Orang kita selalu mengaitkan lembu dengan seseorang yang bodoh. Dia akan kata, “ko ni bodoh cam lembu!”. Er, sori saya cakap cam tu, lebih baik berterus terang supaya Anda faham.
Motivasi susah nak berkias-kias, nanti orang salah faham. Lembu tu, walaupun binatang yang dianggap bodoh, sebenarnya ada motivasi tersirat yang kita boleh ambil darinya. Walaupun lembu nampak bodoh sebab kerjanya hanya meragut rumput, tak de perkara lain cuma rumput, rumput dan rumput, lembu meragut dengan penuh konsisten, ‘persistence’ pula tu.
Dia tak hirau hal lain, tak sibuk ambil tahu perkara-perkara lain mahupun dok sibuk bergosip hal dunia dengan lembu-lembu lain. Yang dia tau, ragut rumput, makan rumput, kunyah rumput. Kesan dari itu, lembu jadi cukup bagus, cukup cemerlang sekali meragut rumput, silap-silap habis rata rumput jadinya macam kita potong rumput pakai mesin rumput.
Jika ada anugerah meragut rumput, mungkin lembu itu mendapat tempat pertama, menjadi calon ‘fevret’. Seekor lembu tak akan pernah mengacau kawasan lembu-lembu lain dan tak akan pernah menceroboh ‘territory’ yang bukan dia punya. Haa..tengok tu, walaupun lembu ni kita anggap macam bodoh, tapi sebodoh-bodoh lembu, kita boleh belajar sesuatu, kemudian serap apa yang kita pelajari tu supaya kita makin maju.
Mesti ada sebab kenapa lembu dijadikan sifatnya macam tu. Kejadiannya mesti untuk menyempurnakan sesuatu dan sebagai pelengkap kepada peranan kita manusia untuk melaksanakan misi sebagai khalifah di muka bumi. Jangan pandang rendah pada lembu. Biar kerajinan kita mengalahkan kerajinan lembu.
Biar ‘kekonsistenan’ usaha kita mengalahkan ‘kekonsistenan’ lembu, walaupun dia cuma seekor lembu. Sebodoh-bodoh lembu, ia haiwan yang sangat rajin, cemerlang melaksanakan kerjanya. Kita entah cam mana, mungkin cemerlang kita sekejap saja sebab fokus fikiran kita terarah kepada banyak perkara, terutama masalah… masalah yang kadang-kadang dicari………
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
i-motivasi
2 ulasan:
em.. bdoh mcm lembu.. pndai..mcm?
saya setuju sgt3 dgn motivasi ni..manusia zmn skg dah x dikira mcm lembu, tapi dah macam SYAITAN!!! coz, klu nak dibandingkan dgn binatang, binatang 2 pn lbh ok..skg ni dunia dah akhir zaman. bersama-samalah kte muhasabah diti. insyaALLAH.
Catat Ulasan