ENJIN CARIAN BAHAN
Khamis, 29 Mei 2008
gunakan masa cuti ni....
adik2
gunakan masa cuti ni utk cuba habiskan silibus anda wlupun dlm kelas masih blum lagi....
masa semakin suntuk....if ada kumpulan, lebih baik study bersama kumpulan anda..tapi jgn bersembang or berdating lak!!!happy holiday!!!huhuhu..rindu nk blik umah!!!!!home sick!!!!!
Latihan Masa Cuti
Panduan bacaan Tema 3. ( Sila download dan cetak )
Analisis soalan Tema 3 . ( Sila download dan cetak )
Isnin, 26 Mei 2008
Ahad, 25 Mei 2008
assalammualaikum...
kepada adik2 yg bace blog cgu n amik nota dr sni,truskan la usaha korang...rasenyer cgu "tersayang" korang ni dh wat yg terbaik untuk korang...siap ader nota lg..korg copy n paste je...kami dulu xde mcm ni...bertuah korang tau...ni kire dh cukup sng la...
buat pengetahuan korg,kami ni dulu pun bkn jns rajin nk blaja..kaki ponteng pun ader gak..kami jgk kira aktif kat skul..asyk2 muka kami je...sape yg perasan kami,kami time kat skul dulu ader 4 bradik,kak suhaida,kak nono,kak ct fairus n akak sndiri.keman je kami byk bersama..tp ape tekad kami,BLAJA n PASTIKAN MASUK U..main2 jgk,tp pelajaran first..alhamdulillah,kami ber4 msk jgk U..
Akak nk trime kasih kat smua cgu2 time kat form 6 dulu,mcm teacher tijah,cgu mahiram,cgu faridah,cgu norilahcgu tajal,cgu papa(mustapa),cgu lina,cgu lailan,cgu alina n smua la cgu2 yg pnh ajar kami...x luper jgk kat empunya blog ni CGU RASMAN ni..thanks cgu...sejarah sy dpt A..sy ingt cgu pnh ckp kat sy "kalo kamu x dpt A or B sbjek sej kamu sy ketuk kamu"alhamdulillah dpt jgk sy A..huhu..best btol la...
buat adik2..blaja la sungguh2...ni myb pluang terakhir kamu untuk msk U..jgn putus asa..korg blum terlambat lagi..kejar la pluang yg ader..nsht ni gak dtuju untuk adik akak sndiri, farzana..
ingt,papepun pun yg plg penting ialah usaha..xde usaha kalo berdoa je pun xde guna..guna mase kat kls btol2,dgr cgu mgjr btol2 coz time dlm kls la kualiti terbaik untk blaja n phm n sng nk tnye kalo x phm..
lastly,adik2 smua...jdkan cgu2 korg tu kawan..bkn lawan n jgn sesekali x suke or mengata guru coz ilmu tu x kan berkat..k...gud luck 4 ur stpm...nt bila ader klpgn sy akan post coment lg kat blog ni...akhir kata jdkan kate2 ni smgt kat korg..akak pun bkn asalnyer pandai tp sgla yg berlaku bermula dr ape NIAT kite blaja ni..
salam....
salam....
wah2 bkn main lagi en. rashman ek...ayt 'dpaksa'............
Kepada adik2 tersayang....
ehem...terase tua pulak....mungkin ada yg kenal saya dan mungkin tidak..tapi sebagai orang melayu yg punya adat, biar saya perkenalkan diri saya.nama saya Siti Fairus bt Asin.. senior kamu semua. saya bkas plajar form 6 tahun 2006. sekarang saya di ukm mengambil jurusan undang-undang. saya merupakan pelajar terbaIk stpm n tokoh stpm sekolah....bkn utk mmbngga diri tetapi sekadar bingkisan mmbina utk adik2 tersayang...
STPM...mungkin perkataan itu kadang memberi tekanan kepada kamu semua.Tambahan pula exam dah tak lame lagi. aktiviti sekolahpula bukan maen byk lagi kan?guru2 beri tekanan..ada yg beri nasihat ada juga yg seakan mngkritik hebat..mmg memeritkan.tambahan bagi mereka yang ada komitmen seperti ketua umum atau pngawas..itu yg kamu rase bkn?sebenarnya ape yg kamu rase semuanya sy tlh alaminya....tambahan sy ketika itu merupakan pelajar hrpn sekolah sebab dlm ting 6 sy yg terbaik..sy jugak ketua pengawas..disamping itu sy jgk aktif ngn ko kurikulum....sy n.pengerusi prs,.setiausaha pandu ptri n bndahari bola jaring..sy jgk merupakan pemidato sek..bnyk tngjawab..semua perlu dtangani dlm satu mase...tp xpernah dlm sesibuk itu sy lupa matlamat sy...5a p stpm...tanggungjawab yg berat ini buat sy separuh giler...mnghimpit sy..tp adik2,semua itulah namanya cabaran...kite perlu jadikan tekanan itu sebagai satu kayu ukur untk kite teruskan cite2 kite...kamu semua perlu ingt itu...blajar dari kritikan dan bgun dr kesilapan2 lepas...
bagi sy, melihat kesungguhan ckgu rasman n mngkin ckgu2 lain, sy fkir mereka terlalu mnjakan kamu..ialah dgn baek hati ckgu rasman dh beri nota dlm blog dia ini...oleh itu knapa plak adek2 tersayang di tak gunakan ia sebaek mngkin..hargai apa yg ckgu lakukan...di universiti nnti semua perlu buat sendri...oleh itu selain inisiatif cikgu ini kamu perlu cri jalan sendiri..
kamu semua percaya tak....sya pernah dpt 48% dlm sejarah masa exam awal tahun masa 6atas? dari markah 80% di 6 rendah sy hanya peroleh 48%..sesuatu yg xpernah terjadi dan xpernah saya terfikir...dr pmr sehingga spm sej sy A1...ketika itu sy hampir terjatuh dan seakan tak blh bngkit sudah...mngkin cikgu jugak, kalau teringat,, macam mana keadaan saya ketika itu..menahan air mata dr jatuh waktu ambil kertas jawapan...kesilapannya hanyalah kerana saya silap tafsir soalan sejauh mana...tapi alhamdulillah, beberapa hari selepas itu sy dpt kekuatan diri blik..terima kasih tak terhingga kpd pngetua pn hjh azizah ketika itu..kerana semasa sy menangis dipelukan dia, dia beri kata2 semangat...dan selepas peroleh kekuatan itu, pagi2 saya jumpa ckgu rasman dan buat perjanjian dgn dia.."kalau saya tak blh hendak baiki kptusan teruk saya dlm trial, cikgu blh buat apa sahaja". alhamdulillah trial sy dpt improve markah sej sy..kalau tidak....habislah...ntah ape yg cikgu rasman buat wallahuallam....hehehehe
rahsia kejayaan? tidak ada apa yg mnjadi rahsia, adik2 semua...cuba sy pegang prinsip pohon restu dari semua org kerana disitu ada doa sebagai penguat kejayaan..kamu perlu pohon restu, doa dr ibu bapa, guru2 dan semua org yg ada disisi kamu kalau kamu mahu Allah memakbulkan doa kamu...jadikan guru2 itu sebagai kawan bukan lawan...di kelas berikan perhatian..yg penting seperti yg sy katakan td, bangun dari kesilapan dan bangun dr kesilapan dan bangkit dr kritikan...
adik2 tersayang...
sekarang sudah bln 5...silibus mngkin dah hbis....jadi skrng ape yg perlu kamu buat???sy katakan wlupun kekadang org kata sy ni kalau tanya soalan mngalahkan profesor, tetapi hakikatnya buku apa pun yg saya bljar tak pernah habis pun..saya guna pendekatan mudah iaitu kaji soalan dan cari jawapan..untuk pengetahuan kamu 80% soalan yg sy jngka, masuk exam sebenar...kerana apa?1, kamu perlu mlatih tubi diri dgn soalan2 tahun sebelum itu..kdua, soalan trial dari negeri lain tolong kumpul dan cari jawapan..itu akan bntu kamu sebati dgn soalan exam yg sebenar...untuk waktu2 kritikal hampir exam sepatutnya kamu dah hbis ulgkaji pljaran..nota2 kamu sekarang ialah soalan dan jawapan...itu wajib ada...
akhir sekali adik2,
kamu perlu gunakan waktu sengang kamu dgn nota poket....dulu, semasa perhimpunan sy akn baca nota poket waktu cikgu berucap...bg sy waktu yg lama bersila d perhimpunan itu lbih bermakna jika kamu gna untuk baca nota...pasti guru yg berckap tdk mnegur kamu brbanding sekiranya kamu bersembang!maka MULAKANLAH DARI SEKARANG!!!!!hndak tunggu smpai bila adik2..masa tak kan nk tunggu kita...biarlah org kata kita gila brckap sorang2 sebab mnghafal fakta jgn kita gila sebab result buruk sudahlah...emm hampir terlupa..sebenarnya belajar perlu variasi..sy jamin kalau kamu duduk tegak di kerusi 24 jam kamu tak akn ingt sepenuhnya apa yg kamu bljar..jadi, kreatiflah...untk ingat fakta buatlah sprti cerita dongeng..tak apa sekiranya kamu lukis gmbr org lidi yg budak tadika tulis, asalkan bnda itu blh ingat itu tak jadi masalah....ada perlu kamu perlu serius study tp ada perlu otak kamu perlu rehat..maka study dgn sntai bkn dlm tekan...
Itu sahaja yg dpt saya kongsi sbgai pembakar semangat kamu..ingat, guru2, ibu bapa, kekasih hati hanya dapat mmbantu, tapi segalanya ditangan kamu dan pasti dengan izin ALLAH...ALLAH tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia berusaha mngubahnya...terima kasih tak terhingga kpd ckgu Rasman kerana beri pluang sy mncoret d sini..kpd adik2 tersayang..semoga mmperolehi keputusan cemerlang dlm STPM..buktikan yg kamu blh berjaya!!!!
WASALLAM...
Perhemahan Perdana 4
Masa di Gerik, saya dapat sms dari kakak senior kamu. Dia pelajar kesayangan saya juga. Kamu patut ikut cara dan kesungguhan dia. Dia akan menulis di blog ini sebagai jemputan saya. Itu pun dia ' paksa ' saya untuk invite dia. ( Jangan marah ). Harap kakak senior ini akan memperkenalkan diri dia dan dapat membantu kamu. Tulis yang berfaedah saja, kalau takkk.............( ehem ! ). Kakak ni sms saya dekat jam 12.00. Mujur saya belum tidur.
Balik dari Gerik ( Sabtu ) saya kena cepat ke Teluk Senangin kerana Perkhemahan Perdana 4. Sampai rumah jam 4.30 petang, rehat kejap, solat terus pergi Teluk Senangin. Sampai pukul 7.00 malam. Penat memang penat. Saya kena urus Explorace pada hari Ahad. Mujur Cikgu Hatijah banyak membantu. Dia cikgu yang rajin dan rakan sejawat yang baik. Saya gembira sekumpulan dengan dia. Dalam hidup kamu nanti, kamu akan jumpa kawan yang pelbagai ragam...yang akan mematangkan kamu.
Kawan-kawan kamu yang jadi urusetia perkhemahan ni, rajin-rajin belaka. Em, pandai masak juga. Cikgu Sazali puji habis si budak Sue. Rajin katanya. Yang lain pun rajin juga.
Waktu pagi saya terpaksa mengejutkan bebudak lelaki yang jadi pembantu urusetia. Alamak... subuh lebuh. Deme tak sedar kot. Penat agaknya. Tapi nasihat saya, lain kali walau bagaimana penat pun, solat jangan abai semudah itu. Asuh diri supaya bersolat. Memang susah. Kata orang, kalau 'nakal' macam mana pun, solat buat juga. Itu tugas kita.
Lepas explorace, saya sempat berkayak. Em, sama sapa tau, dengan Lela. Bolehlah tahan dia mengayuh. Saya pun bukan reti sangat. Pengalaman paling menyeronokkan kata Lela. Lagipun free je. Rupanya, berkayak di laut payah sikit berbanding di tasik.
Sebelum balik, dari jauh saya nampak budak Lela, Sue, Eka dan Elly berendam di laut. Bukan main suka lagi macam budak-budak, tapi normal lah tu.
Apapun, perkhemahan ini memenatkan tapi menggembirakan.
Catatan santai.......jumpa lagi. Lagipun saya masih kepenatan.
Jangan lupa .....saya akan update untuk latihan masa cuti.
Jumaat, 16 Mei 2008
Hari Guru 2008....
Awal pagi, waktu sampai nampak macam ada masalah. Dari jauh nampak budak pengawas menyusun semula bangku dewan. Ok lah tu. Waktu perhimpunan, Zalika Izati datang kata ada masalah dengan penyusunan program, tak tau atur cara. Patut semalamnya dah datang tanya. Tapi oklah, dia boleh setel rasanya.
Masalah besar bermula apabila nak mula perarakan guru. Bunga mangga tak ada, yang nak mengarak pun tak ada. Saya dah risau. Pengetua dah tarik muka masam manis. Lain kali kamu kena ingat, yang mengarak ni mesti diketuai orang besar kome. Sape lagi kalau bukan Kudin dan Hafiz. Saya ingat deme faham. Dalam mesyuarat saya dah tegaskan, deme kena lihat dan ambil tahu keseluruhan. Mujur budak nasyid ada. Nampak caca merba jadinya. Saya malu juga.
Masalah kedua bermula, bila naik pentas bangku tak cukup. Malu lagi. Pengetua dah tarik muka lagi. Saya faham berdasarkan ' body language' nya. Pn. Mashitah pun. Alamak, apa dah jadi ni. Kelam kabut bangku ditambah.
Ingat masalah selesai. Apabila tiba lagu negaraku, Fendy tak pakai pemain CD dewan. Guna lap top pulak. Dah tu bunyi tak jelas kerana masalah PA sistem. Berterabur lagu negaraku. Malu lagi. Saya makin gelisah. Pengetua dah makin tak senang duduk. Siapa sangka jadi macam tu.
Nasib baik yang lain-lain kira ok lah. Dalam ucapan, pengetua ada sebut, guru cemerlang tak patut marah jika anak murid murid buat kesilapan. Harap pengetua tak marah kamu semua. Tapi saya faham, pengetua dan Pn. Masitah tak senang dengan cara pengurusan Hari Guru tahun ni. Apa boleh kita buat. Saya dah cuba sebaik mungkin. Kamu juga. Cuma saya dapat kenal pasti ada yang tak berapa komited. Ini yang buat kita spoil agaknya.
Tapi saya tabik kepada sebahagian daripada kamu yang cukup komited. Nak sebut nama ke......
Saya sebut sikit, macam Mas, Eka,Farah, Lela, Ayu, Mek, Azmir, Fendy, Taha, ......ramai lagi. Maaf tak boleh tulis semua. Penat dah.
Apa pun terima kasih atas sambutan Hari Guru tahun ini. Saya pun kira banyak juga dapat hadiah. Tah, ada pulak yang nak bagi ke saya tahun ni. Terima kasih Mas, Lela, Mek, dan lupa nama budak 1 uranus. Yang lain hadiah rasmi Hari Guru dan dari panitia sejarah. TApi saya nak hadiah daripada kamu semua, mesti bagi. Kenapa tak bagi. ???
Saya nak hadiah SEJARAH A. Boleh ??
OK. Saya nak bersiap sebab male ni nok gi kelate. Rombongan sekolah kita.
Assalamualaikum.
Khamis, 15 Mei 2008
Selamat Hari Guru 2008
Selasa, 13 Mei 2008
Selamat Datang
Semoga terus berjaya di SMKDARY.
Ahad, 11 Mei 2008
Moga Berjaya.
Rabu, 7 Mei 2008
Ucap Assalamualaikum
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Naz ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Naz ye" Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum" Assalamu'alaikum Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya. JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN , KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.
Dah bersedia ?
Buat bacaan tajuk-tajuk yang saya cadangkan. Sila ambil perhatian dan baca kesemuanya.
Demi Matahari..................
Selasa, 6 Mei 2008
Larangan MeRokok Di negara Bukan Islam...
Suatu ketetapan baru tentang larangan merokok ditempat awam berkuatkuasa di Beijing sejak 1 Mei lepas, iaitu termasuk semua stadium sukan, stadium riadah dan unit perlindungan artifak yang terbuka.
