ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 31 Mei 2009

TAMADUN ISLAM : PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

"Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali.
Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutamakan saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka.

Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.

PEMURNIAN ISLAM DAN UMATNYA

Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

CINTA ILMU PENGETAHUAN

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan warak. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderungan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu.

PEMIMPIN ISLAM SEJATI

Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gabenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat di rumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut mengganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekalian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

TIDAK MENYALAHGUNAKAN HARTA NEGARA

Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

SANGAT MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT

Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tetapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum Muslimin.

MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN AGAMA

Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

MENINGKATKAN PERBINCANGAN TENTANG AGAMA

Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mengubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

PEMIMPIN AGUNG YANG ADIL

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil menghadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

MEMBINA DIRI CEMERLANG

Apa yang penting ialah perubahan dan kesedaran yang dibuat adalah datang dari diri kita sendiri....... Khas untuk pelajarku....Azam untuk kejayaan mesti diserlahkan dengan usaha kuat, bukan hanya angan-angan....




Kredit : SMK Pengkalan Chepa 2

Selasa, 26 Mei 2009

TAMADUN DUNIA : PENGARUH ALAM SEKITAR ZAMAN PRASEJARAH

hutang PELAJAR PRA-U (RENDAH/ATAS) SMKDARY - SILA AMBIL NOTA INI. BACA DAN FAHAMKAN )

Sejauh manakah alam sekitar mempengaruhi kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah.

PENDAHULUAN (3 markah)

1. Zaman prasejarah ialah zaman yang belum ada rekod bertulis tentang kehidupan manusia dan masyarakatnya.

2. Pengkaji sejarah membahagikan zaman prasejarah kepada tiga zaman iaitu

- Zaman Paleolitik (500,000 SM hingga 10,000 SM)

- Zaman Mesolitik (10,000 SM hingga 7,000 SM)

- Zaman Neolitik (7,000 SM hingga 3,500 SM)

3. Zaman ini juga dikenali juga sebagai zaman batu.

4. Kehidupan masyarakat pada zaman ini dikesan daripada bukti arkeolgi seperti fosil dan peralatan yang diperbuat daripada batu.

ISI (5 isi X 4 markah)

1. Penempatan

Penempatan masyarakat zaman prasejarah dipengaruhi oleh alam sekitar

- Zaman Paleolitik, pergantungan sepenuhnya ke atas alam sekitar menyebabkan mereka berpindah-randah untuk mencari makanan dengan memburu dan memungut hasil hutan. Persekitaran yang sejuk dan keadaan yang selamat menyebabkan mereka tinggal dalam gua.

- Zaman Mesolitik, pencairan air batu akibat daripada kenaikan suhu dunia telah mempengaruhi penempatan masyarakat pada zaman ini tertumpu di kawasan yang iklim sederhana iaitu di kawasan lingkaran tanah rata di Eropah, Asia dan Afrika.

- Zaman Neolitik, kehidupan masyarakat yang tidak bergantung kepada hasil hutan dan telah mula bertani menyebabkan mereka membentuk penempatan kekal sehingga wujudnya perkampungan neolitik. Perkampungan neolitik tertumpu di kawasan lembah sungai dan tasik kerana mereka bergantung kepada kesuburan tanah dan saliran semula jadi untuk kegiatan pertanian. Contohnya perkampungan Neolitik di Jermo, Jerica (Iraq) dan Pan Ismail

2. Kegiatan Ekonomi

Keadaan persekitaran mempengaruhi kegiatan ekonomi manusia dan masyarakat zaman prasejarah.

- Zaman Paleolitik, manusia mendapat makanan daripada sumber alam sekitar melalui kegiatan memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan.

- Zaman Neolitik, manusia telah mula menghasilkan sumber makanan sendiri tanpa bergantung kepada sumber alam sekitar melalui kegiatan pertanian dan menternak binatang Walau bagimanapun mereka masih bergantung kepada kesuburan tanah secara semulajadi untuk membolehkan mereka bertani. Kawasan pertanian tertumpu di lembah-lembah sungai yang terdiri daripada tanah lanar. Lebihan hasil pertanian mendorong kepada berlakunya aktiviti perdagangan.

3. Peralatan

- Bagi menyesuaikan diri dan pergantungan dengan persekitaran manusia di zaman Paleolitik telah menghasilkan peralatan yang ringkas dan mudah. Mereka menggunakan peralatan daripada tulang dan batu. Kapak tangan dihasilkan untuk melapah dan memotong binatang buruan.

- Revolusi pertanian di zaman neolitik telah mempengaruhi peralatan yang digunakan. Peralatan batu masih lagi digunakan pada awal zaman neolitik tetapi buatan lebih halus. Penemuan logam telah membolehkan mereka menggunakan logam seperti besi, timah dan tembaga menggantikan peralatan batu sebagai peralatan di sawah dan senjata.

4. Teknologi

- Masyarakat zaman Paleolitik menghasilkan peralatan batu menggunakan teknik merepeh. Kebakaran hutan akibat daripada petir dan proses menghasilkan peralatan batu telah menemukan masyarakat zaman ini dengan penggunaan api. Pakaian zaman ini diperbuat daripada kulit binatang dan kayu.

- Masyarakat pada zaman neolitik mempunyai kreativiti dan inovasi untuk mecipta teknologi dalam usaha menguasai persekitaran mereka. Mereka telah mencipta roda, menghasilkan peralatan tembikar dan memenun kain daripada gentian tumbuhan. Bajak dicipta yang menggunakan tenaga haiwan untuk memudahkan kerja-kerja di ladaing.

5. Kepercayaan

Persekitaran banyak mempengaruhi sistem kepercayaan masyarakat zaman prasejarah. Ketidakupayaan masyarakat zaman paleolitik dan neolitik mengatasi bencana alam menyebabkan mereka percaya kepada kuasa ghaib yang mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran mereka. Mereka menyembah Tuhan yang mempunyai kaitan dengan persekiran mereka seperti Tuhan matahari, sungai dan binatang. Banjir dan kemarau yang berlaku membawa kepada kepercayaan kepada tuhan dan semangat tanaman. Ia membawa kepada upacara pemujaan dan keagamaan.

