ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 11 November 2008

Cinta, nafsu dan masa depan !

Ketika saya sedang membuat rondaan sekitar sekolah, saya terserempak dengan seorang pelajar perempuan sedang memegang telefon bimbitnya dalam kelas 6 ???. Saya tiada pilihan melainkan 'merampasnya' dengan lembut dan berhikmah.

Pelajar tersebut merayu kepada saya agar dimaafkan. Tapi saya terpaksa berkeras kerana banyak mata sedang menghakimi tindakan saya. Pelajar itu terus mengekori saya ke pejabat ( sebenarnya nak ke bilik guru ) kerana saya akan menyerahkan kepada PK HEM, Pn. Marina.

Kenapa cemas ????

Seperti biasa ada saja alasan yang diberi apabila terbawa telefon bimbit. Tapi alasannya memang berasas sebab saya tahu masalahnya. Nampak cemas sangat muka pelajar ini. Minta satu minit untuk buat sesuatu, mungkin memadamkan SMS yang banyak dan terlalu peribadi, fikir saya di dalam hati.

Saya tak jadi membawa telefon tersebut ke pejabat. Terus ke bilik guru dan berfikir-fikir apa nak dibuat. Jadi dengan budi bicara, saya simpan sementara dan amaran terakhir.........saya akan pulangkan nanti.

Dalam kepala berlegar-legar persoalan kenapa pelajar ni cemas sangat. Saya kenal dia sebagai pelajar yang baik.....tak ada masalah disiplin.

Bercinta

Hampir waktu balik pelajar tadi datang menemui saya dan merayu telefon dikembalikan. Saya kelentung dia dengan mengatakan saya berjaya memecahkan 'password' yang diletakkannya. Saya telah baca ke semua SMS yang ada ! Dia nampak gabra lagi. Macam nak menangis !

Setelah didesak, barulah dia menceritakan banyak perkara. Inilah ISU yang nak saya ketengahkan. Isu basi yang terus dibuat oleh pelajar. BERCINTA !

Rupanya dia sedang ( mungkin baru ) angau.......jiwang....menahan gelora perasaan........nafsu ! Itu yang boleh saya rumuskan setelah saya membaca ke semua SMS yang ada dalam 'inbox' telefonnya...... Maaflah, saya terpaksa berkeras dalam lembut......saya paksa buka 'inbox'nya.

Macam pelajar lain, ayat rindu, sayang, cium, nak duduk dekat-dekat, nak jumpa, dan macam-macam lagi mengisi bait-bait baris SMS pasangannya. Maknanya, saling balas-membalas lah !
Mana ada orang SMS seorang diri dia jer.

Dia malu-malu. Takut rahsia terbongkar. Takut cikgu lain tahu. Dia takut saya 'label' dia. Saya nasihat dan beri rasional tentang tindakan yang dia buat itu tak betul. Pengalaman mengajar Tingkatan 6 dan sebagai bekas pelajar Tingkatan 6 suatu ketika dulu membuatkan saya faham situasi ini.

Tak Faham !

Adakah saya tak faham situasi dan perasaan pelajar ? Biasalah bercinta dan 'couple' ni ! Itu andaian kebanyakan pelajar. Zaman saya sekolah dah ada masalah ni, dari zaman batu dah ada ! Cuma cara dan bentuk perhubungan berbeza. Zaman saya sekolah belum ada telefon bimbit yang meluas macam sekarang. Hanya orang kaya jer pakai 'handphone'. Itu pun seketul besar macam bata. Lempar ke anjing pun mati !

Alasan yang diberi untuk teman berbincang dan belajar biasa diberi . Tapi, dah tak ada lagikan rakan sejantina untuk diajak berbincang dan belajar. Fikirkan ! Apa sebenarnya disebalik perhubungan itu ? Siapa dalangnya ? Siapa orang ketiganya ? Apabila duduk dan berhubungan dua jantina berbeza yakinlah hati akan bergelora . Janganlah cuba nafikan hakikat yang ada dalam perasaan itu ! Berapa lama iman boleh tahan ? Sehari, seminggu, sebulan, setahun......ia akan musnah kerana bisikan hawa nafsu syaitan. Janganlah buat kesilapan seperti yang berlaku pada orang lain.....

Nasihat

Saya sayang semua pelajar saya . Demi mendapat keberkatan daripada Allah, cukuplah tu ! Kepada pelajar berkenaan, kamu telah berjanji dengan saya untuk membuat perubahan. Buatlah perubahan untuk masa depan kamu dan kebaikan diri kamu sendiri. Nasihat saya, hentikanlah sebelum keadaan lebih parah. Apabila rindu tidak terkawal biasanya kamu tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Antara kegagalan pelajar saya yang lepas ialah kerana cinta terlarang ini !
Memang ada kononnya yang kekal dan setia sehingga habis belajar. Tapi setakat mana ? Selalunya pasti ada masalah.....Saya tidak membuat kajian mendalam dan perlu kepada penulisan yang khusus tentang ini. Tapi melalui pembacaan masalah ada kaitan dengan psikologi rumah tangga seperti masalah kejemuan pasangan, pudar kasih sayang, cinta dah basi, dan sebagainya.

Ringkasnya, tumpulah sepenuhnya kepada pelajaran dan masa depan kamu. Pilihlah perkara yang tidak memberi mudarat besar kepada kamu ! STPM 2009 menanti kamu dengan setia.......
( Kepada pelajar berkenaan khususnya dan kita semua amnya, baca entri di atas sebagai renungan )

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ouch.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.