ENJIN CARIAN BAHAN

Rabu, 21 Januari 2009

PEMIKIR KETENTERAAN - KAUTILYA & MACHIAVELLI

( 6AS, 6AH dan 6AM sila buat latihan ini )

Pemikir-pemikir strategi peperangan telah memainkan peranan penting dalam pertahanan dan ketahanan tamadun awal. Bincangkan pernyataan tersebut dengan merujuk Kautilya dan Niccolo Machiavelli.

Pengenalan: ( 3 markah )

  • Ketahanan bermaksud sesuatu yang menahan, halangan atau keupayaan menanggung sesuatu di medan peperangan. Pertahanan merujuk mempertahankan benteng dan kubu daripada serangan musuh.
  • Strategik merupakan satu ilmu helah atau muslimat untuk mengalahkan musuh yang bertujuan untuk mencapai satu matlamat
  • Strategik juga di anggap satu seni mempertahankan diri, negara dan masyarakat dengan cara merancang atau mengatur langkah untuk memperdayakan musuh atau kebijaksanaan mengendalikan peperangan
  • Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam strategi peperangan

Isi-isi:

A. Kautilya (10 markah)

1. Kautilya hidup pada zaman awal Dinasti Maurya di utara India. Bukunya bertajuk Arthasastra (Science of Gain of power) pada kurun ke 3 Masihi, mengandungi hal-ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan dan juga perkara-perkara lain.

2. Arthasastra mengariskan enam perkara penting dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain iaitu:

i. mementingkan keamanan

ii. persediaan untuk peperangan

iii. membiarkan musuh membuat serangan pertama

iv. melancarkan serangan pertama

v. bersekutu dengan musuh

vi. mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh yang lain

3. Arthasastra mengariskan empat cara yang boleh digunakan oleh seorang raja untuk mencapai kemenangan dalam peperangan iaitu:

i. memujuk musuh dengan perbincangan serta rasuah

ii. mencetuskan persengketaan dan melancarkan serangan

iii. menanam benih permusuhan

iv. melancarkan perang jika semua gagal

4. Kautilya juga berpendapat bahawa seseorang raja atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan tenteranya, kelebihan dan kelemahan tentera musuhnya dan akhirnya tahu menyerang dengan mengambil kesempatan atau berkesempatan.

5. Kautilya juga berpendapat dengan adanya kemahiran berkomplot atau tipu muslihat adalah lebih baik daripada menggunkan kegagahan dan kehandalan. Cara ini boleh digunakan apabila nampak tanda-tanda kekalahan.

6. Cara berkomplot adalah dengan menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai musuh, merasuah tukang masak dan kalau boleh merasuah seluruh anggota istana untuk melemahkan musuhnya

7. Karya Arthasastra benyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti raja-raja Rajput dan Marathas. Karya beliau menjadikan peperangan seolah-olah ada kaitan denga spiritual iaitu mengelakkan kelahiran semula seperti yang di sarankan dalam agama hindu

B. Niccolo Machiavelli

1. Pemikir ketenteraan Eropah abad ke 16 Masihi berasal dari Itali dan pernah menjadi diplomat dari tahun 1498 M hingga 1512 M. Beliau menulis buku The Prince pada tahun 1515 M dan The Discourse Upon Living antar tahun 1515 M hingga 1517. Akhirnya beliau menulis buku Art of War. Penulisan beliau bermatlamat memulihkan imej Florence dan negara kota Itali yang lain.

2. Buku The Prince memperkenalkan banyak panduan kepada pemerintahan dalam mencapai kemenangan. Matlamat seorang raja adalah untuk mengekalkan kerajaannya. Sekiranya kedudukan tergugat kerana pengikut yang tidak jujur maka raja harus menghapuskannya demi kepentingan politik sendiri. Beliau juga mengemukakan dua cara pentadbiran iaitu pertama dengan menggunakan undang-undang dan cara yang kedua melalui kekerasan dan ketenteraan. Pandangan beliau banyak mempengaruhi pembentukan negara bangsa di Eropah seperti Sepanyol, England dan Perancis. Berasaskan idea Machiavelli raja-raja menggunakan kekerasan untuk mengawal golongan bangsawan yang sebelum ini banyak mengancam mereka

3. The Art of War mengetengahkan tentang undang-undang dan senjata yang baik adalah penting bagi seseorang raja. Seseorang raja selain mentadbir mesti mempunyai prinsip-prinsip ketenteraan.

4. Pembentukan infantri, tentera yang berkhidmat semata-mata kerana gaji serta pembentukan pasukan tambahan secara sukarela tidak digalakkan

5. Machavelli juga menolak pembinaan kubu-kubu pertahanan kerana ia hanya membawa kepada kemusnahan. Beliau menekankan seorang raja boleh berkuasa dengan menggunakan meriam, askar berkuda dan peralatan perang yang ringan dan mudah untuk di bawa semasa peperangan

Kesimpulan: ( 2 markah )

Pemikir ketenteraan di atas mengemukakan pelbagai strategi untuk menang. Kautilya menekankan unsur spiritual manakala Machavelli memperkenalkan kaedah saintifik dan lebih bersifat untuk mencapai matlamat perlu melakukan apa sahaja.

Penulisan mereka bukan sahaja mempengaruhi pemerintah-pemerintah zaman mereka tetapi juga generasi seterusnya

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.