Huraikan Struktur Pentadbiran Ketenteraan Dalam Tamadun India Sebelum Islam.
A. PENGENALAN:
(a) Organisasi ketenteraan merujuk kepada perkara – perkara berikut:
1. Jenis – jenis tentera yang mengepalai sesuatu peperangan seperti tentera berjalan kaki ( infantri ) tentera berkuda ( Kavalri ) dan tentera berkereta kuda dua.
2. Pentadbiran tentera/logistik.
3. Strategi peperangan.
4. Taktik peperangan.
5. Teknologi senjata.
(b) Pengenalan kepada tamadun India.
(c) Kepentingan organisasi ketenteraan dalam tamadun India.
B. ISI – ISI PENTING.
1. Angkatan tentera India dibahagikan kepada empat kategori, iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Terdapat juga beberapa kategori tentera lain seperti tentera laut, pengintip, anggota kumpulan perintis dan komisariat. Arthasastra menyebut satu unit tentera India mengandungi 45 kereta kuda, 45 gajah, 225 kuda dan 675 tentera. Chandragupta Maurya menakluki sebahagian besar India dengan angkatan tentera seramai 600,000 orang dan Raja Chola, Rajaraja I menakluki Calukya dengan angkatan seramai 900, 000 orang.
2.Penggunaan gajah dalam pertempuran dinyatakan dalam kitab Buddhisme. Raja Bimbasara dari Maghda dikatakan mempunyai tentera bergajah terlatih yang memainkan peranan seperti kereta perisai. Ia digunakan untuk memecah barisan tentera musuh, meruntuhkan pagar kubu, pintu kota, benteng pertahanan musuh dan mengangkut dua atau tiga tentera yang lengkap dengan senjata seperti busar dan lembing. Penggunaan gajah sebagai hadiah persembahan dan faktor kritikal dalam hubungan diplomasi pemerintah India dengan kuasa luar.
3. Tentera berkuda India agak lemah dan ini merupakan punca kekalahan tentera India ketika menghadapi serangan daripada penakluk – penakluk asing. Umpamanya, Mahmud Ghori menundukkan Prthviraja pada tahun 1162 masihi kerana pasukan kavalari India amat inferior berbanding tentera musuh.
4. Kapal laut juga digunakan oleh tentera India untuk mengangkut tentera di sepanjang sungai utama India. Raja Pulakesin II, menghantar angkatan tentera laut untuk menawan Puri. Raja – raja Chola seperti Rajaraja I dan Rajendra I mempunyai angkatan tentera laut yang tetap.
5. Terdapat ahli perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera India untuk memberi bantuan kepada askar – askar yang tercedera dalam medan perang. Wanita juga turut berkhidmat dalam menyediakan makanan bagi para tentera.
6. Pada zaman pertengahan, tentera mempunyai panglima yang diketuai oleh panglima agung dikenali sebagai Mahasenapati. Di bawah panglima terdapat kapten Nayaka yang menyerupai golongan bangsawan feudal.
7. Dari segi peralatan, tentera India memiliki meriam, kayu pelontar, busar, pedang, tombak dan lembing yang merupakan senjata yang biasa digunakan oleh askar India.
8. Pembinaan kubu pertahanan merupakan satu lagi aspek penting ketenteraan India. Umpamanya, sebuah tembok panjang telah dibina di Kota Rajagraha, ibu kota Magadha untuk menghalang musuh.
9. Peranan pendeta dalam peperangan. Masyarakat India menganggap peperangan sebagai upacara keagamaan di mana tarikh dan masa yang sesuai untuk berperang ditetapkan oleh ahli astrologi.
10. Pemusatan kuasa ketenteraan di tangan maharaja.
C. KESIMPULAN:
Organisasi ketenteraan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kejayaan sesuatu operasi ketenteraan. Kejayaan kerajaan India dalam mempertahankan kerajaannya dari diserang oleh musuh dari zaman Klasik hingga zaman Awal moden adalah dibantu oleh organisasi ketenteraan yang utuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan