Pada pemerhatian saya, terdapat segelintir dari kalangan pelajar Tingkatan 6 masih tidak menunjukkan sikap bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi terhadap pelajaran. Siapa yang saya maksudkan ??? Siapa makan cili dialah terasa pedasnya !!!
Antara bukti andaian saya ialah sikap sambil lewa dalam menyiapkan tugasan, tidak menunjukkan kesungguhan, tidak banyak membaca, tidak dapat menjawab soalan lisan walaupun fakta mudah, tidak hadir kesekolah, tidak menggunakan masa terluang dengan sebaiknya dan buat banyak perkara yang tak berfaedah !!!!
Pada saya, anda perlu menggunakan masa sebaik mungkin sewaktu pembelajaran dalam kelas dan ketika berada di sekolah. Ini kerana saya yakin terlalu banyak komitmen lain bila anda berada di rumah . Betul kan ! Banyak kerja sekolah, banyak kerja rumah, dan bermacam lagi. Anda tak punya banyak masa sebenarnya untuk belajar. Terlalu banyak gangguan jika anda tak berdisiplin dan konsisten dalam menentukan masa untuk ulangkaji pelajaran.
Oleh yang demikian, aturlah masa belajar dengan bijaksana. Letakkan prioriti belajar sebagai yang utama selepas kewajipan yang fardhu. Jangan anda berasa ' lambat lagi STPM'. Jika demikian, anda akan berasa leka dan berada dalam zon selesa. Bahaya !!!! Bahaya !!!!!
Dengan demikian, apa yang perlu sekarang ialah perubahan sikap. Sikap anda perlu berubah !!Jika anda mengambil sikap positif terhadap belajar, anda akan ambil tindakan yang sepatutnya selaras dengan cita-cita anda. Tetapi, jika sebaliknya, anda juga akan ambil sikap negatif yang selayaknya dengan orang MALAS yang hanya pasang angan-angan Mat Jenin. Ingat, tidak akan berlaku PERUBAHAN jika tidak BERUBAH perlakuan.
Oleh itu, untuk berjaya SIKAP PERLU BERUBAH !!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan