ENJIN CARIAN BAHAN

Khamis, 30 April 2009

Matlamat Belajar

Tips belajar kali ini membincangkan mengenai matlamat sebagai pelajar. Sebagai pelajar anda mesti mempunyai matlamat yang ingin dicapai dalam peperiksaan. Smart student mempunyai matlamat. Ini penting supaya aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar dan anda tahu apa yang perlu dilakukan. Tanpa matlamat, anda seolah-olah hanya terapung di lautan luas atau tersesat di gurun padang pasir tanpa tahu arah yang perlu ditujui.

Tips membuat matlamat untuk peperiksaan. :-)

1. Tentukan matlamat anda.Day dreaming
-tentukan jenis dan tahun peperiksaan tersebut. SPM ATAU STPM 2009 ??
-tentukan berapa A yang anda hendak. Berapa B yang anda hendak dan seterusnya ATAU anda memang menempah untuk GAGAL....... ada ke ??

2. Susun subjek tersebutTalk to the hand
-susun subjek mengikut kepentingannya. Beri perhatian kepada subjek yang wajib anda ‘score’ ( e.g SEJARAH 1 @ SEJARAH WAJIB A ) dan beri juga tumpuan kepada subjek yang sukar untuk anda capai berbanding subjek lain.

3. Tuliskan prestasi semasa anda.Confused
- setiap kali ujian atau peperiksaan kecil yang anda ambil, catatkan markahnya di ruang khas. Ini bertujuan supaya anda tahu keadaan prestasi semasa anda. Ini memberikan isyarat kepada anda bahagian apa yang perlu ditumpukan dan bahagian yang mana boleh dikurangkan.

4. Tulis gred yang diinginiThinking
-pastikan anda menulis gred yang dikehendaki. Letakkan ia di tempat yang mudah dilihat. ( e.g SEJARAH 1 @ SEJARAH = A )

5. Nyatakan sebabPeace Sign
-untuk menyalakan kemahuan yang tinggi untuk berjaya anda memerlukan sebab. Semakin kuat sebab tersebut, maka semakin bersemangat anda untuk merealisasikannya. Oleh itu ketahuilah sebab anda ingin berjaya.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

DrInspirasi

Jumaat, 24 April 2009

Membaca Dengan Efektif......

5 Tips membaca dengan berkesan dan efektif :

Ada pelajar yang menyatakan susah betul nak membaca. Bila membaca ngantuk. Baca pun tak faham-faham. Berikut tips yang mungkin boleh membantu anda. Cuba amalkan !

1. Elakkan daripada membaca secara berterusan dan tidak berhenti. Berhenti seketika dan ujilah pemahaman anda setakat yang dibaca.

2. Gunakan teknik 1H dan 6W untuk mencari isi-isi penting. Ketika membaca cuba cari isi-isi yang dapat dikaitkan dengan 7 perkara tersebut.

  • How
  • Who
  • Where
  • Why
  • What
  • When
  • Which

3. Garis isi-isi penting. Pembacaan tanpa perbuatan hanya akan membuatkan anda cepat mengantuk. Itulah alasan yang biasa diberi oleh pelajar Sejarah...Winking Oleh itu gerakkan jari anda dengan mengaris atau menyalin isi penting.

4. Gunakan bantuan alat pembelajaran yang lain. Contohnya seperti pen highlighter untuk membantu anda.

5. Elakkan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum sesi pembelajaran. Makanan yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan kandungan oksigen lebih banyak ke bahagian perut berbanding otak.

Selamat Beramal !!

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

DrInspirasi

Khamis, 23 April 2009

GOLONGAN MASYARAKAT ZAMAN KHULAFA AR-RASHIDIN

write1 kerja rumah( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 28/4/2009- SELASA ) ........

animals_snake2

HURAIKAN PELBAGAI GOLONGAN MASYARAKAT YANG TERDAPAT PADA ZAMAN KHULAFA AR – RASHIDIN .

A. PENDAHULUAN

1. PERLUASAN WILAYAH ISLAM.

Wilayah Islam telah berkembang hingga ke Iraq, Syria dan Mesir. Ini mempengaruhi corak masyarakat.

2. KOMPOSISI MASYARAKAT.

Terdiri daripada masyarakat Arab dan bukan Arab, Orang Arab termasuk golongan Muhajirin, Ansar dan Ahl – al – Ayyam. Golongan bukan Arab terdiri daripada kaum Parsi dan Qibti.

3. LATARBELAKANG MASYARAKAT.

Mereka menganut pelbagai kepercayaan dan menampilkan adat resam serta budaya masing – masing.

4. PENGENALAN KEPADA ZAMAN KHULAFA AR – RASHIDIN.

B. ISI – ISI PENTING ( Buat Rujukan Lanjut )

1. ORANG ARAB.

· Terdiri daripada orang Arab Utara dan Arab Selatan.