Dengan demikian, Sukan Olimpik Beijing merupakan Sukan Olimpik yang pertama menguatkuasakan larangan merokok. Selain itu Jawatankuasa penganjur juga menolak penajaan daripada syarikat tembakau dan yang lebih pentingnya ialah mewujudkan larangan merokok di tempat tempat pertandingan Sukan Olimpik berlangsung.
Isnin, 5 Mei 2008
Alahai rokok @ perokok @ penyokong rokok !
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Hukum tentang rokok, selama puluhan tahun, terus mengambang. Persoalannya, yang membahas, biasanya perokok juga, utamanya di Indonesia. Mayoritas ulama adalah penikmat rokok, dari kelas ringan hingga kelas berat.
Hukum rokok yang paling umum adalah makruh, atau mubah. Tetapi yang menganggapnya sunnah tidak ada. Yang mengharamkan? Sekalipun jarang, tetap ada.
Majalah Kuwait Ar-Rabithah edisi September memuat beberapa fatwa yang menyatakan rokok itu haram. Selain dari pertimbangan hukum fiqh, landasannya juga segi kesehatan. Sebab merokok hanya berarti memasukkan racun ke dalam tubuh. Secara ekstrem, bisa disebut menyengajakan kematian. Selain, tentu saja menghamburkan harta. Ar-Rabithah mengutip pendapat 4 ulama besar berikut.
1. Syaikh Muhammad bin Ibrahim rahimahullah
Rokok haram karena di dalamnya ada racun. Jadi termasuk barang tidak baik, alias berbahaya. Sementara al-Qur'an menyatakan, "Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran)." (al-A'raf: 157). Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah ra.
Merokok juga termasuk melakukan pemborosan yang tidak bermanfaat. Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok bisa mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah shalat.
2. Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab
Rokok haram karena melemahkan dan memabukkan. Dalil nash tentang benda memabukkan sudah cukup jelas. Hanya saja, penjelasan tentang mabuk itu sendiri perlu penyesuaian.
Rokok haram alias terlarang, dengan alasan membahayakan. Di antara yang mendukung dalil ini adalah Syaikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby dan Syaikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi'i dari Syria, dan ulama Mekkah Abdul Malik al-Ashami.
Rokok haram karena membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya 'Halam & Haram dalam Islam'. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah.
Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk buang-buang waktu dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak membutuhkan.
Separuh Perokok Mati Dalam Konferensi Kanker Eropa di Wina terungkap, sepertiga dari kematian di Cina disebabkan oleh kanker paru akibat rokok. Berhubung jumlah penduduknya sangat besar, maka angka kematian akibat rokok itu juga besar, yakni 2000 orang per hari. Sebelumnya, rekor dipegang Amerika Serikat, negeri where the flavor is. Pada 1990 saja, 33% kematian di negeri itu diakibatkan oleh asap rokok.
Ramalan tentang rokok untuk Cina ini menyeramkan juga. Bila tidak ada tindakan penting, setelah 2010, setiap tahunnya akan ada 2 juta orang Cina mati karena rokok. Pada 2050, jumlahnya mencapai 100 juta pemuda di bawah usia 29 tahun.
Direktur Riset Kanker Oxford University Richard Peto menyatakan, separuh dari semua perokok akan mati karena rokok, separuhnya lagi karena sebab lain. Dan separuh dari yang mati karena rokok itu meninggal pada usia muda.
Apakah ada gunanya berhenti merokok? Menurut Peto, bila dilakukan pada usia tua tidak banyak berpengaruh pada kematian. Tetapi bila seseorang menghentikan kebiasaan merokok antara usia 30-40 tahun, maka ia peluang besar untuk terselamatkan. Inggris telah membuktikan, ketika pada dekade 70-an menjadi negara dengan korban rokok terbesar dunia. Setelah kampanye dan upaya besar-besaran, banyak perokok pada kapok, dan jumlah kematian akibat rokok menurun 50%.
Fatwa Oleh : Profesor Dr. Yusof Al-Qardawi
- Pendahuluan
- Sebab diharamkan
- Mudarat harta
- Mudarat penghambaan
- Merokok diharamkan di sisi syarak
1. Pendahuluan
Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam kepada pesuruhNya ( Nabi Muhammad S.A.W ), ahli keluarganya, sahabat-sahabat juga orang-orang yang mengikut jejak langkahnya.
Sesungguhnya telah muncul pokok ini yang dikenali dengan nama " والتتن " التمباك " والتبغ والدخان " di akhir kurun ke sepuluh hijrah. Oleh kerana pokok ini digunakan secara meluas di kalangan orang ramai, maka ianya telah memaksa alim ulama di zaman itu membahas dan mengkajinya untuk memberi penjelasan hukum dari segi syarak.
Justeru itu kita tidak boleh menisbahkan kepada mana-mana mazhab, pendapat atau fatwa yang nengatakan merokok itu harus,atau haram atau makruh.
Nyata kepada saya bahawasanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mazhab-mazhab, ketika permulaan munculnya rokok, penggunaannya begitu meluas dan berlaku perbezaan mereka dalam mengeluarkan hukum tentangnya,bukanlah perbezaan dari segi dalil-dalil, bahkan perbezaan berlaku dalam menentukan `ilat (مناط ) yang ada pada rokok.
Ada di kalangan mereka yang mendakwa terdapat beberapa manfaat atau faedah pada merokok. Ada juga ulamak yang mendakwa terdapat mudarat dan manfaat yang sama berat pada rokok. Terdapat juga ulamak yang tidak menyabitkan apa-apa faedah pada rokok tetapi menafikan terdapat mudarat pada rokok. Ini bermakna sekiranya mereka dapat memastikan ada mudarat pada perkara ini, pasti mereka mengharamkannya tanpa wujud perdebatan.
Di sini kami berpendapat untuk menyabitkan ada dan tidak ada implikasi buruk terhadap tubuh badan pada rokok dan benda-benda lain yang ada unsur ketagihan,ianya bukan bidang kuasa ahli feqah,bahkan ianya adalah bidang kuasa ahli perubatan dan penganalisis. Merekalah sepatutnya yang dirujuk dalam masalah ini kerana mereka adalah ahli sains dan banyak pengalaman. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :” Tanyalah orang yang tahu tentang perkara itu”, “ Tidak boleh menceritakan kepada engkau seperti mana orang yang alim”.
Secara umumnya para doktor dan penganalisis sebulat suara menjelaskan implikasi buruk merokok ke atas tubuh badan secara umum, dan secara khususnya terhadap paru-paru dan organ pernafasan, seterusnya boleh membawa kepada kanser paru-paru. Inilah faktor yang meyebabkan masyarakat dunia sejak tahun-tahun kebelakangan ini menyeru agar berhati-hati terhadap aktiviti merokok.
Sepatutnya di zaman kita ini para ulamak sepakat membuat keputusan ini. Sesungguhnya keputusan ahli feqah dalam masalah ini diasaskan atas pandangan pakar perubatan. Bilamana pakar perubatan menjelaskan bahawa gejala ini (merokok) meninggalkan implikasi buruk kepada kesihatan manusia. Sepatutnya ahli feqah menetapkan hukum haram kepada aktiviti merokok, kerana setiap perkara yang meninggalkan implikasi buruk kepada kesihatan manusia mesti diharamkan di sisi syarak.
2. Sebab diharamkan:
Ada sesetengah orang mengatakan “ Bagaimanakah mereka boleh mengharamkan pokok ini tanpa nas ? “
Jawapannya :
Sesungguhnya tidak mesti penggubal undang-undang menaskan setiap satu perkara-perkara yang diharamkan , memadailah mereka menetapkan garis panduan atau kaedah-kaedah yang akan termasuk di bawahnya pecahan-pecahan dan unit-unit. Kaedah-kaedah ini boleh membataskannya. Adapun perkara-perkara yang khusus maka tidak mungkin membataskannya.
Memadai bagi penggubal undang-undang mengharamkan sesuatu yang jelek dan memudaratkan, supaya termasuk di bawahnya kebanyakan makanan dan minuman lain yang juga mempunyai unsur jelek dan memudaratkan. Kerana inilah ulamak sepakat mengharamkan pokok Hasyisyah ( pokok yang menyebabkan ketagih ) dan pokok lain yang mempunyai unsur ketagihan,walaupun tidak ada nas tertentu yang mengharamkannya secara khusus.
