ENJIN CARIAN BAHAN

Memaparkan catatan dengan label NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1. Papar semua catatan

Isnin, 27 Ogos 2012

TAMADUN ISLAM/DUNIA : TEMA 1 – PEMBINAAN TAMADUN MENURUT ISLAM DAN BARAT

 

Huraikan asas-asas pembinaan tamadun menurut Islam dan Barat.

Pendahuluan (3 markah)

a. Masyarakat bertamadun merupakan masyarakat yang mengalami suatu peningkatan cara kehidupan daripada peringkat perkampungan kepada peringkat bandar.

b. Sebelum wujudnya tamadun, manusia melalui satu proses kehidupan primitif yang panjang. Tahap-tahap ini dibahagikan masanya kepada tiga peringkat iaitu masyarakat paleolitik, mesolitik dan neolitik.

c. Kebangkitan tamadun manusia bermula apabila berlakunya revolusi pertanian pada zaman neolitik. Ekoran itu berlakulah juga beberapa perubahan lain seperti perubahan petempatan, wujudnya inovasi sains dan teknologi, pengkhususan kerja dan sebagainya.

d. Pengertian tamadun mengikut perspektif Barat:

e. Pengertian tamadun mengikut perspektif Islam:

Isi-isi Jawapan:

Asas-asas pembinaan tamadun mengikut perspektif Barat: ( 5 isi x 2 m =10 m)

a. Wujud sistem pentadbiran atau institusi politik (terutamanya wujud negara kota). Kewujudan sistem pemerintahan bermula apabila petempatan masyarakt neolitik berkembang menjadi bandar yang seterusnya mewujudkan pula negara kota. Pada peringkat ini keperluan organisasi pemerintahan semakin kompleks.

b. Kemajuan ekonomi: Kemajuan ekonomi masyarakat berkembang dari berorientasikan sumber alam sahaja kepada penghasilan sumber makanan sendiri. Sistem ekonomi yang teratur, penggunaan sistem barter dalam perdagangan, jalinan perdagangan antarabangsa telah membantu perkembangan ekonomi.

c. Kemajuan struktur sosial: Perkembangan bandar melahirkan masyarakat yang mempunyai organisasi tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat.

d. Wujudnya keparcayaan kepada kuasa ghaib: Agama dan kepercayaan mempengaruhi perkembangan kesenian, kesusasteraan, politik, ekonomi dan sosial manusia. Pembinaan piramid di Mesir dan Ziggurat di Mesopotamia jelas menunjukkan kewujudan kepercayaan dan agama tamadun awal manusia.

e. Ciptaan sistem tulisan : Sistem tulisan diwujudkan untuk menjadi alat menyampaikan idea dan pengalaman, merekodkan aktiviti perdagangan, menjalin hubungan serantau, mencatat rekod-rekod pentadbiran, merekod upacara-upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil.

f. Kemajuan sains dan teknologi – Ciptaan-ciptaan baru telah dihasilkan seperti roda, kapal, peralatan pertanian, penemuan-penemuan sains seperti astronomi dan matematik dan sebagainya. Kemajuan-kemajuan ini telah meninggikan pengetahuan manusia dan menghasilkan lebih banyak ciptaan yang berasaskan sains dan teknologi.

g. Pengkhususan pekerjaan : Kemajuan dalam pelbagai teknik baru dan perkembangan kegiatan ekonomi membawa kepada pengkhususan kerja dalam masyarakat yang mengalami urbanisasi. Pengkhususan telah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang-bidang tertentu lalu membawa pembentukan masyarakat bertamadun.

h. Petempatan kekal : Petempatan tertumpu di kawasan berhampiran dengan sungai atau lembah-lembah yang subur dan sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi. Petempatan ini menjadi asas kepada pembentukan tamadun-tamadun terawal di dunia iaitu Tamadun Mesopotamia di Lembah sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir di lembah sungai Nil, tamadun Indus di Lembah sungai Indus dan Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho.

i. Perkembangan bandar dan perbandaran: Proses perbandaran yang berlaku di sesebuah petempatan kekal telah membawa kepada kemunculan bandar dan negara kota. Bandar-bandar memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran, pusat kegiatan ekonomi, pusat ibadat dan lain-lain lagi. Bandar-bandar tamadun awal seperti Ur, Erech, Kish di lembah Tigris- Eupharates serta Mohenjo-Daro dan Harappa di Lembah Indus.

j. Sistem perhubungan – perkembangan ini banyak didorong oleh kejayaan mencipta roda untuk memudahkan pengangkutan di samping kejayaan mencipta layar bagi pengangkutan air. Dengan kejayaan ciptaan perhubungan ini membolehkan masyarakat berhubung dengan dunia luar.

k. Pemakaian undang-undang – Undang-undang yang menekankan perikemanusiaan dan hak individu telah menjadi asas bagi perkembangan sesebuah tamadun. Kod Hamurabi yang menjadi undang-undang Mesopotamia telah diteladani oleh tamadun-tamadun lain. Dengan adanya sistem perundangan ini, jaminan keadilan sosial manusia dan keamanan dapat diwujudkan.

l. Seni bina - Kejayaan seni bina juga merupakan asas dan ciri-ciri sesebuah tamadun. Kejayaan dalam bidang ini memperlihatkan tahap ketinggian intelektual sesebuah tamadun. Binaan piramid, Ziggurat dan monumen-monumen lain memperlihatkan ketinggian teknologi tamdun berkenaan.

Asas pembentukan tamadun menurut Islam( 5 isi x 2m =10 m)

a. Aqidah : Islam dianggap berjaya membina tamadun yang tinggi berasaskan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Aqidah adalah nilai kepercayaan yang membentuk dan mengawal masyarakat Islam dalam pembinaan tamadun sejak zaman Nabi Adam a.s lagi.

b. Akhlak : Islam sangat mementingkan akhlak kerana merupaka suatu nilai yang membawa kemajuan ummah. Nilai akhlak sudah ditanamkan oleh Allah s.w.t dalam jiwa manusia sejak zaman Nabi Adam a.s lagi dan begitu juga dalam pembinaan tamadun Islam pada zaman Nabi Muhammad saw. Ahmad Syauqi berkata sesungguhnya sesuatu umat akan kekal sekiranya akhlaknya kekal. Sebaliknya sekiranya hancur akhlak sesuatu umat itu, maka umat itu sendiri akan hancur binasa. Dalam pembinaan tamadun Islam mereka mahu melahirkan golongan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi tetapi mempunyai nilai-nilai akhlak yang mulia.

c. Ilmu pengetahuan : Merupakan asas pembinaan tamadun Islam. Al Quran amat menekankan asas ilmu pengetahuan iaitu membaca dan menulis. Daripada ilmu pengetahuan akan melahirkan masyarakat bertamadun.

d. Keadilan : Dalam Islam konsep keadilan ditekankan dalam pembinaan tamadun kepada seluruh manusia dalam semua keadaan. Al Quran dengan tegas telah menggesa para pemerintah melakukan keadilan seperti dalam Surah An Nisa.

e. Semangat kejiranan : Hubungan sesama manusia meliputi semua bidang termasuk politik, ekonomi,dan sosial. Dalam menjalin hubungan sesama manusia, setiap individu diwajibkan mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangannNya untuk membentuk keluarga, jiran, masyarakat dan negara. Justeru itu perlunya kerjasama, perpaduan dan tolong-menolong sesama manusia demi mencapai matlamat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..

f. Kebebasan : Islam memberi kebebasan kepada manusia agar dapat melaksanakan segala urusan kehidupan yang berkaitan dengan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak. Kebebasan yang dimaksudkan ialah kebebasan bergerak, kebebasan bersuara dan mengeluarkan buah fikiran dan kebebasan beragama.

g. Perkara-perkara yang menjadi asas tamadun barat juga ada ditekankan dalam tamadun Islam tetapi ia tidak menjadi perkara pokok atau utama dalam membina tamadun.

Penutup:(2 markah)

Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat. Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh masyarakat tamadun awal terus diwarisi oleh masyarakat.

Pembinaan tamadun barat berasaskan kemajuan fizikal dan kebendaan manakala pembinaan tamadun Islam berasaskan pembangunan manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]setstats 1

Khamis, 19 Julai 2012

TAMADUN ISLAM : MASALAH YANG DIHADAPI SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMMAD

 

Pengenalan

  1. Nabi Muhammad wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah di Madinah.
  2. Baginda tidak pernah mengatakan secara lisan siapakah yang baginda pilih sebagai pemimpin umat Islam yang seterusnya.
  3. Namun perundingan yang dijalankan di kalangan masyarakat Islam di Madinah telah memutuskan untuk melantik Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifah yang pertama.

Masalah yang Dihadapi

Terdapat Perselisihan Pendapat Mengenai Kewafatan Nabi

  1. Terdapat perselisihan tentang berita kewafatan Nabi Muhammad. Terdapat sebahagian daripada umat Islam termasuk Saidina Umar sendiri yang tidak dapat menerima berita tersebut.
  2. Umat Islam berada dalam keadaan yang penuh kekeliruan dan emosi.
  3. Penyelesaian dilakukan oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau membacakan ayat al-Quran yang antara lain bermakna bahawa Nabi Muhammad hanya seorang pesuruh Allah seperti rasul yang terdahulu yang pernah hidup dan kemudiannya akan mati. Namun, Islam tetap kekal dan tidak akan mati.

Perselisihan Tentang Tempat Pengebumian Nabi

  1. Umat Islam kemudiannya berselisih pendapat tentang tempat untuk mengebumikan jenazah baginda.
  2. Sebahagian pihak mahukan agar baginda dimakamkan di Mekah manakala pihak lain mahu baginda dimakamkan di Madinah.
  3. Ada juga yang mahukan Nabi dimakamkan di Baitul Muqaddis.
  4. Perselisihan tersebut diselesaikan oleh Abu Bakar apabila dibacakan kepada mereka sepotong hadith di mana Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud "para nabi dikebumikan di mana mereka meninggal dunia". Oleh itu, Nabi Muhammad dikebumikan di Madinah.

Menyelesaikan Masalah Perlantikan Khalifah

  1. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, sebahagian besar golongan Ansar telah berkumpul di sebuah dewan bernama Saqifah Bani Saidah, untuk melantik Saad Bin Ubadah sebagai pengganti Nabi.
  2. Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah al-Jarrah telah mendengar berita tersebut lalu menuju ke Saqifah Bani Saidah.
  3. Masalah pemilihan pengganti Nabi menjadi kusut apabila golongan Ansar bersungguh-sungguh mahukan jawatan tersebut dengan alasan mereka adalah pembela Allah dan Islam.
  4. Perjuangan mereka terhadap Nabi dan agama Islam adalah tidak ternilai dan golongan Muhajirin adalah sebilangan kecil dari mereka dan mereka berada di Madinah dalam keadaan merantau atau menumpang.
  5. Abu Bakar telah memberikan hujah dan alasan yang sebaik-baiknya mengapa pemilihan bakal pengganti Nabi mestilah dari golongan Muhajirin. Beliau juga membacakan hadis Nabi yang bermaksud "Para imam adalah daripada golongan Quraisy".
  6. Hujahnya ini dapat menyedarkan golongan Ansar tentang kepentingan memilih golongan Muhajirin sebagai pengganti Nabi Muhammad.
  7. Akhirnya, Abu Bakar dipilih sebagai pemimpin umat Islam. Melalui cara ini, krisis perlantikan Khalifah yang amat kritikal itu dapat diatasi dan diselesaikan dengan cara sebaik-baiknya. Ia berjaya menghindari umat Islam dari kemungkinan bahaya perpecahan politik yang amat membimbangkan.

Meneruskan Gerakan Ketenteraan Usamah Bin Zaid

  1. Sebelum Nabi Muhammad wafat, baginda telah membentuk sebuah angkatan tentera yang diketuai oleh Usamah Bin Zaid Bin Harithah untuk menentang penduduk Daerah Ghassan yang telah membunuh beberapa orang utusan Nabi.
  2. Apabila Abu Bakar menjadi Khalifah beliau menghadapi masalah yang kritikal sama ada untuk meneruskan atau membatalkan sahaja gerakan ketenteraan tersebut.
  3. Ada yang berpendapat ia perlu dibatalkan kerana Mekah dan Madinah sendiri menghadapi ancaman dan pemberontakan dari kaum Absy dan Zubyan. Tambahan pula, Usamah Bin Zaid masih dalam usia belasan tahun. Namun, Khalifah Abu Bakar menunjukkan ketegasannya dengan meneruskan gerakan tersebut.
  4. Tentera Usamah mencapai kejayaan gemilang dalam tempoh 40 hari. Kemenangan ke atas wilayah kekuasaan Rom ini memberikan kesan politik yang penting terhadap negara Islam. Ia menyedarkan kaum-kaum yang ingin menyerang Madinah bahawa masyarakat Islam bukan mudah diugut atau digugat.
  5. Kemenangan ini juga mengukuhkan kedudukan politik dan keselamatan umat Islam kerana tentera Usamah Bin Zaid ditugaskan untuk menjaga keselamatan Madinah.