· Rasulullah telah berjaya menyatukan padukan masyarakat Arab seperti kaum Muhajirin dengan Ansar. Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy menerima Islam dan memberi sumbangan yang besar kepada negara Islam.

· Di zaman Khalifah Ar – Rashidin orang Arab Madinah dan Arab Quraisy merupakan golongan yang penting membantu pentadbiran negara contohnya:

a. Khalifah Abu Bakar :

Khalid Al- Walid dan Amru Al – As merupakan panglima perang yang berjaya mengatasi golongan Ar – Riddah.

b. Khalifah Umar al – Khattab.

Melantik enam orang para sahabat seperti Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan dan Zubir bin Al – Awwam sebagai ahli Majlis Syura.

c. Uthman bin Affan :

Keluarga Bani Umaiyyah diberikan jawatan penting seperti Marwan al – Hakkam dan Muawiyyah bin Abu Sufyan sebagai Gabenor.

2. GOLONGAN AR – RIDDAH.

· Ia wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al – Siddiq.

· Mereka terdiri daripada tiga golongan, iaitu :

a. Golongan Yang Enggan membayar zakat.

Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yang hanya dibayar kepada nabi Muhammad. Mereka terdiri daripada penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah. Di Yamamah golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin Al – Mughirah.

b. Golongan Nabi palsu dan Pengikutnya.

Nabi – nabi palsu ini seperti Sajah dan Musailammah al – Kazab merupakan nabi palsu yang berpengaruh. Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya untuk mendapatkan pengaruh dan kepentingan peribadi. Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40, 000 orang yang berpusat di Yamamah.

c. Golongan Murtad.

Mereka terdiri daripada kabilah – kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan mendapatkan perlindungan politik daripada negara Islam. Setelah nabi wafat mereka kembali semula kepada amalan jahiliah.

Abu Bakar mengambil tindakan dengan menghantar pendakwah supaya mereka kembali kepada ajaran Islam. Pasukan tentera Islam telah berjaya mengalahkan golongan ini dan mereka kembali semula kepada ajaran Islam.

3. GOLONGAN AHL – AL – AYYAM.

· Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al- Khattab. Khalifah Umar telah membuka tanah di wilayah Iraq, Syria dan Mesir. Orang – orang Arab yang menyertai pasukan tentera membuka dan menetap di wilayah tersebut dikenali sebagai golongan ahl – al – Ayyam yang lain terutamanya bekas golongan Murtad.

· Golongan ini terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban dan bekas golongan Murtad. Mereka diberi kuasa mentadbir ladang dan tanah di wilayah Iraq dan memungut cukai sebagai mengenang jasa mereka dalam pentadbiran.

· Zaman Khalifah Umar al – Khattab terdapat lebih kurang 12000 orang. Pemimpin mereka ialah Al – Ashtar, Malik al – Harith dan Hujr al – Kindi.

4. GOLONGAN AL – QURRA.

· Berasal daripada golongan ahl – al – Ayyam yang diberikan amanah untuk menguruskan tanah di Iraq. Mereka menggelar diri mereka sebagai al – Qurra bagi menjaga status dan membezakan daripada golongan ahl – al – Ayyam yang lain terutama bekas golongan murtad.

· Di zaman Khalifah Uthman, sebahagian besar mereka memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai di wilayah Iraq oleh Bani Umaiyyah. Golongan ini bertanggungjawab menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman.

· Mereka memberikan sokongan yang kuat kepada Khalifah Ali terutamanya Perang Jamal dan Perang Siffin.

5. GOLONGAN KHAWARIJ.

· Mereka terdiri daripada bekas penyokong Khalifah Ali yang terlibat dalam Perang Jamal dan Perang Siffin. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dengan tentera Muawiyyah dalam Perang Siffin dan rundingan Majlis Tahkim.

· Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka sebagai golongan Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah bin Abu Sufyan dan Amru Al – As. Mereka melancarkan gerakan untuk membunuh ketiga – tiga pemimpin tersebut. Mereka membunuh Khalifah Ali dan melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani Umaiyyah.

6. GOLONGAN BERKECUALI.

· Terdiri daripada golongan yang tidak mahu terlibat dalam konflik antara Ali dan Muawiyyah. Mereka tinggal di Hijjaz.

7. GOLONGAN BUKAN ARAB ( ‘AJAM )

· Golongan Mawali.

Terdiri daripada orang bukan Arab, iaitu kaum Parsi yang telah memeluk agama Islam. Kebanyakan mereka tinggal di Iraq. Di zaman ini mereka tidak dikenakan bayaran cukai jizyah.

8. ORANG BUKAN ISLAM.

· Terdiri daripada orang Arab dan bukan Arab seperti kaum Yahudi, Qibti, Parsi. Mereka tinggal di luar Semenanjung Tanah Arab.

· Mereka menganuti agama Kristian, Yahudi dan Majusi.

· Mereka mendapat perlindungan politik dan layanan yang adil daripada kerajaan Islam dengan membayar cukai jizyah.

C. KESIMPULAN

Apa – apa sahaja yang berkaitan.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Isnin, 20 April 2009

9 Tips Belajar Berkumpulan

Anda bosan belajar sejarah ? Bosan belajar sendirian ? Susah nak ingat fakta sebab bila baca tak juga ingat-ingat ! Bila baca jer mesti mengantuk......Mungkin anda perlu ubah cara belajar. Cuba belajar dalam kumpulan. Cuba teliti tips di bawah.

Tidak dinafikan bahawa belajar berkumpulan merupakan salah satu kaedah yang efektif selain belajar bersendirian. Ia membolehkan perkongsian matlamat dengan lebih pantas kerana komunikasi 2 hala dapat dijalankan dengan segera jika terdapat sebarang persoalan. Berbanding belajar secara individu, seseorang mungkin terpaksa mengambil masa yang agak panjang jika soalan itu sukar dijawab.

Selain itu, belajar berkumpulan sangat sesuai dijalankan untuk mempercepatkan proses pemahaman terhadap sesuatu pelajaran. Kesimpulannya, jika anda merasakan bahawa anda agak mengambil masa untuk memahami sesuatu subjek atau tajuk, maka jalan terbaik adalah dengan belajar berkumpulan.

Dibawah disenaraikan 9 tips belajar berkumpulan.

1. Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan yang terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.

2. Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan. Kalau tak fokus ia akan jadi kumpulan bersembang !

3. Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ‘ketua’ untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.Baring teeth

4. Baca tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.Confused

5. Tentukan masa, tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan ahli.

6. Bentangkan tajuk dengan serius.Thinking

7. Buka sesi soal jawapan selepas tamatnya pembentangan.Time out

8. Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.

9. Saling memberi dorongan antara satu sama lain.Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.Applause

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

DrInspirasi

Ahad, 19 April 2009

CUBA FIKIRKAN - ASAH MINDA 2


Huraikan tentang Perjanjian Aqabah.

Asah minda anda. Cuba beri jawapan ringkas dalam ruangan komen di bawah. Moga bermanfaat.

Semua pelajar digalakkan memberi pandangan. Komen pelajar SMKDARY diwajibkan. Sila tulis nama penuh dan kelas.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

" Berkongsilah Ilmu Yang Ada "

1. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orangyang berilmu berdiam diri atas ilmunya.” Riwayat al-Tabrani dan Abu Nua’im

2. Quote ini ringkas tetapi cukup bermakna. Kesimpulannya, jangan sentiasa berdiam diri dalam proses menuntut ilmu. Buka mulut anda. Jika anda tidak faham, maka bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.

3. Dalam kelas, biasanya tajuk subjek diajar adalah perkara baru bagi anda. Ini membuatkan kesukaran untuk anda memahami tajuk subjek tersebut. Oleh itu bukalah mulut anda.Tidak rugi bertanya. Ingatlah, tiada soalan yang bodoh. Cuma anda yang sendiri yang menganggap soalan tersebut bodoh !Shame on you

4. “Kebodohan sejati adalah apabila anda terus dibelenggu soalan tersebut tanpa sebarang jawapan.”

5. Begitu juga jika anda mempunyai ilmu. Suarakannya. Beritahukannya pada sesiapa yang ingin mendengar. Mungkin dalam pembentangan, forum, perbincangan kumpulan dan sebagainya. Ilmu semakin subur dan bertambah jika anda berkongsi. Ianya tidak boleh dicuri malah semakin bertambah. Saya ingin mengajak para pelajar berkongsi ilmu dan meluahkan ilmu yang ada dalam ruangan baru " Mari fikirkan - Asah Minda " dalam blog ni. Berkongsilah. Moga ada manfaatnya !Idea

6. Perkongsian ilmu ada pelbagai cara. Jika anda takut untuk berkongsi secara bersemuka, kongsilah di belakang tadbir. Contohnya seperti menulis blog. Pandangan anda adalah hak anda. Tetapi janganlah terlalu ekstrem pula. Nanti kena tangkap ISA pula. :-)

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Sabtu, 18 April 2009

CUBA FIKIRKAN - ASAH MINDA 1




Senaraikan kepentingan hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah ?

Asah minda anda. Cuba beri jawapan ringkas dalam ruangan komen di bawah. Moga bermanfaat.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Rabu, 15 April 2009

Tips Menjadi Rajin.......

Anda rasa anda malas ? Berikut 5 tips mudah dan praktikal bagaimana boleh mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Di sini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.

Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

Faedah malas membaca..............

Faedah malas buat nota..............

Faedah malas buat latihan...........

Faedah malas ulangkaji..............

Faedah Malas.....Malas.....Malas............

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya : Anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu anda mendapat 5 prinsipal A dalam STPM nanti. Huh ! Hebat ......Tak mustahil sebab pelajar DARY pernah buktikan ! Lagi....... Disayangi teman dan diminati ramai..Hoho.. :-P

5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Jika anda ada tips tambahan, kongsi pendapat anda di ruang komen ya.

Selamat beramal dengan tips belajar. Hoho… :-)

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

DrInspirasi.com

CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH VS MASYARAKAT ISLAM ZAMAN NABI MUHAMMAD

write1 kerja rumah( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 21/4/2009- SELASA ) ....Saya ke Pulau Pangkor kerana urusan rasmi....

................................................................................................................

Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

A. Pengenalan :

1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.

3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

B. Isi : ( Sila buat rujukan lanjut. Isi mesti menunjukkan perbandingan )

1. Kepercayaan / Agama :

a. Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut. ( Berikan contoh )

b. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.

2. Hubungan Masyarakat / Sosial :

a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.

b. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.

3. Peperangan :

a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.

b. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah.Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah dan pengkhianatan orang Yahudi.

4. Kelas Masyarakat :

a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.

b. Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf.Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau
pangkat mereka.

5. Kedudukan Wanita :

a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.

b. Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipelihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.

6. Akhlak :

a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.

b. Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah.

7. Politik :

a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.

b. Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undangundang utama yang digunakan ialah Al- Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting dalam kerajaan Madinah.

8. Nilai-nilai Positif :

a. Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dilakukan oleh Bani Hashim.

b. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.

9. Amalan Ekonomi.

a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan. Jua beli berhala adalah ekonomi yang penting dan menguntungkan.

b. Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli. Ada akad dalam urusan jual beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh dijual beli seperti arak,patung berhala, dll.

C. Kesimpulan :
Perbezaan yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman Islam berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 13 April 2009

Fakta tentang TAKUT

1. Semua orang mengalaminya. Takut atau ‘FEAR’ adalah satu perasaan. Secara mudahnya takut boleh didefinisikan sebagai:

  • F-False
  • E-Expectactions
  • A-Appearing
  • R-Real

2. Daripada konsonan di atas, boleh kita simpulkan perasaan takut adalah satu imaginasi. Ianya merupakan imaginasi negatif yang seolah-olah berlaku secara realiti. Contohnya seperti Nabila yang mengalami perasaan takut pada ular. Sebabnya, dia telah membayangkan ular tersebut akan menggigitnya di alam realiti. Beliau telah membayangkan dengan jelas gigitan ular tersebut. Maka secara tidak sedar, dia telah membentuk perasaan takut tersebut.

3. Perasaan takut mungkin berubah disebabkan masa. Contohnya, ketakutan pada hantu mungkin tidak lagi berlaku apabila seseorang budak meningkat dewasa. (Sebenarnya takut juga..hehe.. )

4. Setiap generasi tidak terkecuali melaluinya. Kita semua mengalami perasaan takut. Cuma mungkin dalam bentuk yang berlainan.

  • Ada yang takutkan pada ketinggian.
  • Ada yang takut untuk bercakap di khalayak ramai.
  • Ada yang takut pada serangga.
  • Ada yang takut kekurangan wang.
  • Ada yang takut pada gagal periksa....STPM !!
  • Ada yang takut pada isteri.( yang dah kahwin laaaa. Hoho.) :-)
  • Dan lain-lain…

5. Sejarah telah membuktikkan perasaan ini sentiasa wujud. Contohnya yang berlaku pada Julius Caesar yang takut pada kilat. Walaupun beliau seorang yang mengetuai angkatan tentera yang besar dan merupakan raja Rom yang terkenal, namun beliau masih mengalami perasaan tersebut.

6. Ketahuilah perasaan takut adalah normal. Daripada zaman dahulu sehingga kini perasaan tersebut telah wujud.

7. Rasa-rasa anda, perkara apa yang menakutkan anda ? Jawab :..........................................

DrInspirasi.com

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Rabu, 8 April 2009

KAPITALISMA, HUTANG DAN RIBA

BANK DAN PEMBOHONG

1. Semua yang wujud dalam alam bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil dari Letupan Besar.


2. Seperti besi berani yang akan terus menghala ke Utara begitu juga hukum-hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akaliah akan mencari dan menemui hukum-hukum ini. Penemuan hukum hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum hakam ini neutral tidak memiliki nilai. Nilai baik atau jahat lahir dari akaliah manusia.


3. Madam Marie Curie menemui radium dan menemui Cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah. Apabila ditemui ciri dan hukum hakam uranium, maka akaliah manusia jugalah yang cuba mengubah hukum hakam ini hingga melahirkan bom atom.


4. Kajian hukum hakam aljibra dan ilmu bintang oleh al-Khwārizmī's di Baitul Hikmah Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini. Hukum ilmu bintang ini neutral – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum hakam ini untuk kebejatan dengan meletakan senjata di atas langit.


5. Kapitalisma juga bergerak mengikut hukum hakam. Hukum pertama kapitalisma ialah untuk mendapatkan keuntungan maksima. Hukum ini tidak akan beralih-alih. Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis adalah sama.


