ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Rabu, 13 Ogos 2008

CINTA MONYET LAGI.........

Lama saya memikirkan, sama ada nak tulis hal ini dalam blog atau tidak . Akhirnya, saya buat keputusan saya patut tulis sebab saya tak nak sebut dan bincang hal ni dalam kelas. Cukuplah kamu baca dalam blog saya jer ..... Fahamkan sendiri !

Ada beberapa guru yang bertanya kepada saya, tentang hal percintaan seorang budak tingkatan 6 (perempuan) dengan seorang budak tingkat lima (lelaki). Saya jawab selamba je sebab saya tak tahu pun. Maka guru tu pun berceritalah.....................tapi tanpa sebut nama pelajar tu. Dia suruh saya siasat sendiri. Katanya budak lelaki tu hampeh, banyak kes disiplin di sekolah! Anak sape ekkkkkk.......?

Saya jadi hairan. Macam mana pulak budak tingkat enam boleh minat budak tingkat lima, jenis hampeh pulak tu ! Sapa budak tingkat 6 tu ?

Marah pun ada. Rasionalnya saya marah sebab kamu dah dekat nak ambil STPM ni. Nanti jiwa kacau, parah nanti. Jangan dibuai nafsu ngeri. Setan bermaharaja lela di hati. Tak da tumpuan nanti. Mengelamun tak henti-henti. Haram dah pasti ! Pereksa kantoi pun gerenti !

Walaupun kes seperti ini bagi sesetengah orang @ cikgu, biasa, tapi bagi saya inilah antara punca kenapa kamu kantoi dan kandas dalam pelajaran @ exam nanti. Sebab dah angau ! Angau *@#*^............. !

Saya tak nak tau siapa kamu buat masa ini, sebab kalau saya tau siapa kamu lain jadinya. Label saya pada kamu jadi negatif pulak. Jadi jaga diri kamu dan hentikan sekarang serta-merta ! Saya dah sentuh hal ini banyak kali.
Jadi ,jika saya guru kamu, tolong ikut nasihat saya ! Demi kebaikan kamu...............

3 ulasan:

are-pa berkata...

Betoy2...
saye sokong 0.1 patus cikgu...
Cikgu sejarah saper la ni...

Cikgu Rashman berkata...

Kamu ni memang budak nakal la Megat......tapi itulah kamu.Tak pe...

fairus berkata...

hahaha...cikgu sej sape r nih...

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.