahamas, Cuba dan Hispaniola.
Kesimpulan

(Nyatakan apa-apa kesimpulan yang berkaitan)

Rabu, 4 Mac 2009

TEMA 7 : FAKTOR KUASA BARAT MELAKUKAN PENJELAJAHAN & PENEROKAAN

( ARAHAN : PELAJAR PRA-U DARY-BUAT LATIHAN INI. HANTAR PADA 11/3/2009 )

Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat melakukan penerokaan dan penjelajahan pada abad ke 15 dan 16.

Pengenalan :

  • Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi.
  • Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.
  • Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom.
  • Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel).

Isi :

Gerakan Renaisans :

  • Gerakan ini merubah cita-cita dan bangsa Eropah serta menyemai ciri-ciri humanisme,individualisme,sekularisme, pemikiran kritis dan rasionalisme.
  • Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakt Eropah hilang pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi.

Perkembangan kapitalisme dan Merkantalisme :

  • Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan. Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka.
  • Perkembangan ini menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.

Menyebarkan agama Kristian :

  • Raja-raja Eropah dan golongan Mubaligh Kristian bercita-cita untuk mengembangkan agama Kristian di luar benua Eropah. Para pendakwah Kristian bersama-sama dengan saudagar-saudagar ingin meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika.
  • Kepercayaan mengenai Prestor John, seorang tokoh lagenda Kristian yang dipercayai mengasaskan kerajaan Kristian di Asia atau Afrika telah menguatkan keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan tersebut.

Memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam :

  • Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas. Perdagangan rempah dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi.
  • Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah. Mereka juga mahu
  • Memecahkan monopili perdagangan saudagar-saudagar Islam.

Perang Salib :

  • Perang salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkan gaya hidup baru iaitu suka bersiar-siar dan belayar.
  • Perang salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur. Mereka mahu menguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar Arab.

Perlumbaan Diantara Negara-negara Bangsa :

  • Pertugis,Sepanyol,England dan Perancis merupakan negara bangsa yang bersaing diantara satu sama lain.Ia bertujuan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.

Kemajuan Dalam Teknologi Pelayaran :

  • Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan lagi penerokaan ke seberang laut. Bangsa Eropah memiliki peta-peta yang lengkap tentang benua Eropah dan laut Mediteranean pada abad ke15.
  • Alat seperti kompas magnetik dan asrtolab dicipta untuk memudahkan pelayaran.

Pengetahuan Tentang Dunia Luar :

  • Catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte corvino yang berkhidmat di Parsi, India dan Cina mendorong masyarakat Eropah melakukan pengembaraan.
  • Maklumat yang terkandung dalam buku-buku yang dihasilkan oleh pengembara tentang India dan Cina menarik minat Christopher Columbus melancarkan ekspedisi mengelilingi dunia.

Kesimpulan :

  • Terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke15 dan 16M.
  • Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang laus,mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar perdagangan.

Sabtu, 25 Oktober 2008

FOKUS STPM 2008 - PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN (TAMADUN DUNIA/ISLAM)

Bandingkan tujuan dan motif penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh penjelajah Islam dan Barat.

Pendahuluan ( 3 M )

- Sejarah penjelajahan dan penerokaan orang Islam dimulakan oleh orang Arab Selatan yang pernah meneroka dan menguasai Lautan Hindi.
- Manakala orang Barat dimulakan sejak tamadun Rom hasil daripada penciptaan peta dunia.
- Tokoh pelayaran Islam ialah al-Walid bin Abdul Malik, Ibnu Hawkal dan Ibnu Batutah manakala tokoh pelayaran Barat ialah Marco Polo, Christopher Columbus dan Vasco da Gama.

Isi Jawapan (20 markah)

A). Tujuan Dan Motif Penjelajahan Dan Penerokaan Islam. ( 10 Markah ).

1. Mengukuhkan Politik Islam Hingga Disegani.
Contoh perluasan politik Islam zaman Khulafa al-Rasyidin dan Bani Umaiyah
hingga sebahagian besar Andalusia dikuasai oleh Islam.

2. Kepentingan penyebaran Agama Islam
Usaha para pendakwah untuk menyebarkan Islam ke pelusuk dunia. Contohnya, ke Sumatera, Acheh dan Pasai ( Alam Melayu ) dan Canton ( China ).

3. Peningkatan Ilmu Pengetahuan
Islam menyeru umatnya supaya menuntut ilmu. Melalui penjelajahan dan penerokaan dapat menuntut ilmu ke seluruh dunia dan maju dalam pelbagai bidang ilmu seperti astronomi, geografi, matematik, perubatan dan sebagainya.

4. Perkembangan Perdagangan
Melalui penjelajahan dan penerokaan ke China, Eropah dan Alam Melayu, perkembangan ekonomi berlaku dengan barangan dagangan seperti permaidani, batu permata, kain kapas dan sebagainya.

5. Memakmurkan Bumi Allah.
Menjaga kebaikan dan keadilan dengan tuntutan ajaran Islam.



B). Tujuan Dan Motif Penjelajahan Dan Penerokaan Eropah ( 10 Markah )

1. Penyebaran Agama Kristian
Orang-orang Perancis dan Sepanyol seperti Vasco da Gama telah menyebarkan agama Kristian di Afrika dan Christopher Columbus ke Amerika Selatan.

2. Menambahkan Pengetahuan
- Mengkaji dan menilai perkembangan tamadun di kawasan baru khususnya ilmu pelayaran dan geografi bagi mengetahui teknik pelayaran dan penggunaan kompas bagi pelayaran.

3. Memecahkan Monopoli Perdagangan Orang Islam
- Perdagangan antara Eropah dan Islam telah memaksa orang-orang Eropah membuat penjelajahan dan penerokaan untuk memecahkan monopoli perdagangan Islam. Contohnya, mereka datang ke Alam Melayu untuk memecahkan perdagangan rempah orang-orang Islam

4. Melahirkan Negara Barat Yang Terkemuka dan Disegani.
- Kemenangan dalam peperangan dengan negara yang ditakluki dapat meluaskan jajahan sehingga lahir kuasa yang disegani dan ditakuti.

5. Semangat Mengembara Yang Memotivasikan.
- Hadiah lumayan daripada pemerintah kepada peneroka dan penjelajah untuk meneroka dan menjelajah kaawasan-kawasan baru

6. Mencari Pasaran Baru.
- Perkembangan Revolusi Perindustrian telah mengeluarkan barangan siap yang banyak. Kawasan pemasaran yang baru diperlukan untuk memasarkan barangan tersebut di samping mencari bahan-bahan mentah.

Kesimpulan. ( 2 Markah )

- Secara umumnya, tujuan penjelajahan dan penerokaan Barat dan Islam adalah untuk peningkatan pengetahuan, penyebaran agama dan perdagangan. Namun begitu, tujuan atau motif penjelajahan dan penerokaan yang berlaku pada abad yang ke 15 M telah semakin meluas meliputi aspek perluasan kuasa, tanah jajahan, perkembangan ideologi politik, pasaran dan sebagainya.
Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.