6. Kapitalisma juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisma akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank. Justeru kita wajib memahami begaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksima.


7. Sebelum kemunculan bank – di zaman Kapitalisma Mecantile - emas adalah tukaran. Justeru jika kita menyemak Sejarah Melayu kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas. Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat muzium kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak. Para saudagar yang berniaga akan mengupah Tukang Emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli. Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi Tuan Kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya Tuan Kedai akan menuliskan diatas kertas jumlah emas yang tersimpan. Kertas ini cukup berharga. Sesekali si Saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.


8. Tuan Kedai Emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana Tuan Kedai bukan hanya menyimpan untuk saorang saudagar tetapi bebelas-belas. Jika ada si Saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya Tuan Kedai akan memperlihat emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.


9. Dari sini mulalah hukum kapitalisma bergerak lagi. Contohnya Tuan Kedai ada menyimpan 100 keping emas yang dimiliki Saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan maka nilainya tidak bertambah. Justeru Tuan Kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Saudagar Buluh Kasap ini. Ertinya ada seratus keping kertas lebih dari 100 keping emas. Ini menjadikan modal Saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.


10. Kertas yang ditulis oleh Tuan Kedai ini diwar-warkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi Tuan Kedai. Inilah asal usul duit kertas atau bank note. Dari pengalaman, Tuan Kedai tahu bahawa para-para saudagar ini tidak semuanya akan datang dalam satu masa yang sama untuk melihat emas simpanan. Justeru dia boleh memutar belitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.


11. Hukum keuntungan maksima sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini Tuan Kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si Penyimpan Emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal. Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi dari jumlah emas yang ada tersimpan. Perkara ini tidak di ketahui umum kerana Tuan Kedai menyimpan emasnya secara rashia. Konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.


12. Tuan Kedai Emas menjadi kaya menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal usul bank dalam sistem kapitalisma. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan. Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan dari orang ramai. Orang ramai yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan Tuan Kedai. Tuan Kedai Emas ini juga dilihat hebat dikalangan masyarakat kerana di memiliki rumah besar, isteri gemuk, makan sedap, ada babu dan ada pengawal peribadi.


13. Tuan Kedai Emas ini akhirnya menjadi banker. Ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock, tuan peminjam wang di kota Venice. Shylock ini adalah watak banker 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum hakam dan ciri ciri seorang banker tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar jika tidak daging seketul wajib diagihkan.


14. Hari ini 500 tahun kemudian – asas hukum bank – tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun. Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya dari Tuan Kedai Emas dahulu.
Contoh : Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang. Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata! Dari 100 ringgit modal asal kini menjadi 2100 ringgit.


15. Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi – kredit. Tidak ada duit bertukar tangan. Ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti Tuan Kedai Emas - tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.


16. Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir dari hutang dan bunga. Inilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.


17. Dalam masa yang sama si peminjam diminta memberi cagaran – ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang maka cagaran akan terlupus. Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan. Katakan pada hari Rabu minggu hadapan semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka terbonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap. Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing pusing hanya kertas. Terbongeng dan terkangkang. Inilah yang sedang kita hadapi semenjak bulan September tahun 2008.


18. Bank Northern Rock di Scotland terbonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka. Ini permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank. Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka. Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap. Inilah yang sedang berlaku sekarang.

19. Selama 30 tahun yang lalu pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Banker banker ini telah mempengaruhi para politikus untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan. Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil dari makan riba, para banker telah memberi sumbangan kepada politikus. Persekongkolan ini cukup intim. Para banker ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.


20. Pada tahun 2009 ini banyak bank telah bangkrap. Lalu persoalan timbul. Kemana perginya duit duit ini? Harta kekayaan tidak hilang tetapi ianya hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan dibank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung. Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh bankrap, bank boleh di istihar bangkrap tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrap. Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi Syarikat Lim Go Tong sampai kiamat tidak akan bankrap. Ini juga adalah hukum sistem kapitalis.

Sumber : Tukar TIub

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT ARAB ZAMAN JAHILIAH

write1 kerja rumah( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 13/4/2009- ISNIN )

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

Pengenalan

1. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul.

2. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.

3. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.

4. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.

5. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

Isi-isi penting ( Buat Rujukan untuk huraian lanjut )

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.

1. Agama Wathani

Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

2. Agama Yahudi

Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3. Agama Nasrani

Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4. Agama Majusi

Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

5. Agama Hanif

Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

6. Agama penyembahan Cekarawala

Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)

Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

8. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.

Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

9. Kepercayaan Animisme

Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

10. Kepercayaan tahyul

Kepercayaan tangkal azimat

a. Roh orang mati menjadi burung.

b. Percaya kepada ahli nujum.

c. Percaya kepada ahli sihir.

d. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.

e. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.

f. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.

Kesimpulan

Masyarakat Jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 6 April 2009

'Power' Fikiran Positif .....

1. Fikiran positif akan lebih power bila Anda ada matlamat. Tahu tak apa dia matlamat? Matlamat tu samalah dengan target, sasaran, cita-cita, azam atau kemahuan. Semua perkataan berlainan, tapi maknanya sama.

2. Matlamat adalah sesuatu yang kita mahu capai. Target tu sama jugak 'meaning' dia, sesuatu yang kita mahu capai. Bila fikiran kita negatif, ia akan membuat kita jauh dari apa yang menjadi target kita. Mengapa? Fikiran negatif kerja dia memusnahkan apa yang nak kita bina. Kita nak bina kecemerlangan, kehebatan, kejayaan. Nak bina 5P 5A.....

3. Ada tak orang yang berfikiran negatif berjaya dalam hidup? Tak ada! Dalam sejarah, tak pernah ada.

4. Bila fikiran kita positif, ia akan membuat kita dekat dengan apa yang menjadi target kita. Fikiran ada kuasa tarikan.

5. Bila kita berfikir tentang sesuatu, ibarat kita berdoa pada Allah supaya ia dimunculkan dalam hidup kita.

6. Doa bukan setakat melalui perkataan sambil menadah tangan. Apa yang kita fikir selalu itu pun boleh dikira sebagai satu doa. Apa yang kita cakap selalu dalam hati, itu juga dah jadi macam satu doa. Bila kita fikir yang positif, macam kita minta pada Allah supaya apa yang positif tu datang pada kita, maka akan bertambah cemerlanglah kita.

7. Sebab itulah saya kata fikiran positif kerja dia membina. Bila kita berfikiran positif, susah macam manapun matlamat kita tu nak dicapai, kita akan terdorong untuk jadi rajin berusaha. Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin naik semangat kita dibuatnya. Itulah power fikiran positif !

8. Fikiran negatif membuat kita jadi malas berusaha. Kekadang rasa macam usaha kita tak berhasil, sebab dalam fikiran kita anggap yang negatif. Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin turun semangat dibuatnya. Kesan dari itu, matlamat kita hanya sekadar matlamat tanpa ada usaha nak merealisasikannya di alam sebenar.

9. Contoh paling baik, tengok cara belajar seseorang pelajar. Orang berfikiran positif, cara pembelajarannya hebat, interesting. Kata-katanya berguna, ideanya bagus . Kesannya, pencapaian pelajaran dia makin naik. Markah ujian naik, performance pun naik .

10. Tapi sebaliknya orang yang negatif, pembelajaran dan kerjanya juga kurang hebat atau tak hebat. Asyik memonteng, curi tulang, datang lambat pastu suka cari alasan macam-macam hingga naik berbuih mulut guru mengkhutbahkan dia. Ada tak pelajar SMKDARY camni? ADA !!

11. Jadi, mana satu yang cemerlang? Tentulah orang yang berfikiran positif. Nak jadi pelajar cemerlang di sekolah atau di dalam organisasi, fikiran kita mesti dibentuk jadi positif ++++++. Anda boleh melatih fikiran supaya menjadi positif dengan melatih diri sentiasa bersangka baik....think positive ++++++

12. Bersangka baiklah pada sesiapa saja, pada apa jua situasi, apa jua perkara dan apa jua benda. Ubah diri, bina peribadi. Siapa tahu, mungkin kejayaan berpotensi besar untuk menjadi hak milik anda.

Sumber asal : i iMotivasi ( Dengan ubahsuai )

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 5 April 2009

CIRI-CIRI JAHILIAH......

Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.

A) Pengenalan :

1. Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.

a. Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.

b. Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.

c. Tidak mempunyai peradaban.

d. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.

e. Tidak boleh membaca dan menulis.

2. Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.

B) Isi- isi Penting :

Struktur Masyarakat Arab Jahiliah

Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:

a. Golongan bangswan - ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.

b. Golongan agama ( pendeta ) - tukang tilik dan penyair.

c. Golongan hamba.

d. Wanita.

e. Masyarakat awam dan rakyat biasa

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :

  • Aspek agama dan kepercayaan :

Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.

Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.

Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.

Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.

Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.

Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab tidak ramai. Mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.

Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s Masyarakat berkehendakkan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t. Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekeliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

Di samping mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animisme dan tahyul. Objek cakrawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.

Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.

Aspek Politik dan pentadbiran :

Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.

Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan ( Darul Nadwah ) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahiliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Di samping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.

  • Aspek Ekonomi :

Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.

Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).

Pasar-pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.

  • Aspek Sosial :

Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak - puak dan ketua puak dipilih di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.

Semangat Assabiyyah menyuburkan ciri-ciri jahiliah. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara - perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba abdi.

Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.

  • Aspek Ilmu Pengetahuan :

Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan.

Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga.

Hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.

  • Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :

Walaupun orang - orang Arab jahiliah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat - sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata - mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya.

Di samping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang - orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat - sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.

C) Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 4 April 2009

Dapat Anak 5 Sekali Gus........

1. Hari Jumaat semalam ( 3/4/2009 ) dilancarkan Program Usratul Madrasah Pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas 2009. Program telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Nayan bin Mahmud. Program ni sebenarnya program mentor-mentee yang diberi nama dan nafas baru.

2. Tahniah kepada 'anak-anak' yang jadi mentee saya. Jadi kepada NoorHasnidar bt Jamaluddin, Saiful Anuar bin Isa, Muhammad Izuan bin Mohd Zahir, Nursyuhada bt. Mohd Hanifiah dan Nazrin Nor bin Sohor, kita telah menjadi satu keluarga kecil. Jadikan usrah ini memberi kebaikan kepada kamu semua.

3. Saya akan cuba menjadi walid yang sebaik mungkin. Datanglah berjumpa saya jika ada masalah dan kita cuba selesaikan bersama-sama. Saya ingin mencadangkan agar kumpulan Usrah kita diberi nama ' Itqan ' (اتقان) dan itulah etika kita. Itqan bermaksud ketekunan, kecekapan dan kepakaran. Sifat yang mesti ada pada semua orang tak kira siapa dia. Sebagai pelajar kamu mesti mempunyai sifat itqan dan sebagai guru saya juga perlu sifat itqan. 'Itqan' akan melahirkan sikap positif seperti bersungguh-sungguh,tekun,tanggungjawab, rajin, bercita-cita tinggi dan ikhlas. Sepatutnya kita tetapkan semasa perjumpaan pertama hari Jumaat lepas tapi masa tak cukup.

4. Apapun, saya bukanlah orang terbaik untuk menjadi mentor kamu semua. Apa yang penting ialah kita saling berperanan, ada kerja sama, saling hormat-menghormati dan menjaga rahsia kumpulan usrah kita. Saya bercadang nak upload gambar kamu kemudian.... setuju ????

5. OK, selamat belajar. Tingkatkan kemahuan, kuatkan semangat, rajin belajar dan selalu buka blog saya untuk info pelajaran dan motivasi.

Penyakit 'Study Last' Minit

1. Masalah ramai pelajar Pra-U adalah penyakit 'study last' minit. Macam mana nak ubah penyakit ni?

2. Apa cara nak mengubahnya?. Sikap 'study last' minit boleh dikategorikan sebagai sikap suka bertangguh, sebab anda bertangguh nak mengulangkaji pelajaran. Sebab tu yang terkandas sampai ter'study last' minit. Betul tak ? Cuba tanya diri anda sendiri !

3. Student yang suka bertangguh, maknanya dia student yang tak ada target. Dia tak ada matlamat nak dicapai lalu dia menangguh-nangguh kerja mengulangkaji,latihan dan bacaan. Anggap study untuk exam tu sesuatu yang remeh. Betul !

4. Tak penting pada dia. Mungkin, dia masuk pra-U (Tingkatan 6) sekadar suka-suka nak kenal kengkawan baru atau nak tekel awek baru. Mungkin saja, mungkin! Atau nak habiskan masa lepas SPM sebab tak tau nak ke mana. Tak pun mak bapak paksa masuk pra-U sebab tiada plihan lain........

5. Tu pasal bila tiap kali nak stadi (study), hati dia kata, “Alaaa. Nantilah stadi, aku nak tengok TV dulu, lepak-lepak dulu ” Boleh jadi juga, dia lebih mementingkan tidur dari stadi atau selalu relaks lebih banyak dari stadi.

6. Dia kata, “hek elleh. Nantilah stadi pas ni, aku nak relaks dulu.” Ada beberapa student yang saya kenal, lebih banyak berjalan-jalan dan buat kerja sampingan dari stadi, sebab katanya biar stadi last minit supaya cepat masuk semua apa yang dibaca. Masalahnya, boleh ke masuk ilmu time kepala sesak gitu, time last minit sebelum esok pagi nak masuk dewan exam?

7. Terimalah hakikat. Anda study last minit sebab Anda tak nak skor dalam exam. Ye dak? Anda cuma nak sekadar pass saja, asal dah boleh lepas.' Mindset' anda berkata, "Anda mahukan skor yang sederhana saja. Tak nak menyekor result tinggi."....Betul.....bila keluar result nanti baru tunjuk muka menyesal, muka sedih , macam yang saya lihat tiap-tiap tahun bila result STPM dikeluarkan...

8. Sesuatu kerja yang dibuat last minit biasanya dilakukan dalam suasana kelam kabut. Nak cepat. Kesannya, kualiti kurang. Pakai hentam saja....dan paling membahayakan macam letak tengkuk kat tali gantung....iaitu bergantung sepenuhnya pada soalan ramalan.....huh jadi tok nujum Pak Belalang...nasib soalan keluar untung, kalo tak keluar pecah kepala !!!

9. Dalam sesetengah kes, bila cara ni di amalkan makin berterabur jadinya. Minda kita ni semakin dipaksa, ia jadi semakin lemah, makin tak produktif. Cayalah.

10. Kereta bila semakin dipaksa dalam keadaan yang kelam kabut, semakin kuat mem”vrooooomm” dia punya enjin, last-last jadi semakin panas lalu boleh meletup. Stadi last minit akan membuat anda makin tertekan. Lalu jadi tension dan boleh ' meletup '. Kalau kepala ' meletup ' maknanya anda boleh masuk Tanjung Rambutan.

11. Nak mencegah perangai study last minute, paksalah diri untuk study awal-awal. Kena paksa untuk mulakannya! Pujuk diri tu . Disiplinkan diri anda tu sikit, er silap.......... , disiplinkan diri anda tu banyak-banyak! Untuk kebaikan anda juga.

12. Jangan ikut sangat cakap kawan-kawan yang negatif dengan mengatakan study awal buang masa. Ini anda, itu diorang. Anda ikut cakap diorang, anda sendiri yang cari susah. Kalo dia genius sampai boleh skor walaupun stadi last minit, itu dia. Bukan Anda. Kenapa ikut stail dia? Sesuai ke dengan anda? Dah test ke sure boleh skor sebelum ni? Tak ingat pengalaman masa SPM dulu....? Tak serik lagi ?

13. Bila anda susah,kepada dah pening, diorang tak nak masuk campur dah ! " Ha ko susah le sendiri” kata diorang. Diorang akan ketawa lagi sebab anda diperbodoh-bodohkan oleh kata-kata diorang. Jangan jadi mangsa kawan sendiri walaupun anda kenal benar kawan anda.

14. Anda perlu jadi diri anda sepenuhnya bukan dibentuk oleh kata-kata kawan anda. Student cemerlang adalah student yang tahu, sebenar-benar tahu apa yang dia nak capai. 5 prinsipal 5 A.....tak ndak ???

15. Study tahap pra-U ni memerlukan pengorbanan - hanya lebih kurang dua tahun.Ia berbeza dengan cara belajar di Tingkatan 5 dan sedikit berbeza dengan cara di Universiti. ( Sekarang dalam proses transisi format baru Pra-U ). Jadi, ambik lah kesempatan untuk skor pointer tinggi supaya mudah masuk universiti.

16. Sepatutnya, anda kena bersyukur sebab dapat masuk ke pra-U (Tingkatan 6.) Ramai orang kat luar sana tak dapat masuk pra-U, terpaksa cari kerja dalam usia muda. Malah tak kurang juga penganggur terhormat. Anda kira dah bertuah. Masih dapat mengejar dan merubah impian yang mungkin tak kesampaian masa SPM dulu. Jangan sia-siakan peluang ada sekarang ! Ayuh...teruskan berjuang !

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sumber asal : iMotivasi ( Dengan ubahsuai )

Jumaat, 3 April 2009

Kejayaan Bermula Dengan Membaca.........

1. Kali ini saya berkongsi dengan Anda tips motivasi dari Al Quran.Saya rasa Anda ingat ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, dari surah Al Alaq. Ia bermaksud “Bacalah”.

2. Melalui kajian, 93% daripada orang-orang yang berjaya suka membaca. Mereka juga menjadikan tabiat membaca sebagai satu tabiat harian.

3. Asas kejayaan adalah ilmu. Kedua, usaha. Ketiga, attitude positif. Ketiga-tiga asas ini dapat memperkasakan minda lalu dapat melahirkan insan cemerlang.

4. Tanpa ilmu, kita takkan tahu ke mana mahu di tuju dan apa yang kita mahu kuasai untuk menjadi orang yang lebih maju, lebih cemerlang dari yang sebelumnya.

5. Cara paling mudah menggali ilmu adalah dengan membaca. Di zaman ‘vista’ sekarang ni, Anda juga boleh menonton video-video percuma di Internet selain membaca untuk menimba ilmu, mencari informasi dan untuk mengikuti perkembangan terkini.

6. Orang yang berilmu adalah mereka yang berjaya serta sukakan kejayaan. Untuk jadi orang yang berjaya adan meniru pencapaian orang berjaya, Anda perlu rajin menimba ilmu, rajin belajar dan mengaplikasikan apa yang Anda pelajari.

7. Nak jadi student yang berjaya, dekatkan diri dengan ilmu, cinta ilmu dan rajin berkongsi ilmu.

8. Nak jadi pekerja cemerlang, gali ilmu komunikasi, penampilan diri, disiplin dan tatakerja.

9. Nak jadi usahawan berjaya, gali ilmu keusahawanan, pengurusan kewangan, teknik mempromosi, tips pengurusan pelanggan dan cara mengembangkan perniagaan.

10. Hidup kita menjadi lebih maju bila rajin mencari ilmu. Semuanya takkan pernah habis.

11. Jadi, lebih banyak ilmu yang Anda kongsikan, lebih banyak juga ilmu yang Anda dapat!

iMotivasi

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.