ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 9 Jun 2009

MESYUARAT GURU FORM 6.....MASALAH BUDAK FORM 6 !

TIDAK AKAN BERLAKU PERUBAHAN
JIKA
TIDAK BERUBAH PERLAKUAN..........

Hari ni saya menghadiri mesyuarat Guru Tingkatan 6 kat sekolah. Mesyuarat ni penting untuk bincang perjawatan dan penstrukturan semula guru tingkatan 6. Susah nak buat keputusan sebab beberapa masalah perjawatan dan masih dalam era transisi hingga 2011. Saya cikgu akademik Sejarah lah.....Sejarah 1 ,Ketua Panitia Sejarah, Guru J/Waktu dan Guru Disiplin. Jadual waktu masih 'kangkang' sebab masih ada yang terpaksa ngajar kelas bukan tingkatan 6. Lepas ni Tingkatan 6 akan 'separate' dengan pengurusan kelas lain. Tapi tu lah , masih transisi. Pening pun ada. Masih kena pegang Ketua Guru Disiplin....Pengetua masih mintak pegang lagi....Kalo dah suruh jugak, kenalah pegang juga.

Ada beberapa dapatan tentang budak 6 atas form six tahun ni berdasarkan mesyuarat ni. Harap budak 6 atas ambik perhatian dan muhasabahlah diri. Ni untuk kebaikan kamu. Saya tak akan sebut nama-nama individu terbabit. Pikir sendiri.......
  1. Ada pelajar macam tak pernah belajar. Sebabnya ujian pertengahan tahun tak leh buat dengan baik dan ada tak leh buat langsung ! Apa ni....macam ni nak ambik STPM 2009 ?? Kamu jangan bagi pelbagai alasan untuk beralasan. Tak payah cari alasan. Kamu yang jenis ni agaknya tak sedar diri lagi. Bila agaknya kamu baru mula nak belajar dengan baik.....Ada masalah dalam subjek Ekonomi, PA, PP, Sejarah, BM dan Geografi. Tak de masa ke....tapi hal lain ada masa. Jangan cari alasan. Tak kan kamu nak kecewa macam kecewa masa SPM. Saya tahu kamu semua kalo boleh tak nak sangat-sangat masuk form 6 ni.....betul tak ??? Kalo leh nak gi Poli, UiTM, dan macam-macam lagi. Asalkan jangan masuk form 6 ..... betukan ? Dah tu.....takkan nak rugi lagi 2 tahun ni , buang masa tak nak belajar pun ! Pikir la ya .....Jadi, usaha kuat mulai sekarang. Kamu boleh jika kamu fikir boleh ! Mana ada benda yang senang, nak makan pun kena gerak tangan dan jari...fikirkan!
  2. Bercinta, mabuk cinta, bercinta sakan.........masalah lumrah form 6. Saya faham jiwa remaja......akhir remaja. Kamu dah nak masuk awal dewasa. Guna akal lebih sikit la. Saya dengar ada yang memang dah lama bercinta, emmmm mak ayah pun 'macam' dah restu bunyinya. Ya ker ? Atau mak ayah tahu lain tapi jadinya lain ? Tapi berdasarkan keputusan PPT, hampeh ! Sedarlah wei......saya tak gemar macam ni ! Cukup! Saya kata cukup. Ada juga baru belajar nak bercinta. Nampak angau dalam kelas. Keputusan PPT pun tak mengancam. Dalam otak dah penuh dengan cinta....atau lebih tepat 'nafsu cinta'.......jangan marah ! Fikir sendiri.....apa benar cakap saya ? Dalam kelas nampak macam beri perhatian, tapi angan-angan. Pandang tembus sampai dinding. Ada yang dalam kelas asyik ngantuk tak habis-habis ! Kalo gini, guru turun dari langit pun kamu takkan berubah ! Saya nak kamu berubah demi untuk kebaikan kamu. Tak ramai pasangan yang kekal sampai kahwin tau ! Yang saya dengar adalah sorang dua budak form 6 dulu. Yang lain, hancus ( hancur + hangus ). Jangan la jadikan alasan pasangan untuk studi group. Dah takde ke teman yang sama jantina. Kalau kamu kata kamu boleh tahan nafsu, sampai bila. Kamu akan kalah dengan nafsu sebab syaitan akan terus bermain di hati kamu. Percayalah ! Kamu tak akan dapat keberkatan , malah yang dapat hanya dosa, maksiat dan buang masa. Cuba baca artikel tentang cerita orang kena tangkap basah dalam blog nih. Fikir guna akal dan iman !!!! Jangan buat silap dengan kesilapan yang kita memang tahu silap ...( faham ker ! ) Kalau kamu semua tak faham. memang b@#$%^&..... ( Sori ...sebab nak bagi kamu faham ). Kalau trend ini tak dibanteras, ramai la yang angau dan lingkup keputusan STPM 2009. Seterusnya baca artikel tentang kawal nafsu kat sini. Memang payah nak kawal nafsu, terutama nafsu seks, jangan main-main ! Kalau terlanjur, bertaubatlah ! Allah maha pengampun.