6. Kesenian

Alam sekitar menjadi sumber kepada hasil seni masyarkat zaman pra sejarah. Manusia paleolitik melukis gambar binatang di gua yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan. Pada zaman neolitik unsur alam dilihat sebagai simbol dalam hasil lukisan mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan sistem kepercayaan.

KESIMPULAN (2 markah)

Kehidupan masyarakat zaman prasejarah banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Penemuan dan kreativiti masyarakat di zaman neolitik telah membawa perubahan besar bagi mereka menyesuaikan diri dan menguasai alam sekitar.

RALAT INTERNET EXPLORER !!

Adakah anda menghadapi masalah semasa melayari blog ini. Sad Ini mungkin berlaku jika anda menggunakan browser Internet Explorer 8. Ralat yang dikeluarkan berbunyi : Doh

Internet Explorer cannot open the Internet site http://sejarahstpm.blogspot.com/. Operation aborted.

Sebagai alternatif, sila gunakan browser Mozilla Firefox. Kalau tak de, boleh download kat sini ( Mozilla Firefox ).

OK.Wave

Isnin, 25 Mei 2009

TAMADUN ISLAM : NABI SEORANG NEGARAWAN

hutang PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - SILA AMBIL NOTA INI. BACA DAN FAHAMKAN )

Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan.” Bincangkan pernyataan ini.

PENGENALAN:

1. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w

  • Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah
  • Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy
  • Baginda disusui oleh Halimatun Saadiah
  • Ketika berusia 6 tahun bondanya Siti Aminah meninggal dunia di al-Abwa’
  • Ayahandanya meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya.
  • Baginda diserahkan kepada datuknya Abdul Mutalib.
  • Kemudian baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib
  • Baginda pernah menjadi pengembala kambing.
  • Mulai usia 12 tahun baginda sering mengikuti rombangan perdagangan Makkah ke Syam.
  • Baginda kegelar al-Amin kerana kejujurannya.
  • Ketika berusia 25 tahun, baginda berkahwin dengan Siti Khadijah binti Khuwailid yang berusia 40 tahun
  • Setiap tahun baginda akan mengasingkan diri di Gua Hirak selama sebulan .
  • Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan 610M di Gua Hira’.

2. Definisi Nabi

  • Seorang lelaki mukalaf (baligh dan berakal) yang menerima wahyu Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril untuk kegunaan dirinya sahaja.

3. Definisi Rasul

  • Seorang lelaki mukalaf (baligh dan berakal) yang menerima wahyu Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril untuk kegunaan dirinya sahaja.

4. Definisi Negarawan

  • Seorang ketua, ahli potitik, pentadbir, membuat pembaharuan, pembangunan dan memakmurkan rakyat.

ISI: KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. Nabi & Rasul

  • Baginda diakui sebagai Nabi dan Rasul melalui 3 cara iaitu;

i. menerusi kitab2 suci iaitu al-Quran, Taurat, Injil & Zabur

ii. melalui sifat2 kenabian seperti menerima wahyu,

  • memiliki sifat- sifat mulia seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.
  • Tanda2 kenabian sewaktu Nabi Muhammad s.a.w masih kanak-kanak lagi sewaktu dada Baginda dibedah oleh Malaikat Jibril untuk dibersihkan
  • sewaktu Baginda menemui Bahirah (seorang paderi) di Syam.

iii. melalui bukti-bukti sejarah

  • selama 13 tahun di Makkah iaitu sejak turunnya wahyu pada 610M hingga berlakunya hijrah ke Madinah pada tahun 622M.
  • Ada yang menyokong dan ada yang menentang (kaum musyrikin Quraisy)
  • Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al-Quran.
  • Sebagai pendakwah, Nabi menunjukkan sifat2 sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama tentang aspek akidah.
  • Baginda menjalankan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa2 luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah s.w.t.
  • Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang pernah dianugerahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  • Baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu:

~ ibadat (solat, puasa, zakat dll.)

~ nikah kahwin

~ jenayah dan ketatanegaraan

~ hubungan antarabangsa

2. Pemimpin Masyarakat

  • Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
  • Menyatukan masyarakat Islam melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.
  • Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah ( Ansar, Muhajirin dan Yahudi) seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
  • Baginda menyeru supaya mereka bekerjasama dan bantu membantu serta sama-sama memikul tanggungjawab mempertahankan kota Madinah.
  • Menghapuskan batas2 perbezaan kaum melalui konsep ummah.

3. Pemimpin Politik

  • Baginda mendirikan negara Islam Madinah.
  • Nabi Muhammad s.a.w menjadi ketua negara Islam Madinah.
  • Berjaya mengadakan rundingan dengan pemimpin2 Yathrib melalui Perjanjian Aqabah.
  • Baginda memperkenalkan system syura/musyawarah untuk dilaksanakan dalam semua bidang politik dan ekonomi.
  • Baginda boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah dan Mesir.

4. Perancang Ekonomi

  • Baginda memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi menggantikan dasar ekonomi Zaman Jahiliyah.
  • Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
  • Baginda berusaha membangunkan ekonomi orang Islam yang tergadai kepada kaum Yahudi.
  • Usaha2 mencari kekayaan dan kesenangan dunia diharuskan asalkan tidak melibatkan riba, penipuan serta menunaikan zakat.

5. Pemimpin Tentera

  • Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan.
  • Baginda menjadi pemimpin dalam ekspedisi ketenteraan yang disertainya.
  • Dalam bidang ketenteraan, asas kepimpinan Baginda ialah akidah, syariat dan akhlak yang mulia.
  • Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah swt.
  • Baginda mengamalkan sikap amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
  • Baginda sentiasa bersikap adil kepada semua orang tidak kira kawan atau musuh.
  • Contoh Baginda membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan2 yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum2 yang lemah.
  • Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam ketenteraan.
  • Baginda berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam.
  • Contoh; dalam Perang Badar ( taktik tunggu dan lihat) dan Perang Khandak ( taktik bertahan dengan menggali parit di sekeliling kota Madinah)

KESIMPULAN:

1. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul yang disegani tetapi merupakan seorang pemimpin yang berjaya dalam pelbagai bidang.

2. Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi oleh khalifah2 selepasnya. (zaman Khulafa al-Rasyidin).

3. Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w telah dicontohi dan diikuti oleh para sahabat yang menjadi khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 24 Mei 2009

Kekerapan Berdoa ‘Booster’ Kejayaan

1. Anda sudah tahu apa peranan doa dalam usaha memburu kejayaan. Gabungan usaha, doa dan tawakkal sudah pasti membuahkan kejayaan, walaupun bagi orang lain, ia perlu digabung dengan ilmu juga strategi. Yang pasti, kita berusaha, Tuhan menentukan.

2. Kita perlu tanya diri kita, berapa kerap kita berdoa dalam sehari. Kita perlu tanya, bagaimana doa yang kita lafazkan dan untuk apa kita berdoa?

3. Doa bukan hanya diucap sekadar selepas menyempurnakan sembahyang, tapi ia perlu diucap sebanyak mungkin sebelum Subuh hingga sebelum kita melelapkan mata. Doa juga adalah salah satu bentuk usaha.

4. Kita perlu dekatkan diri dengan Yang Maha Esa, supaya Dia suka dengan kita. Bila Dia sudah suka, sudah tentu apa yang kita minta, Dia mesti bagi punya.( InsyaAllah )

5. Untuk membuat Dia suka dengan kita, ikut apa yang disuruh, jangan buat apa yang dia larang. Simple, mudah dilakukan dan jelas perintahnya.

6. Apatah lagi jika ia dilakukan sepenuh hati dengan keikhlasan, sudah pasti rahmatNya, kasih sayangNya terasa di hati kita, membuat kita tenang sentiasa. Dengan itu, mulai hari ini, rajin-rajinkan diri kita berdoa, check selalu dah berapa banyak kekerapan kita berdoa, supaya kita sentiasa dekat dengan Allah Yang Maha Esa.

7. Dalam usaha memburu kejayaan, tumpukan pada proses berusaha kerana hasilnya tetap akan muncul juga. Janji, fokus pada proses dulu, kerana kejayaan sudah pasti menjadi milik sesiapa saja yang menumpu perhatian pada kerajinan berusaha selain tahu apa yang perlu diusahakan.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

iMotivasi

Sabtu, 23 Mei 2009

TAMADUN ISLAM – FITNAH TERHADAP KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

hutang PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - SILA AMBIL NOTA INI. BACA DAN FAHAMKAN )

“ Khalifah Uthman bin Affan adalah seorang khalifah yang lemah dan tidak berwibawa ". Berdasarkan pernyataan tersebut , bincangkan tuduhan dan alasan untuk menyangkal tuduhan tersebut.

Pendahuluan.

  • Uthman bin Affan bin Abi al- As berasal dari keturunan Bani Umayyah iaitu salah satu cabang keturunan Quraisy. Uthman dilahirkan pada tahun ke-6 dalam Tahun Gajah iaitu selepas lima tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W . Beliau ialah salah seorang terawal memeluk Islam dan di gelar ‘ Dhu al- Nurain(orang yang mempunyai dua cahaya) kerana berkahwin dengan dua puteri Rasulullah iaitu Rugayah dan Ummi Khalthum.
  • Terpilih sebagai khalifah yang ketiga dan dibai’ah , pada bulan Zulhijjah pada tahun 2311 dan ditabal menjadi khalifah pada bulan Muharam 24H. Khalifah Uthman memerintah selama 12 tahun . Dalam tempoh enam tahun pertama disifatkan zaman keamanan dan kestabilan tetapi enam tahun berikutnya dikenali sebagai zaman kekacauan.
  • Sewaktu dilantik menjadi khalifah , beliau bersetuju meneruskan dasar pemerintahan Abu Bakar dan Umar tetapi perubahan masyarakat begitu cepat menyebabkan beliau menjadi sasaran tuduhan liar oleh musuh- musuh Islam terhadap Khalifah Uthman yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman.

Isi

1. Tuduhan

Mengamalkan dasar nepotisme . Khalifah Uthman dituduh bersikap nepotisme atau memihak kepada kaum keluarganya dalam pelantikan jawatan – jawatan seperti Gabenor Mesir yang di pegang oleh Amru bin al – As telah digantikan dengan Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah , saudara angkat khalifah Uthman bin Affan.

Alasan

Perlantikan pegawai dan gabenor yang dibuat oleh Khalifah Uthman di kalangan keluarganya berdasarkan kebolehan dan kepimpinan mereka . Selain Abdullah , Al – Walid bin Uqbah bin Sa’id bin al – As , Gabenor Kufah , Abdullah Bin Amir , Gabenor Basrah dan Marwan Bin Al – Hakam , setiausaha negara ; mereka ini adalah sepupu Uthman. Khalifah Uthman melantik keluarganya menjadi pegawai kerajaan dan ada juga kewajaran kerana mereka boleh dipercayai. Pada zaman pemerintahan Khulafa al- Rasyidin , kerajaan pusat tidak mengamalkan dasar pemusatan kuasa seperti zaman Bani Umayyah. Banyak perkara pentadbiran diperingkat wilayah diselesaikan oleh gabenor di wilayah tersebut tanpa merujuk kepada khalifah . Tambahan pula usia khalifah Uthman telah lanjut tentulah memerlukan gabenor yang boleh dipercayai untuk mengelakkan banyak masalah yang timbul. Sekiranya mereka gagal menunjukkan contoh yang baik atau ciri – ciri kepimpinan yang berkualiti mereka akan dipecat seperti yang berlaku ke atas al – Walid. Seandainya Uthman bersifat taksub kepada kaum keluarganya tentulah beliau menghalang pemecatan al – Walid kerana beliau mempunyai kuasa untuk tujuan tersebut.

2. Tuduhan

Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah , saudara angkat khalifah Uthman din Affan dituduh sebagai gabenor yang tidak adil kerana memberi keistimewaan kepada pihak tentera, khususnya tentera yang baru berkhidmat di Mesir. Beliau juga dituduh bersikap zalim kerana memaksa penduduk Mesir untuk membayar cukai yang lebih dan tidak membahagikan harta rampasan perang seperti yang dilakukan oleh khalifah- khalifah yang terdahulu, ada juga yang mengungkit sejarah lampau beliau sebagai salah seorang bekas murtad .

Alasan

Tuduhan terhadap Gabenor Mesir iaitu Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah tidak sepatutnya diterima begitu sahaja tanpa mengkaji secara mendalam situasi yang dihadapi oleh beliau ketika itu . Semasa beliau dilantik menjadi gabenor , Mesir menghadapi ancaman tentera laut Byzantine. Untuk menyekat serangan tersebut beliau terpaksa memperkuatkan angkatan tentera laut . Angkatan tentera laut baru dibina pada zaman pemerintahan Uthman . Pembinaan angkatan tentera laut memerlukan perbelanjaan yang besar. Tindakan beliau tidak mengagihkan harta rampasan perang juga mempunyai tujuan yang sama. Tambahan pula kedudukan ekonomi lembab berbanding masa pemerintahan Umar al – Khattab. Khalifah Uthman juga terpaksa mengenakan kadar cukai yang tinggi dikalangan rakyatnya untuk menambah pendapatan negara sekaligus dapat membangun angkatan tentera laut yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membeli kelengkapan peralatan perang.

3. Tuduhan

Memihak kepada Quraisy dan bekas murtad.

Alasan

Kedudukan Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah sebagai bekas murtad tidak perlu diungkitkan lagi kerana beliau sudah lama bertaubat. Nabi sendiri telah memaafkannya. Pada zaman Abu Bakar kejujuran dan keikhlasan mereka masih diragui tetapi ianya telah hilang pada zaman Umar. Khalifah Uthman melantik ramai dikalangan pegawainya terdiri daripada bekas murtad kerana kebolehan mereka. Misalnya , Asy’ath bin Qais al – Kindi salah seorang ketua kaum murtad yang terdiri daripada suku kaum Kindah , telah dilantik menjadi tentera dan Gabenor Azerbaijan.

4. Tuduhan

Hidup boros dan menggunakan harta Baitul Mal . Khalifah Uthman juga dituduh sebagai khalifah yang boros kerana telah membelanjakan wang yang banyak yang dikatakan diambil dari Baitul Mal. Beliau juga dituduh membelanjakan wang itu untuk diberikan kepada kaum keluarganya. Sebagai contoh beliau memberi kuasa kepada Gabenor Mesir , Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah , menggunakan 1/5 daripada harta rampasan perang di Tripoli . Kesanya , penduduk Mesir marah dan memberontak.

Alasan

Tuduhan Uthman seorang yang boros dan menggunakan harta Baitul Mal adalah palsu kerana beliau terkenal sebagai hartawan dan dermawan. Semenjak zaman Jahilliyah lagi. Pada zaman Rasulullah beliau telah menderma sebanyak 100 unta dan 1000 dinar. Oleh itu, tidak hairan beliau banyak memberi hartanya kepada keluarganya. Beliau juga tidak perlu menganbil wang daripada Baitul Mal kerana beliau seorang yang kaya. Perlantikan beliau sebagai khalifah menyebabkan aktiviti perniagaannya terhenti supaya beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasnya sebagai seorang khalifah. Oleh kerana beliau tidak mempunyai masa untuk mengurus hartanya beliau telah memberikan harta tersebut kepada kaum keluarganya. Mengenai 1/5 harta rampasan perang yang diberi kepada Abdullah iaitu Gabenor Mesir bukan untuk tujuan peribadi tetapi untuk menampung perbelanjaan tentera laut dan membayar gaji pegawai kerajaan. Tambahan pula, Khalifah mempunyai hak untuk mendapatkan 1/5 daripada harta rampasan perang seperti yang terdapat dalam al – Quran surah al- Anfal bagi kegunaan awam.

5. Tuduhan

Membenarkan sahabat memiliki harta di Iraq . Uthman dituduh memberi tanah dan ladang kepada para sahabat dan ketua – ketua kabilah. Tanah tersebut dikenali sebagai tanah Sawafi iaitu tanah yang tiada bertuan yang dahulunya diuruskan oleh golongan Ahl al- Ayyam. Beliau juga dituduh membenarkan para sahabat nabi berhijrah keluar daripada Hijjaz.

Alasan

Pada zaman Khalifah Umar bin Al- Khatab tanah – tanah Sawafi di tadbir oleh golongan Ahl al – Ayyam iaitu masyarakat Islam yang menyertai ekspedisi ketenteraan di Iraq. Mereka terdiri daripada kaum Muhajirin, Ansar dan bekas murtad. Pada zaman Uthman sahabat – sahabat Rasulullah di beri peluang mendapatkan saham mereka melalui penyertaan mereka dalam ekspedisi tersebut iaitu melalui skim pertukaran tanah yang disediakan oleh khalifah. Melalui skim ini sahabat yang memiliki tanah dibenarkan menukar tanah mereka dengan tanah yang terdapat di Iraq. Misalnya, Talhah Bin Ubaidilah merupakan bekas tentera Iraq telah menukarkan tanahnya di Khaibar dengan tanah Sawafi di Nashstaj di Iraq. Mereka yang terlibat dalam skim ini bukan sahaja terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar tetapi juga bekas murtad seperti Asy‘ath bin Qais. Tambahan pula para sahabat mendapat tanah bukan secara percuma tetapi melalui skim pertukaran tanah. Tindakan Said mengisytiharkan tanah Iraq menjadi kepunyaan kaum Quraisy kerana mengenang jasa dan kedudukan kaum Quraisy yang sentiasa dipandang tinggi oleh oleh masyarakat pada masa itu. Dengan mengendalikan tanah-tanah di Iraq mereka dipandang dan dihormati. Sebelum ini hampir semua pemimpin yang dilantik sama ada dalam tentera atau pegawai kerajaan terdiri daripada kaum Quraisy.

