ENJIN CARIAN BAHAN

Loading...

Tuesday, November 4, 2008

Majlis Restu Ilmu 2008.....

Hari ini Majlis Restu Ilmu diadakan khususnya untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas. Saya mengharapkan semua pelajar memahami tujuan majlis ini diadakan. Apa makna restu ? Restu bermaksud berkat dan perkenan daripada Allah dan persetujuan daripada seseorang atau sesuatu pihak.



Keberkatan

Maknanya majlis restu ilmu ini adalah untuk mendapatkan keberkatan - restu daripada Allah, restu daripada ibu bapa dan restu daripada guru-guru. Mohonlah keredhaan Allah ,keredhaan ibu bapa termasuk guru kamu dengan cara memohon keampunan dan kemaafan. Mohon keampunan dan kemaafan secara sungguh-sungguh. Tinggalkan segala yang Allah larang dan lakukan suruhanNya. Ini kerana ada yang buat main-main permohonan maafnya ! Tak sungguh-sungguh dari lubuk hatinya. Semua kita manusia biasa. Tak lari dari silap dan salah. Jika kita ikhlas Allah tentu mengampunkan segala dosa kita. Begitu juga dengan sesama manusia. Salinglah memohon maaf dan memaafkan ! Jangan simpan dalam hati. Takut menjadi hijab dan tidak mendapat keberkatan Allah.

"Jiwa Kacau"

Semua daripada kamu inginkan kejayaan. Kejayaan terbaik, kalau boleh 5 A, betul ? Jika ini yang kamu impikan, kamu mesti tumpukan seluruh jiwa raga dan perasaan kamu untuk peperiksaan STPM 2008. Jangan kacau jiwa kamu dengan aktiviti-aktiviti tak berfaedah. Nanti "jiwa kacau", parah ! Boleh jadi sasau dan hilang fokus ! Azamlah yang terbaik dan terus berusaha. Ingatlah, kegagalan adalah suatu yang amat memedihkan. Saya tak mahu kamu menghadapinya nanti.....tentu menyesal tak berkesudahan ! Hari yang dinanti semakin hampir. Pada tanggal 18 November perjuangan kamu bermula. 19 November kamu akan menghadapi Kertas Sejarah 1. Adakah sudah yakin dan bersedia ?

Solat Hajat

Usaha hendaklah terus dilakukan. Mohonlah pertolongan daripada Allah dengan solat dan bertaqwa kepadaNya. Mohonlah segala hajat kamu dengan solat hajat. Buatlah setiap hari. Solat hajat boleh dibuat bila-bila masa. Yang terbaik sepertiga malam lah. Sekurang-kurangnya dua rakaat sahaja pun. Jika tak pasti caranya, rujuklah mana-mana ustaz. Semoga segala usaha kita diberkati oleh Allah dan kamu mencapai kejayaan cemerlang.

Amin.











No comments:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH STPM

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.