  3. Masalah hidup @ kemiskinan- yang ni saya simpati sangat tapi jangan la jadikan alasan untuk menempah kegagalan . Jadi lemah semangat dan tak nak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sepatutnya kamu cuba jadikan ia sebagai azimat untuk buat perubahan demi masa depan kamu dan keluarga. Cuba contohi pelajar lain yang dah berjaya. Contoh paling dekat ialah Siti Rohani , bekas pelajar DARY juga tahun ( lupa ????) berjaya dapat 5 Prinsipal A dalam STPM. Orangnya biasa tapi belajar dengan konsisten. Kalau kat Kelantan ada Siti Nor Madihah. Cuba baca tentang mereka ni. Tentu kamu rasa bersemangat.Tentang kewangan, cubalah berhubung dengan biasiswa. Kot-kot boleh membantu. Ada wang jimat. Belanja ke arah perkara yang berfaedah. dan ikut keutamaan. Kalo merokok, saya sarankan BERHENTI segera. Ini kerana merokok suatu perbuatan yang membazir. Baca sini tips berhenti merokok. Selamat berusaha.....azam dengan kuat dan istiqomah dalam belajar. Saya doakan kamu berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah.
  4. Berlagak pandai tapi tak pandai pun ( hehehehe .....! ). Ramai cikgu yang suarakan macam tu. Tak tau tapi tak pulak bertanya. Berdasarkan keputusan PPT, soalan asas dan mudah pun tak leh nak jawab. Jawab pun tak de nilai jawapan. Apa dah jadi ? 'Honey moon' lagi ke ? Subjek sejarah 1 pun sama.....ada yang jawab 2 soalan saja, ada yang jawab cincai jer .....apa gambaran dan makna yang tersirat ?? Kamu tak reti nak jawab......mungkin tak faham sebelum ni, tapi tak pernah datang bertanya. Untuk subjek sejarah 1, saya dah kempen yang saya dah buka klinik....Klinik Sejarah 1. Tapi....Tak de sapa datang pun ! Patutnya sapa jumpa sapa ? Orang sakit jumpa doktor kan? Tapi semua berlagak pandai..... takkan malu kot dengan saya.....Cara yang saya nak guna mudah......saya dah terangkan dalam kelas. Ni nak bantu kamu....tapi berlagak pandai. Tu masa saya ada kat sekolah. Kat luar saya ada blog nih. Tapi berapa ramai yang ambik kesempatan. Saya bukan bubuh soalan sebarangan. Ambik, print dan baca. Tak nak print, salin lah kalo larat. Ramai yang dah mudah nak mudah lagi ! 'Spoon feeding ' ! Kamu semua pro-aktif la sikit ! Artikel semasa dan arkib lepas ambik la perhatian.....tajuk yang berkenaan ambiklah sebagai bacaan dan nota. Tak de duit.....salin.....salin.....salin nota tu !!!!! Banyak cara jika kamu ada kemahuan ! Buat perubahan OK......
  5. Tak de motivasi......memang ramai di antara kamu macam tak de motivasi.....please la... tak kan kamu masuk form 6 sebab terpaksa. Jadi biar masa yang menentukan apa yang nak terjadi ??.....'come on 'lah.......berubahlah demi kebaikan kamu. Kamu pelajar Islam dan Melayu yang akan bawa imej agama dan bangsa kamu ! Pelajar cina atitudnya lain....mereka kebanyakannya lebih bersemangat.....saya 'salute'. Takkan kamu pelajar Melayu......terus layu...jangan buang masa 2 tahun dengan percuma ! Alang-alang masuk form 6, biar sampai universiti.... Apa yang penting ialah kamu perlu ubah sikap, atitud kamu tu yang perlu kena ubah .Agak-agak nak panggil pakar motivasi mana nak bagi kamu sedar ? Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Hassan Ali, Dr. Tengku Asmadi............atau cukup kaunselor SMKDARY......... atau saya !!!! Kalau bukan kamu yang perlu ubah, sapa lagi ?
  6. Prioriti.......tak tau nak letak mana patut diutamakan. Macam tadi.......antara cinta 'buta' dan cita. Ramainya pilih 'buta'. Bagi penumpuan pada P&P atau layan perasaan @ mata. Nak beli buku atau handpon. Nak print nota atau 'top up' kad. Nak baca buku atau lepak, main sms, Nak buat nota atau buang masa, nak layari blog nih atau layan my space, friendster , nak mula bercinta ke tak. Mudahnya, semua kena buat pilihan. Buatlah pilihan yang betul. Ada akal pikir. Fikir dengan iman, dan akal yang waras. Demi masa depan dan tuntutan agama. Boleh kan ?
Harapan saya, dengan titipan ini, semua pelajar saya dapat baca. Baca sendiri dan hayati. Saya tak nak tengok kamu menangis bila keluar keputusan STPM kerana gagal. Itulah drama swasta yang berlaku setiap tahun........setiap tahun. Kenapa ?? Menyesal kenapa tak belajar kuat dulu ! Waktu tu tak guna dah nak menyesal. Tak guna dah !

Biarlah kamu waktu tu menangis kerana kejayaan. Kenapa saya tulis semua nih......kenapa saya buang masa saya kerana nih.....satu sebab UTAMA.....
SEBAB SAYA SAYANG KAMU SEMUA.....SAYA SAYANG PELAJAR SAYA. SAYANG KERANA AGAMA . AGAMA MENYURUH KITA MELAHIRKAN GENERASI YANG KUAT. MARAH SAYA MARAH SEORANG GURU.......ADAKAH KAMU TAK MERASAINYA ????

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

16 ulasan:

Megat Azfar berkata...

wah...bingkisan dan kupasan yang menarik oleh cikgu Rasman!!
congrate!!
yea..saye pun ade dengar jugak prob fom6 taun nih..

tapi..saye rase lower 6 nampak cam ape jer cikgu..
tambah2 lagi budak lelaki..
muke 'otai2' belake..

carefull la cikgu erk??

Cikgu Rashman berkata...

Tah la Megat. Saya harap abang2 form 6 ni faham maksud saya. Harap deme tak sensitiv tak bertempat.....manalah tau kot-kot kecik ati ke, apa ke.....

Yang jelas, sapa jaga diri dia selamat.Insyaallah. Yang tak sedar diri....hancus la !

Lower 6 otai ekk...wait n c !

ShahiraHassan berkata...

cikgu..
bwk bnyk2 bersabar..

insyaAllah diorg sedar nnt..
huhu~

Tanpa Nama berkata...

OW! thanks sebab suntik semangat saya, cikgu

faten muhamad berkata...

huha!!!!
how bout my PPT result plak ckgu...
uhuk3...
ermm....
windu asenye nak ckgu aja sej....
asal xsyap note kne ketok pale...ha3...
nseb bek sye xpena kne...huha=)

Tanpa Nama berkata...

saya bukan pelajar cikgu, minta maaf sebab tau minta izin cikgu dah ambil sumber-sumber di sini yang amat berfaedah...cikgu yang dedikasi...terima kasih...

Cikgu Rashman berkata...

Tak pe...ambillah. Saya izinkan.

Kalo semua plajar saya proaktif macam ni, kan bagus.

Kepada semua plajar DARY ( 6 Rendah dan 6 Atas ), ambil nota. Saya takkan edar dalam kelas. Ambil yang berkaitan. Semua yg relevan ambil sebagai nota.

Nak berjaya cemerlang kena proaktif. Usaha kena kuat !

Cik 373 berkata...

leh xsaya masukkan nota2 nie dalam buku sej saye gak?
dah lame xup8, blog je yg rajin up8..Hu3..

pepun cikgu, jgan tensen2.. biarla mereka coz hidup mereka. Cikgu dah jalankan tanggungjawab cikgu ngan bek nya.

ain berkata...

saya bekas pelajar STPM dari Johor..
tahun lepas saya selalu rujuk blog nie utk menjawap soalan2 sejarah 1..

banyak nota2 dalam blog nie yg saya salin dan print..saya kumpulkan semua dan baca time nak exam..

paling saya ingat,sehari sebelum hari peperiksaan untuk Sejarah Kertas 1,saya buka blog ni pada malam hari..baca,faham dan ingat..

alhamdulillah,keesokan harinya saya dpt menjawap kertas Sejarah 1 tu dengan baik..dan bila keputusan keluar,tak sangka saya dapat skor A(4.00)dalam paper nie..padahal tak pernah dapat A pon dalam ujian dan percubaan.

terima kasih cikgu kerana menyediakan blog ni utk pelajar2 tingkatan 6..
harap adik2 form 6 sekarang dpt manfaatkan blog nie dengan baik..
good luck!

Tanpa Nama berkata...

sayang cikgu

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu sy mintk maaf coz sej1 dapat score yg teruk..
saya telah memprbaiki dgn bykkn latihan n bace buku..
selain 2 sy tumpukn pehatian bil ckgu aja..
MAAFKAN SY CIKGU..
sy akn brubah demi diri sndiri,agama,ibu bapa sy ,masa dpan sy,cikgu n sekolah..
halalkan ilmu yg cikgu bri pd sy n doakan spaya saya dapat kptsan yg cemerlang iaitu 'A'dalam sejarah n mata pelajaran lain.
TERIMA KASIH CIKGU.

hetty nur 6AS berkata...

salam... time kasih atas cetusan rasa dan madah berbisa ntk kami.. insyaallah segala yg cikgu ckp akan sy ingat hingga ke akhir ayat.. segala nota ta di beri pasti akan dimanfaatkan.. tanpa bantuan cikgu sukar untuk sy mencapai A sejarah.. doakan saya.. time kasih.. sekalung budi.. jasamu dihargai... semoga Allah membalasnya..

pelajar kecewa berkata...

terima kasih ckg atas nasihat yg diberikan. insyaallah kami akan mgmbil pengajaran ats apa yg telah kami dpt dlm ppt tahun ini.semoga apa yg ckg sampaikn akan kami manfaatkan. doakn km dlm stpm...we love u.....

Tanpa Nama berkata...

cite ni mmg bez n klkor...sdih ad gk...papepun,,mekasih la kpd ckgu y beri nasihat ni...

Tanpa Nama berkata...

Cikgu rashman..kita ni sama2 cikgu sejarah 1. Biasanya pelajar kata sejarah 1 lebih susah drp sejarah 2..lagi2 soalan bahagian A. Namun gitu masih ada ..ramai juga yg skor..sebab dia rajin hafal fakta dan ikut teknik jawab yg betul. Yang tak syok sangat bila paper Sejarah 1 ni berganding dgn subjek lain dalam jadual peperiksaan STPM nanti. Tahun ni pagi Sejarah 1...petangnya plak paper Ekonomi 1. Kadang2 situasi mcm ni ganggu persediaan pelajar juga..ye la otak nak kena perah 2 kali dlm 1 hari..ape mpm tak pikir ke hal ni..dua2 paper kritikal...kalangan anak Melayu faham2 je la. Yang pasti kita dah pulun kat pelajar..suap guna senduk lagi. La ni terpulanglah kalu depa tak pulun depa rugi..dah berbuih mulut bagi peringat kat depa selalu...mudah2an anak-anak pelajar kita tahun 2011 ni ramai yg cemerlang dan skor A dalam Sejarah 1...amin

MUHAMAD NUR FAEDZ BIN ZAINUL ABIDIN berkata...

aslamualaikum ckg.. lupa nak beri tahu,tahun lepas saya ambil stpm n saya selalu ambil nota2 dari blog ckg. harap ckg izinkan.. setiap kali ujian sya akan rujuk nota ckg..alhamdulilah selalu dpt a.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.