Kepada semua pelajar 6 atas 2008,
PPT makin hampir. Kamu juga semakin sibuk . Ramai juga yang terlibat dengan penuh komitmen untuk persiapan hari guru . Tahniah ! Tak kurang juga yang sengaja menyibukkan diri dan menjadikan diri dia seorang yang paling sibuk dalam dunia .
Memandangkan kekangan yang kamu semua hadapi, saya mengambil keputusan untuk memberi tajuk-tajuk sebagai panduan untuk ulangkaji. Kamu mesti baca semua tajuk tersebut. Jangan spot dari tajuk itu. Baca semua. Matlamat utama adalah STPM nanti. Saya yakin, tajuk-tajuk tersebut berguna kepada kamu semua. Saya ulang lagi sekali, baca semua baik-baik dan dengan teliti. Bukan semua dari tajuk di bawah saya tanya dalam PPT. Bukan semua !
Saya harap semua pelajar 6 Atas akan ambil tajuk-tajuk ini dengan usaha sendiri. Cari dalam teks, cari soalan, baca dan buat persediaan dengan rapi. Ini harapan saya. Ingat, target kita adalah skor A. Ini bukan kerja main-main. Tiada kesungguhan, tiada A. Harap kamu semua sedar dari lamunan kosong......
Ini tugasan dan panduan untuk kamu semua. Sila baca.
BAHAGIAN A ( TAMADUN DUNIA )
- Tamadun dan faktor pembentukan .
- Zaman Prasejarah - Paleolitik dan neolitik .
- Negara kota Yunani - Pembentukan dan kejatuhan.
- Konsep-konsep ekonomi dan sistem ekonomi di Eropah.
- Struktur pentadbiran ketenteraan tamadun India.
- Kepentingan pendidikan secara formal.
- Sistem pemerintahan empayar.
- Strategi peperangan tamadun awal manusia.
BAHAGIAN B ( TAMADUN ISLAM)
- Piagam Madinah .
- Konsep manusia dan kehidupan jahiliah.
- Masyarakat Makkah Dan Kota Madinah (Yathrib) sebelum Islam.
- Golongan masyarakat Zaman Khulafa Ar– Rasyidin.
- Pembaharuan zaman Sayyidina Umar Al-Khattab.
- Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
- Pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah.
- Dasar pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin dan Bani Umaiyah.
SELAMAT BERJAYA.
SELAMAT HARI GURU.
" Guru Cemerlang Negara Terbilang "
( Harap saya akan dapat bergembira pada Hari Guru 2008 ni......uhuk !!! )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan