ENJIN CARIAN BAHAN

Isnin, 2 Februari 2009

TEMA 4 : EKONOMI(MESOPOTAMIA )

TAKRIF EKONOMI

Sistem Ekonomi Sara Diri

Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi masyarakat Sumeria. Terdapat petani yang telah menyewa tanah daripada raja, paderi dan pengawal-pengawal tentera bagi mengeluarkan hasil pertanian demi menampung keperluan sendiri. Terdapat juga tanaman diusahakan di tanah-tanah persendirian yang dimiliki oleh golongan bangsawan yang kaya dan juga di kebun-kebun yang dimiliki oleh petani-petani miskin dan orang-orang nomad.

Sistem Ekonomi Komersil

Pertanian Sumeria mempunyai pengetahuan tinggi dalam pengairan dan pengeluaran hasil bijirin dan buah-buahan dapat diusahakan secara besar-besaran. Sebahagian besar daripada tanah telah dibahagikan kepada ladang-ladang besar yang dimiliki oleh raja, paderi dan pengawai tentera. Penanaman bijirin dan kurma telah diusahakan di tanah tersebut secara besar-besaran. Ia ditanam serta diusahakan secara ekstensif di ladang-ladang yang dimiliki oleh rumah berhala atau istana. Ladang-ladang ini disewakan kepada petani juga dan ia ditadbir secara langsung dan pengurusan dan kakitangan organisasi tersebut.

Sistem Ekonomi Perdagangan

Bidang perdagangan di Mesopotamia berkembang dengan pesat pada zaman Babylon Lama. Pemerintah Mesopotamia tidak menggalakkan perdagangan bebas, maka semua kegiatan perdagangan, perindustrian dan perbankan dikawal dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan, sebagai contoh, undnag-undang perkongsian, pergudangan dan agensi-agensi perniagaan.

Menjelang zaman Chaldea, rumah berhala yang bebas dari kongkongan kerajaan pusat memiliki sebahagian besar tanah dan menjalankan kegiatan perdagangan secara besar-besaran di dalam dan di luar Mesopotamia.

Kegiatan ekonomi rumah berhala ditadbir oleh Shatammu dan beliau dibantu oleh qipu (penyelia) dan jurutulis. Di bawah golongan pentadbir ini terdapat sebilangan pekerja yang terdiri daripada orang bebas (free man), kelas pertengahan (shirke) dan hamba (hired man). Orang bebas berkhidmat dalam bidang-bidang yang beraneka jenis, manakala hamba membajak, menuai hasil tanaman, menggali dan menyelenggarakan terusan, ternakan binatang dan mengendalikan pengangkutan dan penyimpanan barangan. Golongan shirke pula bekerja tanpa menerima gaji tetapi diberi makanan dan tempat tinggal (secara sukarela). Hasil pendapatan rumah berhala terdiri daripada sewa tanah, sewa rumah, cukai dan keuntungan daripada perdagangan.

Terdapat 2 bentuk perdagangan luar negara di Mesopotamia. Pertama, eksport barang-barang perindustrian seperti tekstil bagi mendapatkan benda lain; kedua, perdagangan antara bandar di negara asing, pusat-pusat perdagangan dan di antara suku-suku nomad.

Pedagang-pedagang dikenali sebagai tamkaru. Mereka bertanggungjawab mengimport barang mewah dan bahan mentah untuk kegunaan istana dan rumah berhala. Daripada teks bandar Kanis, pedagang dikatakan bertanggungjawab mengeksport tekstil, menjalankan perdagangan melalui bandar Assur di samping menjadi orang tengah serta melebur barang logam. Mereka mempunyai hubungan dengan raja tempatan dan memperolehi perlindungan daripada raja. Mereka menikmati kelas sosial yang tinggi. Sementara itu, teks dan mari mengatakan, mari adalah stesen yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan timah. Penduduk Babylon mempunyai banyak keistimewaan dalam menjalankan kegiatan perdagangan dengan dunia luar.

PEMBANGUNAN EKONOMI TAMADUN MESOPOTOMIA

Prasarana

Institusi Kewangan

Pada akhir abad ke-6 SM, sistem perbankan persendirian mula berkembang. Perkembangan ini menyebabkan lahirnya beberapa bank seperti bank yang dimiliki oleh keluarga Egibi di Babylon. Mereka meminjam kepada orang dengan kadar faedah 20-30%.

Pusat Komersil/Bazar

Setiap bandar di Mesopotamia mempunyai satu pusat komersil atau bazar yang dikenali sebagai Karu. Pedagang-pedagang asing boleh menjalankan urusniaga di situ. Pedagang asing juga akan tinggal di sini.

Gudang

Di setiap pusat komersil atau Karu, terdapat gudang yang membolehkan pedagang menyimpan barang dagangan mereka.

Sistem Kewangan

Mata wang perak telah digunakan sebagai medium pertukaran dan juga dalam urusan pembayaran untuk tujuan pembayaran, ketulan perak ini akan ditimbang. Sebab yang menyebabkan penggunaan wang perak ialah syiling perak mudah disimpan dan digunakan. Selain wang perak, wang emas juga digunakan. Nilai emas ini telah ditetapkan sebagai 15 kali ganda nilai perak.

1

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.