ENJIN CARIAN BAHAN

Khamis, 29 Januari 2009

Pelajar DARY....Sikap Perlu Berubah

Pada pemerhatian saya, terdapat segelintir dari kalangan pelajar Tingkatan 6 masih tidak menunjukkan sikap bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi terhadap pelajaran. Siapa yang saya maksudkan ??? Siapa makan cili dialah terasa pedasnya !!!

Antara bukti andaian saya ialah sikap sambil lewa dalam menyiapkan tugasan, tidak menunjukkan kesungguhan, tidak banyak membaca, tidak dapat menjawab soalan lisan walaupun fakta mudah, tidak hadir kesekolah, tidak menggunakan masa terluang dengan sebaiknya dan buat banyak perkara yang tak berfaedah !!!!

Pada saya, anda perlu menggunakan masa sebaik mungkin sewaktu pembelajaran dalam kelas dan ketika berada di sekolah. Ini kerana saya yakin terlalu banyak komitmen lain bila anda berada di rumah . Betul kan ! Banyak kerja sekolah, banyak kerja rumah, dan bermacam lagi. Anda tak punya banyak masa sebenarnya untuk belajar. Terlalu banyak gangguan jika anda tak berdisiplin dan konsisten dalam menentukan masa untuk ulangkaji pelajaran.

Oleh yang demikian, aturlah masa belajar dengan bijaksana. Letakkan prioriti belajar sebagai yang utama selepas kewajipan yang fardhu. Jangan anda berasa ' lambat lagi STPM'. Jika demikian, anda akan berasa leka dan berada dalam zon selesa. Bahaya !!!! Bahaya !!!!!

Dengan demikian, apa yang perlu sekarang ialah perubahan sikap. Sikap anda perlu berubah !!Jika anda mengambil sikap positif terhadap belajar, anda akan ambil tindakan yang sepatutnya selaras dengan cita-cita anda. Tetapi, jika sebaliknya, anda juga akan ambil sikap negatif yang selayaknya dengan orang MALAS yang hanya pasang angan-angan Mat Jenin. Ingat, tidak akan berlaku PERUBAHAN jika tidak BERUBAH perlakuan.

Oleh itu, untuk berjaya SIKAP PERLU BERUBAH !!!!!

Rabu, 28 Januari 2009

GUNA KEBIJAKSANAAN..

Kepada semua pelajar Pra-Universiti SMK DARY dan pelajar lain yang dikasihi,

Saya ingin tegaskan beberapa perkara :

1. Web blog yang disediakan ini khusus untuk anda semua. Tujuannya adalah untuk membantu anda dalam memberi fokus kepada sesuatu tajuk dalam variasi yang berlainan. Walaupun rujukan buku adalah sangat penting, namun melalui blog ini diharapkan dapat membantu anda dan menjadi medium penghubung antara kita di luar waktu kelas.

2. Tumpuan utama dalam blog ini adalah FOKUS . Kalau nak detail kena baca dan rujuk buku lah. Maknanya fokus kepada tajuk penting, soalan penting, nota penting, dan apa-apa yang dianggap penting. Banyak bahan telah di'post' terdahulu. Guna kebijaksanaan. Cari, buka, baca, catat, cetak, simpan dan jadikan rujukan. Yang penting GUNA DENGAN BIJAKSANA....

3. Segala komen, nasihat, tugasan, dan seumpamanya akan saya salurkan melalui blog ini. Ambil tahu lah ya !!!! Kadang-kadang pedas, tapi siapa makan cili dialah rasa pedasnya !

4. Ini juga membawa maksud blog ini adalah sebahagian daripada bahan pengajaran dan pembelajaran. Anda perlu peka kepada sebarang perkara yang saya 'post' kan. Ini kerana bahan yang di 'post' kadang-kadang berdasarkan keadaan dan kehendak semasa.

5. Saya selalu tegaskan, bila jadi pelajar saya, kena ikut cara saya. Bukanlah cara saya aneh atau luar biasa tetapi ikut arahan saya.

6. Akhir sekali, alam siber ini positif jika kita ambil yang positif. Jadilah perayau alam siber yang beretika, berakhlak dan menjaga batas-batas agama. Jangan jadi perayau yang tak jumpa jalan pulang, faham ke ? Janganlah habiskan masa dengan perkara yang tak berfaedah...... banyak, fikir sendiri !

7. Target kita adalah STPM....5 Prinsipal dan Sejarah mesti A !!! Cuba usahakan 5 Prinsipal A.

Anda berani menyahut cabaran.......ada berani ?

Ahad, 25 Januari 2009

Warkah dari Ummu Taqi di Gaza

Warkah dari Ummu Taqi di Gaza

Written by Muslimah

23 January 2009 13:56

Menemui saudara dan saudari seIslamku, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan dari saudara-saudari seagamamu di Gaza. Dengarkanlah bagaimana keadaan kami di sini dan beritahukan kepada semua orang samada mereka yang kamu kenali mahupun tidak.
Pada tanggal 27hb Disember 2008, ketika kami di serang rejim Zionis, mereka bukan sahaja menyerang puak Hamas ataupun kaum Muslim di Gaza, tetapi mereka sebenarnya menyerang seluruh umat Islam. Mereka menyerang Islam dengan harapan mereka dapat melemahkannya dan akhirnya melenyapkan Islam dan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam.
Dan sudah tentunya mereka tidak akan sekali-kali berhenti di sini. Mereka inginkan Al Aqsa kesayangan kita, mereka mahukan Tebing Barat dan percayalah kepada ku bahawasanya mereka mendambakan seluruh wilayah Timur Tengah.

Namun, mereka tidak akan pernah berjaya. Mereka tidak akan pernah dapat menghilangkan cahaya Allah, dari bumi ini, InsyaAllah.
Keadaan kami pada saat ini amat dahsyat dan mengerikan, tetapi keimanan kami tetap utuh. Alhamdulillah, walaupun kami tiada bekalan air dan sekiranya ada pun setitis air, ia adalah tercemar dan membawa seribu satu wabak penyakit. Kami tiada wang untuk membeli air mineral dan seandainya kami menjumpai wang pun, mereka yang menjualnya mengatakan kepada kami, bekalan tiada dan amatlah merbahaya untuk mereka keluar mendapatkan bekalan baru. Kami juga tiada bahan api(gas) semenjak empat bulan lalu. Kami memasak sedikit makanan yang kami ada dengan api sebenar yang kami pelajari bagaimana untuk menyalakannya.

Kerabat lelaki kami telah kehilangan semua pekerjaan mereka. Pada masa ini,mereka hanya menghabiskan masa di rumah. .Suamiku menghabiskan masa seharian hanya untuk merayau-rayau dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata untuk mencari keperluan asas seperti seteguk air. Kebiasaannya beliau akan pulang dengan tangan kosong. Tiada sebarang sekolah mahupun bank-bank yang dapat kami keluarkan wang simpanan kami. Hanya terdapat beberapa hospital yang masih dibuka untuk merawat mereka yang tercedera.
Kami sedar bahawa kami sentiasa mempertaruhkan nyawa apabila kami keluar atau berada di luar rumah. Rejim Zionis mengenakan perintah berkurung dari jam 1pm hingga 4pm. Mereka mengatakan adalah selamat untuk kami keluar mendapatkan bekalan asas pada waktu-waktu tertentu, tetapi semua itu adalah satu pembohongan. . Bahkan mereka telah sering menggunakan peluang yang ada itu untuk menambah senarai Syuhada’ didalam koleksi mereka.

Kami memakan nasi dan roti secara berselang hari. Daging dan susu adalah satu kemewahan buat kami. Rejim Israel menggunakan kaedah perang kimia di kawasan sempadan. Mereka membunuh kami menggunakan peluru-peluru dan kereta perisai dan pesawat B52, tidak cukup dengan itu,bahkan mereka juga membunuh kami secara perlahan-lahan dengan membiarkan anak-anak kami mati kelaparan, mengakibatkan penyakit-penyakit yang tidak dapat diceritakan dengan menggunakan perang kimia mereka. Mereka bahkan hanya ketawa di saat melihat kami berterusan menderita dan tidak mampu menahan penyeksaan ini lagi.

Pada ketika semua ini dilakukan, kami diberitahu bahawa semua orang di seluruh dunia melakukan demonstrasi. MasyaAllah, mengenangkan anda semua pergi ke kedutaan-kedutaan dengan meninggalkan kediaman anda memberikan kami satu perasaan bahawa kami tidak bersendirian dalam perjuangan ini.
Akan tetapi, anda akan pulang semula ke rumah dan mengunci pintu pada waktu malam. Kami tidak mampu melakukan itu. Aku sendiri terpaksa meninggalkan rumahku yang berada di tingkat dua pada setiap malam untuk menumpang di rumah adikku di tingkat bawah. Seandainya kami diserang, adalah lebih mudah untuk kami lari menyelamatkan diri .

Namun Umat bertanyakan dimanakah bala tentera kaum Muslim? Dimanakah Kemenangan? Dan dimanakah pemimpin sebenar kami yang akan menyelamatkan kami dari kematian ini? Dimanakah bala tentera Salahuddin Al Ayubbi? Usahlah berharap dan merayu kepada PBB, mereka memperkenalkan Israel pada tahun1949 sebagai sebuah Negara dan menjamin nasib kami seperti hari ini. Janganlah berpaling kepada Amerika atau British, apakah mereka tidak mencerobohi umat Islam di Iraq dan Afghanistan.

Serulah pasukan tentera di Mesir, Syria, Turkey dan Libya. Dimanakah mereka? Adakah mereka tegar melihat wanita-wanita meraung dan merintih meminta ikhsan pertolongan pada saat mereka mengebumikan anak-anak kecil mereka? Adakah jeritan dan tangisan adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang kamu didengari oleh telinga-telinga yang pekak? Kami juga mempunyai hak untuk makan dan minum dalam suasana yang selamat dan sejahtera. Kami juga mempunyai hak untuk bergembira, ketawa dan hidup dengan dipenuhi impian seperti anda semua. Ataukah kami tidak berhak???


Ya, memang benar kami sudah keletihan. Apabila aku mendengar bunyi roket-roket dan bom serta melihat pesawat-pesawat yang berterbangan amat rapat mendekati rumahku, aku menjerit-jerit bersama anak lelaki kecilku dan di saat itu, suamiku hanya mampu terduduk kaku dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.
Saudara-saudaraku, tentunya kamu mengetahui bagaimana perasaannya apabila kamu tidak berdaya untuk mempertahankan maruah dan kehidupan keluarga kamu. Ia membunuh sesuatu dari dalam hati suami ku. Kami sering tertanya-tanya, bilakah mereka(para pemimpin umat) akan menjual tanah kami ini dengan harga yang murah. Adakah dengan seribu atau dua ribu kematian. Kami sedang menunggu untuk melihatnya. Inilah yang telah terjadi pada kami.
Dengan semua ini, tiada siapa yang dapat menyelamatkan kami melainkan hanya Allah Subhanahu wa Taala. Janganlah kamu sekalian melupakan kami di sini kerana hanya kamu lah yang kami ada sekarang ini. Sumbangan dan sedekah kamu tidak sampai ke tangan kami dan apabila mereka membuka sempadan itu, hanya segelintir yang mendapatnya. Mereka yang mendapatnya(sumbangan) itu juga tidak mampu berbuat apa-apa dengannya kerana kami terpaksa mempertaruhkan nyawa hanya untuk pergi membeli makanan.

Mereka(Israel) akan membunuh sesiapa sahaja walaupun seorang anak kecil berumur lima tahun yang membawa makanan untuk keluarganya. Kami ingin hidup dengan usaha dan peluh saudara-saudara Islam kami, bukannya orang lain kerana kami semakin menghampiri kematian.

Teruskan lah usaha di jalan Allah ini dan berdoa serta bekerjalah untuk kemenangan yang semakin menghampiri dan seterusnya bakal menyelamatkan umat di segenap pelusuk, InsyaAllah.

Semoga Allah Subhanahu wa Taala mengukuhkan kita di atas DeenNya pada masa sukar dan senang.

Ya Allah, kurniakanlah kami kemenangan dengan segera dan kembalikan lah Islam di bawah satu kekuasaan yang mana kami hidup di dalamnya.

Ya Allah, kirimkanlah kami anak-anak Salahuddin, tentera Islam untuk menyelamatkan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam dari kekejaman yang kami sedang bergelumang hidup di dalamnya.

Ya Allah, lindungilah anak-anak kami dan hapuskan lah zionis dari tanah kami. Ya Allah, saksikanlah pada hari ini, kami mengadukan tentang pengkhianatan pemimpin kami kepadaMu, dan kami berdoa agar Engkau Ya Allah, mengembalikan segera pemimpin sebenar kami, iaitu Khalifah. Amin.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saudarimu Ummu Taqi

Sumber : Mykhilafah

Sabtu, 24 Januari 2009

PENTADBIRAN KETENTERAAN TAMADUN INDIA SEBELUM ISLAM

Huraikan Struktur Pentadbiran Ketenteraan Dalam Tamadun India Sebelum Islam.

A. PENGENALAN:

(a) Organisasi ketenteraan merujuk kepada perkara – perkara berikut:

1. Jenis – jenis tentera yang mengepalai sesuatu peperangan seperti tentera berjalan kaki ( infantri ) tentera berkuda ( Kavalri ) dan tentera berkereta kuda dua.

2. Pentadbiran tentera/logistik.

3. Strategi peperangan.

4. Taktik peperangan.

5. Teknologi senjata.

(b) Pengenalan kepada tamadun India.

(c) Kepentingan organisasi ketenteraan dalam tamadun India.

B. ISI – ISI PENTING.

1. Angkatan tentera India dibahagikan kepada empat kategori, iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Terdapat juga beberapa kategori tentera lain seperti tentera laut, pengintip, anggota kumpulan perintis dan komisariat. Arthasastra menyebut satu unit tentera India mengandungi 45 kereta kuda, 45 gajah, 225 kuda dan 675 tentera. Chandragupta Maurya menakluki sebahagian besar India dengan angkatan tentera seramai 600,000 orang dan Raja Chola, Rajaraja I menakluki Calukya dengan angkatan seramai 900, 000 orang.

2.Penggunaan gajah dalam pertempuran dinyatakan dalam kitab Buddhisme. Raja Bimbasara dari Maghda dikatakan mempunyai tentera bergajah terlatih yang memainkan peranan seperti kereta perisai. Ia digunakan untuk memecah barisan tentera musuh, meruntuhkan pagar kubu, pintu kota, benteng pertahanan musuh dan mengangkut dua atau tiga tentera yang lengkap dengan senjata seperti busar dan lembing. Penggunaan gajah sebagai hadiah persembahan dan faktor kritikal dalam hubungan diplomasi pemerintah India dengan kuasa luar.

3. Tentera berkuda India agak lemah dan ini merupakan punca kekalahan tentera India ketika menghadapi serangan daripada penakluk – penakluk asing. Umpamanya, Mahmud Ghori menundukkan Prthviraja pada tahun 1162 masihi kerana pasukan kavalari India amat inferior berbanding tentera musuh.

4. Kapal laut juga digunakan oleh tentera India untuk mengangkut tentera di sepanjang sungai utama India. Raja Pulakesin II, menghantar angkatan tentera laut untuk menawan Puri. Raja – raja Chola seperti Rajaraja I dan Rajendra I mempunyai angkatan tentera laut yang tetap.

5. Terdapat ahli perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera India untuk memberi bantuan kepada askar – askar yang tercedera dalam medan perang. Wanita juga turut berkhidmat dalam menyediakan makanan bagi para tentera.

6. Pada zaman pertengahan, tentera mempunyai panglima yang diketuai oleh panglima agung dikenali sebagai Mahasenapati. Di bawah panglima terdapat kapten Nayaka yang menyerupai golongan bangsawan feudal.

7. Dari segi peralatan, tentera India memiliki meriam, kayu pelontar, busar, pedang, tombak dan lembing yang merupakan senjata yang biasa digunakan oleh askar India.

8. Pembinaan kubu pertahanan merupakan satu lagi aspek penting ketenteraan India. Umpamanya, sebuah tembok panjang telah dibina di Kota Rajagraha, ibu kota Magadha untuk menghalang musuh.

9. Peranan pendeta dalam peperangan. Masyarakat India menganggap peperangan sebagai upacara keagamaan di mana tarikh dan masa yang sesuai untuk berperang ditetapkan oleh ahli astrologi.

10. Pemusatan kuasa ketenteraan di tangan maharaja.

C. KESIMPULAN:

Organisasi ketenteraan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kejayaan sesuatu operasi ketenteraan. Kejayaan kerajaan India dalam mempertahankan kerajaannya dari diserang oleh musuh dari zaman Klasik hingga zaman Awal moden adalah dibantu oleh organisasi ketenteraan yang utuh.

Khamis, 22 Januari 2009

ANDAINYA MALAYSIA DISERANG...........

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir.....kita sering mendengar pemimpin-pemimpin kita menggunakan modal seperti ini..
" Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai...."

Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Fikir-fikirkan secara sedar dan secara positif.....

Baca selanjutnya........

Rabu, 21 Januari 2009

Sampai Kiamat Yahudi Tak Akan Berdamai Dengan Islam

Terkadang rasa simpati wujud juga buat bangsa Yahudi yang sering dihalau ke sana ke mari….tapi perasaan itu akhirnya hangus terbakar juga bila mana membaca dan melihat sendiri sikap tamak dan kezaliman bangsa yang paling dilaknat Allah ini.

Bangsa Yahudi inilah yang pernah cuba membunuh Rasul-Rasul yang dilantik oleh Allah termasuklah Rasulullah, Muhammad s.a.w. Mereka jugalah yang cuba memecahbelahkan umat Islam dalam peristiwa Masjid Dhirar dan Perang Ahzab.

Bangsa Yahudi ini telah menghafal sejarah pengusiran mereka dari yang berentetan diseluruh dunia. Mereka bukan sahaja pernah diusir dari tanah arab atau pun Baitulmaqdis. Malah dalam pemerintahan Kerajaan selain dari Islam pun mereka pernah diusir dan dihalau dengan penuh penghinaan.

Merujuk kepada penulisan Dr Abdul Rahman dalam artikelnya yang bertajuk “Tahukah Anda Yahudi Suka Dicemuh” beliau telah menyenaraikan sejarah pengusiran Kaum Yahudi diluar wilayah tanah arab;

  • Di England, King Edward telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada 1290.
  • Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
  • Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada 1582.
  • Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
  • Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
  • Di Austria, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada 1420.
  • Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
  • Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
  • Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
  • Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Sikap merekalah yang menjadi punca kepada apa yang berlaku pada mereka itu. Malah mereka juga telah merosakkan Kitab Taurat dan mentafsirkan dengan sesukahati. Kitab Taurat ditafsirkan melalui Kitab Talmud mereka yang mengariskan beberapa perkara yang jelas menunjukan sikap Yahudi yang tidak akan berbaik dengan mana-mana Bangsa sampailah Kiamat.

Antara Perkara yang Disebut dalam Talmud:

  • Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.

  • Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.

  • Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.

  • Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Seterusnya kita juga wajar mengambil peringatan yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah tentang peristiwa hari Kiamat nanti dimana satu-satunya bangsa yang akan mendokong pemikiran dan perjuangan Dajjal adalah Bangsa Yahudi.

Nah! disitu sudah jelas bahawa Yahudi akan terus bermusuh dengan Islam dan seluruh dunia hingga Kiamat.

Pemimpin-pemimpin Yahudi kini tahu akan wasiat Rasulullah ini dan mereka sudah bersedia dengan membina Tembok yang tinggi untuk memisahkan mereka dengan wilayah Palestine dan negara lain yang bersempadan dengannya.

Mereka juga mengumpulkan senjata dan menyebarkan pelobi-pelobi mereka yang merupakan jurudakwah Dajal bagi mendapatkan sokongan serta melemahkan pimpinan Islam yang ada hari ini.

Mereka sedar bahawa Umat Islam yang berpecah tidak akan mampu untuk menentang mereka, maka melalui PBB mereka berjaya mmempengaruhi dunia setelah agen mereka Amerika dilantik sebagai salah satu kuasa Veto khususnya dalam Majlis Keselamatan PBB.

Kita lihat apa yang berlaku baru-baru ini. Peperangan yang dilancarkan Yahudi di Palestine telah dirancang lebih awal dimana saat Presiden Bush bakal berundur mereka mengebom wilayah Gaza.

Dalam tempoh itu mereka mempergunakan Amerika bagi melengah-lengahkan Pemimpin OIC dengan cuba mengadakan pelbagai mesyuarat dan rundingan bagi melakukan resolusi gencatan senjata. Menanti mesyuarat itu berlangsung, umat Islam Palestine di Gaza terus diganyang hingga lebih seribu nyawa yang tidak berdosa terkorban

Bila Presiden Bush bersedia untuk menyerahkan jawatan kepada Obama Yahudi mulai menunjukan minat untuk mengadakan gencatan senjata dengan bersyarat.

Namun jika di dengar ucapan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Menteri Luarnya, Tzipi Livni saat tentera menganyang Umat Palestine memang menyakitkan hati.

Mereka sememangnya berdendam dan mahu membunuh setiap keturunan Palestine yang ada yang atas alasan mengancam negara mereka.

Sedarkah kita bahawa sasaran mereka selepas Palestine adalah negara Iran, Jordan. syiria dan seluruh negara yang dihuni majoriti umat Islam termasuklah Malaysia.

Mereka sengaja mencari pasal untuk berperang kerana itulah yang mereka wajar lakukan sebagai memenuhi hasrat yang terkandung dalam Kitab Talmud yang diciptakan oleh nenek moyang mereka.

Dalam masa yang sama Amerika mengambil peluang menjual senjata kepada mereka dan sebagai imbalan kaum Yahudi ini menaja program ekonomi Amerika melalui penguasaan mereka yang begitu aktif. Pergerakkan Fremason yang terkenal menjadi tulang belakang kekuatan Yahudi di luar Israel.

Pergerakkan inilah yang mengumpulkan dana dan melahirkan ramai tokoh politik, ekonomi dan pemikir yang berbangsa Yahudi dan berfahaman Yahudi.

Oleh itu, permusuhan terancang ini tidak akan berhenti walaupun atas nama apa sekalipun. Mereka sudah sedia membawa peperangan hari ini hingga hari Kiamat. Mereka sudah tahu tempat mereka dineraka bersama Dajjal, maka dengan bersungguh mereka cuba meruntuhkan kesatuan dan pengaruh Islam di dunia ini.

Semoga kita akan terus bersedia untuk menyembelih bangsa yahudi selagi mana mereka tidak akan berhenti memusuh kita. Sesungguhnya tiada cara lain untuk mengajar mereka erti kemanusian melainkan dengan menyembelih mereka seperti haiwan buruan.

Usaha perdamaian dimeja rundingan hanya membuang masa dan duit kerana Rasulullah sudah memperjelaskan pada kita bahawa pelampau Yahudi ini akan terus memusuhi dan menyerang umat Islam hinggalah hari akhirat.

Semoga Allah menguatkan keazaman dan mengukuhkan keyakinan kita untuk menanti ruang Jihad Fisabilillah yang pastinya mampu mengalahkan kaum Yahudi ini. Janganlah sesekali kita lupa dan berdiam diri dari mencari jalan ke sana.

Ingat! mati itu hanya sekali, maka jadikannya ia sebuah kematian kerana Allah atas jalan Jihad Fisabilillah bukan kerana kematian yang sia-sia.

Sumber : PEOPLEARMY

PEMIKIR KETENTERAAN - KAUTILYA & MACHIAVELLI

( 6AS, 6AH dan 6AM sila buat latihan ini )

Pemikir-pemikir strategi peperangan telah memainkan peranan penting dalam pertahanan dan ketahanan tamadun awal. Bincangkan pernyataan tersebut dengan merujuk Kautilya dan Niccolo Machiavelli.

Pengenalan: ( 3 markah )

  • Ketahanan bermaksud sesuatu yang menahan, halangan atau keupayaan menanggung sesuatu di medan peperangan. Pertahanan merujuk mempertahankan benteng dan kubu daripada serangan musuh.
  • Strategik merupakan satu ilmu helah atau muslimat untuk mengalahkan musuh yang bertujuan untuk mencapai satu matlamat
  • Strategik juga di anggap satu seni mempertahankan diri, negara dan masyarakat dengan cara merancang atau mengatur langkah untuk memperdayakan musuh atau kebijaksanaan mengendalikan peperangan
  • Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam strategi peperangan

Isi-isi:

A. Kautilya (10 markah)

1. Kautilya hidup pada zaman awal Dinasti Maurya di utara India. Bukunya bertajuk Arthasastra (Science of Gain of power) pada kurun ke 3 Masihi, mengandungi hal-ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan dan juga perkara-perkara lain.

2. Arthasastra mengariskan enam perkara penting dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain iaitu:

i. mementingkan keamanan

ii. persediaan untuk peperangan

iii. membiarkan musuh membuat serangan pertama

iv. melancarkan serangan pertama

v. bersekutu dengan musuh

vi. mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh yang lain

3. Arthasastra mengariskan empat cara yang boleh digunakan oleh seorang raja untuk mencapai kemenangan dalam peperangan iaitu:

i. memujuk musuh dengan perbincangan serta rasuah

ii. mencetuskan persengketaan dan melancarkan serangan

iii. menanam benih permusuhan

iv. melancarkan perang jika semua gagal

4. Kautilya juga berpendapat bahawa seseorang raja atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan tenteranya, kelebihan dan kelemahan tentera musuhnya dan akhirnya tahu menyerang dengan mengambil kesempatan atau berkesempatan.

5. Kautilya juga berpendapat dengan adanya kemahiran berkomplot atau tipu muslihat adalah lebih baik daripada menggunkan kegagahan dan kehandalan. Cara ini boleh digunakan apabila nampak tanda-tanda kekalahan.

6. Cara berkomplot adalah dengan menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai musuh, merasuah tukang masak dan kalau boleh merasuah seluruh anggota istana untuk melemahkan musuhnya

7. Karya Arthasastra benyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti raja-raja Rajput dan Marathas. Karya beliau menjadikan peperangan seolah-olah ada kaitan denga spiritual iaitu mengelakkan kelahiran semula seperti yang di sarankan dalam agama hindu

B. Niccolo Machiavelli

1. Pemikir ketenteraan Eropah abad ke 16 Masihi berasal dari Itali dan pernah menjadi diplomat dari tahun 1498 M hingga 1512 M. Beliau menulis buku The Prince pada tahun 1515 M dan The Discourse Upon Living antar tahun 1515 M hingga 1517. Akhirnya beliau menulis buku Art of War. Penulisan beliau bermatlamat memulihkan imej Florence dan negara kota Itali yang lain.

2. Buku The Prince memperkenalkan banyak panduan kepada pemerintahan dalam mencapai kemenangan. Matlamat seorang raja adalah untuk mengekalkan kerajaannya. Sekiranya kedudukan tergugat kerana pengikut yang tidak jujur maka raja harus menghapuskannya demi kepentingan politik sendiri. Beliau juga mengemukakan dua cara pentadbiran iaitu pertama dengan menggunakan undang-undang dan cara yang kedua melalui kekerasan dan ketenteraan. Pandangan beliau banyak mempengaruhi pembentukan negara bangsa di Eropah seperti Sepanyol, England dan Perancis. Berasaskan idea Machiavelli raja-raja menggunakan kekerasan untuk mengawal golongan bangsawan yang sebelum ini banyak mengancam mereka

3. The Art of War mengetengahkan tentang undang-undang dan senjata yang baik adalah penting bagi seseorang raja. Seseorang raja selain mentadbir mesti mempunyai prinsip-prinsip ketenteraan.

4. Pembentukan infantri, tentera yang berkhidmat semata-mata kerana gaji serta pembentukan pasukan tambahan secara sukarela tidak digalakkan

5. Machavelli juga menolak pembinaan kubu-kubu pertahanan kerana ia hanya membawa kepada kemusnahan. Beliau menekankan seorang raja boleh berkuasa dengan menggunakan meriam, askar berkuda dan peralatan perang yang ringan dan mudah untuk di bawa semasa peperangan

Kesimpulan: ( 2 markah )

Pemikir ketenteraan di atas mengemukakan pelbagai strategi untuk menang. Kautilya menekankan unsur spiritual manakala Machavelli memperkenalkan kaedah saintifik dan lebih bersifat untuk mencapai matlamat perlu melakukan apa sahaja.

Penulisan mereka bukan sahaja mempengaruhi pemerintah-pemerintah zaman mereka tetapi juga generasi seterusnya

Selasa, 20 Januari 2009

KETAHANAN ATHENS

Langkah-langkah masyarakat Athens untuk meningkatkan kekuatan mental dan fizikal bagi menghadapi peperangan.

1. Di Athens, berkhidmat dalam tentera adalah satu perkara biasa.

2. Kanak-kanak diberikan latihan fizikal dan ketenteraan dari umur 18 hingga 20 tahun tetapi tidak seteruk di Sparta

3. Pada tahun kedua latihan, mereka dihantar ke kubu-kubu pertahanan di Attica.

4. Dari umur 20 hingga umur 60 tahun, mereka boleh dikerah untuk berkhidmat kepada negara kota.

5. Di peringkat sekolah rendah lagi, kanak-kanak dimasukkan ke sekolah tinju dan sekolah muzik.

6. Pada usia 15 tahun, mereka menjalani pendidikan menengah di gimnasium khusus untuk menjalani latihan fizikal.

7. Mereka yang berumur 18 tahun diberi latihan ketenteraan di pusat ketenteraan kerajaan.

8. Tentera Athens berperanan mempertahankan negara kota mereka daripada ancaman musuh.

9. Athens tidak mempunyai dasar perluasan wilayah.

10. Di Athens, setiap 4 tahun, Sukan Olimpik diadakan di Olympus yang disertai oleh semua anggota polis.

11. Sukan ini memberi semangat dan disiplin yang tinggi kepada peserta untuk mencapai kejayaan.

12. Secara tidak langsung acara ini dapat mempersiapkan kekuatan mental dan fizikal.

KETAHANAN SPARTA

Langkah-langkah masyarakat Sparta untuk meningkatkan kekuatan mental dan fizikal bagi menghadapi peperangan

1. Di Sparta, kanak-kanak lelaki diberi latihan fizikal dan mental sejak berusia tujuh tahun.

2. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemah akan dibunuh.

3. Mereka akan ditinggalkan di kawasan pergunungan supaya mati.

4. Kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun ke atas akan dipisahkan dengan ibu bapa mereka dan ditempatkan di berek tentera bagi menjalani latihan ketenteraan.

5. Mereka didedahkan dengan selok-belok ketenteraan seperti menunggang kuda, berenang, memanah dan sebagainya.

6. Apabila berusia 19 tahun, mereka dilatih menggunakan senjata dan bertempur.

7. Setiap 10 hari, ujian yang sukar diadakan.

8. Mereka disebat di tempat pemujaan dewa tuhan Orthia.

9. Setelah mencapai usia 20 tahun, latihan ketenteraan sebenar diadakan.

10. Mereka hidup dalam dunia peperangan selama 10 tahun, memburu dan dilatih untuk mengawal di kawasan sempadan Negara kota.

11. Genap umur 30 tahun, latihan ketenteraan pun tamat dan mereka boleh berkahwin.

12. Kaum wanita pula diberi latihan fizikal agar dapat melahirkan keturunan yang cergas dan kuat.

13. Kaum wanita diberi latihan jasmani bersungguh-sungguh bersama kaum lelaki agar menjadi ibu yang sihat dan dapat memberikan sumbangan kepada pertahanan negara kota.

14. Hal ini dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan wanita.

Sabtu, 17 Januari 2009

PRK Kuala Terengganu 2008

Keputusan Rasmi PRK P036 Kuala Terengganu

(PR) Mohd Abdul Wahid 32,883 undi

(BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh 30,552 undi

(Bebas) Azharudin Mamat @ Adam 193 undi

Majoriti: 2,631 undi

KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam.

Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.

Beliau menang dengan majoriti 2,631

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.

Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 undi.

Sementara itu, Mohd Abd Wahid hanya memperoleh 86 undi manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.

-mstar.com.my

Selasa, 13 Januari 2009

ISRAEL YAHUDI LAKNATULLAH ALAIH DAN FATWA KEKEJAMANNYA..

Boikot Barangan Israel!

Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!
Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

http://hr9808.blogspot.com/2009/01/israel-yahudi-laknatullah-alaih-dan.html

Isnin, 12 Januari 2009

SELAMATKAN PALESTIN

Mereka adalah saudara kita . Bukan setakat isu sebuah negara dan hak asasi penduduknya tetapi ia adalah isu agama, dan maruah Islam. Ia menuntut kepedulian yang tinggi daripada umat Islam.

Ambil peduli dan bantulah ikut kemampuan masing-masing. Mari kita berdoa khusus untuk kesejahteraan saudara Islam kita dan kehancuran musuh kita !


Sabtu, 10 Januari 2009

sekadar selingan..

assalammualaikum...
pertama sekali, sorry ckgu lame xupdate blog nih..hehhhee bz exam n kmudian cuti mmg xde mase nk bukak blog even blog sendiri...cuti biar cuti btul2!!!hehhehe
2009...tahun baru dan tentunya bg adik2 sy merupakan satu tingkat ke alam persekolahan lagi..tahun 2008 yg lalu jika ade kegagalan belajarla dari kegagalan itu...semua orang pernah mengalami kegagalan..sejarah telah membuktkani...sebagai contoh bagaimana kekalahan tentera islam di perang uhud...rasulullah dan para pejuang islam lain bangun dari kegagalan tersebut dan menjadikan kegagalan perang uhud itu sebagai pengajaran untuk kejayaan islam selepas itu...maka, bagi adik2 tersayang yang gagal menempatkan diri ke matrix atau universiti selepas SPM itu bukan pengakhiran cerita...memasuki tingkatan 6 ini pun bukanlah teruk sangat..malah insyaallah seandai lebih usahakite lebih berjaya..

Sebagai inti pati tulisan saya sebenarnya bukan nak anda semua fikir kisah lame itu tetapi fokus dengan perkara yang lebih penting lagi..stpm 09!!!untuk menyuntik semangat kamu ke menara gading ingin saya katakan bahawa seandainya anda telah menempatkan diri di universiti , pengajaran dan pembelajarannya sebenarnya lebih sedikit berbanding disekolah..anda perlu belajar 4,5 bulan kmudian ambil exam..lagi mudah sebenarnya..tapi mudah itu bg mereka yang belajar dan menyiapkan tugasan..jadi, biarlah anda bersusah dahulu mentelaah buku sejarah pra u tu sampai tertidur atau keluar air liur (heheheheeh...sebenarnya sy pun mengaku tak pernah habis bace buku sejarah tu), sesuatu yang sedap halwa telinga anda mendengar ialah apabila di universiti nanti sekiranya anda rajin dan tak leka, apa yang anda belajar di universiti sebenarnya lagi mudah daripada anda jawap stpm or spm..(pandai ckp tp sy pon tak terror mane) ...apa-apa pun yang penting niat..if niat anda sume ikhlas insyaallah ape pun akan dipermudahkan...bagi adik2 yg rase nak masuk u tu rajin2kan lah diri tu...bermula dari sekarang...jangan tunggu seminggu nak exam baru nak bace buku..mengelabah nanti..(hehhehe..sy pon buat gak..tapi sebab nak ingat name kes..ingat senang ker amik law nih..kes berlambak, name plak pelik2)...hehheehe..melalut plak..angin tuan punye blog ni karang...

Seperti mana pesanan saya kepada calon STPM tahun lepas, saya ulangi lagi sekali yang penting pohon restu daripada semua orang kerana disitulah ada doa sebagai penguat kejayaan kamu semua..dan yang penting berdoa kepada ALLAH pohon dimudahkan belajar...sepandai mane pun manusia tanpa rahmat dr penciptanya apa guna dia hidup di dunia...akhir kata saya doakan kejayaan adik-adik semua...tahun lepas tak de pun junior DARY yang jadi junior saya disini..harap tahun ini dan tahun hadapan adalah...di fakulti Law ni plak saya tengok muka kak Farah dia tengok muka saya...sebab kami berdua jer budak DARY yang ambil law disini...dahla fac jauh dari orang..jarang jumpe budak DARY lain...hope anda akan kembangkan generasi DARY yang hampir pupus di sini terutamanya fac of law...hehheheh..merepek betul aku nih!!!

Boikot Barang Amerika !!!

[boikot.jpg]

Mengenal Siapa Yahudi ???

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babylon. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang Yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

  1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
  2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
  3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
  4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
  5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
  6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
  7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
  8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
  9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
  10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

  • Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
  • Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
  • Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
  • Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

Kredit : Darul Nu'man

Jumaat, 9 Januari 2009

BOIKOT 3 JENAMA : COCA COLA - COLGATE - STARBUCKS

FAKTA-FAKTA PENTING

  • Kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi yang disokong Kerajaan Amerika terhadap kemanusiaan dan negara-negara lemah telah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.

  • Mereka pula disokong kuat dengan bantuan moral dan kewangan yang besar oleh banyak syarikat-syarikat penyokong dan berkepentingan Yahudi yang tidak bermoral, tidak bertanggung jawab dan semata-mata “ mempergunakan pengguna” yang sering dilayan tak lebih dari haiwan (goyim).

  • Sebagai manusia yang adil, Spengguna bijak dan menjaga maruah kita, seharusnya kita berurusan dengan syarikat yang menghormati hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.

  • Atas kesedaran ini, rasanya tidak cukup untuk kita sekadar “ mengutuk” Rejim Israel. Setiap daripada kita yang sedar dan ingin melakukan sesuatu untuk menghentikan keganasan dan kezaliman ini dapatlah memainkan peranan dengan menyertai boikot terpilih bagi menyampaikan isyarat kepada mereka yang buta perasaan dan hati ini.

  • * Demi keamanan & kesejahteraan kemanusiaan sejagat bersatu kita BOIKOT 3 buat permulaan, 3 produk pilihan yang terbukti menyokong dan berkepentingan Yahudi dipilih sebagai produk yang akan diboikot bagi memberi fokus dan memudahkan kita mengukur keberkesanan kempen boikot produk penyokong dan berkepentingan Yahudi bagi menentangi keganasan dan peperangan.

  • Asas pemilihan 3 syarikat ini adalah kerana terdapat banyak lagi produk altenatif, produk tidak kritikal, produk tidak membawa kebaikan selain daripada dasar syarikat dan produk yang amat tidak beretika..

  • Jika jualan mereka boleh dijejaskan dengan boikot ini, syarikat-syarikat lain juga akan berfikir 2 kali kali sebelum meneruskan sokongan mereka kepada Rejim zalim ini.

  • Perjuangan ini dibawa dan didokong bersama: MAPAN, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, AMAN MALAYSIA, PRESMA, KIMMA, IIS, Yayasan Kerjaya Malaysia, parti-parti Politik, NGO-NGO Kemanusiaan & Keamanan, individu-individu yang inginkan kedamaian serta rakyat Malaysia prihatin yang tidak dapat disenaraikan.

  • “ Penyokong kepada musuh kita adalah musuh kita jua.” Perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan kemanusiaan sejagat adalah tanggungjawab kita bersama dan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya boleh dilakukan sebagai agenda kita bersama walaupun kita mempunyai fahaman, ideologi dan keturunan yang berbeza.Mari kita buktikan kita boleh lakukan sesuatu dalam perjuangan membawa keamanan dan masa depan kita bersama!

Laman Web Rasmi PPIM: FAKTA-FAKTA PENTING-KEMPEN BOIKOT 3 JENAMA

Ahad, 4 Januari 2009

Bersama Selamatkan Rakyat Gaza


diterjemah oleh: Ustaz Mazlee Malik

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).


Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.
Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Seruan

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:
1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-
a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)

Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik
Sumber: http://www.palestinkini.info

Kredit : iLuvislam.com

Sabtu, 3 Januari 2009

"Muhasabah Tahun Baru........"

Assalamualaikum semua pelajar yang dikasihi,

Tahun masehi 2009 dah muncul. Ini menandakan sessi persekolahan 2009 akan bermula. Apa yang penting STPM 2009 mesti dah ada dalam kotak pemikiran. Jangan lupo.......

Ada yang rasa tak cukup cuti ??? Udah-udah le cuti tu..... Mulalah memikirkan buku-buku dan peperiksaan. Letakkan matlamat, sebagai seorang Islam kita mesti menuntut ilmu dan memberi prioriti terhadap keperluan untuk berjaya. Ini kerana jika kita berjaya, kita turut membawa kejayaan dan sumbangan positif terhadap ummah Islam itu sendiri. Kita mesti ada fikir macam itu. Kalau orang Islam lemah, kesannya besar. Semoga kita sebagai individu Islam ada saham dalam menyumbang untuk syiar agama kita.

Tahun 2008 macam-macam berlaku. Ada yang kita tahu dan banyak yang kita tak tahu. Ramai yang kahwin, dapat anak, dan ada juga pergi selama-lamanya. Misalnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail dipanggil Allah menghadapNya. Pilihanraya kecil akan dijalankan di Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009. Perang pilihanraya dah bermula di sana.

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga mengejutkan banyak pihak. Sebab beberapa pihak terlibat. Siapa membenarkan pembangunan atas bukit tu ? Siapa luluskan ? Siapa penghuninya ? Adakah sekadar bencana alam dan kesilapan manusia atau bala ? Allah minta kita muhasabah.....

PPSMI......tak asing pada semua. Berdasarkan keputusan UPSR dan PMR 'membuktikan' pengajaran Sains dan Matematik dalam BI berjaya ( ??????). Entahlah, apa yang saya tahu di sekolah saya, pelajar di kelas 3 Uranus ( kelas hujung ) dan tak pernah ada yang lulus masa periksa, pun majoriti lulus dalam PMR 2008. Terkejut beruk guru yang mengajar. Entahlah......

2008......peningkatan dan penurunan harga minyak serta peningkatan harga barangan. Semua orang merasai kesannya. Sebagai pelajar, kamu mesti cuba menyelami keperitan yang ditanggung oleh ibu bapa kamu. Bantulah mereka mengawal perbelanjaan terutama keperluan persekolahan 2009. Azamlah, balas semula pengorbanan mereka dengan kejayaan STPM 2009.

2009.....kata pakar ekonomi tahun ekonomi meleset. Kita berdoa pada Allah agar kita tabah dan mampu mengatasinya. Inilah akibat apabila ekonomi dikawal oleh sistem kapitalis dan kongkongan Yahudi. Luas perbahasannya.....

Sambutan 2009 juga penuh dengan kejutan. Serangan Israel Yahudi terhadap Gaza, Palestin. Ramai terkorban. Kemusnahan harta, rumah, hospital dan masjid. Apa yang kita boleh buat ! Tak de apa melainkan berdoa. Pemimpin Islam hanya mampu mengutuk dan bermesyuarat. Semua tersekat angkara negara umat Islam tidak bersatu. Angkara 'jarum' Yahudi juga sebenarnya. Harap kita di Malaysia tak akan jadi sedemikian. Pelarian di negara sendiri. Kita mesti kembali pada agama kita !

Sambutan Tahun Baru 2009 juga jadi pesta maksiat ! Pesta hiburan melampau, pesta seks bebas, pesta arak, pesta MAKSIAT, PESTA SYAITAN !!!!!! Hancur umat Islam macam ni . Kalau ALlah turunkan bala, semua kita akan kena ! Siapa nak disalahkan ???? Banyak pihak.....mula dari bawah sampailah atas....

Apapun, kita mengharapkan kedatangan Tahun Hijrah 1430 dan Tahun Masehi 2009 memberi sinar baru kepada kita. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Kita mendambakan kasih-sayang,dan keredhaan Allah. Moga Allah pandang kita yang hina ini. Semoga ummat Islam kembali bangun dan bersatu.....Jangan lupa kita pernah menguasai dunia. Dunia yang aman dengan Islam dan membina tamadun yang tinggi. Jangan kita lupa....

Adakah Kau Lupa.............

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.