6. Tuduhan

Membakar naskah al – Quran . Khalifah Uthman juga di tuduh mencemar kesucian al – Quran kerana bertindak membakar naskah al – Quran.

Alasan

Untuk mewujudkan sebuah al-Quran yang standard dan seragam, Uthman telah melantik sebuah jawatankuasa bagi mengkaji naskah al-Quran yang ditulis dan disebarkan. Hasil kajian didapati al-Quran ditulis dalam pelbagai loghat tempatan dan tersebar di wilayah-wilayah Islam. Keadaan ini menyulitkan masyarakat Islam. Uthman memutuskan hanya perlu wujud satu bentuk al-Quran sahaja iaitu mengikut loghat Quraisy yang dikenali sebagai Masyaf Uthmani. Lain-lain al-Quran dibakar untuk menjaga kesucian Islam.

Kesimpulan

- Jika dilihat keseluruhan tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas khalifah Uthman kebanyakannya bertumpu kepada sikap dan tindakannya secara kebetulan berketurunan Bani Umayyah. Setiap tindakan dianggap salah oleh musuh-musuh Bani Umayyah.

- Tuduhan yang serupa juga berlaku terhadap Muawiyah dan pemimpin-pemimpin Bani Umayyah. Keadaan ini berbeza pada zaman Rasulullah dan Abu Bakar kerana mereka memandang tinggi dengan menghormati kedudukan dan kebolehan kaum keluarga Bani Umayyah terutama dalam bidang pertabiran. Terbukti ramai di kalangan mereka dilantik memegang jawatan penting negara pada kedua-dua zaman tersebut.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Jumaat, 22 Mei 2009

PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

hutang PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - SILA AMBIL NOTA INI. BACA DAN FAHAMKAN )

Huraikan pembaharuan pembaharuan dalam sistem pentadbiran Islam pada zaman Umar Al-Khattab.

A) Pendahuluan

  1. Latar belakang Saidina Umar Al-Khattab - Khalifah ke-2 zaman Khulafa Al-Rashidin.
  2. Terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik.
  3. Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir al-Mukminin .Sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w.
  4. Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H.
  5. Pelantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam.
  6. Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah.
  7. Zamannya berlaku kegemilangan Islam ( Dalam bidang politik, ekonomi , sosial dan agama )
  8. Meninggal dunia pada 23H.

B) Isi

Pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

1. Sistem Syura.

  • Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara.
  • Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat.
  • Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am.
  • Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid

2. Perluasan wilayah Islam

  • Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa.
  • Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin.
  • Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat pemerintahan. Contoh Mekah, Damsyik, dan Kufah.
  • Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam

3. Pelantikan pegawai wilayah.

  • Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah peringkat wilayah dan bertindak sebagai panglima tentera.
  • Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas perbendaharaan wilayah.
  • Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam.
  • Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan.
  • Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman.
  • Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak memegang jawatan di wilayah.
  • Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab yang wajib dipatuhi.
  • Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di wilayah setiap tahun selepas musim haji.
  • Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang dilantik, dan berhak untuk membuat pengaduan kepada khalifah.
  • Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/ tidak cekap melaksanakan tugas.

4. Pengurusan tanah.

  • Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah tersendiri, - Di Iraq tanah menjadi hak milik kerajaan contoh:
    • Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi.
    • Tanah yang tiada waris.
    • Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluki oleh tentera Islam.
    • Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk membangunkan wilayah masing-masing.
  • Undang-undang pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan kepada petani.
  • Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayah Islam ini kecuali jika dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki.

5. Sistem percukaian tanah dan tanaman

  • Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman. Contoh:Gandum dikenakan cukai= 2 dirham, Barli=1dirham, Anggur =10 dirham.
  • Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur

6. Memajukan sektor pertanian

  • Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah sekiranya mereka meneroka tanah baru untuk tujuan pertanian.
  • Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan menjadi milik kerajaan semula.
  • Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina –dikenali terusan Amirul-Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa.

7. Struktur pentadbiran ketenteraan.

  • Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela.
  • Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas.
  • Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh - Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah.
  • Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran.
  • Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims.
  • Membina kubu-kubu pertahanan sebagai langkah berjaga-jaga.

8. Kehakiman

  • Menetapkan syarat-syarat pelantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat.
  • Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan.
  • Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam.
  • Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil.
  • Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan perundangan.

C) Kesimpulan

  • Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar berkaitan dengan asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas di samping membentuk empayar Islam.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Selasa, 19 Mei 2009

TAMADUN ISLAM – SISTEM SYURA

write1 kerja rumah(PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA AMBIL NOTA INI. BACA DAN FAHAMKAN )

Jelaskan perlaksanaan sistem syura dalam pemerintahan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga zaman Kerajaan Bani Umaiyah.

PENDAHULUAN ( Buat Rujukan lanjut )

1. Syura adalah satu sistem asasi dalam pemerintahan dan pentadbiran negara Islam. Ia merupakan badan tertinggi dalam pemerintahan.

2. Berikan maksud Syura.

3. Kepentingan syura dalam pemerintahan Islam.

ISI-ISI JAWAPAN : Perlaksanaan Syura ( Buat Rujukan Lanjut )

1. Pada zaman Rasulullah s.a.w.: Syura tidak dibentuk secara rasmi, namun perlaksanaannya telah diterapkan oleh baginda. Baginda sering berbincang dengan para sahabat sebelum mengambil sebarang keputusan terutamanya mengenai sesuatu perkara yang tidak terdapat wahyu untuk dirujuk. Syura dilakukan secara bebas dan terbuka iaitu tidak ada suatu tempat khusus tetapi biasanya di masjid iaitu tempat perkumpulan masyarakat Islam. Contoh : Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat dalam menentukan cara mempertahanan kota Madinah dalam perang Khandak. Akhirnya Rasulullah menerima pandangan Salman al-Farisi iaitu menggali parit dikeliling kota Madinah.

2. Zaman Khulafa ar-Rasyidin : Syura yang pertama diadakan di Saqifah Bani Sa’idah di Madinah ketika perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah pertama bagi menggantikan Rasulullah s.a.w. yang telah wafat. Berlaku perbincangan antara orang Muhajirin dan Ansar dalam menentukan Khalifah umat Islam pada ketika itu. Rasulullah s.a.w tidak mewasiatkan bakal penggantinya kerana baginda mahukan umat Islam menentukan sendiri pemimpin mereka berdasarkan panduan yang ditetapkan oleh Islam dalam memilih pemimpin.

3. Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq : Masih tidak mempunyai institusi syura secara rasmi.Khalifah Abu Bakar masih dan sering mengikuti langkah-langkah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum mengambil sebarang keputusan.. Bukti-bukti perlaksanaan syura:

- Syura ketika Khalifah Abu Bakar berhasrat untuk memerangi golongan ar-Riddah.

- Syura untuk mengumpulkan al-Quran .

- Perbincangan untuk menentukan bakal penggantinya ketika Abu Bakar sedang sakit.

4. Zaman Khalifah Umar al-Khattab : Majlis Syura diwujudkan telah secara rasmi. Ia merupakan Majlis Mesyuarat Negara / Perunding Negara (Consultant Assembly) yang ditubuhkan untuk menyelaraskan dasar-dasar pemerintahan.

- Keanggotaannya.

- Kedudukan Majlis Syura

- Tanggungjawab majlis

- Khalifah tidak mempunyai sebarang hak atau pengaruh istimewa dalam majlis.

5. Zaman Khalifah Uthman Bin Affan : Khalifah Uthman bin Affan meneruskan dasar-dasar pemerintahan yang ditetapkan oleh khalifah terdahulu terutama pada tahap 6 tahun pertama pemerintahannya. Bukti jelas perlaksanaan Majlis Syura ialah ketika perlantikan Uthman bin Affan sebagai khalifah. Majlis perlantikan khalifah telah dibentuk ekoran terbentuknya institusi Syura pada zaman Khalifah Umar al-Khattab untuk melantik khalifah selepasnya. Perlaksanaan syura pada tahap 6 tahun kedua pemerintahannya tidak jelas kerana ahli-ahli sejarah lebih menumpukan kepada masalah / pergolakan yang berlaku dalam masyarakat Islam pada masa itu.

6. Zaman Khalifah Ali Bin Abu Talib : Walaupun suasana negara masih bergolak kerana masalah dalaman umat Islam ketika itu, sistem syura masih wujud. Buktinya ialah berlaku perbincangan antara Ali bin Abu Talib dengan para penyokongnya dalam menentukan sama ada menerima atau tidak Majlis Tahkim yang dicadangkankan oleh pihak Muawiyah bin Abu Sufian sebagai penyelesaian damai konflik antara kedua belah pihak dalam Perang Siffin.

7. Zaman Pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyyah

  1. Muawiyah bin Abu Sufian telah mengubah sistem Majlis Syura dari sudut keanggotaan dan kuasa majlis. Jawatan khalifah sendiri mengalami perubahan kepada sistem warisan ala monarki.
  2. Zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau telah membuka perbincangan dan dialog dengan pihak-pihak yang menentang pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah terutamanya puak Khawarij, menyebabkan golongan penentang ini telah memberhentikan penentangan mereka kerana turut menyanjungi dasar-dasar Khalifah Umar Abdul Aziz yang adil.
  3. Selepas pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, dasar syura Bani Umaiyyah kembali seperti pada zaman sebelum Umar bin Abdul Aziz memerintah.

PENUTUP

1. Majlis Syura menyebabkan rakyat merasa turut terlibat dalam mencorakkan hala tuju kerajaan.

2. Pemerintahan monarki menyebabkan konsep sebenar sistem syura tidak diikuti.

3. Apa sahaja yang berkaitan.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 18 Mei 2009

HADIAH HARI GURU........


Hadiah daripada 'anak-anak angkat'.....
Hari ini sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tak taulah meriah atau tidak sebab saya hanya sampai ke sekolah pada pukul 12.00 tengah hari.Ada jemputan Hari Anugerah Gemilang SMKA Sultan Azlan Shah, Bota.
Saya nak ucap tahniah kepada PERTINA kerana berjaya menguruskan sambutan Hari Guru tahun ini. Juga kepada pelajar lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Juga nak ucapkan terima kasih kepada pelajar yang beri hadiah kepada saya. Emmm.....saya abadikan dalam gambar di atas. Dengarnya ada orang tujukan lagu pada saya....lagu apa yek ? Malangnya saya tak dapat dengar lagu tu ......... Juga terima kasih pada Hetty, Auni kerana menghadiahkan cabutan bertuah buat saya....juga pada Syikin yang memberikan hadiah tu. Harap cikgu lain tak marah. ho.....ho.
OK....esok ada exam lagi. PPT tak habis lagi. Buat sehabis baik.....

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 16 Mei 2009

Guru o Guru - Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]


Jumaat, 15 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

Saya ingin mengambil kesempatan nak ucapkan " Selamat Hari Guru " kepada semua rakan guru SMK DARY khasnya dan rakan guru yang lain. Sememangnya tugas kita sangat mulia kerana tanpa guru siapalah kita. Tugas kita adalah amanah yang besar yang penuh cabaran dan dugaan. Ini kerana tugas mengajar dan mendidik adalah tugas yang berat.

Kepada semua pelajar saya, hormatilah guru anda. Ini kerana hormat kepada guru adalah antara punca keberkatan dalam belajar. Dengarlah nasihat guru anda. Mereka lebih tahu apa yang baik untuk anda kerana kebiasaannya ramai pelajar tak tahu tentang perihal dirinya sendiri. Ramai yang alpa sehinggalah dia " dikejutkan oleh gurunya dari tidur yang panjang ".

Marilah kita sama-sama menghayati apa yang tersirat di sebalik sambutan perayaan Hari Guru.
Hadiah yang paling bernilai bagi seorang guru adalah apabila pelajarnya mencapai kejayaan yang cemerlang.

Selamat Menyambut Hari Guru......

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

4 Sebab Mengapa Kita Perlu Menggunakan Peta Minda

Anda tahukan peta minda ? Ada 4 sebab mengapa kita perlu menggunakan peta minda dalam proses pembelajaran. Tetapi ingat, peta minda bukan sekadar untuk pembelajaran sahaja, ianya juga boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti seperti brainstorming, membantu dalam proses membuat keputusan dan dalam penjadualan.

1. Sistem pembelajaran kita pada hari ini kebanyakannya menggunakan otak kiri. Matematik, Sains, Bahasa Melayu, dan Sejarah semuanya menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa, linear.Jadi dengan menggunakan peta minda, otak kanan juga dapat dilibatkan. Otak kanan bahagian yang berfungsi berdasarkan imaginasi, warna,kretiviti dan irama . Dengan menggunakan fungsi kedua-dua otak, anda akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan kedua belah kaki dan sebelah kaki. Berlari dengan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik daripada berlari dengan satu kaki betul tak? Begitu juga dengan mendengar. Mendengar dengan kedua belah telinga lebih baik daripada satu telinga. Begitu juga dengan otak. Menggunakan kedua-duanya membuatkan kita lebih baik daripada menggunakan sebahagian daripadanya sahaja. :-)

2. Sebab kedua adalah kebanyakkan perkataan dalam nota adalah kurang berfungsi. “Nama sebenar saya ialah Saiful. Saya tinggal di Pulau Pinang.” Agak-agak anda berapa perkataan yang penting dalam dua ayat di atas? Ya, betul hanya dua sahaja iaitu Saiful dan Pulau Pinang. 2 daripada 9 perkataan sahaja penting. Bermakna hampir 80% perkataan kurang penting. Persoalannya mahukah kita membazirkan masa kita kepada 80% ini. Tentu tidak. Kita hanya memberi fokus pada golongan 20% sahaja. Jadi ini akan memudahkan lagi proses ingatan anda. Cara nota yang lama akan menyukarkan kita. Tetapi dalam peta minda, ianya meringkaskan apa yang perlu difokuskan.Eye-rolling

3. Satu perkataan dapat mewakili banyak perkataan. Ya merujuk contoh di atas, perkataan ‘Pulau Pinang’ akan memberitahu bahawa ‘Saiful tinggal di Pulau Pinang’. Nota linear berfungsi berdasarkan ayat. Ini menyebabkan kita terpaksa memberi fokus pada ayat tersebut untuk mengingat berbanding peta minda yang memberi fokus pada perkataan.

4 . Sebab lain kita perlu menggunakan peta minda adalah, satu kertas peta minda sudah cukup untuk memuatkan banyak fakta. Ini lebih memudahkan kita melihatnya untuk mengulangkaji di kemudian hari. Tidak seperti nota linear yang mungkin terdiri daripada beberapa helai kertas. I kertas VS 4 kertas, mana jauh lebih baik?

Sebenarnya banyak lagi kelebihan peta minda. Cuma saya rasa inilah point utama mengapa anda perlu menggunakan peta minda dalam pembelajaran. Jadi mari lakukan perubahan. Cuba ye....terutama yang lemah dalam subjek Sejarah !Thinking

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

DrInspirasi.com

Jumaat, 8 Mei 2009

Kepentingan Piagam Madinah.

write1 kerja rumah( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 11/5/2009- SELASA ) ........

animals_snake2

Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada pembangunan masyarakat Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Pengenalan

1. Perlembagaan bertulis yang pertama memenuhi syarat-syarat perlembagaan.

2. Digubal oleh Nabi Muhammad dalam usaha menegakkan sebuah kerajaan Islam di Madinah.

3. Mempunyai 10 bab dan dipecahkan kepada 47 fasal.

4. Menonjolkan nama ‘pemimpin’ iaitu Nabi Muhammad, nama ‘rakyat’ iaitu penduduk tempatan, orang Yahudi dan orang yang mengikuti dan berjuang bersama-sama Rasulullah serta ‘Madinah’ sebagai negara Islam.

4. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda telah mengalih strategi untuk membentuk satu ummah yang bernegara dan berdaulat yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan penduduk Madinah setelah Rasulullah dapat mengeratkan hubungan antara golongan Muhajirin dengan Ansar.

5. Baginda mendapati ada beberapa faktor yang perlu kepada penyelesaian iaitu menggariskan hak dan tanggungjawab orang-orang Islam dan bukan Islam, persefahaman dengan orang-orang bukan Islam terutama orang Yahudi, mempertahankan Madinah dan menggubal sistem perundangan dan kehakiman.

Isi penting ( Buat Rujukan dan Bacaan Lanjut )

Kepentingan Piagam Madinah

1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah

  • Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam.
  • Mereka sama-sama menggembeleng tenaga mempertahankan Madinah daripada serangan musuh.
  • Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang negara Islam madinah.
  • Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil alih kota Madinah.
  • Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebaga warganegara dan ummah bersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka.
  • Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara.

2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi

  • Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah.
  • Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka sendiri.
  • Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan sesama sendiri.
  • Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan anutan agama.

3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan kukuh

  • Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara.
  • Dengan terbentuknya Piagam madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk dan mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu serta Madinah adalah milik bersama.
  • Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk orang bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan perundangan.
  • Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan perbelanjaan bagi mempertahan negara adalah tanggungjawab bersama.

