Perjuangan yang kecil ini sudah bermula. Lakukan yang terbaik demi kebaikan diri, agama dan negara. Semoga anda semua berjaya mengharungi liku-liku dan ranjau berduri sepanjang peperiksaan STPM 2010 ini.
Jaga kesihatan dan keselamatan diri. Tidur dan rehat perlu cukup. Keselamatan diri perlu diberi perhatian. Jangan pula bawa kenderaan secara merbahaya kerana itu mengundang kecelakaan. Berhati-hati juga kerana kadang-kadang orang lain pulak yang hentam kita. Apa pun tawakkal kepada Allah. Emosi juga perlu jaga. Janganlah tension sangat. Nanti apa pun tak leh buat.
Sebagai Muslim, kekuatan dan ketenangan hati yang abadi hanya apabila kita dekat dan taat kepada Allah s.w.t, Pencipta kita, Tuhan yang menguasai sekalian alam, Tuhan yang kita sembah dan imani secara uluhiyyah dan rububiyyah. Mohon pertolongan Allah dengan bersolat dan bersabar. Mulakan sekarang jika anda belum berbuat demikian. Inilah masanya ........ dan teruskan.
Semoga Berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan