ENJIN CARIAN BAHAN

Isnin, 5 Mei 2008

Dapat masuk U.........

Hari ini Isnin, semua budak 6 Atas kena pergi UTP. Ada syarahan khas daripada Pemangku Sultan Perak, YM Dr. Nazrin Syah. Hebat juga syarahannya, almaklum putera raja. Full in English, cuma bidang cakupannya bukan bidang saya.
Cuma geli hati melihat telatah bebudak 6 Atas dalam situasi tak formal. Au mak...deme sembang macam-macam !! Tak payah lah sebut kat sini. Kang deme marah kang terutama budak _ _ _.
Merasalah bebudak 6 Atas masuk perpustakaan UTP. Hebat perpustakaannya. Lepas syarahan, dapat makan free. Sedap nampak deme makan. Eka dan Farah duduk sebelah saya. Amboi, sopan santunnya deme makan.....begitu juga dengan Lela,Mas, Ayu, Su, ............( ada lagi, tak ingat lagi ).
Masa jalan nak gi ke bas, nyaris tak kena swing budak Mai . Kalau tak bengkak muka. Puncanya dari soalan cepu mas yang keluar dari mulut saya, " Cuba teka, baju sapa yang kena ubat nyamuk ??? " Tak semena-mena budak Mai musing dan nyaris saya kena boom !
Biasa je kan. Hanya gurau je ye !
OK lah, tulisan santai ni untuk suka-suka aje. Jangan marah.
Apa pun, harapan besar saya,tetap satu. Ulangkaji baik-baik Sejarah 1. Bukanlah susah sangat jika kamu baca dengan teratur macam Elly kata. Tak susah.....
Minggu ni pembelajaran terganggu lagi kerana Muet. Jika saya tak dapat masuk ngajar, kamu jangan syok pulak. Saya tak dapat habis sukatan cepat, kamu rugi. Kamu diharap baca tajuk-tajuk yang saya telah tetapkan. Baca jangan tak baca.
Ingatan Tulus Ikhlas untuk budak-budak 6 Atas 2008.
Saya sentiasa mendoakan kejayaan kamu.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.