4. Kebebasan kepada setiap penduduk

  • Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata.
  • Tiada lagi penindasan seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang lemah supaya dapat menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah.
  • Kebebasan ini meliputi kebebasan diri, agama, berfikir dan bersuara, beramal, bekerja dsb.
  • Jaminan kebebasan meliputi segi aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

5. Menyatupadukan masyarakat Madinah

  • Hubungan baik dapat diadakan dengan masyarat Islam dan orang-orang bukan Islam melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dsb.
  • Perlembagaan Madinah memainkan peranan supaya masyarakat berbilang bangsa di Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindari permusuhan.
  • Perlembagaan Madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai tradisi Jahiliyah yang mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada nilai-nilai persaudaraan Islam.

6. Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah

  • Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.
  • Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi.
  • Baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah perselisihan kaun dan mewujudkan satu institusi kebaikan dan keadilan di Madinah.
  • Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan keputusan Rasulullah dibuat.
  • Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tinggi.

7. Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi

  • Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan.
  • Mereka tidak boleh memaksa orang Madinah untuk menganut agama mereka kerana kebasan telah diberikan kepada mereka.
  • Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah.
  • Mereka yang mematuhi piagam ini akan diberi jaminan iaitu perlindungan dan keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.

8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk

  • Tujuannya untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan.
  • Piagam Madinah meratakan kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin.
  • Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan dengan penuh kejujuran dan syiar agama langit – supaya individu akan berasa aman dan tenteram kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan keturunan manusia.
  • Tujuan keadilan – menolak dan menghindarkan keburukan dan memberi kebaikan serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam.
  • Piagam Madinah mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak menganiayai manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong menolong dan setiap kezaliman hendaklah dihapuskan seperti yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut.

9. Perpaduan umat Islam

  • Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu memandangkan umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin.
  • Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas perpecahan mereka.
  • Persaudaraan Islam bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit.
  • Persaudaraan Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan hati manusia yang diikat dengan akidah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.
  • Persaudaraan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan padu, mempunyai kefahaman dan kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan kesejahteraan hidup.

10. Pemerintahan bercorak musyawarah

  • Semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka.
  • Semua kaum boleh mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah.
  • Contohnya, Nabi Muhammad pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempat dalam Perang Badar.
  • Sifat demikian akan mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dan rakyat.

Kesimpulan (1 markah)

1. Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar.

2. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilah-kabilah luar dari Madinah.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 4 Mei 2009

Pembentukan Negara Islam Madinah

write1 kerja rumah( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 11/05/2009- ISNIN ) ........

animals_snake2

Jelaskan Langkah-langkah Yang Diambil Oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ke Arah Pembentukan Negara Islam di Madinah.

A.Pengenalan :

  • Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnya terdiri daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi. Sebelum agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama mereka. Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi, hidup mewah dan menguasai pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti orang Quraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti tentang ketuhanan dan kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana mereka lebih terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia memeluk agama Islam yang dibawanya.
  • Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan negara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yang menyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II.
  • Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah.
  • Konsep negara.

B. Isi :

1. Pembinaan Masjid :

  • Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam. Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam.
  • Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam

2. Pembentukan Ummah :

  • Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin :

i. Muahahjirin dengan Muhajirin.

ii. Ansar dengan Ansar.

iii. Muhajirin dengan Ansar

  • Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam. Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.

3. Mewujudkan Piagam Madinah :

  • Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara. Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.

4. Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah :

  • Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazraj. Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa.

5. Mewujudkan Tentera Islam di Madinah :

  • Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh. Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan.

6. Mengadakan Hubungan Luar :

  • Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.

7. Menyusun semula struktur ekonomi Madinah :

  • Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.Umat Islam menguasai semula kawasan subur dan oasis daripada penguasaan orang Yahudi dengan cara membelinya semula.

C. Kesimpulan :

Pembentukan Negara Islam Madinah berasaskan kepada wahyu dan perundangan. Negara Islam Madinah menjadi sebuah negara yang adil, aman dan makmur.

Sabtu, 2 Mei 2009

Output

 

1.   Tips belajar hari ini ingin berbincang mengenai ‘output’. Apa itu output? Output adalah hasil akhir setelah kita menelaah setelah pelajaran. Lebih tepat lagi, apa yang kita faham setelah penat belajar. Dalam sesuatu proses pelajaran, apa yang penting adalah output dan bukannya input.

2.   Sebabnya kemampuan anda mengeluarkan apa yang dipelajari yang akan menentukan keputusan peperiksaan anda. Input kurang bermain peranan ketika peringkat ini. Maksudnya, jika anda membaca buku itu 10 kali pun, tetapi jika anda hanya memahami 2-3 ayat sahaja, maka sudah tentulah keputusan peperiksaaan anda tidak secemerlang mana.

3.   Sebagai contoh. Seorang pelajar A membaca 10 kali sebuah buku Sejarah 1, tetapi pemahamannya adalah cuma 50% sahaja. Berlainan dengan pelajar B yang hanya membaca 2 kali sahaja, tetapi pemahamannya tentang subjek tersebut adalah 80%. Rasa -rasa anda siapa akan mendapat keputusan yang cemerlang? Sudah tentnya pelajar B kan. Mengapa? Sebab outputnya lebih tinggi bukan. Di sini walaupun inputnya kurang, tetapi pemahamannya tinggi.  :-)

4.   Kesimpulannya, fokus lebih banyak tumpuan pada output jika anda ingin berjaya. Terutamanya dalam peperiksaan. Ukur diri anda berada di tahap mana agar nanti output untuk menghadapi peperiksaan mencukupi.

5.   Beberapa cara meningkatkan output anda:

  • Membuat peta minda.
  • Melakukan latih tubi dan peperiksaan tahun sebelumnya.
  • Menerangkan sesuatu subjek kepada kawan anda.
  • Melakukan aktiviti berkumpulan seperti sesi Q & A

6.   Ya. Sentiasa ingat output merupakan perkara yang paling penting sekali. Jadilah pelajar yang Belajar Smart dan bukannya pelajar Belajar Hard :-)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.