ENJIN CARIAN BAHAN

Isnin, 23 Mac 2009

TEMA 7 : PENJELAJAHAN & PENEROKAAN ORANG PORTUGIS

write1 kerja rumah ( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 27/3/2009 )
Bincangkan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M.
PENGENALAN: ( Buat rujukan )

1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.

2. Kuasa-kuasa Eropah yang melakukan penjelajahan dan pelayaran

3. Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.

ISI : ( BUAT RUJUKAN )

1. Geografi

  • Negara Portugal terdedah kepada pengaruh kelautan
  • Kedudukan yg terdedah kpd Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut untuk melakukan pelayaran dan penerokaan
  • Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur

2. Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah

  • Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan
  • Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan
  • Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamlkan dasar ekonomi merkantilisme
  • Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru
3. Keadaan politik yg Stabil & Kepimpinan Raja2 Portugal
  • Kepimpinan raja2 Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan perkapalan
  • Contoh ; Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama mencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia

4. Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)

  • Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib
  • Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres utk melatih pelayar2 yg berminat utk sertai ekspedisi pelayaran
  • Pelayar2 yg mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki kepulauan Madeira
  • Kapten2 yg dihantar oleh Putera Henry terlibat dlm perdagangan hamba yg menguntungkan
  • Menjelang 1460 M, Portugis berjaya kuasai rangkaian pelabuhan2 dari Madeira ke Cape Verda.

5. Memerlukan Barangan dari Timur

  • Mereka memerlukan barangan spt rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal
  • Pada abad ke-15M, pedagang Islam & Italy kuasai perdagangan dgn Timur dan dapat keuntungan yg besar
  • Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453 M dan wilayah2 di timur menyebabkan kota2 Italy spt Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan utama
  • Mereka juga tidak daapat menerima bekalan barang2 dari Timur dgn tetap
  • Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur utk mendapatkan barangan tersebut dgn kadar harga yg rendah dan memecahkan monopoli saudagar Islam

6. Faktor agama /Galakan Paus

  • Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.
  • Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Keristian di luar Eropah

7. Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran

  • Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut
  • Penemuan2 baru spt ;
    • carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah & Laut Mediterranean
    • kompas magnetik digunakan utk menentukan arah pelayaran
    • astrolob utk tentukan longtitud
    • reka bentuk kapal
  • Dgn bantuan alat2 ini serta kemampuan membina kapal yg kukuh utk belayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.

8. Cerita2 Mengenai Dunia Luar

  • Oleh peneroka2 dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo Verthema
  • Catatan drpd tokoh2 pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu utk meneroka kawasan baru
  • Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis

KESIMPULAN:

1. Portugal merupakan kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad ke-16 M.

2. Kekayaan dan kemakmuran yg diperoleh Portugis melalui perdagangan dgn Timur menyebabkan kuasa2 Barat lain spt Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris menghantar angkatan mereka ke Timur.

2 ulasan:

umirah berkata...

saya suka tajuk nie...meluaskan pemikiran saya

Fara Syahiraa Abdul Latif berkata...

thanks cikgu rasman.....

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.