ENJIN CARIAN BAHAN

Memaparkan catatan dengan label SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 2. Papar semua catatan

Selasa, 2 Oktober 2012

KOLEKSI SOALAN SEJARAH - PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2012 (TERMINAL)

Salam sejahtera semua pengguna blog ini. Saya sedang berusaha untuk meneruskan usaha mengumpulkan semua soalan percubaan Sejarah Negeri-negeri di Malaysia 2012. Saya mengharapkan rakan-rakan guru-guru yang sedia berkongsi dapat mengemelkan soalan dan skema percubaan STPM (Terminal) Sejarah 1 dan 2 2012 kepada saya untuk diterbitkan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit untuk semua penyumbang bahan. Saya tak sebut nama sebab ada yg tak mahu namanya dipaparkan. Khusus buat akob dan semua penyumbang, sumbangan tersebut buat kita semua. Terima kasih.

Kepada semua pelajar Malaysia, selamat berusaha . Semoga berjaya mendapat A dengan keberkatan daripada Allah swt.

Hantarkan bahan kepada emel : rashman2u@yahoo.com  

Kemaskini Terakhir : 3 Oktober 2012

= Bahan ada dan sedia untuk dimuat turun

= Bahan belum ada, so tak leh muat turun lagi.

1. Percubaan Sejarah 1 Perak 2012 (Sila Muat turun !!!)

2. Percubaan Sejarah 2 Perak 2012 (Sila Muat turun !!!)

3. Percubaan Sejarah 1 Negeri Sembilan 2012 (Sila Muat turun) 

4. Percubaan Sejarah 2 Negeri Sembilan 2012 (Sila Muat turun) 

5. Percubaan Sejarah 1 Pahang 2012 (Sila Muat turun) 

6. Percubaan Sejarah 2 Pahang 2012 (Sila Muat turun) 

7. Percubaan Sejarah 1 Kedah 2012 (Sila Muat turun !!!)

8. Percubaan Sejarah 2 Kedah 2012 (Sila Muat turun !!!)

9. Percubaan Sejarah 1 Johor 2012 (Sila Muat turun) 

10. Percubaan Sejarah 2 Johor 2012 (Sila Muat turun) 

11. Percubaan Sejarah 1 Sabah 2012

12. Percubaan Sejarah 2 Sabah 2012

13. Percubaan Sejarah 1 Perlis 2012

14. Percubaan Sejarah 2 Perlis 2012 (Sila Muat turun) 

15. Percubaan Sejarah 1 Terengganu 2012

16. Percubaan Sejarah 2 Terengganu 2012 (Skema Tiada) (Sila Muat turun) 

17. Percubaan Sejarah 1 Kelantan 2012 (Sila Muat turun) 

18. Percubaan Sejarah 2 Kelantan 2012 (Sila Muat turun) 

19. Percubaan Sejarah 1 Selangor 2012 (Sila Muat turun) 

20. Percubaan Sejarah 2 Selangor 2012 (Sila Muat turun) 

21. Percubaan Sejarah 1 Pulau Pinang 2012

22. Percubaan Sejarah 1 Sarawak 2012

23. Percubaan Sejarah 2 Sarawak 2012

24. Percubaan Sejarah 1 Melaka 2012 (Sila Muat turun)

25. Percubaan Sejarah 2 Melaka 2012 (Sila Muat turun)

26. Percubaan Sejarah 1 Wilayah Persekutuan KL 2012

27. Percubaan Sejarah 2 Wilayah Persekutuan KL 2012

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]setstats 1

Ahad, 23 Oktober 2011

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 2011 – EDISI LENGKAP !!!

UPDATE TERKINI 23/10/2011 : LENGKAP !!! Usaha saya untuk mengumpul soalan percubaan seluruh Malaysia saya kira lengkap. Terima kasih atas sokongan ramai guru dan pelajar yang namanya tak dapat saya sebutkan di sini. Moga kerja sama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Saya mengharapkan semua pelajar, khususnya pelajar saya di SMK DARY, Bota Kanan, Perak dapat menggunakan semaksimum mungkin bahan yang dibekalkan sama ada bahan secara online atau bahan off line/fotostat.

Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran. Ringkasnya, jemu bahan modul/fotostat, tukar cara guna bahan daripada blog sama ada secara online atau off line, dan begitulah sebaliknya.

Jangan jemu. Terus usaha. Tiada titik noktah untuk Sejarah selagi exam Sejarah 1 dan 2 belum selesai.

Segala bahan skema boleh diambil dan disebarkan tetapi bukan untuk tujuan komersial dan keuntungan. Kepada laman lain, letakkan source anda. TQ.

Rujukan alamat, sila lawati : http://sejarahstpm.blogspot.com/2011/09/koleksi-soalan-sejarah-peperiksaan.html

Selamat berusaha. Semoga berjaya A cemerlang dengan keberkatan daripada Allah.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Selasa, 27 September 2011

KOLEKSI SOALAN SEJARAH - PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2011 (update 2/10/2011, 16/10/2011, dan 23/10/2011)

Salam sejahtera semua pengguna blog ini. Hampir sebulan lebih saya tidak mengupdate blog ni kerana kesibukan yang pelbagai. Saya baru selesai menyemak kertas jawapan Percubaan Sejarah 1 pelajar saya. Jadi dah kurang sibuk sikit.

Saya bercadang untuk meneruskan usaha mengumpulkan semua soalan percubaan Negeri-negeri di Malaysia. Saya mengharapkan rakan-rakan guru-guru yang sedia berkongsi dapat mengemelkan soalan dan skema percubaan  Sejarah 1 dan 2 2011 kepada saya untuk diterbitkan. Semoga bermanfaat untuk semua.

( UPDATE  2/10/2011 : Terima kasih kepada ramai rakan guru yang turut menjayakan usaha ini. Moga bermanfaat untuk kita bersama. Kepada rakan guru daripada negeri yang saya masih tiada bahan, harap dapat mengusahakan sesuatu. )

( UPDATE 16/10/2011 : Tahniah atas kerja sama semua pihak untuk kepentingan bersama. Sesungguhnya saya hanya tukang kumpul, tukang usaha dan menyediakan wadah. Tanpa kerjasama semua perkara ini tidak menjadi kenyataan. Marilah kita saling doa mendoakan kejayaan untuk kita semua.

“ Ya Allah, berikanlah kejayaan yang sangat cemerlang dan diberkati untuk semua pelajarku khususnya dalam subjek Sejarah, dan juga kejayaan yang sangat cemerlang dan diberkati untuk anak-anakku, anak-anak sahabatku di Malaysia tercinta ini. Amin ……”

( UPDATE 23/10/2011 : LENGKAP !!! Usaha saya untuk mengumpul soalan percubaan seluruh Malaysia saya kira lengkap. Saya mengharapkan semua pelajar khususnya pelajar saya di SMK DARY, Bota Kanan, Perak dapat menggunakan semaksimum mungkin bahan yang dibekalkan sama ada bahan online atau bahan off line/fotostat.

Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran. Ringkasnya, jemu modul fotostat, tukar guna bahan blog sama ada secara online atau off line, dan begitulah sebaliknya.

Jangan jemu. Terus usaha. Tiada titik noktah untuk Sejarah selagi exam Sejarah 1 dan 2 belum selesai.

Selamat berusaha. Semoga berjaya A cemerlang dengan keberkatan daripada Allah.

Hantarkan bahan kepada emel : rashman2u@yahoo.com

1.   Percubaan Sejarah 1 Perak 2011 (Sila Muat turun !!!)

2.   Percubaan Sejarah 2 Perak 2011 (Sila Muat turun !!!)

3.   Percubaan Sejarah 1 Negeri Sembilan 2011 (Sila Muat turun !!!)

4.   Percubaan Sejarah 2 Negeri Sembilan 2011 (Sila Muat turun !!!)

5.   Percubaan Sejarah 1 Pahang 2011 (Sila Muat turun !!!)

6.   Percubaan Sejarah 2 Pahang 2011 (Sila Muat turun !!!)

7.   Percubaan Sejarah 1 Kedah 2011 (Sila Muat turun !!!)

8.   Percubaan Sejarah 2 Kedah 2011 (Sila Muat turun !!!)

9.   Percubaan Sejarah 1 Johor 2011 (Sila Muat turun !!!)

10.  Percubaan Sejarah 2 Johor 2011 (Sila Muat turun !!!)

11.  Percubaan Sejarah 1 Sabah 2011 (Sila Muat turun !!!)

12.  Percubaan Sejarah 2 Sabah 2011 (Sila Muat turun !!!)

13.  Percubaan Sejarah 1 Perlis 2011 (Sila Muat turun !!!)

14.  Percubaan Sejarah 2 Perlis 2011 (Sila Muat turun !!!)

15.  Percubaan Sejarah 1 Terengganu 2011 (Sila Muat turun !!!)

16.  Percubaan Sejarah 2 Terengganu 2011 (Sila Muat turun !!!) TERBARU ………

17.  Percubaan Sejarah 1 Kelantan 2011 (Sila Muat turun !!!)

18.  Percubaan Sejarah 2 Kelantan 2011 (Sila Muat turun !!!)

19.  Percubaan Sejarah 1 Selangor 2011 (Sila Muat turun !!!)

20.  Percubaan Sejarah 2 Selangor 2011 (Sila Muat turun !!!)

21.  Percubaan Sejarah 1 Pulau Pinang SMK Penanti 2011 (Sila Muat turun !!!)–

       Skema tiada

22.  Percubaan Sejarah 1 Sarawak  2011 (Sila Muat turun !!!) TERBARU …

23.  Percubaan Sejarah 2 Sarawak  2011 (Sila Muat turun !!!) TERBARU…

24.  Percubaan Sejarah 1 Melaka 2011 (Sila Muat turun !!!)

25.  Percubaan Sejarah 2 Melaka 2011 (Sila Muat turun !!!)

26. Percubaan Sejarah 1 Wilayah Persekutuan KL 2011 (Sila Muat turun !!!)

27. Percubaan Sejarah 2 Wilayah Persekutuan KL 2011 (Sila Muat turun !!!)

 

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Khamis, 4 November 2010

KOLEKSI SOALAN SEJARAH - PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2010 (TERBARU : UPDATE 4 NOV)

Berikut Adalah Koleksi Kertas Soalan Sejarah 1 dan 2 Peperiksaan Percubaan STPM Negeri-Negeri di Malaysia 2010 (Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Johor, Sabah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Pulau Pinang,Sarawak ) yang dapat saya kumpulkan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Ini adalah team work terbaik yang pernah saya capai dalam blog ini. Kepada blog dan laman pendidikan lain, boleh ambil dan link kan dengan blog anda tetapi janganlah segan dan malu untuk meletakkan sumber/source ambilan anda.

1.   Percubaan Sejarah 1 Perak : SMK Dary + Skema

2.   Percubaan Sejarah 2 Perak : SMK Dary

3.   Percubaan Sejarah 1 Negeri Sembilan 2010 + Skema

4.   Percubaan Sejarah 1 Pahang 2010 + Skema

5.   Percubaan Sejarah 2 Pahang 2010 +Skema

6.   Percubaan Sejarah 1 Kedah 2010 + Skema

7.   Percubaan Sejarah 2 Kedah 2010

8.   Percubaan Sejarah 1 Johor 2010 + Skema

9.   Percubaan Sejarah 2 Johor 2010 + Skema

10.  Excel 1 : Sejarah 1 Sabah 2010 + Skema

11.  Excel 2 : Sejarah Sabah 2010 + Skema

12.  Percubaan Sejarah 1 @ Sibu 2010 + Skema

13.  Percubaan Sejarah 1 Perlis 2010 + Skema

14.  Percubaan Sejarah 2 Perlis 2010 + Skema

15.  Percubaan Sejarah 1 Terengganu 2010 + Skema

16.  Percubaan Sejarah 2 Terengganu 2010

17.  Peperiksaan Pra STPM Sejarah 1 Kelantan 2010 + Skema

18.  Percubaan Sejarah 1 Kelantan 2010 ( TIADA )

19.  Percubaan Sejarah 2 Kelantan 2010 + Skema

20.  Percubaan Sejarah 1 Selangor + Skema

21.  Percubaan Sejarah 2 Selangor + Skema

22.  Percubaan Sejarah 1 Pulau Pinang : SMK Penanti

23.  Percubaan Sejarah 1 Sarawak (Kapit) 2010 + Skema

24.  Percubaan Sejarah 2 Sarawak (Kapit) 2010 + Skema 

25.  Percubaan Sejarah 1 Melaka 2010 ( TIADA )

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 2 : PERCUBAAN KAPIT SARAWAK (SKEMA DISEDIAKAN)

clip_image002


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010

BAHAGIAN A (SEJARAH MALAYSIA)

1. Bincangkan kepercayaan dan agama masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga abad ke 20. [25]

2. Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke-20. [25]

3. Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu. [25]

4. Bincangkan hukum Adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum campur tangan British. [25]

5. Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (Desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.
[25]

6. Huraikan faktor-faktor pembentukan Gagasan Malaysia pada tahun 1963.[25]

BAHAGIAN B

(SEJARAH ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR)

7. Huraikan susun lapis masyarakat feudal di China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa Barat. [25]

8. Bincangkan dasar tutup pintu di negara China, Jepun, dan Siam. [25]

9. Huraikan kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854. [25]

10. Bincangkan peranan bahasa dan kesusasteraan serta media cetak dalam perkembangan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara. [25]

11. Jelaskan mengapa Jepun muncul sebagai sebuah kuasa imperialis baru di Asia. [25]

12. Bincangkan faktor-faktor luar yang mempengaruhi kesedaran politik di Asia Tenggara dari tahun 1900 hingga 1941. [25]

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 30 Oktober 2010

KOLEKSI SOALAN SEJARAH - PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2010

Berikut Adalah Koleksi Kertas Soalan Sejarah 1 dan 2 Peperiksaan Percubaan STPM Negeri-Negeri di Malaysia 2010 (Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Johor, Sabah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Pulau Pinang ) yang dapat saya kumpulkan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Ini adalah team work terbaik yang pernah saya capai dalam blog ini. Kepada blog dan laman pendidikan lain, boleh ambil dan link kan dengan blog anda tetapi janganlah segan dan malu untuk meletakkan sumber/source ambilan anda.
1.   Percubaan Sejarah 1 Perak : SMK Dary + Skema
2.   Percubaan Sejarah 2 Perak : SMK Dary
3.   Percubaan Sejarah 1 Negeri Sembilan 2010 + Skema
4.   Percubaan Sejarah 1 Pahang 2010 + Skema
5.   Percubaan Sejarah 2 Pahang 2010 +Skema
6.   Percubaan Sejarah 1 Kedah 2010 + Skema
7.   Percubaan Sejarah 2 Kedah 2010
8.   Percubaan Sejarah 1 Johor 2010 + Skema
9.   Percubaan Sejarah 2 Johor 2010 + Skema
10.  Excel 1 : Sejarah 1 Sabah 2010 + Skema
11.  Excel 2 : Sejarah Sabah 2010 + Skema
12.  Percubaan Sejarah 1 @ Sibu 2010 + Skema
13.  Percubaan Sejarah 1 Perlis 2010 + Skema
14.  Percubaan Sejarah 2 Perlis 2010 + Skema
15.  Percubaan Sejarah 1 Terengganu 2010 + Skema
16.  Percubaan Sejarah 2 Terengganu 2010
17.  Peperiksaan Pra STPM Sejarah 1 Kelantan 2010 + Skema
18.  Percubaan Sejarah 1 Kelantan 2010 ( TIADA )
19.  Percubaan Sejarah 2 Kelantan 2010 + Skema
20.  Percubaan Sejarah 1 Selangor + Skema
21.  Percubaan Sejarah 2 Selangor + Skema
22.  Percubaan Sejarah 1 Pulau Pinang : SMK Penanti

23.  Percubaan Sejarah 1 Sarawak (Kapit) 2010 + Skema
24.  Percubaan Sejarah 2 Sarawak (Kapit) 2010 + Skema 
25.  Percubaan Sejarah 1 Melaka 2010 ( TIADA )

Sabtu, 2 Oktober 2010

SEJARAH 2-PERCUBAAN PAHANG 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

KERTAS SEJARAH 2

BAHAGIAN A

1) Jelaskan perubahan peranan Raja pada sebelum & selepas penjajahan British di Tnah Melayu.

2) Bincangkan sistem ekonomi masyarakat Melayu sblum campurtangan British. 

3) Terangkan ciri2 Persekutuan tanah Melayu 1948 & eraksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

4) Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati pembesar Melayu menyebabkan berlaku penentangan di Perak & Pahang pada aaabad ke-19

5) Bncngkan peranan & sumbangan bidang kewartawanan di Tanah Melayu dlm membangkitkan Gerakan Nasionalisme Melayu sebelum perang dunia ke-2.

6) Jelaskan ksan politik,ekonomi & sosial akibat kependudukan Jepun di Tnah Melayu antara tahun 1942-1948.

BAHAGIAN B

7) Bncangkan agama & kepercayaan yg diamalkan oleh masyarakat Thailand Dan Myanmar senbelun kedatangan kuasa2 Barat.

8) Bincangkan Dasar Tutup Pintu yg dijalankan oleh China & Jepun pada awal abad ke 19.

9) Bncangkan tindak balas masyarakat peribumi terhadap kuasa2 asing di rantau Asia Tenggara.

10) Bincangkan kesan2 Perjanjian Kanagawa di Jepun & Perjanjian Bowring di Thailand terhadap negara berkenaan.

11) " Peletusan Dahagi India pd tahun 1857 & Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1911 adalah disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap Inggeris". jelaskan faktor2 kebangkitan gerakan penentangan tersebut.

12) Sejauhmanakah peranan yg dimainkan oleh golongan intelektual menjadi faktor utam dalam peletusan Revolusi 1911 di China & Revolusi 1932 di Thailand?

Sumbangan : Nur Amalini Mohamad Rosly dari Sek. Men. Keb. Ahmad Pekan, Pahang

Skema/Soalan Sumbangan : Cikgu Ida

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Jumaat, 1 Oktober 2010

SEJARAH 2 – PERCUBAAN KEDAH 2010

BAHAGIAN A

1. Bincangkan sistem politik Melayu sebelum campur tangan British. (25 markah)

2. Sejauh manakah masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu mengamalkan ekonomi sara diri sebelum campur tangan British. (25 markah)

3. Bincangkan faktor-faktor tindakbalas golongan pembesar di Perak dan Pahang terhadap pentadbiran British pada penghujung abad ke-19. (25 markah)

4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) antara tahun 1874-1941. (25 markah)

5. Jelaskan perubahan-perubahan Perlembagaan Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga 1957. (25 markah)

6. Sejauh manakah sentimen antikomunis telah mempengaruhi penggubalan dasar luar Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1957 hingga 1963. (25 markah)

BAHAGIAN B

7. Bincangkan adat masyarakat tempatan di Myanmar dan Vietnam sebelum campur tangan peluasan pengaruh Barat. (25 markah)

8. Bincangkan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun sehingga pertengahan abad ke-19. (25 markah)

9. Bandingkan proses pengilhakan Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19. (25 markah)

10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Filipina dan India terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. (25 markah)

11. Bandingkan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China dan Revolusi Siam pada awal abad ke-20. (25 markah)

12. Bagaimanakah pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada pertengahan abad ke-20. (25 markah)

Sumbangan : Saiful Lizan bin Halim  , Pelajar SMK DARULAMAN KEDAH dan Warung Maskun (From Facebook)   

   SKEMA JAWAPAN (TIADA)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Selasa, 28 September 2010

SEJARAH 2 – PERCUBAAN JOHOR 2010 (SKEMA DISEDIAKAN)

940/2 STPM 2010

SEJARAH KERTAS 2

SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR 1800-1963

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

[PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2010]

BAHAGIAN A

1. Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat.

2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.

3. Sejauh manakah perasaan tidak puas hati pembesar menyebabkan berlakunya penentangan di Perak dan Pahang pada abad ke-19.

4. Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957.

6. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan persekutuan bagi mencapai matlamat perpaduan kaum di Malaysia melalui pendidikan dalam tempoh antara tahun 1956 hingga 1963.

BAHAGIAN B

7. Bandingkan sistem adat yang diamalkan dalam masyarakat tradisional di China dan India sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.

8. Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Siam dan Vietnam pada abad ke-19.

9. Sistem ekonomi di Filipina dan Indonesia pada abad ke 19 merupakan sistem yang menindas peribumi. Bincangkan.

10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan di Indochina pada abad ke-19.

11. Huraikan sumbangan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji dalam pemodenan negara masing-masing dari tahun 1868 hingga 1910.

12. Bandingkan dasar luar India dengan dasar luar Vietnam selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan.

Sumbangan : Nor Farahin Johanuddin dan Sarifah Othman

   SKEMA JAWAPAN(Sila download-Klik Sini)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 27 September 2010

SOALAN PERCUBAAN SEJARAH STPM 2010

Saya masih sedang berusaha mengemaskini bahan Soalan Percubaan Sejarah 1 dan 2. Setakat ni, tu jer yang dapat diusahakan. Semua soalan yang saya dapat melalui emel telah saya terbitkan dalam blog ni.

Ramai yang bertanya , kenapa tak ada skema ? Sebenarnya hanya soalan sahaja kebanyakkannya yang dihantar kepada saya. Saya mohon maaf kerana hanya itu yang mampu diusahakan. Mana yang hantar skema semua telah saya upload kan. Hanya download saja kat situ. Apa yang dihantar, itulah yang saya terbitkan.

Harapan saya masih ada yang ingin berkongsi bahan terutama skema Percubaan 2010. Semoga usaha ini ada keberkatannya. Berkat ni suatu benda yang tak nampak dengan mata kasar. Fikir-fikirkanlah.

Harap maklum

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 2 – PERCUBAAN PERAK @ SMK DARY 2010

BAHAGIAN A

Jawab dua soalan sahaja

1.  Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam institusi pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campurtangan British.

2.  Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campurtangan British

3.  Huraikan tindak balas masyarakat Melayu terhadap pentadbiran British di Perak dan Pahang pada akhir abad ke 19 .

4.  Jelaskan implikasi penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 sepanjang abad ke 19.

5.  Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu dari tahun 1949 hingga tahun 1957.

6.  Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hungga tahun 1963.

BAHAGIAN B

Jawab dua soalan sahaja

7.  Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan di India sebelum kedatangan Barat.

8.  Bincangkan dasar tutup pintu yang dijalankan oleh China dan Jepun pada awal abad ke 19.

9.  Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Yandabo di Burma (1828) dan Perjanjian Nangking di China (1842).

10.  Bincangkan dasar pengilhakan kuasa Barat di India dan di Indo China pada abad ke 19.

11.  Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.

12. Huraikan perkembangan ekonomi di Negara Filipina dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.

 

   SKEMA JAWAPAN (TIADA)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 2 – PERCUBAAN PERLIS 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

PERCUBAAN SEJARAH

Kertas 2 Negeri Perlis

Bahagian A

1.  Bincangkan sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British.

2. Jelaskan peristiwa2 penting yg berlaku di Perak dan Selangor yg membawa kpd campur tangan British pd tahun 1874.

3.  Huraikan faktor2 yg mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

4.  Bincangkan dasar politik, sosial, dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga tahun 1945.

5.  Jelaskan faktor2 yg membawa kpd penyertaan Sabah dan Sarawak dlm Persekutuan Malaysia 1963.

6.  Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

Bahagian B

7.  Bincangkan adat yg diamalkan oleh masyarakat di China dan India sebelum kedatangan Barat.

8.  Bincangkan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di IndoChina pd abad ke-19.

9.  Bandingkan kesan2 Perjanjian Nanking 1842 di China dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun.

10.Huraikan langkah2 pemodenan yg dijalankan oleh Maharaja Meiji (1868-1912) dan Raja Chulalongkorn (1868-1910) di Jepun dan Siam.

11.Bincangkan peranan golongan pelajar dlm Gerakan 4 Mei 1919 di China dan peranan golongan Thakin di Myanmar dari tahun 1936 sehingga Perang Dunia Kedua.

12. Bincangkan faktor2 yg membawa kpd meletusnya Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932.

Posted by rasajiwa to SEJARAH STPM KERTAS 1 at 27 September 2010 20:50 dan skema oleh Anas Imran

   SKEMA JAWAPAN(Sila Download-Klik Sini)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 26 September 2010

SEJARAH 2 – PERCUBAAN TERENGGANU 2010

SOALAN PERCUBAAN TERENGGANU 2010

SEJARAH KERTAS 2

Bahagian A

Jawab DUA soaan sahaja.

1. “Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19 mempunyai perbezaan dalam beberapa perkara tertentu”. Berdasarkan pernyataan mi, jelaskan perbezaan yang terciapat dalam kedua-dua adat tersebut.

2. Jelaskan reaksi penduduk pribumi terhadap pemerintahan Syarikat Borneo Utara British di Sabah sehingga tahun 1915.

3. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan kolonial di Tanah Melayu hingga tahun

1941.

4. Bincangkan dasar dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tahun 1941 hingga tahun 1945.

5. Mengapakah pada peringkat awal, pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan Malaysia?

6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara (ASA), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Komanwel sejak tahun 1957.

Bahagian B

Jawab DUA soalan sahaja.

7. Bincangkan struktur dan peranan pembesar di Siam dan Jepun sebelum campur tangan Barat.

8. Bincangkan proses pengilhakan kuasa Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.

9. Bincangkan usaha pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn (1868-1910) dan usaha pemodenan Jepun semasa pemerintahan Maharaja Meiji (1868- 1912).

10. Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand menunjukkan satu aliran berbeza berbanding gerakan nasionalisme negara-negara lain di Asia Tenggara.

11. Bincangkan kejayaan perjuangan Gerakan 4 Mei di China dan Gerakan Thakin di Burma.

12. Bincangkan kejayaan Amerika Syarikat mengukuhkan fahaman demokrasi di Filipina (1935-1946) dan di Jepun (1945-1952).

SUMBANGAN: WAN ABDUL MANAF BIN WAN ABDULLAH

   SKEMA JAWAPAN (TIADA)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

 

Ahad, 19 September 2010

SEJARAH 2 : PERCUBAAN KELANTAN 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010

NEGERI KELANTAN

SEJARAH KERTAS 2

BAHAGIAN A

1.  Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.

2.  Sejauh manakah ekonomi di Tanah Melayu bersifat sara diri sebelum kedatangan British

3.  Bincangkan penentangan penduduka tempatan terhadap pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan Pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19

4.  Nilaikan kepentingan politik dan ekonomi Perjanjian Persekutuan tahun 1895

5. Kebimbangan terhadap golongan berhaluan kiri (Komunis) mendorong Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia tahun 1963. Bincangkan

6.  Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa tahun 1957 hingga 1963

BAHAGIAN B

7.  Huraikan sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat

8.  Huraikan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19

9.   Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad ke-19

10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19

11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun 1941 hingga 1945 terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia dan Burma

12. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (SCAP) di negara Jepun antara tahun 1945 hingga 1952

