ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 30 November 2010

Tiada Istilah Ketuanan Melayu Dalam Perlembagaan: Kay Kim

2010/11/30

KUALA LUMPUR: Istilah 'Ketuanan Melayu' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam Perlembagaan Negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

"Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama malam ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu.

Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'. Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin sependapat dengan Khoo bahawa istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.

Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, beliau berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini. "Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. 'Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan 'Ketuanan Anwar'. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya.

Beliau berkata Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Shamsul Amri berkata jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek. "Kalau kita lihat sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu," katanya. Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum. -- BERNAMA

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 29 November 2010

SEJARAH 2 – DASAR PENGILHAKAN

Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad ke-19.

A. PENGENALAN

a. Pengilhakan merupakan suatu proses penguasaan Barat ke atas negara-negara luar demi memenuhi keperluan politik dan ekonomi mereka.
b. Di India, British telah melaksanakan dasar pengilhakan dengan jayanya melalui tiga zaman yang berbeza-beza. Zaman Lord William Bentinck berlaku pada tahun 1824-1835, zaman Lord Ellenborough tahun 1836-1846 dan zaman Lord Dalhousie berlaku pada tahun 1846-1856.
c. Manakala di Vietnam, Perancis juga telah melaksanakan dasar yang melibatkan beberapa kawasan seperti Tourane dan Saigon, Tongking dan Annam. Melalui dasar tersebut akhirnya British berjaya menguasai India manakala Perancis berjaya menduduki Vietnam.

B. ISI

a. Pengilhakan British ke atas India.

1. Dasar pengilhakan Lord William Bentinck (1824-1835)

i. Semasa Lord William Bentinck menjadi Gabenor Jeneral India, beliau telah melakukan ugutan ke atas pemerintah tempatan dan akhirnya telah berjaya mengilhakan beberapa buah wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore.
ii. Lord William Bentick telah berjaya menguasai Cachar apabila rajanya meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Keadaan menjadi lebih mudah kerana adanya permintaan daripada penduduk tempatan agar negerinya diperintah oleh British.
iii. Di Coorg dan Mysore beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan saksama. Penduduk tempatan juga dikatakan menyokong beliau untuk memerintah negeri tersebut.
iv. Manakala di Jaintia pula, pengilhakan berlaku apabila rajanya enggan menyerahkan kembali penculik rakyat Inggeris kepada British.

2. Dasar pengilhakan Lord Ellenborough (1836-1846)

i. Sepanjang pemerintahan beliau beberapa wilayah telah berjaya diletakkan di bawah penguasaan British, antaranya wilayah Sind dan Gwalior.
ii. Sejak tahun 1809, Sind telah menjalinkan hubungan dengan British. Pada tahun 1823 satu perjanjian telah ditandatangani di antara Sind dan British. Hasil perjanjian ini, pedagang dan saudagar British dibenarkan menggunakan sungai dan jalan raya tetapi kapal dan tentera bersenjata tidak boleh menggunakan negeri tersebut.
iii. Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afgan, Lord Auckland telah mengarahkan tenteranya berbaris melalui Sind.
iv. Ellenborough berhasrat merampas wilayah Sind, lalu membuat beberapa tindakan ke atas pemerintah tempatan. Ekoran itu, Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Satu perjanjian baru telah dibuat dengan Amir-Amir di Sind. Mereka telah dipaksa supaya menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri. Hanya mata wang British diakui sah.
v. Tindakan tersebut telah menyebabkan Amir-Amir Sind marah dan bertindak menyerang residen British. Namun Amir-Amir ini berjaya ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Akhirnya Sind berjaya dirampas dan diletakkan di bawah jajahan British di India.
vi. Ellenboroug juga telah berjaya mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar melalui Kaedah Undang-Undang Lesap Waris apabila berlaku kematian ke atas Dhulat Kao Sindhia yang amat digeruni.

3. Dasar pengilhakan Lord Dalhousie (1846-1856)

i. Sepanjang penguasaan beliau, Lord Dalhousie telah berjaya mengilhakan beberapa buah wilayah di India melalui tiga kaedah iaitu ‘Hak Menakluk Kuasa Agung’, ‘Undang-Undang Lesap Waris’ dan ‘Kebaikan Untuk Diperintah’.
ii. Melalui ‘Hak Menakluk Kuasa Agung’, Dalhousie telah mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh di Gujerat. Akhirnya wilayah Punjab berjaya diilhakkan.
iii. Lord Dalhousie juga dilihat paling berjaya dalam pemerintahannya apabila banyak wilayah India berjaya diletakkan di bawah penguasaannya melalui kaedah ’Undang-Undang Lesap Waris’ atau dikenali dengan ‘Doctrin of Lapes’. Menurut Doktrin ini, mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris keturunannya selepas mangkat, negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan sendirinya. Dalhousie tidak mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya. Di Jhansi misalnya, perlantikan anak angkat sebagai pewaris dianggap tidak sah oleh Dalhousie. Beberapa wilayah lain yang berjaya diilhakan melalui kaedah ini ialah Satara, Jaitpur, Baghat, Samalpur dan lain-lain.
iv. Manakala melalui kaedah ’Kebaikan Untuk Diperintah’, ianya dilaksanakan atas alasan penganiayaan, kezaliman, dan ketidakadilan politik tempatan. Misalnya Qudh telah diletakkan di bawah naungan SHTI. Pentadbiran Qudh asalnya dikuasai oleh Nawab Khan yang sentiasa berada dalam keadaan huru-hara dan penuh dengan amalan rasuah. Dalhousie bertindak dengan membuat perjanjian dengan Qudh yang akhirnya meletakkan Qudh di bawah penguasaan SHTI, manakala pemerintahnya Nawab dibenar mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan menerima dan menandatangani perjanjian tersebut, Dalhousie telah bertindak mengilhakan wilayah tersebut atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan.

b. Pengilhakan Perancis ke atas Vietnam

1. Pengilhakan Tourane dan Saigon.

i. Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long di Vietnam, baginda telah mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa Barat khususnya Perancis. Malah, beliau telah melantik Bishop Pigneau sebagai Menteri Besar kerajaannya. Baginda amat bertolak ansur dengan penganut agama Kristian walaupun baginda sendiri merupakan pengamal Kung Fu Tze yang setia.
ii. Selepas kemangkatan Maharaja Gia Long, pengganti-pengganti beliau tidak lagi menjalinkan hubungan yang baik dengan Perancis. Sebaliknya mereka telah bertindak melakukan kekejaman dan kezaliman terhadap mubaligh Kristian. Kemasukan mubaligh Kristian ke Vietnam telah disekat sama sekali terutama semasa pemerintahan Maharaja Mihn Mang.
iii. Ekoran daripada tindakan pemerintah Vietnam itu telah menyebabkan wujudnya permusuhan di antara Vietnam-Perancis. Permusuhan ini sampai ke kemuncak semasa Vietnam berada di bawah pemerintahan Maharaja Tu Duc. Kemuncaknya pada tahun 1851 Paderi Augustin Schoeffler telah dibunuh dan diikuti pembunuhan Paderi Jeon-Louis Bernard pada tahun 1852. Paderi Sepanyol Bishop Diaz juga turut dihukum bunuh di Tongking atas alasan terlibat dalam pemberontakan tempatan menentang pemerintahan Maharaja Tu Duc.
iv. Peristiwa pembunuhan tiga orang paderi Kristian tersebut telah memaksa Raja Perancis Nepoleon III bertindak melakukan serangan ke atas Vietnam. Serangan tersebut telah menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis.
v. Akhirnya Maharaja Tu Duc mengaku kalah dan menandatangani satu perjanjian dengan Perancis pada bulan Jun 1862. Di antara syarat perjanjian tersebut ialah Vietnam terpaksa menyerah tiga wilayah ke Cochin-China kepada Perancis. Beberapa pelabuhan seperti Tourane, Balat dan Kaung Anh dibuka kepada perdagangan Perancis. Dalam aspek keagamaan pula, mubaligh Kristian dibenarkan menyebar agama Kristian di Vietnam. Manakala orang Perancis pula dibenarkan belayar di sepanjang Sungai Merah hingga ke Yunnan

2. Pengilhakan Tongking

i. Kepentingan dan desakan ekonomi telah menyebabkan Perancis terpaksa menduduki Tongking. Malah Perancis amat bimbang dengan persaingan kuasa-kuasa Barat lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat. Penindasan Maharaja Tu Duc yang melampau telah memaksa Perancis menakluki Tongking. Proses tersebut dilakukan oleh beberapa pemimpin Perancis seperti Francis Garnier, Jean Dupuis dan Admiral Merie Jules Dupre.
ii. Pada tahun 1873 Jean Dupuis telah dilarang berniaga garam kerana telah menjadi perdagangan monopoli Mandarin Vietnam. Perancis bertindak balas dengan menguasai Hanoi. Gabenor Dupre kemudiannya menghantar tentera pimpinan Garnier ke Hanoi di samping memperkukuhkan kedudukan Perancis di Tongking. Walaubagaimanapun pengilhakan ke atas Tongking dibatalkan pada tahun 1874 setelah mendapat arahan daripada Perdana Menteri Perancis.
iii. Pengilhakan kali kedua ke atas Tongking dan Annam kemudiannya disempurnakan semasa pemerintahan Jules Ferry. Alasan utama yang digunakan oleh Ferry untuk mengilhakan Tongking ialah kerana berlaku kekacauan sosial dan politik. Pada bulan April 1882 angkatan laut Perancis tiba di Hanoi dan berjaya menakluki Tongking. Pada 25 Ogos 1883 Maharaja Hiep-Hoa terpaksa menandatangani persetiaan dengan Perancis. Ekoran daripada itu, wilayah Tongking dan Annam telah menjadi naungan Perancis yang sah.

C. KESIMPULAN

1. Jelas menggambarkan bahawa British dan Perancis telah berjaya mencapai matlamat politiknya. British berjaya menguasai India dengan kaedah pengilhakan iaitu melalui perang, doktrin dan alasan penyelewengan pentadbiran. Manakala Perancis pula berjaya mengilhakan Vietnam dengan alasan melindungi keselamatan mubaligh-mubaligh Kristian di Vietnam.
2. Campur tangan tersebut telah menyebabkan berlakunya pelbagai perubahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial tempatan yang akhirnya membawa kepada kebangkitan dan penentangan masyarakat tempatan

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Jumaat, 26 November 2010

SUSAHNYA SEJARAH 1 2010 !!!!

INGATAN AWAL KEPADA PELAJAR PRA-U RENDAH (6RS/6RH/6RM 2010) – BACA DAN AMBIL PENGAJARAN AWAL-AWAL. JANGAN BUAT TAK RETI BASE JE !

Susahnya ! Itulah komen yang keluar dari mulut kebanyakkan dari kamu apabila berjumpa saya selepas keluar dewan peperiksaan. Majoriti menunjukkan muka sedih. Terlampau ‘shock’ dengan soalan yang terpaksa dan telah dijawab. Tak kurang juga yang terus naik kereta, dan terus balik. ( ho ho ho……gelihati pun ada. Ilyana…..Tak patut buat gitu ! Tak bagus !) Ramai yang macam tak yakin apa yang telah dijawab. Tapi ada juga yang menunjukkan keyakinan. Bagus !

Sebenarnya ini fenomena biasa selepas peperiksaan. Setiap tahun macam tu . Biasa la ……

Satu pesanan yang kerap saya ingatkan kamu semua sebelum ini ialah kamu mesti bersedia menghadapi soalan baru, soalan yang ‘seolah-olah’ kamu belum pernah jumpa, belum baca dan tak pernah belajar. Tapi sebenarnya itu hanya ilusi kamu saja …. kamu perasan belum belajar.

Kamu sudah belajar sebenarnya. Sudah baca. Sudah diterangkan dalam kelas. Cuma yang belum ialah penumpuan secara spesifik dan mendalam kepada tajuk itu. Memang susah la kan. Tajuk Sejarah mencakupi tajuk yang sangat luas. Tu saya faham. Semua cikgu Sejarah 1 pun faham !

Tapi sebenarnya, saya telah menyediakan kamu dengan pakej yang cukup untuk menjawab soalan. Bemula dari penekanan dalam kelas, bahan bacaan nota soalan-jawapan, dan tumpuan pecutan akhir. Hanya pelajar yang perihatin yang akan berasa selesa dengan soalan 2010. ( Ingatan : Pelajar Tingkatan 6 Rendah ambil perhatian dari sekarang).

Memang saya akui ada soalan yang saya juga anggap susah. Memanglah, kerana soalan dibina ada soalan aras rendah, sederhana dan tinggi. Tapi sepatutnya, pilihan yang diberikan adalah mencukupi untuk kamu pilih dan menjawab soalan.

Bahagian A : Sekurang-kurangnya soalan 1, soalan 4, soalan 5, dan  soalan 7 adalah soalan pilihan kamu. Soalan 1,4 , dan 7 agak mudah dan biasa kita bincang hal-hal yang berkaitan. Kamu hanya perlu bijak membuat perkaitan untuk menjawab soalan.  Soalan 5 adalah tepat sebagaimana soalan percubaan.

Bahagian B : Soalan yang sepatutnya menjadi pilihan kamu ialah soalan 9, soalan 10, soalan 11, soalan 12, dan mungkin 13. Soalan 9 dan 10 kamu perlu bijak buat perkaitan berdasarkan peristiwa sejarah yang berlaku. Sementara soalan 11 memang saya minta kamu fokus sebab tak pernah keluar. Soalan 12, memang tepat sebagaimana diramal dan minta kamu beri perhatian.

berdoa Apa pun soalan yang kamu pilih, telah kamu pilih dan jawab. Yang penting ialah saya nak kamu semua berfikiran positif. Qadha dan Qadar adalah kekuasaan Allah. Usaha telah dilakukan. Sekarang bertawakkal dan berdoa. Terus berdoa jangan jemu agar jawapan kamu menepati skema MPM yang masih menjadi rahsia. Terus munajat dan mohon dengan sungguh-sungguh dengan solat dan bersabar. Itulah yang telah dialami dan dilakukan oleh pelajar tahun lepas. Saya juga turut mendoakan kamu setiap hari.

Apa yang juga penting sekarang ialah pulun Sejarah 2. Ambil iktibar jika ada kesilapan dalam Sejarah 1. Buat yang terbaik. InsyaAllah, Sejarah 2 dapat ‘backup’ dan mengukuhkan lagi markah keseluruhan Sejarah 940  nanti. Buat sehabis baik. Selepas itu baru layak bertawakkal. Sememangnya kamu semua telah membaca dan berusaha kuat. Saya tau.

Untuk Sejarah 2, ingatan saya, bersedia untuk menerima soalan baru. Jawablah dengan bijaksana.

Selamat berjaya.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Khamis, 25 November 2010

SOALAN SEJARAH 1 STPM 2010

BAHAGIAN A

1.    Huraikan ciri-ciri kebudayaan Paleolitik dan kebudayaan Neolitik.

2.    Sejauh manakah faktor ekonomi bertanggungjawab terhadap keruntuhan empayar Rom pada kurun ke-5 Masihi ?

3.    Jelaskan perubahan organisasi ketenteraan pada zaman awal moden di Eropah.

4.    Bincangkan perkembangan ekonomi komersial di Eropah Barat dari tahun 1500 hingga tahun 1800.

5.    Dengan memberikan contoh yang sesuai, bincangkan sejauh mana faktor agama mempengaruhi pendidikan formal dalam tamadun awal.

6.    Dengan merujuk kepada tamadun awal, bincangkan kepentingan muzik dalam kehidupan masyarakat pada ketika itu.

7.    Bandingkan peranan firaun dengan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan di Mesir dan China.

8.    Bandingkan kesan penaklukan puak gasar Jerman di Eropah Barat dengan kesan peluasan kuasa Islam di Asia Barat terhadap tamadun di kedua-dua kawasan itu.

BAHAGIAN B

9.    Bincangkan faktor kemunculan golongan Syiah dan Khawarij pada akhir zaman Khulafa al-Rasyidin.

10.  Sejauh manakah pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-Rasyidin memiliki ciri pemerintahan dan pentadbiran Nabi Muhammad SAW di Madinah  ?

11.  Bincangkan implikasi Perang Uhud terhadap masyarakat Islam di Madinah.

12.  Huraikan perkembangan sistem mata wang Islam dari zaman Khulafa al-Rasyidin hingga zaman Bani Umayyah dan peranan sistem mata wang itu dalam aktiviti ekonomi umat Islam.

13.  Huraikan peranan institusi pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan kerajaan Abbasiyah.

14.  Huraikan perkembangan seni ukir Islam pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan kerajaan Abbasiyah.

15.  Bandingkan dasar pemerintahan Maharaja Akbar dengan dasar pemerintahan Maharaja Aurengzeb dalam mengukuhkan pemerintahan Moghul di India.

16.  Bandingkan sistem ketenteraan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dengan sistem ketenteraan Barat pada zaman Rom.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 22 November 2010

SELAMAT BERJUANG !!!!

Perjuangan yang kecil ini sudah bermula. Lakukan yang terbaik  demi kebaikan diri, agama dan negara. Semoga anda semua berjaya mengharungi liku-liku dan ranjau berduri sepanjang peperiksaan STPM 2010 ini. 

Jaga kesihatan dan keselamatan diri. Tidur dan rehat perlu cukup. Keselamatan diri perlu diberi perhatian. Jangan pula bawa kenderaan secara merbahaya kerana itu mengundang kecelakaan. Berhati-hati juga kerana kadang-kadang orang lain pulak yang hentam kita. Apa pun tawakkal kepada Allah. Emosi juga perlu jaga. Janganlah tension sangat. Nanti apa pun tak leh buat.