Menentang Gerakan al-Riddah

  1. Al-Riddah ialah gerakan anti kerajaan Islam atau gerakan mengingkari ajaran-ajaran Islam. Ia terdiri dari gerakan 3 golongan iaitu golongan-golongan nabi palsu, golongan yang murtad dan golongan yang enggan membayar zakat.
  2. Kesemua golongan ini merupakan anasir yang membahayakan kerana boleh menghancurkan keutuhan Islam jika tidak dihadapi dan ditentang bersungguh-sungguh.
  3. Langkah awal Khalifah Abu Bakar ialah menghantar utusan-utusannya kepada ketua golongan tersebut dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Hanya segelintir dari mereka menyahut seruan Khalifah Abu Bakar seperti Bani Abdul Qais di Bahrain. Namun kebanyakannya masih degil.
  4. Oleh itu, Khalifah Abu Bakar telah membentuk sebanyak 11 pasukan tentera yang diketuai oleh panglima-panglima Islam yang terkenal dan dihantarkan ke seluruh Tanah Arab untuk memerangi gerakan al-Riddah.
  5. Akhirnya, semua gerakan al-Riddah dapat dilenyapkan dan Islam kembali menjadi agama yang suci dan tunggal di Tanah Arab. Golongan penentang Islam berjaya ditundukkan supaya mematuhi ajaran-ajaran Islam.

Rumusan

Pelbagai masalah sosial, politik dan kepimpinan telah dihadapi oleh umat Islam sebaik sahaja wafatnya Nabi Muhammad. Namun, umat Islam menunjukkan ciri-ciri perpaduan dan persefahaman dengan menyelesaikan setiap masalah secara kolektif dan perbincangan sehingga akhirnya semua masalah dapat diatasi demi untuk kebaikan ummah dan negara Islam itu sendiri.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]setstats 1

Selasa, 10 Julai 2012

TAMADUN ISLAM:TEMA 1 – MASYARAKAT ARAB SEBELUM DAN SELEPAS ISLAM

 

Bincangkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab Quraisy selepas kedatangan Islam.

A. Pengenalan

1. Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam

  • Masyarakat Arab terdiri daripada dua kelompok masyarakat iaitu masyarakat Hadari dan masyarakat Badwi.
  • Terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani Hasyim, Bani ‘Adi, Bani Ta’im, Bani Umayyah.

2. Masyarakat Arab selepas Islam

  • Terdiri daripada golongan Muhajirin iaitu masyarakat Islam yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dan golongan Ansar iaitu penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah dipersaudarakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

3. Latar belakang kemunculan Islam

  • Islam muncul setelah turunnya wahyu pertama pada tahun 610 Masihi.

4. Asas kehidupan masyarakat Arab Jahiliah bersandarkan kepada semangat assabiyah yang melampau, manakala kehidupan masyarakat Islam bersandarkan kepada aqidah, syariat dan akhlak.

B. Isi penting -

Perubahan-perubahan dalam masyarakat Arab selepas Islam

ASPEK

SEBELUM ISLAM / ZAMAN JAHILIAH

ZAMAN ISLAM

1.Agama dan Kepercayaan

· Moral dan akhlak orang Arab sangat buruk.

· Tiada batas kesopanan dan kemanusiaan.

· Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul.

· Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa

· Rukun Islam : 5 perkara

· Rukun Iman : 6 perkara

2. Akhlak

· Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan

· Merupakan perkara biasa kepada masyarakat Jahiliah.

· Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk itu.

· Islam menganjurkan nilai-nilai seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan lain-lain.

3. Politik

· Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik.

· Wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara.

· Wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi.

· Mengamalkan sistem berkabilah dan taksub kepada assabiyah.

· Diketuai oleh syeikh kabilah.

· Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas.

· Ada sistem pemerintahan yang teratur.

· Pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan Hadith.

· Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah.

4. Ekonomi

· Puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi.

· Menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual berhala, amalan riba, menipu dan sebagai.

· Menghapuskan riba, menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan.

· Memperkenal dasar ekonomi Islam.

5.Ilmu Pengetahuan

· Mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan

· Walaupun begitu majoriti mereka buta huruf.

· Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf.

· Terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam.

· Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir

6. Kesusasteraan

· Arab Jahiliyah pandai bersyair dan berkhutbah.

· Tetapi hasil-hasil karya mereka berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan zaman Islam.

· Oleh itu, Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab al-Quran untuk dijadikan pedoman kepada manusia supaya dapat menandingi sastera Arab Jahiliah.

· Kesusasteraan Jahiliah membawa kepada pemujaan berlebihan dan membawa kepada pergaduhan.

· Al-Quran sebagai pedoman kepada kesusasteraan Islam.

7. Kelas masyarakat

· Mengamalkan sistem perhambaan, semangat assabiyah.

· Mementingkan kedudukan dalam masyarakat.

· Wanita dan hamba dianggap paling hina.

· Mengamalkan perpaduan ummah.

· Menganjurkan persamaan taraf

· Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah kecuali ketakwaan mereka.

8. Maruah wanita

· Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat.

· Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki.

· Dianggap sebagai barang dagangan.

· Wanita yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelakinya sendiri.

· Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa.

· Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk berperang dan memberi perangsang kepada tentera lelaki.

· Memuliakan kedudukan wanita.

· Maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara.

9. Peperangan

· Bersifat balas dendam

· Berperang kerana perkara-perkara yang kecil

· Berbentuk jihad

· Berperang kerana mempertahankan agama, maruah diri, bangsa dan negara

· Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.

10. Hubungan Masyarakat

· Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing.

· Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku berdasarkan ikatan persaudaraan Islam.

 

C.  KESIMPULAN

1. Islam telah menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan.

2. Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Sabtu, 7 Julai 2012

TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – FAKTOR DAN KESAN HIJRAH

  

Nyatakan faktor-faktor dan kesan-kesan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Madinah.

Pendahuluan (3 markah)

a) Konsep Hijrah

1. Hijrah ertinya ‘perpindahan’, iaitu perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah bermula pada 1 Muharram dan tarikh ini merupakan bermulanya tahun hijrah dalam kalendar Islam.

2. Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti untuk berhijrah bagi memastikan kejayaannya dari segi agama, moral, sosioekonomi dan politik. Madinah dipilih sebagai tempat hijrah kerana kesesuaiannya dari segi agama, moral dan sosioekonomi.

3. Orang pertama yang berhijrah ke Madinah ialah Abu Salamah bin Abd al-Asad pada 1 Muharam tahun pertama Hijrah ( 16 Julai 622 M ). Rombongan pertama yang berhijrah ke Madinah ialah seramai 70 orang dan mereka berhijrah dalam kumpulan-kumpulan kecil agar tidak diketahui oleh kaum Musyrikin Makkah .

Isi Jawapan ( 20 markah )

Faktor-faktor penghijrahan ( 5x 2 markah = 10 markah)

1. Kesan daripada Bai'atul Aqabah / Perjanjian Aqabah

Termeterainya Bai'atul Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui bai'at ini, Nabi telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'atul Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'atul Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam.

2. Tekanan Musyirikin Mekah

Tekanan / Ancaman daripada musyirikin Mekah telah mendorong Nabi Muhammad dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.

3. Kegagalan Dakwah di Taif

Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.

4. Kematian Abu Talib dan Khadijah

Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.

5. Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah

Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.

6. Kesediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi

Kesediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.

7. Faktor kedudukan Madinah yang Strategik

Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.

8.Penduduk Madinah Lebih Hampir dan memahami tentang Agama Samawi

Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah.

9. Turun Wahyu Daripada Allah tentang Hijrah

Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.

Kesan-kesan penghijrahan.( 5 x 2markah = 10 markah)

1. Kesan Secara Umum

Dapat mempergiatkan penyebaran agama Islam. Hijrah merupakan suatu proses jangka panjang dalam perjuangan umat Islam dan dilakukan secara terancang dan teratur dari segi kerohanian dan kebendaan. Nabi Muhammad (SAW ) mendapat teman yang setia, jujur dan ikhlas dalam mengharungi perjuangan iaitu Ali dan Abu Bakar. Keredaan dan restu daripada Allah perlu sentiasa dipohon terutama di waktu-waktu kesusahan.

2) Perubahan Pusat Gerakan Islam Perkembangan politik

Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-ajaran Islam diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah. Bidang politik mempunyai kaitan langsung dengan kegiatan ketenteraan di mana kegiatan ketenteraan Islam berkembang dengan pesat dan berjaya menundukkan dua buah empayar besar iaitu Parsi dan Rom.

3) Penyebaran Islam Semakin Meluas

Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.

4) Perubahan Kedudukan dan Peranan Nabi Muhammad

Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah, baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah.

5) Pertambahan Umat Islam

Hijrah umat Islam adalah atas arahan Allah dan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan agama. Tujuan utama hijrah adalah untuk menuntut keredaan Allah. Madinah dipilih adalah kerana kesesuaiannya untuk dijadikan pusat penyebaran agama Islam. Peristiwa hijrah ke Madinah juga terdapat banyak unsur-unsur mukjizat yang berkaitan dengan aspek keagamaan secara langsung dan dapat mempertingkatkan iman dan keyakinan orang Islam.Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari dua golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikut Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.

6) Penubuhan Negara Islam

Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

7) Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah

Sebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.

8) Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar

Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Bu'ath pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.

9) Permulaan Kiraan Tarikh Kalendar Hijrah

Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan pada masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pada 634 M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.

10) Perubahan Dasar Politik

Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang penentangan Quraisy secara kekerasannya bila cara perdamaian tidak dapat dielakkan. Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar kerana orang Islam tiada sebarang kekuatan untuk menentang.

11) Pertumbuhan Ekonomi

Kedudukan ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin kukuh. Orang-orang Muhajirin telah diberi bantuan oleh orang Ansar. Selain itu, Madinah merupakan kawasan yang sesuai untuk pertanian dan kedudukannya yang strategik untuk perdagangan. Setelah hijrah, sistem ekonomi Islam yang bertepatan dengan syariat Islam telah diperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan negara Islam menjadi lebih makmur dan stabil.

12) Perubahan Sistem Sosial ( Pembentukan Ummah )

Semasa di Makkah, masyarakat Jahiliah mengamalkan cara hidup berkabilah sementara para peniaga pula bersifat individualistik. Penghijrahan telah menghapuskan nilai-nilai masyarakat Jahiliyah dan digantikan dengan nilai-nilai murni berpandukan akidah dan akhlak. Dalam sistem sosial Islam, setiap orang diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan di mana hidup berkabilah telah digantikan dengan sistem sosial dalam bentuk Ummah.

Kesimpulan ( 2 markah )

Sejarah penghijrahan Nabi Muhammad ( SAW ) merupakan perjuangan Baginda untuk menegakkan ajaran agama Islam. Baginda didorong dan didesak oleh keperluan untuk mencari sesuatu yang lebih baik dan lebih menguntungkan demi kebahagiaan dan kesejahteraan umat Islam. Umat Islam harus mengambil iktibar daripada penghijrahan Rasullulah ( SAW ) untuk meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan umat Islam.

Penghijrahan ini juga telah membuka satu lembaran baru dalam episod penyebaran dan perkembangan agama Islam.Terlalu banyak kebaikan yang dinikmati oleh umat Islam dan umat manusia rentetan dari penghijrahan tersebut.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 1 Julai 2012

TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – FAKTOR PENENTANGAN KAUM QURAISY TERHADAP ISLAM

     

    Huraikan sebab-sebab penentangan terhadap ajaran Islam oleh kaum Quraisy pada zaman Nabi Muhammad di Makkah.

    CONTOH JAWAPAN :

    PENGENALAN:

    1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w

    • Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah.
    • Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy.
    • Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan 610M di Gua Hira’.

2. Latar Belakang Masyarakat Kota Makkah

  • Nama asal Makkah ialah Makaroba, kemudian diubah kepada Bakkah dan Makkah.
  • Makkah merupakan tempat permulaan rumah ibadat, Baitullah Kaabah, yang diberkati Allah swt.
  • Penduduk terawal dikenali sebagai Amaliqah, dikuti oleh puak Jurhum
  • Pada zaman puak Jurhum, Nabi Ismail dilahirkan .
  • Nabi Ibrahim (as) dan anaknya Nabi Ismail (as) telah membina Kaabah.
  • Setelah itu tiba puak Khuzaah. Mereka memerintah Makkah selama 3 kurun sebelum ketibaan kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab pada permulaan kurun ke-5.
  • Dengan adanya Kaabah, ramai pengunjung datang ke Makkah untuk melakukan ibadat haji dan perdagangan.
  • Makkah merupakan kota yang bebas daripada kuasa dan pengaruh Byzantine dan Parsi.
  • Makkah kekal sebagai suatu kawasan yang neutral hingga zaman Islam.

3. Bentuk-bentuk Tentangan Orang-Orang Quraisy Makkah Terhadap Ajaran Nabi Muhammad Saw.

    • Bertemu dengan Abu Talib supaya menasihatkan Nabi Muhammad menghentikan dakwah baginda.
    • Menghina, memperolok-olok dan mengganggu dengan perkataan dan perbuatan
    • Menyiksa
    • Tawaran Harta & Pangkat
    • Berkompromi Agama
    • Pemulauan Ekonomi Dan Sosial
    • Rancangan Membunuh Nabi

4. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah

  • Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:

         (a) dakwah secara sulit

         (b) dakwah secara terang-terangan

ISI:

Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah [ 5 isi X 4 markah = 20 markah ]

1. Faktor Agama

    • Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.
    • Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan menentang amalan syirik.
    • Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti dipertahankan
    • Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu meruntuhkan tradisi itu.

2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh

  • Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.
  • Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.
  • Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana keupayaannya yang luar biasa.
  • Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hasyim.

3. Persamaan Taraf

    • Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.
    • Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan kaum Quraisy.
    • Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.
    • Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hamba
    • Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang bertakwa.

4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.

  • Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.
  • Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.
  • Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka,
  • Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama berhala mereka.

5. Takut Akan Hari Pembalasan

    • Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat
    • Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman
    • Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan denganm saksama.
    • Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar bahawa mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan riba
    • Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka
    • Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.

6. Perasaan Iri hati

  • Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.
  • Antara mereka ialah ialah Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.
  • Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu

KESIMPULAN:

1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah.

2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti penghinaan,penyiksaan, pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya Abu Talib sehingga rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad saw.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 26 Mac 2012

TAMADUN ISLAM : TEMA 2 – PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NABI MUHAMMAD

 

image BACAAN DAN LATIHAN new.aspx
PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS SMKDARY:   ESEIKAN SOALAN INI. BACA DAN KAJI DENGAN TELITI . MINGGU HADAPAN MULAI 2/4/2012 SAYA AKAN PANTAU.
SILA CETAK SKEMA UNTUK RUJUKAN.

1. Bincangkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam pentadbiran negara Islam Madinah.

2. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w berjaya membentuk ummah di Madinah?

3. Jelaskan kandungan Piagam Madinah dan implikasinya kepada penyelesaian sosio-politik masyarakat di Madinah.

RUJUKAN :

i. Blog ini.  Rujuk skema set soalan percubaan. Usaha untuk mencari skema yang berkaitan sampai dapat.

ii.Buku-buku rujukan yang berkaitan.

PERHATIAN : SILA HEBAHKAN TUGASAN INI KEPADA SEMUA YANG BERKENAAN.

SAYA BERKURSUS DI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT BERMULA 26 –29 MAC 2012.

INGAT, MESTI SELALU SEMAT DIHATI, SEJARAH MESTI  ‘A’ (INSYAAALLAH). SELAMAT BELAJAR.

senyum

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Isnin, 27 Februari 2012

TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH

image
BACAAN 1

PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS SMKDARY: AMBIL NOTA INI, BACA DAN KAJI DENGAN TELITI . SILA CETAK.
image

Soalan 1 :

Sejauh manakah masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dikatakan masyarakat yang tidak mempunyai peradaban dan tamadun.

A. Pengenalan (3 / 4 m)

1. Maksud Jahiliyah. Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunnya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai tamadun / peradaban, masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak dan masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis.

2. Latar belakang masyarakat Arab Jahiliyah. Zaman jahiliyah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba kira-kira 300 tahun (3 abad) sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan berakhir apabila turunnya wahyu al Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 610 M.

3. Maksud tamadun – tamadun ialah kata Arab yang bermaksud kemajuan, kehalusan budi pekerti dan sopan santun. Menurut Ibnu Khaldum, perkataan tamadun atau madani adalah merujuk kepada masyarakat manusia yang maju dan makmur sama ada di kota atau di desa.

Isi (7 isi x 3 markah = 21 markah)

Sebab masyarakat Arab dikatakan tidak bertamadun.( Buat penegasan )

1. Akidah kepercayaan yang sesat. Zaman jahiliyah dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari segi agama dan kesesatan dalam beragama yang begitu dahsyat di Semenanjung Arab. Masyarakat Arab pada era zaman jahiliyah dikatakan hilang pedoman dan dilanda kejahilan dalam beragama. Tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana hubungan masyarakatnya dengan dunia luar menerusi hubungan perdagangan. Orang Parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi, manakala orang Rom berusaha menyebarkan agama Nasrani yang diselewengkan di kalangan masyarakat pesisiran pantai Semenanjung Arab. Terdapat juga yang menganut agama Yahudi yang juga telah diselewengkan oleh pendeta agama mereka . Manakala orang Arab di bahagian tengah Semenanjung Arab berpegang teguh dengan agama nenek moyang mereka, iaitu agama menyembah berhala.(Agama Wathani). Terdapat juga kepercayaan animisme dan tahyul diamalkan.

2. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Pada zaman Jahiliyah, masyarakatnya tidak mempunyai pemimpin agama yang boleh membimbing mereka mengenal agama yang benar dan hidup bersyariat yang baik. Tidak ada nabi dan rasul yang menyeru mereka ke arah agama yang benar dan menyampaikan ajaran Allah (swt). Berbeza dengan zaman sebelum runtuhnya empangan Maarib di mana terdapatnya beberapa orang nabi dan rasul yang menyeru masyarakat Arab ke arah agama Allah (swt). Masyarakat arab jahiliyah juga tidak menggunakan kitab-kitab suci asal yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum mereka sebagai panduan dan rujukan daripada kesesatan. Malah mereka menjadi pengikut memesongkan isi kitab suci terdahulu untuk kepentingan puak-puak masing-masing. Seperti kaum Yahudi yang mengubah isi kandungan kitab Taurat dan mengingkari ayat-ayat Allah (swt)

3. Keruntuhan akhlak. . Mereka banyak mengamalkan nilai-nilai buruk dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah seperti suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan semangat asabiyah, dan membunuh anak perempuan.

4. Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, Surah al-Nahl . Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.Kaum wanita biasanya dijadikan sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki.

5. Penipuan dalam ekonomi. Menjadi kebiasaan orang Arab Jahiliyah melakukan penipuan timbangan dan sukatan dan mengamalkan riba. Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka mengenakan kadar bayaran balik yang tinggi kepada peminjam.

6Ilmu pengetahuan – sangat sedikit orang arab yang tahu membaca dan menulis dan tiada tradisi penyebaran ilmu dan pendidikan dalam masyarakat Arab jahiliyah. Mereka hanya memiliki asas-asas ilmu politik, ekonomi dan perniagaan. Masyarakatnya hidup dalam keadaan buta huruf. Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang Arab sahaja yang tahu membaca dan menulis.

7.  Keangkuhan dan sombong - Mereka mengamalkan semangat asabiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan sering berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi. Kehidupan yang secara berpuak-puak, menyebabkan mereka ini sering berperang sesama sendiri sama ada secara individu atau kelompok. Tujuannya adalah untuk mendapat kuasa, restu puak, perlindungan dan pengaruh daripada penjajah.

8. Sistem pemerintahan. Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur dan mempunyai sistem pemerintahan yang kukuh. Keseluruhan Semenanjung Arab dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah. Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya berbentuk negara naungan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atau Parsi. Makkah turut menerima ancaman Habsyah-Rom di bawah penguasa Abrahah. Orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.

Walaubagaimanapun, terdapat juga ciri-ciri ketamadunan masyarakat Arab zaman jahiliyah yang baik.

9. Mengamalkan perdagangan antarabangsa. Sistem ekonomi orang Arab Hadari kebanyakannya ialah pedagang yang bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu pasar Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinman. Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China dan Nusantara. Mereka mengambil barang dagangan dari pelabuhan di Yaman dan membawa ke Syam (Damsyik) untuk dijual kepada pedagang Eropah.

10. Menghormati tetamu walaupun musuh. Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan penyair.

11. Mahir dalam bidang kesusasteraan. Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah. Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya yang dianggap bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah. Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Namun, karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau khayalan dan tidak menunjukkan daya intelektual yang tinggi. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.

C. Kesimpulan

Kedatangan Islam telah merubah tamadun Masyarakat Arab. Menjadi tamadun yang hebat .(Apa saja yang berkaitan dengan soalan dan isi.)

 

Soalan 2 :

Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

A. Pengenalan (3 markah)

· Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam (610 M). Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.

· Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.

· Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

B. Isi-isi penting (7 isi X 3 markah)

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.

1. Agama Hanif

Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

2. Agama Yahudi

Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3. Agama Nasrani

Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4. Agama Wathani(Penyembahan berhala)

Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

5. Agama Majusi

Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6. Agama penyembahan Cekarawala

Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)

Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

8. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.

Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

9. Kepercayaan Animisme

Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

10. Kepercayaan tahyul

Kepercayaan tangkal azimat

a. Roh orang mati menjadi burung.

b. Percaya kepada ahli nujum.

c. Percaya kepada ahli sihir.

d. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.

e. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.

f. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.

g. Membuat keputusan melalui anak panah.

C. Kesimpulan (1 markah)

Masyarakat Jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.

 

Soalan 3 :

Bincangkan ciri-ciri sosio-ekonomi masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

 

A. Pendahuluan

1. Definisi jahiliyah ( oleh P.K. Hitti):

§ hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan.

§ Alasannya ialah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk.

2. Definisi jahiliyah (dari segi bahasa):

§ Bererti bodoh dan sesat

3. Ciri-ciri jahiliyah (mengikut al-Quran):

§ Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.

§ Zaman yang tidak mempunyai peradaban @ tamadun

§ Zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.

§ Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.

4. Era/jangka masa zaman jahiliyah:

§ Berlaku selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga @ peringkat akhir Himyar

§ Sekitar tahun 300M hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M

5. Konsep manusia pada zaman jahiliyah.

§ Menghargai kehidupan sendiri dan sesama suku.

§ Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.

§ Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.

§ Percaya adanya kelahiran dan keturunan tapi tidak beriman kepada satu tuhan.

§ Percaya adanya kematian tetapi tidak mempercayai adanya hidup selepas kematian.

§ Percaya adanya kelahiran dan keturunan tetapi tidak mengetahui asal –usul manusia di sisi tuhan.

§ Ciri kemanusiaan Arab jahiliah terpancar dalam bidang kehidupan.

ISI : Ciri-Ciri sosio-ekonomi Masyarakat Arab Jahiliyah (7 isi X 3 markah=21 M)

A) ASPEK EKONOMI

1. Pertanian

§ Selepas keruntuhan empangan Maarib dalam kerajaan Sabak menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.

§ Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik.

§ Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman.

2. Perdagangan

§ Oleh itu orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan.

§ Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua musim iaitu musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah.

§ Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah

§ Perdagangan dijalankan dalam sistem barter.

§ Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.

3. Amalan dalam ekonomi

§ Mengamalkan penindasan seperti riba dan penipuan.

§ Biasa menipu dalam ukuran sukatan timbangan dalam urusan perdagangan.

§ Menjalankan perniagaan jahiliyah seperti penjualan patung berhala pada musim haji yang sangat menuntungkan.

4. Rompakan

§ Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah-kafilah perdagangan kaum bangsawan Quraisy.

§ Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.

5. Penternakan

§ Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan biri-biri.

§ Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka.

§ Binatang ternakan menjadi status kekayaan.

§ Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara antara golongan yang kaya dengan miskin.

B) ASPEK SOSIAL

1. Struktur Masyarakat

§ Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada dua iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)

§ Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah.

§ Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah)

§ Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.

2. Semangat Assabiyyah

§ Mereka ada perasaan setiakawan @ asabiyah yang sentiasa terjalin rapi.

§ Selalu berlaku peperangan antara kabilah.

§ Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka

§ Peperangan antara mereka sering melibatkan dua atau banyak suku dan memakan masa yang lama walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja.

§ Contoh; Perang Basus berlaku antara kabilah Bakr dengan Rabi’ah selama 40 tahun kerana matinya seekor unta.

3. Kedudukan wanita

§ Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat @ keluarga.

§ Orang perempuan sering dijadikan alat hiburan dan pemuas seks.

§ Mereka gemar menanam anak perempuan hidup-hidup terutama golongan miskin.

§ Mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan apabila besar kelak boleh menimbulkan masalah sosial dan ekonomi. Ini akan memalukan mereka kelak.

4. Akhlak tidak bermoral

§ Mereka melakukan akhlak yang rendah dan tidak bermoral dalam kehidupan.

§ Mereka berzina, berjudi , membunuh anak perempuan, dan minum arak yang merupakan kebiasaan kepada masyarakat Arab jahiliyah.

§ Mempunyai sikap sombong, suka menindas dan menzalimi terutama terhadap golongan miskin dan hamba.

5. Akhlak mulia

§ Mereka juga mempunyai sifat terpuji seperti melayan tetamu yang datang dengan baik walaupun musuhnya, menepati janji dan sebagainya.

6. Kedudukan hamba

§ Hamba dipandang hina dan mempunyai status yang terendah dalam kalangan masyarakat .

§ Hamba disiksa terutama apabila mendapat tahu hamba telah memeluk agama Islam seperti penyiksaan ke atas Bilal bin Rabah oleh tuannya Umayyah bin Khallaf.

7. Tahap penguasaan ilmu pengetahuan rendah

§ Majoritinya adalah buta huruf.

§ Ini kerana sikap mereka tidak mementingkan ilmu pengetahuan.

§ Hanya mementingkan daya hafalan dan ingatan yang kuat sahaja.

§ Hanya 17 orang yang tahu membaca dan menulis.

Kesimpulan:

1. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan dan kesesatan.

2. Oleh itu, Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Isnin, 20 Februari 2012

TAMADUN ISLAM : TEMA 1- KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD

image

Nabi Muhammad merupakan seorang pemimpin yang berwibawa. Bincangkan

Pendahuluan

1. Biodata Nabi Muhammad /Rasulullah.

2. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengasaskan sebuah negara Islam sederhana yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Ansar, Muhajirin dan Yahudi. Baginda menjadi ketua negara contoh kerana berjaya membentuk sebuah kerajaan Islam yang maju dalam semua aspek. Contohnya dalam bidang pentadbiran, ekonomi, politik, ketenteraan dan sosial. Al-Quran telah menyifatkan baginda sebagai negarawan contoh kerana sifat keperibadian serta akhlak baginda yang mulia.

Isi

Bukti-bukti keunggulan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. ialah :

a) Nabi dan Rasul

i) Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam Al-Quran

ii) Sebagai seorang pendakwah, Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar, lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutama tentang aspek akidah.

iii) Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah s.w.t.

iv) Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang yang menjamin kesejahteraan masyarakat, iaitu :

- ibadat ( solat,puasa,zakat dan lain-lain )

- nikah-kahwin

- jenayah dan ketatanegaraan

- hubungan antarabangsa

b) Pemimpin masyarakat

i) Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan

ii) Menyatukan masyarakat Islam melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.

iii) Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.

iv) Menghapuskan batas-batas perbezaan kaum melalui konsep ummah.

c) Pemimpin politik

i) Kepimpinan baginda mula terserlah semenjak di Makkah lagi apabila baginda berjaya menyelesaikan pemindahan Hajar al-Aswad.

ii) Berjaya mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi melalui Perjanjian Aqabah.

iii) Baginda juga boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan keluar negara seperti Habsyah dan Mesir.

iv) Memperkenalkan Sistem Syura atau Musyawarah untuk dilaksanakan dalam semua bidang politik dan ekonomi.

d) Perancang ekonomi

i) Nabi Muhammad s.a.w. telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.

ii) Baginda berusaha membangunkan ekonomi orang Islam yang tergadai kepada kaum Yahudi.

e) Pemimpin Tentera

i) Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan.

ii) Turut serta dalam peperangan. Contohnya Perang Badar dan Perang Uhud

iii) Baginda mengatur strategi yang baik. Contohnya Sistem As-saff dan taktik serangan yang teratur.

Kesimpulan

Nabi Muhammad merupakan negarawan contoh kepada masyarakat Islam. Baginda telah berjaya menjadikan negara kota Madinah sebuah negara yang maju dalam semua aspek. Negara Islam Madinah menjadi negara contoh kepada negara Islam lain di seluruh dunia.

*************************************************************************************

Bahan Bacaan :

KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD

PengenalanNabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan kepadanya wahyu Allah untuk amalan dirinya sahaja. Seorang Rasul pula ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah kepadanya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang lain.

Seorang negarawan atau pimpinan pulah dapat diertikan sebagai seorang ketua, ahli politik dan pentadbir yang cekap, yang berjaya membuat polisi pemerintahan dan pentadbiran yang baik, dan dapat pula membuat kejayaan yang banyak kepada negaranya di samping memberikan kemakmuran dan kesenangan kepada rakyatnya.

Benarkah Nabi Muhammad Bin Abdullah itu adalah seorang Nabi, Rasul dan negarawan yang agung. Terdapat banyak bukti yang dikutip daripada catatan ahli sejarah yang menunjukkan bahawa memang benar Muhammad Bin Abdullah itu ialah seorang Nabi, Rasul dan negarawan Tanah Arab yang ulung.

Sebagai Nabi dan RasulSebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran dalam al-Quran.

Sebagai seorang pendakwah, Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah.

Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah.

Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya.

Bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad: -

Pengalaman KenabianBukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mengalami proses pengalaman kenabian dan kerasulan seperti yang juga pernah dialami oleh nabi-nabi sebelumnya. Misalnya, pengakuan yang diberikan oleh Waraqah bin Naufal bahawa apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah petanda-petanda bahawa baginda bakal menjadi seorang Nabi. Pengakuan ini diberikan setelah isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidatina Khadijah menceritakan kepada Waraqah bin Naufal tentang pengalaman baginda bertemu Malaikat di dalam Gua Hirak.

Kedatangan Nabi adalah Dinanti-nantikanKelahiran Nabi Muhammad s.a.w sendiri memang telah dinati-nantikan oleh sebahagian daripada masyarakat Arab. Misalnya ketika Abdul Mutalib mengunjungi Yaman untuk menyatakan tahniah kepada Saif Zu Yazin yang berjaya menguasai semuala Yaman daripada orang-orang Habsyah. Saif Zu Yazin telah memberitahu kepada Abdul Mutalib tentang bakal kelahiran seorang bayi dari Mekah yang mempunyai "tanda tertentu" pada badannya yang akan menjadi pemimpin manusia sehingga ke Hari Kiamat.

Keterangan dari Kitab-kitab TerdahuluKitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s (Taurat) dan Isa a.s (Injil) dengan jelas ada menyatakan tentang bakal kelahiran seorang Nabi dari arah Mekah dan dari keturunan keluarga atau saudara-mara Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s itu sendiri, walaupun bukan dari keturunan Yahudi atau Nasrani. Malah kaum Yahudi di Yastrib (Madinah) sering pula menakut-nakutkan masyarakat Arab kota itu tentang kelahiran "Nabi" tersebut yang diceritakan dalam kitab mereka (Taurat). Mereka mendakwa "Nabi" tersebut akan menganut agama Yahudi dan mengalahkan orang-orang Arab.

Keterangan dari al-QuranAyat-ayat dari kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan tegas menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdullah itu ada menerima wahyu dari Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s dan seterusnya baginda diarahkan agar menyampaikannya kepada umat manusia yang lain.

Mukjizat-mukjizat NabiSeperti juga nabi-nabi terdahulu, Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai berbagai mukjizat. Di antaranya ialah baginda sering menerima berita-berita ghaib atau ramalan-ramalan masa depan dengan tepat. Misalnya setelah tiga tahun umat Islam dipulaukan oleh kaum Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w menyatakan kepada Abu Talin bahawa piagam pemulauan tersebut yang disimpan di dalam Kaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai. Apabila disiasat oleh kaum Quraisy didapati bahawa apa yang dinyatakan oleh baginda itu benar-benar berlaku.

Bukti Sejarah Tugas-tugas NabiSumber-sumber sejarah lain termasuk yang dikaji oleh para orientalis ada menunjukkan bahawa baginda ada menerima wahyu dari Allah dan menyampaikannya kepada manusia yang lain. Kajian-kajian sejarah tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa baginda telah menjalankan tugasnya sebagai seorang Nabi dan Rasul yang cuba memimpin umatnya ke jalan yang benar.

Sebagai Pemimpin MasyarakatSetelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar. Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang-orang Quraisy yang datang dari Mekah. Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh.

Sebagai Pemimpin PolitikKeunggulan Nabi dari segi politik dapat dikesan dalam: -

Menyelesaikan Masalah Perpindahan Hajar al-Aswad ke Tempat AsalBaginda jga mempamerkan ciri-ciri kepimpinannya dengan berjaya menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pemimpin bani-bani dalam kabilah Quraisy yang merebutkan hak untuk meletakkan hajarul-aswad di tempatnya yang asal di penjuru dinding Kaabah.

Peristiwa tersebut berlaku setelah kota Mekah dilanda banjir dan sebahagian daripada bangunan Kaabah telah runtuh. Semasa hendak meletakkan semula batu hajarul-aswad di sudut dinding Kaabah, bani-bani di Mekah bertelagah sesama sendiri. Hal ini kerana batu tersebut dianggap sangat suci dan mulia dan hanya tangan yang mulia dari bani atau suku yang mulia sahaja yang layak meletakkan semula batu tersebut ke tempat asalnya.

Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah tersebut. Baginda telah meletakkan batu tersebut di atas sehelai kain. Setelah itu setiap wakil bani memegang bahagian hujung kain tersebut dan beramai-ramai mengangkatnya. Nabi Muhammad s.a.w sendiri meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah. Cara itu menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu merasa puas hati.

Membentuk Piagam MadinahPada tahun 1 Hijrah baginda berjaya menggubal sebuah perlembagaan yang dinamakan Perlembagaan Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.

Hal ini seterusnya berjaya mewujudkan sebuah negara Islam yang pertama di dunia yang menampung rakyat berbilang kaum dan agama. Sesungguhnya perlembagaan ini lebih bersifat satu alat untuk menyelesaikan masalah masyarakat majmuk yang ingin hidup aman damai dalam sebuah negara yang sama.

Mengadakan Perjanjian HudaibiahPerjanjian Hudaibiah yang diadakan di antara umat Islam Madinah dengan kaum Quraisy Mekah merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda. Tiada siapa dapat menyangka (termasuk Saidina Umar sendiri) bahawa perjanjian yang dianggap kontroversi itu telah memberikan penangan maut kepada kaum Quraisy dalam semua bidang.

Sebagai buktinya, selepas Perjanjian Hudaibiah, tiga pahlawan unggul Quraisy iaitu Khalid al-Walid, Amru Bin al-As dan Osman Bin Talba memeluk Islam, umat Islam bertambah sebanyak lebih lima kali ganda dalam masa dua tahun sahaja, serta tewasnya Mekah tanpa pertumpahan darah dua tahun kemudian. Jelas bahawa baginda membuktikan kebijaksanaannya dalam selok-belok percaturan politik Tanah Arab.

Mengadakan Hubungan DiplomatikWalaupun Nabi Muhammad s.a.w buta huruf, namun baginda membuktikan kualitinya sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan. Baginda mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti Habsyah, Farsi, Byzantine, Ghassan, Hirah dan sebagainya.

Sebagai Perancang EkonomiNabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.

Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam: tanah tergadai kepada kaum Yahudi ditebus balik dan dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula.

Sebagai Pemimpin KetenteraanAsas kepimpinan baginda ialah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia.

Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b) tidak memusnahkan harta benda.

Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tenter untuk mencapai kegemilangan.

Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan.

Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.

Dengan ilmu dan pengalaman yang luas, baginda berjaya merangka takrif peperangan yang berkesan yang membawa kejayaan kepada tentera Islam.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.