Sumbangan Bahan Daripada : Sahrulami Jusoh

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 12 September 2010

SEJARAH 2 – EXCEL 1 SABAH 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

clip_image002

JABATAN PELAJARAN SABAH

(SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)

SEJARAH

KERTAS 2

BAHAGIAN A

1. .Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu . [25]

2. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. [25]

3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. [25]

4. Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan nasionalisme Melayu. [25]

5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya. [25]

6. Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia . [25]

BAHAGIAN B

7. Huraikan dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. [25]

8. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap pemerintahan kuasa barat di negara masing-masing. [25]

9. Huraikan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua. [25]

10. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. [25]

11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang Dunia Kedua. [25]

12. Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963. [25]

 

Sumbangan : En. Matusin Ismail

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 2 – PERCUBAAN SELANGOR(SKEMA DISEDIAKAN)

Bahagian A

1. Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British.[25M]

2. Bincangkan struktur feudal masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874. [25M]

3. Bincangkan kebangkitan anti British di Perak dan Pahang pada abad ke -19. [25M]

4. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dari tahun 1870 hingga 1942. [25M]

5. Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah dari akhir abad ke -19 hingga awal abad ke- 20. [25M]

6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antara bangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963. [25M]

Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja.

7. Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat. [25M]

8. Bincangkan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Vietnam sebelum penglibatan kuasa-kuasa Barat. [25M]

9. Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19. [25M]

10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa barat di India dan Vietnam pada abad ke-19. [25M]

11. Bandingkan faktor meletusnya revolusi yang berlaku di China 1911 dan Siam 1932. [25M]

12. Jelaskan ciri pemerintahan republik antara China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga 1960. [25M]

Sumbangan : En. Mohd Rosley Ismail  dan En. Kamaruddin Din

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 30 Ogos 2010

SOALAN PERCUBAAN SEJARAH STPM 2010

STPM semakin hampir. Peperiksaan Percubaan telah dan sedang dihadapi oleh calon STPM tahun ini. Semua pelajar mesti mempersiapkan diri secara bersungguh-sungguh tanpa ada alasan lagi. 

Sebagai persediaan dan usaha bersama, saya seperti tahun 2009 yang lalu ingin mengajak perkongsian pintar khasnya daripada kalangan guru-guru Sejarah. Blog ini bersedia menjadi medan pertukaran soalan percubaan beserta skema 2010 untuk subjek Sejarah Kertas 1 dan 2.

Rakan-rakan guru yang berkenaan bolehlah emelkan soalan dan skema jawapan lengkap kepada saya untuk dipaparkan sebagai perkongsian bersama. Emelkan kepada saya : rashman2u@yahoo.com

Semoga usaha ini memberi keberkatan buat kita semua.

Khamis, 1 Oktober 2009

SOALAN PERCUBAAN STPM 2009

Nampaknya saya gagal mengumpulkan sebahagian besar soalan-soalan Percubaan negeri kat Malaysia ni sebab tak dapat kerjasama yang baik. Permintaan ramai dan semua orang nak soalan-soalan ni. Semua nak cepat. Tapi saya rasa hampa sangat sebab perkongsian ilmu ini tidak berkonsepkan 'win-win'. Kita jangan kedekut ilmu.

Saya nak ucap terima kasih dan penghargaan banyak-banyak kepada cikgu-cikgu nih....

1) Cikgu Nasser Abdullah ( SMK Syed Safri, Perlis )

2) Cikgu Jannah ( Tawau, Sabah )

3) Cikgu Mohd. Zaki Ahmad ( SMK IF , Terengganu )

4) Cikgu Zainarita ( SMK Selancar, Pahang )

5) Dan individu-individu lain yang terlibat membantu yang tak dapat saya sebutkan di sini.

Kepada sesiapa yang masih ingin berkongsi soalan, bolehlah terus kirim ke emel saya.- rashman2u @yahoo.com

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar kita.

Bahan boleh didownload kat sini.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.