Sebagai Muslim, kekuatan dan ketenangan hati yang abadi hanya apabila kita dekat dan taat kepada Allah s.w.t, Pencipta kita, Tuhan yang menguasai sekalian alam, Tuhan yang kita sembah dan imani secara uluhiyyah dan rububiyyah. Mohon pertolongan Allah dengan bersolat dan bersabar. Mulakan sekarang jika anda belum berbuat demikian. Inilah masanya ........ dan teruskan.

Semoga Berjaya.

Ahad, 21 November 2010

JPN Kelantan Arahkan Calon STPM, SPM Sedia Hadapi Banjir

21/11/2010 4:53pm

KOTA BHARU – Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mengarahkan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua semasa peperiksaan.

Pengarahnya, Hussein Awang berkata, pihaknya telah menyediakan pusat pemindahan untuk dijadikan pusat peperiksaan alternatif jika pusat peperiksaan sedia ada dinaiki air.

Ini bagi memastikan 43,151 calon yang mengambil kedua-dua peperiksaan di seluruh negeri itu tahun ini tidak terjejas, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, 36,738 calon SPM akan menduduki peperiksaan di 274 sekolah yang dijadikan pusat peperiksaan manakala 6,413 calon STPM menduduki peperiksaan di 54 pusat di negeri negeri ini.

Hussein berkata, hasil kajian jabatannya mendapati 35 sekolah di negeri ini dijangka ditenggelami air atau terputus hubungan, termasuk 29 sekolah di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) melibatkan 2,646 calon SPM, jika berlaku banjir.

Beliau menasihatkan pelajar terbabit supaya menghubungi pengetua atau pihak sekolah apabila kawasan mereka ditenggelami air banjir dan tidak dapat menduduki peperiksaan berkenaan.

Peperiksaan SPM dan STPM di seluruh negara akan bermula Selasa ini dan berakhir 20 Dis. — Bernama

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 20 November 2010

PESANAN TERAKHIR !!!!!

Assalamualaikum , khususnya pelajar saya di SMK DARY dan semua pelajar Sejarah 1.

Di bawah ini dinyatakan sekali lagi panduan untuk menulis esei Sejarah 1 STPM. Panduan ini sangat berguna agar esei yang anda tulis menepati kehendak dari segi format menjawab.

Apa yang penting, jawablah apa yang dikehendaki oleh soalan. Gunakan segala ilmu dan idea yang anda telah baca untuk membentuk jawapan yang memenuhi kehendak soalan. Saya suka sarankan, jika ada fakta atau isi yang tak pasti,  tulis juga. Itulah jalan paling selamat. Ada banyak isi, tulis semua. Jangan sesekali biarkan tanpa jawapan. Usaha perah otak. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea. Kalau anda dah baca, takkanlah tak dapat buat perkaitan langsung.

Saya ingin menyakinkan anda bahawa, sistem pemeriksaan kertas Sejarah STPM akan dilakukan dengan prioriti menguntungkan calon. Jangan risau sangat tentang itu. Tugas anda, jawab seperti soalan tanya dengan kreatif dan tepat. Selebihnya, adalah tugas pemeriksa lantikan MPM. Itu tugas mereka. Anda berdoa sahaja selepas itu.

Selamat Menjawab. Sejarah mesti A (InsyaAllah)

A.  CIRI-CIRI PENDAHULUAN

1. Perenggan Pertama

2. Bukan Kehendak Soalan / Isi

3. Pengertian Kepada Konsep

4. Latar Belakang Kawasan

5. Latar Belakang Kepada Tema

B.  ISI:

  • Fakta
  • Huraian  + Contoh

FAKTA:

  1. Bilangan fakta bergantung kepada bahagian kehendak soalan tu.
  2. Satu bahagian : biasanya perlu ada 7 isi ( Jika ada lebih , tulis semua lebih selamat kerana selagi markah isi belum mencapai jumlah maksimum, anda akan dapat markah setiap isi yang ditulis)
  3. Lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian.( Contoh : Kalau soalan hendak konsep dan faktor, tentulah markah faktor lebih banyak daripada konsep )
  4. Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
  5. Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan

HURAIAN:

  1. Menjadi penerangan kepada fakta
  2. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah;mengapa/kenapa,/bagaimana/apakah implikasi/kesannya ( Kaedah 5W 1H la )
  3. Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian

CONTOH:

  1. Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
  2. Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:

i. Bila (tarikh, tahun, abad)

ii. Siapa (nama, kaum,)

iii. Di mana (tempat)

iv. Banyak mana (kadar, bilangan)

v. Apa ( peristiwa )

C.  KESIMPULAN:

1. Apa sahaja yang berkaitan.

2. Tidak mengulangi pernyataan soalan

3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi

Pendahuluan dan Kesimpulan adalah bahagian yang mudah untuk dapat markah. Jangan abaikan bahagian ini. Sebanyak 4 atau 5 markah maksimum boleh anda kutip di sini. Jangan buat sambil lewa …….

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Khamis, 18 November 2010

Permohonan biasiswa Nagoya University-JAGAM dibuka

Permohonan biasiswa Nagoya University-JAGAM dibuka
2010/11/18

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang layak dijemput memohon biasiswa Nagoya University-Persatuan Graduan Jepun Malaysia (JAGAM) yang kini dibuka sehingga 7 Januari tahun depan.

Penerima biasiswa itu akan diterima mengikuti pengajian dalam kursus sains, kejuruteraan atau sains sosial di Nagoya Universiti, Jepun pada Oktober tahun depan di bawah Program Antarabangsa Penuntut Global 30.

"Ini adalah program antarabangsa yang baru di mana semua kuliah dibuat dalam bahasa Inggeris," menurut JAGAM dalam kenyataan di sini hari ini.

Nagoya University dan JAGAM akan memilih tiga penuntut untuk menerima bisiswa ini yang berdasarkan pada campuran keperluan, merit dan kecenderungan semulajadi pelajar.

Setiap penerima boleh menerima pembayaran maksimum 500,000 yen setahun dan akan dipertimbangkan untuk mendapat tuisyen secara percuma selain elaun biasiswa.

Penerima juga akan diberikan tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu, Nagoya, yang mana boleh, serta tiket pergi dan balik kelas ekonomi selepas tamat pengajian.

Pelajar yang kini menduduki peperiksaan Sijil Perperiksaan Bersatu (UEC) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) digalakkan untuk memohon.

"Pemohon hendaklah memastikan borang yang dihantar ke JAGAM adalah lengkap sebelum 4 petang 7 Januari 2011," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan untuk borang biasiswa ini, pelajar boleh menghubungi JAGAM di Persatuan Graduan Jepun Malaysia (JAGAM), No. 88, Jalan SS2/4, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, atau hubungi 03-78774312 atau layari laman web JAGAM www.jagam.org.my. - BERNAMA

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

53,674 duduki STPM

53,674 duduki STPM
2010/11/18

KUALA LUMPUR: Seramai 53,674 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 23 November hingga 16 Disember ini.

Daripada jumlah itu, 47,369 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,593 calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri dan 10 calon Sekolah Integriti.

Calon dinasihati pergi ke pusat peperiksaan terdekat dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat itu jika berlaku bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh yang menyukarkan calon sampai ke pusat peperiksaan yang sepatutnya.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam satu kenyataan hari ini, berkata bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh peperiksaan itu, MPM membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi dengan menelefon 03-61302666/61303606/61352035/61352390/61352316.

Bilik Gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang sepanjang Isnin hingga Jumaat dalam tempoh peperiksaan STPM berlangsung.

Sementara itu, MPM turut mengingatkan calon supaya sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC1 dan LPKC2) sepanjang peperiksaan di samping menyemak nama pusat peperiksaan.

Bagi yang tidak menerima atau kehilangan LPKC1 atau LPKC2, calon boleh melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my untuk mencetak butir pendaftaran mereka dan menggunakannya sebagai tiket menduduki peperiksaan. - BERNAMA

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Rabu, 17 November 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 1- KEPENTINGAN ZAMAN NEOLITIK

Huraikan kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.

PENDAHULUAN

1. Latar belakang zaman prasejarah

· Terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.

2. Latar belakang zaman Neolitik

· Dikenali juga sebagai zaman prasejarah akhir atau Zaman Batu Baru.

· Wujud kira-kira 7000 S.M – 3500 S.M

· Kewujudan zaman ini berbeza mengikut tempat di dunia.

3. Zaman neolitik ini merupakan perintis kepada perkembangan tamadun dunia berikutan kewujudan beberapa ciri persamaan antara zaman neolitik dan zaman tamadun awal manusia.

ISI: Kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal. (7 isi X 3 markah = 21 markah)

1. Menjadi Asas Kemajuan Sains dan Teknologi

· Perkembangan tahap pemikiran zaman neolitik melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.

· Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.

· Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.

· Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.

· Penemuan bajak dan roda menambahkan lagi daya produktiviti manusia

· Contoh ; penemuan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka.

· Haiwan seperti kuda dan kerbau di latih untuk mengangkut barang atau membajak sawah.

· Kesan penggunaan alat-alat ini telah meningkatkan hasil pertanian.

· Penciptaan rakit dan perahu pada zaman Neolitik juga membawa kepada perkembangan pembuatan kapal untuk menjalankan aktiviti perdagangan pada zaman tamadun awal manusia. Contoh, perdagangan antara Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Indus.

2. Tercetusnya Revolusi Pertanian

· Zaman neolitik juga dianggap perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka.

· Antara ciri tamadun dalam aspek ini ialah berlakunya revolusi pertanian. Revolusi ini bermula pada zaman neolitik.

· Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan.

· Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber hutan, sebaliknya mula bercucuk tanam dan menternak haiwan.

· Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan.

· Kesuburan tanah dan penghasilan makanan yang mencukupi untuk menampung penduduk telah mencetuskan revulusi urban atau perbandaran.

· Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar Memphis dan Dhilkah dan Thebes

3. Pembentukan Petempatan Kekal

· Perubahan kepada cara hidup bermastautin atau membina petempatan kekal juga menyebabkan zaman neolitik ini dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun manusia.

· Salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah kejayaan membina petempatan kekal.

· Dengan corak ini membolehkan manusia bergiat dalam aktiviti bercucuk tanah dan menternak haiwan serta membina tamadun.

4. Pembentukan Bandar / Proses Urbanisasi

· Masyarakat Neolitik yang telah mula hidup menetap dan bilangan penduduk yang ramai telah membentuk sebuah perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi bandar dan negara kota.

5. Pembentukan Sistem Kepercayaan dan Agama

· Kepercayaan manusia neolitik juga menjadi perintis kepada kewujudan sistem kepercayaan manusia bertamadun.

· Dalam masyarakat neolitik telah wujud naluri beragama. Walaupun masyarakat Neolitik mempercayai kepercayaan berunsur alam sekitar, namun dari kepercayaan inilah yang akhirnya telah melahirkan kepercayaan beberapa kepercayaan lain dalam masyarakat bertamadun.

· Pada zaman Neolitik, manusia mempercayai kuasa ghaib yang dipercayai menentukan nasib mereka.

· Mereka percaya kepada semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta.

· Manusia boleh menerima hukum alam. Contoh ; banjir.

· Kesan daripada sistem kepercayaan dan agama pada zaman Neolitik menyebabkan berlakunya amalan politeisme iaitu penyembahan dewa-dewi.

  • Dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
  • Jika tidak disembah,dewa-dewi akan membawa malapetaka seperti banjir, dan kemarau.
  • Contoh; tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
  • Contoh; dalam tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa-dewi yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.

6. Wujud Pengkhususan kerja

· Pada zaman Neolitik pengkhususan kerja hanya melibatkan jantina sahaja iaitu kaum lelaki kepada aktiviti memburu dan kraftangan (seperti penghasilan peralatan, tembikar dll) sementara kaum wanita bercucuk tanam.

· Pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti mereka dan merangsang kepada aktiviti perdagangan.

· Kewujudan pengkhususan kerja ini berikutan telah wujudnya kepelbagaian keperluan dalam masyarakat Neolitik.

  • Pengkhususan kerja pada zaman Neolitik ini menyebabkan setiap anggota masyarakat pada zaman Tamadun mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti petani, penternak, artisan dan askar.
  • Pengkhususan kerja mempercepat lagi proses urbansisasi dan perkembangan tamadun.
  • Contoh; tamadun China

7. Wujudnya Organisasi Sosial

· Pembentukan organisasi sosial mudah dalam masyarakat Neolitik membawa kepada kewujudan corak politik yang asas.

· Pada zaman Neolitik, wujud ketua kampung yang menyelesaikan sebarang pertikaian berkaitan dengan pertanan atau hak milik tanah.

· Perkembangan ini telah membawa kepada kewujudan institusi politik yang lebih kompleks dalam masyarakat bertamadun.

· Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.

· Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.

· Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.

· Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.

· Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan

· Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing

· Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja yang berat.

· Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda

· Contoh ; Tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hamumurabi

8. Terbentuk kesenian dan sistem tulisan

· Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan.

  • Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku.
  • Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
  • Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacara keagamaan dan harta kuil.
  • Contoh; tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.

Kesimpulan

· Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik.

· Kemunculan tamadun awal manusia telah melahirkan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti Tamadun Yunani dan Tamadun Eropah.

Perhatian : Markah maksimum Pendahuluan + Kesimpulan adalah sebanyak 4 markah sama ada 3 +1 @ 2+2 @ sebaliknya.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

7 TIPS BAGAIMANA MENGELAK DARI DIKUASAI FIKIRAN NEGATIF

1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.

Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.

Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.

3. Hormati sesiapa saja.

Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.

Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.

Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

6. Elak mengomel-mengomen, mengata dan mencaci.

Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, mengomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.

Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.

Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.

Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.

Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

Sumber : iMotivasi.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Selasa, 16 November 2010

SALAM IDUL ADHA

 

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

DOAKAN SAHABAT SAAT IA TIDAK MENGETAHUI

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Doakanlah Saudaramu Di Saat Dia Tidak Mengetahuinya

Inilah mungkin yang banyak dilupakan oleh banyak orang atau mungkin belum diketahui. Padahal di antara do’a yang mustajab (terijabahi/terkabul) adalah do’a seorang muslim kepada saudaranya.

Berikut kami bawakan beberapa hadits yang shahih yang dibawakan oleh Bukhari dalam kitabnya Adabul Mufrod. Bukhari membawakan bab dalam kitabnya tersebut: Bab278- Do’a Seseorang kepada Saudaranya di Saat Saudaranya Tidak Mengetahuinya. Semoga bermanfaat.

Hadits pertama

Dari Abu Bakar Ash Shidiq radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,”إن دعوة الأخ في الله تستجاب”“Sesungguhnya do’a seseorang kepada saudaranya karena Allah adalah do’a yang mustajab (terkabulkan).“(Shohih secara sanad)

Hadits kedua

Dari Shofwan bin ‘Abdillah bin Shofwan –istrinya adalah Ad Darda’ binti Abid Darda’-, beliau mengatakan,قدمت عليهم الشام، فوجدت أم الدرداء في البيت، ولم أجد أبا الدرداء. قالت: أتريد الحج العام ؟ قلت : نعم. قالت: فادع الله لنا بخير؛ فإن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول“Aku tiba di negeri Syam. Kemudian saya bertemu dengan Ummud Darda’ (ibu mertua Shofwan, pen) di rumah. Namun, saya tidak bertemu dengan Abud Darda’ (bapak mertua Shofwan, pen). Ummu Darda’ berkata, “Apakah engkau ingin berhaji tahun ini?” Aku (Shofwan) berkata, “Iya.”Ummu Darda’ pun mengatakan, “Kalau begitu do’akanlah kebaikan padaku karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,”:

“إن دعوة المرء المسلم مستجابة لأخيه بظهر الغيب، عند رأسه ملك موكل، كلما دعا لأخيه بخير، قال: آمين، ولك بمثل”. قال: فلقيت أبا الدرداء في السوق، فقال مثل ذلك، يأثر عن النبي صلى الله عليه وسلم.“Sesungguhnya do’a seorang muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah doa’a yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendo’akan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan do’anya. Tatkala dia mendo’akan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: Amin. Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi.”Shofwan pun mengatakan, “Aku pun bertemu Abu Darda’ di pasar, lalu Abu Darda’ mengatakan sebagaimana istrinya tadi. Abu Darda’ mengatakan bahwa dia menukilnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.”(Shohih) Lihat Ash Shohihah (1399): [Muslim: 48-Kitab Adz Dzikr wad Du’aa’, hal. 88]

Hadits ketiga

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, beliau berkata bahwa seseorang mengatakan,اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَلِمُحَمَّدٍ وَحْدَنَا“Ya Allah ampunilah aku dan Muhammad saja!”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda,لَقَدْ حَجَبْتَهَا عَنْ نَاسٍ كَثِيرٍ“Sungguh engkau telah menyempitkan do’amu tadi dari do’a kepada orang banyak.”(Shohih) Lihat Al Irwa’ (171): [Bukhari: 78-Kitab Al Adab, 27-Bab kasih sayang terhadap sesama manusia dan terhadap hewan ternak, dari Abu Hurairah]
Pelajaran yang dapat dipetik dari hadits-hadits di atas:

Pertama:

Islam sangat mendorong umatnya agar dapat mengikat hubungan antara saudaranya sesama muslim dalam berbagai keadaan dan di setiap saat.

Kedua:

Do’a seorang muslim kepada saudaranya karena Allah di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah do’a yang sangat utama dan do’a yang akan segera terijabahi (mustajab). Orang yang mendo’akan saudaranya tersebut akan mendapatkan semisal yang didapatkan oleh saudaranya.

Ketiga:

Ada malaikat yang bertugas mengaminkan do’a seorang muslim kepada suadaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya.

Keempat:

Malaikat tidaklah mengaminkan do’a selain do’a dalam kebaikan.

Kelima:

Sebagaimana terdapat dalam hadits ketiga di atas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingkari Arab Badui di mana dia membatasi rahmat Allah yang luas meliputi segala makhluk-Nya, lalu dibatasi hanya pada dirinya dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam saja.

Inilah beberapa pelajaran berharga dari hadits di atas. Janganlah lupakan saudaramu di setiap engkau bermunajat dan memanjatkan do’a kepada Allah, apalagi orang-orang yang telah memberikan kebaikan padamu terutama dalam masalah agama dan akhiratmu. Ingatlah ini!Semoga Allah selalu menambahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat.

Catatan : Marilah kita saling mendoakan kesejahteraan saudara dan sahabat kita khususnya kejayaan dalam peperiksaan STPM yang bakal menjelang.

Sumber : http://nurihsan99.blogspot.com/

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 13 November 2010

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SOLAT HAJAT?


1. Apakah yang dimaksudkan dengan solat hajat?
Terdapat dua cara untuk menunaikan hajat khususnya hajat dunia.

Pertama dengan mentaati Allah iaitu dengan melakukan apa yang diperintah samada perintah wajib mahupun sunat dan meninggalkan apa yang dilarang samada larangan haram atau larangan makruh.

2.  Ketaatan tersebut sekiranya diterima oleh Allah menjadi penyebab untuk manusia mendapat apa sahaja hajat yang dicita-citakannya. Dalilnya ialah firman Allah:
ومن يتق الله يجعل له مخرجا. ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه
Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia jadikan untuknya jalan keluar dan Dia memberi rezki kepadanya dari sumber yang dia tidak jangkakan” (Surah al-Talaq, ayat 2-3).

3.  Begitu juga firman Allah:
من عمل صالحا من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فلنحيينه حياة طيبة
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan amalan soleh samada lelaki atau perempuan sedangkan dirinya beriman maka Kami akan hidupkan dirinya dengan kehidupan yang baik. (Surah al-Nahl ayat 97).

4.  Allah berfirman lagi:
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض
Maksudnya:”Dan jikalau penduduk kampungitu beriman dan bertaqwa pasti Kami buka untuk mereka barakah-barakah (rezki) dari langit dan bumi.” (Surah al-A`raf ayat 96)

5.  Cara kedua ialah dengan berdoa kepada Allah dengan syarat-syarat dan adab-adab yang telah digariskan oleh Syara` antara yang terpentingnya khusu` hati dan perasaan serta tulus ikhlas hati terhadap Allah dan menjauhi perkara haram.

6.  Doa yang terbaik pula ialah doa yang didahulukan dengan amalan soleh. Dan antara amalan soleh itu ialah dengan mengerjakan solat. Imam Ahmad meriwayatkan dengan Sanad yang Sahih
" من توضأ فأسبغ الوضوء ثم صلى ركعتين يتمهما أعطاه الله ما سأل معجَّلا أو مؤخرا"
Maksudnya: “Sesiapa yang berwudu’ lalu menyempurnakan wudu’nya kemudian dia mengerjakan solat dua rakaat yang disempurnakan, Allah berikan kepadanya apa yang diminta cepat atau lambat.”

Sumber : http://syeikh-takiri.blogspot.com/

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

INGAT TARIKH PENTING INI !!

Kepada pelajar saya di SMKDARY khususnya dan pelajar seluruh Malaysia yang dikasihi,

Peperiksaan STPM hampir sangat dah . Kemunculannya dinanti dengan penuh debaran. Mustahil tiada siapa yang akan mendudukinya ‘cool’ macam tak ada perasaan. Walau apa pun kamu semua kena kontrol emosi dan tindakan masing-masing. Kena tenangkan diri. Kena terus berusaha dan mesti meletakkan keyakinan yang tinggi memohon pertolongan Allah dengan bersolat, berdoa dan bersabar. Buatlah Solat Hajat, membaca surah Yassin  dengan niat memohon bantuan Allah dan saya suka syorkan, jangan tinggal solat Dhuha.

Kita mahukan kejayaan dan dalam masa yang sama kejayaan yang mendapat restu, berkat dan keredhaan Allah. Jangan lupa, untuk mendapat redha Allah, mesti mesti terlebih dahulu mendapat redha Ibu bapa dan guru-guru kamu. Mohon ampun dan keredhaan dari mereka. Biar kamu semua mengambil peperiksaan nanti tanpa hijab dari Allah. Keberkatan ni benda yang tak nampak. Kita tak mahu kejayaan kita nanti merupakan ‘istidraj’.

Terus berusaha dan semoga berjaya. Saya tidak lupa untuk memanjatkan doa khususnya untuk pelajar-pelajar saya yang dikasihi. Moga kamu semua diberkati.

Semoga segala apa yang saya ajarkan, dapat memberi manfaat kepada kamu semua khususnya untuk menjawab soalan peperiksaan. Ingat, apa yang saya ajar dan nasihatkan bukan untuk kehidupan kamu sekarang sahaja tapi panduan untuk akan datang.

Saya meredhai dan merestui kamu semua sebagai pelajar saya. Semoga berjaya hendaknya…….Amin.

25 November

(Khamis)

8:00 pg–11:00pg

940/1

Sejarah 1 (Tamadun DuniahinggaTahun 1800)

3jam

2:00 ptg –5:00 ptg

944/1

Ekonomi 1 (Mikroekonomi)

3jam

 

2 Disember

(Khamis)

8:00 pg – 11:00 pg

940/2

Sejarah 2 (Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800 - 1963)

3jam

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Khamis, 4 November 2010

KOLEKSI SOALAN SEJARAH - PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2010 (TERBARU : UPDATE 4 NOV)

Berikut Adalah Koleksi Kertas Soalan Sejarah 1 dan 2 Peperiksaan Percubaan STPM Negeri-Negeri di Malaysia 2010 (Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Johor, Sabah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Pulau Pinang,Sarawak ) yang dapat saya kumpulkan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Ini adalah team work terbaik yang pernah saya capai dalam blog ini. Kepada blog dan laman pendidikan lain, boleh ambil dan link kan dengan blog anda tetapi janganlah segan dan malu untuk meletakkan sumber/source ambilan anda.

1.   Percubaan Sejarah 1 Perak : SMK Dary + Skema

2.   Percubaan Sejarah 2 Perak : SMK Dary

3.   Percubaan Sejarah 1 Negeri Sembilan 2010 + Skema

4.   Percubaan Sejarah 1 Pahang 2010 + Skema

5.   Percubaan Sejarah 2 Pahang 2010 +Skema

6.   Percubaan Sejarah 1 Kedah 2010 + Skema

7.   Percubaan Sejarah 2 Kedah 2010

8.   Percubaan Sejarah 1 Johor 2010 + Skema

9.   Percubaan Sejarah 2 Johor 2010 + Skema

10.  Excel 1 : Sejarah 1 Sabah 2010 + Skema

11.  Excel 2 : Sejarah Sabah 2010 + Skema

12.  Percubaan Sejarah 1 @ Sibu 2010 + Skema

13.  Percubaan Sejarah 1 Perlis 2010 + Skema

14.  Percubaan Sejarah 2 Perlis 2010 + Skema

15.  Percubaan Sejarah 1 Terengganu 2010 + Skema

16.  Percubaan Sejarah 2 Terengganu 2010

17.  Peperiksaan Pra STPM Sejarah 1 Kelantan 2010 + Skema

18.  Percubaan Sejarah 1 Kelantan 2010 ( TIADA )

19.  Percubaan Sejarah 2 Kelantan 2010 + Skema

20.  Percubaan Sejarah 1 Selangor + Skema

21.  Percubaan Sejarah 2 Selangor + Skema

22.  Percubaan Sejarah 1 Pulau Pinang : SMK Penanti

23.  Percubaan Sejarah 1 Sarawak (Kapit) 2010 + Skema

24.  Percubaan Sejarah 2 Sarawak (Kapit) 2010 + Skema 

25.  Percubaan Sejarah 1 Melaka 2010 ( TIADA )

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 2 : PERCUBAAN KAPIT SARAWAK (SKEMA DISEDIAKAN)

clip_image002


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010

BAHAGIAN A (SEJARAH MALAYSIA)

1. Bincangkan kepercayaan dan agama masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga abad ke 20. [25]

2. Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke-20. [25]

3. Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu. [25]

4. Bincangkan hukum Adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum campur tangan British. [25]

5. Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (Desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.
[25]

6. Huraikan faktor-faktor pembentukan Gagasan Malaysia pada tahun 1963.[25]

BAHAGIAN B

(SEJARAH ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR)

7. Huraikan susun lapis masyarakat feudal di China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa Barat. [25]

8. Bincangkan dasar tutup pintu di negara China, Jepun, dan Siam. [25]

9. Huraikan kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854. [25]

10. Bincangkan peranan bahasa dan kesusasteraan serta media cetak dalam perkembangan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara. [25]

11. Jelaskan mengapa Jepun muncul sebagai sebuah kuasa imperialis baru di Asia. [25]

12. Bincangkan faktor-faktor luar yang mempengaruhi kesedaran politik di Asia Tenggara dari tahun 1900 hingga 1941. [25]

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 1 :PERCUBAAN KAPIT SARAWAK(SKEMA DISEDIAKAN)

clip_image002

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010

BAHAGIAN A (TAMADUN DUNIA)

1. Alam sekitar amat mempengaruhi kehidupan dan pembentukan masyarakat berkebudayaan pada zaman prasejarah. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk contoh-contoh yang sesuai. [25]

2. Bincangkan kepentingan sungai dalam proses perkembangan tamadun-tamadun awal manusia. [25]

3. Bincangkan pentadbiran pusat dan wilayah dalam tamadun di Mesir. [25]

4. Huraikan faktor-faktor pembentukan Negara Bangsa pada sekitar abad ke-15 di Eropah. [25]

5. Jelaskan peranan Orang Laut dalam sejarah ketahanan dan pertahanan di Alam Melayu. [25]

6. Apakah yang dimaksudkan dengan ketahanan dan pertahanan? Jelaskan faktor-faktor yang menentukan kejayaan pertahanan dan ketahanan sesebuah tamadun manusia. [25]

7. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kuasa-kuasa Barat melancarkan penjelajahan dan penerokaan sebelum abad ke-16 masihi. [25]

8. Kegiatan ekonomi di Kepulauan Melayu telah pun wujud sebelum abad ke-15. Bincangkan kenyataan ini secara kritis. [25]

BAHAGIAN B (TAMADUN ISLAM)

9. Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW di Madinah. [25]

10. Terangkan isi Perjanjian Hudaibiyah dan sejauhmanakah kepentingannya dalam usaha melindungi umat Islam dan negara Madinah. [25]

11. Huraikan konsep ummah serta jelaskan sebab-sebab pembentukan ummah oleh Nabi Muhammad SAW dan masalah-masalah yang dihadapi berdasarkan keadaan yang wujud di Madinah. [25]

12. Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan baginda. Bincangkan. [25]

13. Bandingkan sistem pemerintahan di antara kerajaan Khulafa al-Rasyidin dengan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. [25]

14. Bincangkan konsep Khalifah, serta huraikan proses perlantikan Abu Bakar sebagai Khalifah. [25]

15. Apakah taktik dan strategi peperangan yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika diserang oleh musuh? Jelaskan. [25]

16. Jelaskan perbezaan ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis seperti yang diamalkan di Barat. [25]

17. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi. [25]

18. Terangkan faktor-faktor yang mendorong kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan Tamadun Islam. [25]

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.