Bincangkan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Christopher Columbus serta sumbangannya.
Pengenalan
1. Definisi penjelajahan dan penerokaan.( Rujuk buku )
2. Latar belakang Christopher Columbus
i. Lahir di Bandar Genoa, Itali pada tahun 1451 Masihi
ii. Menjadi kelasi ketika berusia 19 tahun dan telah belayar dari Itali ke England melalui Gibraltar.
Isi Penting
A. Faktor Penjejalahan dan Penerokaan Christopher Columbus
1. Dipengaruhi oleh buku-buku Marco Polo
- Hasil daripada penulisan buku-buku pelayaran Marco Polo menyebabkan Columbus berminat dan terpengaruh dengan kisah tersebut serta berhasrat untuk belayar ke China dan Jepun melalui jalan
2. Mendapat sokongan Raja Sepanyol, Ferninand dan Isabella
- Christopher bercita-cita mencari jalan laut ke India. Dengan bantuan daripada Raja Portugal iaitu Raja John II yang sangat meminati bidang pelayaran, maka Christopher telah membuat segala persiapan untuk pelayaran selama beberapa bulan.
- Namun begitu, pada tahun 1484, Columbus gagal mendapat sokongan daripada Raja Portugal, John II untuk memulakan pelayaran yang bersifat percubaan.
- Oleh sebab berasa kecewa, Columbus meminta Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Sepanyol menyokong rancangannya. Raja Ferdinand dan Ratu Isabella memberi galakan dan dorongan serta peruntukan kewangan kepada Columbus untuk mengadakan pelayaran dengan syarat sebarang kawasan baru yang ditemukan oleh Columbus harus menjadi milik Sepanyol.
3. Dilantik sebagai wizurai tanah jajahan
- Ferdinand dan Isabella berjanji untuk menjadikan Columbus sebagai wizurai untuk tanah jajahan baru dan memberikan satu persepuluh dariapda nulai perdagangan yang bakal disumbangkan oleh petempatan baru tersebut.
4. Melaksanakan cita-citanya iaitu “Emas”, “Tuhan” dan “Cathay”
- Emas – mendapat kekayaan, rempah dan sutera
- Tuhan – menyebarkan Kristian di negara bukan Kristian yang menjadi motif orang Eropah pada abad ke-15
- Cathay – nama purba negara China
5. Ingin menguji teorinya yang dunia ini bulat sebagaiman pendapat sarjana abad ke-15 yang menyatakan dunia ini rata.
- Pendapat ini berdasarkan pendapatnya pelayaran seharusnya menuju ke arah barat iaitu mengelilingi glob.
6. Mendapat pendidikan formal tentang ilmu pelayaran
- Columbus mendapat pendidikan formal di sebuah sekolah pelayaran di Sagres, Portugal.
- Melalui sekolah tersebut, Columbus didedahkan dengan ilmu geografi dan ilmu pelayaran termasuklah membaca kompas, peta, tentang lautan, garisan lintang dan bujur.
- Hal ini membolehkan Columbus memulakan pelayaran ke Timur melalui Lautan Atlantik.
B. Sumbangan Christopher Columbus dalam Penjelajahan dan Penerokaan
1. Penemuan dan pembukaan wilayah-wilayah baru.
i. Penemuan Kepulauan Bahamas di Laut Carribean.
- Pada bulan Oktober, 1492, Columbus telah berjaya menemui daratan dan mengisytiharkan sebagai tanah milik Sepanyol.
- Columbus telah membuat andaian bahawa daratan tersebut ialah India.
- Oleh itu, Columbus telah menamakan penduduk peribumi di kawasan tersebut sebagai Red Indian atau India Merah kerana warna kulit puak tersebut berwarna merah.
- Kawasan tersebut sebenarnya dikenali sebagai San Salvador di Bahamas yang terletak di Laut Carribean.
- Columbus kemudiannya meneroka pantai Cuba dan Hispaniola.
ii. Penemuan dan pembukaan wilayah-wilayah barupulau-pulau Dominica, Puerto Rica dan Jamaica.
- Antara tahun 1493 M – 1504 M (pelayaran kedua), Columbus telah belayar sebanyak tiga kali dan telah menemukan pulau-pulau Dominica, Puerto Rica dan Jamaica.
- Namun begitu, beliau gagal menemukan apa yang dicita-citakannya iaitu timbunan emas.
- Dalam pelayaran ketiga pada tahun 1498, Columbus telah berjaya menemukan Trinidad.
- Nasib malang telah menimpa Columbus apabila ditangkap dan dihantar pulang ke Sepanyol.
- Dalam tahun 1492 M – 1494 M iaitu dalam pelayaran yang terakhir,Columbus menerokai pantai timur Amerika Tengah dari Honduras ke Panama.
- Dengan menggunakan Lautan Atlantik ini, Columbus merintis jalan penjelajahan laut ke kawasan lain oleh pelayar-pelayar seterusnya.
- Menubuhkan gereja membawa kepada misi penyebaran agama Kristian.
4. Menjadi perintis kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan bangsa Sepanyol.
- Contohnya, Ferdinand Magellan, Amerigo Vespuci, Hernando de Soto.
- Hernando de Soto berjaya mendarat di Florida pada 1539 M dan meneroka kawasan di Albama, Missisippi dan Arkansas.
- Ferdinand Magellan melakukan pelayaran hingga ke Asia melalui Lautan Pasifik.
- Berjaya meluaskan ketuanan Sepanyol di San Salvador di Bahamas, Cuba dan Hispaniola.
(Nyatakan apa-apa kesimpulan yang berkaitan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan