PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - SILA AMBIL NOTA INI. BACA DAN FAHAMKAN
Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan mengikut perspektif sebelum dan selepas kedatangan Islam.
Pendahuluan
Konsep Ketahanan dan Pertahanan Secara Umum
Ketahanan
1. Ketabahan, kecekalan dan kesabaran.
2. Orang tahan ialah orang yang tabah, penyabar dan cekal menghadapi sebarang ancaman musuh.
3. Merangkumi 2 asas utama iaitu rohani dan fizikal.
4. Rohani (agama dan moral) dan fizikal (pembinaan jasmani dan ketenteraan)
5. Asas pembinaan ketahanan ialah ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan pelaksanaan yang betul.
6. Ketahanan fizikal dan spiritual mesti seimbang dan sepadu.
7. Ketahanan diri, masyarakat dan negara adalah persediaan yang wajar dan perlu diambil perhatian yang serius untuk melaksanakan tahap kedua.Contoh, pertahanan.
Pertahanan
1. Mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada musuh.
2. Membela golongan lemah dan teraniaya serta dizalimi.
3. Mempertahankan hak dan tanggungjawab terhadap diri, agama dan negara (wajib dan memerlukan pengorbanan yang besar seperti harta, masa,nyawa)
4. Setiap tindak-tanduk bagi mempertahankan sesuatu perlu diawasi dan dikawal agar kesilapan tidak berlaku.
5. Melalui proses ketahanan dan pertahanan ini telah mendedahkan masyarakat kepada bidang ketenteraan.
Isi – isi Penting
1. Konsep Ketahanan
Islam:
- Terletak pada akidah dan kepercayaan kepada Allah - sehingga berjaya menyebarkan Islam.
- Kerohanian – ilmu pengetahuan dan penghayatan yang mendalam.
- Fizikal – (ketenteraan) kelengkapan perang dan persiapan alat senjata.
Arab Jahiliyah:
- Semangat asabiyah – kebanggaan bagi kabilah yang menang.
- Jumlah dan bilangan ahli kabilah – semakin ramai semakin besar sesuatu kabilah dari segi pengaruh dan kuasa.
- Fizikal – kelengkapan perang dan persiapan peralatan senjata.
2. Konsep Pertahanan
- Secara umum, pertahanan ialah langkah kedua yang berbentuk amali untuk melaksanakan dasar ketahanan masing-masing.
Islam:
Tujuan : Menegakkan kalimah Allah (akidah dan syariah)
- Memelihara maslahat dan kepentingan umat (agama, jiwa, akal, keturunan, harta).
- Menangkis kemudaratan bagi menjamin ketenteraman.
- Menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman dan penindasan.
Arab Jahiliyah:
Tujuan : Mendapatkan kemegahan dan nama bagi kabilah
- Mendapat keuntungan daripada harta rampasan perang.
- Mengelakkan kabilah daripada dihina apabila kalah.
3. Organisasi Tentera
Islam:
- Permulaan : Jumlah tentera kecil, contoh Perang Badar(313 orang) tetapi semakin meningkat dari semasa ke semasa, contoh pada zaman Abbasiyah (300,000 orang).
- Zaman Nabi Muhammad s.a.w. , Baginda sendiri mengetuai peperangan
- Kemudian, Khalifah sebagai pemimpin tentera dan gabenor-gabenor sebagai panglima tentera.
- Tentera tamadun Islam adalah tersusun dan sistematik.
- Fungsi tentera berbeza-beza – pemanah, peninjau, perunding dan pembawa bendera.
- Zaman Abbasiyah – tentera dibahagikan kepada 6 bahagian – berkuda, berjalan kaki, kumpulan pemanah, tentera bola api, penembak dan pembawa senjata.
- Konsep jihad – pengorbanan seorang Islam menegakkan kalimah Allah.
Arab Jahiliyah:
Badwi
- Organisasi tidak teratur, menyerang dan lari.
Hadari
- Teratur, dipengaruhi oleh Rom dan Parsi.
- Dibahagikan kepada 5 kumpulan (al-Khamis) – depan, tengah, belakang, kiri dan kanan.
- Syeikh berada di tengah untuk menjaga keselamatannya.
- Kota pertahanan ialah di Ghundum dan Hadramaut.
- Benteng pertahanan – kota Petra, al-Khawarnaq.
- Tentera infantri ramai, tentera berkuda sedikit.
- Kaum wanita dan kanak-kanak dibawa ke medan perang.
- Pakar bedah – pisau panas untuk memotong bahagian cedera.
- Pemain alat bunyian gendang dan serunai untuk membangkitkan semangat.
4. Etika Perang
Islam:
- Perang utamakan perdamaian, dengan tawaran memeluk Islam atau membayar jizyah
- Larangan membunuh kanak-kanak, orang tua, wanita dan ahli ibadat.
- Larangan merosakkan harta benda, tanaman dan binatang.
- Berdamai apabila musuh meminta berdamai.
Arab Jahiliyah:
- Tidak beretika.
- Wanita akan ditawan dan dijadikan gundik atau hamba yang boleh didagangkan.
- Mereka hanya boleh ditebus melalui wang tebusan atau peperangan.
- Syeikh diberi keutamaan untuk memilih barang rampasan peran.
Kesimpulan
- Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah menukar persepsi bangsa Arab terhadap ketahanan dan pertahanan.
- Bagi orang Arab Jahiliyah ketahanan dan pertahanan hanyalah untuk matlamat duniawi semata-mata dan hasil rasukan jiwa yang keji.
- Islam meletakkan ketahanan dan pertahanan sebagai wasilah untuk memelihara agama, membela ummah dan menegakkan agama Islam.
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
1 ulasan:
Nota yag lengkap dan mudah difahami.... Tahniah cikgu... Saya linkkan dalam blog saya...
Catat Ulasan