1. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orangyang berilmu berdiam diri atas ilmunya.” Riwayat al-Tabrani dan Abu Nua’im
2. Quote ini ringkas tetapi cukup bermakna. Kesimpulannya, jangan sentiasa berdiam diri dalam proses menuntut ilmu. Buka mulut anda. Jika anda tidak faham, maka bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.
3. Dalam kelas, biasanya tajuk subjek diajar adalah perkara baru bagi anda. Ini membuatkan kesukaran untuk anda memahami tajuk subjek tersebut. Oleh itu bukalah mulut anda.Tidak rugi bertanya. Ingatlah, tiada soalan yang bodoh. Cuma anda yang sendiri yang menganggap soalan tersebut bodoh !
4. “Kebodohan sejati adalah apabila anda terus dibelenggu soalan tersebut tanpa sebarang jawapan.”
5. Begitu juga jika anda mempunyai ilmu. Suarakannya. Beritahukannya pada sesiapa yang ingin mendengar. Mungkin dalam pembentangan, forum, perbincangan kumpulan dan sebagainya. Ilmu semakin subur dan bertambah jika anda berkongsi. Ianya tidak boleh dicuri malah semakin bertambah. Saya ingin mengajak para pelajar berkongsi ilmu dan meluahkan ilmu yang ada dalam ruangan baru " Mari fikirkan - Asah Minda " dalam blog ni. Berkongsilah. Moga ada manfaatnya !
6. Perkongsian ilmu ada pelbagai cara. Jika anda takut untuk berkongsi secara bersemuka, kongsilah di belakang tadbir. Contohnya seperti menulis blog. Pandangan anda adalah hak anda. Tetapi janganlah terlalu ekstrem pula. Nanti kena tangkap ISA pula.
3 ulasan:
soalan menggambarkan tahap pemikiran kita. jika soalan yang di tanya tdk sepatutnya di tanya maka tergambarlah pemikiran kita yang sebenarnya.
tapi kalo memang tak tau....bertanya lah. Yang rasa malu ni sebab merrasakan akan jatuh lah "water face" nya.....nanti orang kata " alah, soklan gini pun tak tau.....". Itulah yg biasa kita rasa...betul tak ???
mmg betul... tp biasalah manusia pasti akan cuba menyembunyikan kelemahan diri. apappun sy terima nasihat cikgu.
Catat Ulasan