Imam Abu Muhammad Bin Hazam Azzahiri, kita sedia maklumi dia seorang yang berpegang dengan zahir nas, walaupun begitu beliau tetap mengharamkan sesuatu yang memudaratkan dengan memakannya, kerana berpegang dengan nas-nas yang umum. Beliau mengatakan : “ Setiap sesuatu yang boleh memudaratkan maka ianya adalah haram, berdasarkan sabda nabi S.A.W yang bererti : “ Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan terhadap sesuatu, maka sesiapa memudaratkan dirinya sendiri atau orang lain maka dia telah tidak melakukan ihsan dan sesiapa yang tidak melakukan ihsan, maka dia telah menyalahi ketetapan,iaitu ketetapan Allah mesti melakukan ihsan terhadap segala sesuatu.”
Boleh juga menjadikan dalil untuk hukum ini, sabda Nabi S.A.W yang bererti : “ tidak boleh memudaratkan dan tidak boleh dimudaratkan” , begitu juga firman Allah yang bermaksud : “ Janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat mengasihi kamu”.
Antara ungkapan feqah yang paling baik berhubung pengharaman memakan makanan yang boleh memudaratkan ialah ungkapan Iam Nawawi didalam kitab ‘ Raudah ‘, beliau berkata ;” Setiap sesuatu yang memudaratkan apabila dimakan seperti kaca, batu, racun maka hukum memakannya adalah haram. Setiap sesuatu yang suci yang tidak menimbulkan mudarat memakannya maka hukum memakannya adalah halal kecuali sesuatu yang dianggap jelek seperti mani dan hingus, maka memakannya adalah haram mengikut pendapat yang betul. Harus meminum ubat yang mengandungi sedikit racun yang tidak membahayakan, jika diperlukan.
3. Mudarat Harta
Manusia tidak harus membelanjakan hartanya kepada perkara yang tidak berfaedah sama ada di dunia atau akhirat, kerana mereka sebenarnya pemegang amanah ke atas harta yang ditinggalkan kepada mereka. Sebenarnya kesihatan dan harta adalah dua amanah Allah,maka tidak harus manusia memudaratkannya atau mensia-siakannya. Kerana hakikat inilah,maka Nabi S.A.W melarang sesorang mensia-siakan hartanya.
Perokok membeli kemudaratan dirinya dengan kesucian hartanya, ini tidak harus di sisi syarak. Firman Allah yang bermaksud : “ Janganlah kamu membazir,sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membazir.
Tidak ragu-ragu lagi bahawa menghabiskan harta dengan merokok adalah perbuatan mensia-siakan harta. Maka bagaimana pula jika di samping merosakkan harta ( kerosakan yang diyakini berlaku atau tidak yakin ) wujud juga perbuatan merosakkan badan ?
4. Mudarat Penghambaan
Di sana ada kemudaratan lain yang biasanya tidak disedari oleh penulis-penulis mengenainya, iaitulah kejiwaan, saya maksudkan dengan mudarat jiwa ialah kebiasaan merokok dan seumpamanya akan memperhambakan jiwa manusia dan seterusnya kebiasaan yang hina ini akan menjadikan jiwa manusia sebagai mangsanya. Manusia tidak mampu meloloskan diri daripadanya dengan mudah apabila mereka ingin melakukannya pada sesuatu ketika kerana sebab-sebab tertentu,seperti kemunculan bahaya pada badannya, menampakkan kesan yang negatif dalam pendidikan anaknya ataupun kerana keperluannya yang mendesak untuk membelanjakan harta pada benda lain yang lebih berguna dan sepatutnya ataupun untuk sebab-sebab lain.
Melihatkan kepada mudarat penghambaan jiwa ini , kami mendapati sesetengah perokok sanggup menganiayai makan minum anak-anaknya dan perbelanjaan asas keluarganya, kerana ingin memuaskan tabiatnya ini, kerana dia sememangnya sudah tidak boleh dianggap orang yang mampu membebaskan diri daripadanya. Di suatu hari nanti apabila perokok telah menjadi lemah seumpama ini, kehidupannya pasti goyah, pertimbangannya jadi tidak seimbang, keadaannya hina, pemikirannya bercelaru dan emosinya mudah tertekan kerana satu-satu sebab atau tanpa sebarang sebab. Tidak ragu-ragu lagi kemudaratan seumpama ini patut diambil kira dalam mengeluarkan hukum merokok.
5. Merokok diharamkan disisi syarak :
Di zaman kita ini tidak ada pendapat yang boleh menghalalkan merokok dalam apa bentuk sekalipun, selepas Persatuan Sains Perubatan membicarakan panjang lebar implikasi buruk merokok serta kesannya yang negatif, golongan elit dan orang awam juga mengetahui keburukan merokok dan dikuatkan lagi oleh perangkaan.
Apabila telah gugur pendapat bahawa merokok harus secara mutlak, maka yang ada hanyalah pendapat makruh dan haram. Sesungguhnya telah jelas kepada kita melalui perbincangan lalu bahawa hujjah haram merokok lebih kemas dan mantap. Inilah pendapat kita . Perbincangan lalu juga dijadikan garis panduan bagi memastikan terdapat mudarat pada tubuh badan, mudarat pada harta, dan mudarat pada jiwa dengan sebab merokok berterusan. Sesungguhnya setiap perkara yang boleh menjejaskan kesihatan manusia ianya mesti diharamkan disisi syarak.
Allah Taala berfirman dan maksudnya : “ Dan janganlah kamu campakkan diri-diri kamu ke kancah kebinasaan”, “ Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu,sesungguhnya Allah amat mengasihi kamu” , “ Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membazir”. “ Dan janganlah kamu melakukan pembaziran,sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara syaitan.” Di sana ada kemudaratan tubuh badan dan di sana juga ada kemudaratan harta benda, maka menggunakan sesuatu yang memudaratkan manusia adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah yang bermaksud : “ Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu “. Kerana fakta inilah wajib kita berfatwa, merokok adalah haram di zaman kita ini.
Hakikat yang tidak boleh diragukan lagi bahawa kalangan doktor sepakat mengatakan terdapat kesan yang sangat buruk dalam aktiviti merokok. Benar kesan buruknya tidak segera tapi beransur-ansur. Namun kesan mudarat segera dan beransur-ansur adalah sama saja dari segi haramnya. Racun yang memberi kesan lambat atau segera sama saja, kedua-duanya diharamkan.
Manusia tidak harus memudaratkan atau membunuh dirinya dan mereka juga tidak boleh memudaratkan orang lain. Berkenaaan ini Nabi S.A.W bersabda : “ Tidak memudaratkan dan tidak boleh dimudaratkan “ , iaitu engkau tidak boleh memudaratkan diri engkau dan orang lain.
Merokok meninggalkan implikasi yang sangat buruk kepada diri manusia mengikut kesepakatan doktor sedunia, lantaran ini kerajaan-kerajaan sedunia mewajibkan syarikat yang mengiklan rokok menyebut “ Merokok Membahayakan Kesihatan”, selepas mereka yakin merokok memudaratkan semua orang. Justeru itu golongan fuqaha tidak boleh berselisih pendapat tentang mengharamkan merokok.
Lima unsur asasi yang disebut oleh ahli-ahli usul dan orang yang mendalam dalam bidang agama, serta mewajibkan supaya bersungguh-sungguh dijaga dan tidak boleh dimudaratkannya, ialah Agama, Jiwa, Akal, Keturunan dan Harta Benda. Maka kesan merokok terhadap agama : ada di kalangan orang ramai tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan lantaran tidak dapat menahan diri dari merokok.
Keturunan turut menerima kesan buruk dari merokok, samada perokok itu salah seorang dari ibu, bapa atau kedua-duanya. Bahkan janin akan menerima kesan buruk ekoran ibu yang merokok. Ini bermakna perokok tidak memudaratkan dirinya sahaja bahkan ianya turut memudaratkan orang lain. Di sini ada yang dinamakan merokok secara terpaksa ataupun merokok dengan paksaan. Ini boleh berlaku melalui orang lain yang merokok tanpa rasa malu, sedangkan dia tidak merokok, dia hanya menyedut asap rokok secara tidak langsung ketika dia duduk berhampiran perokok atau berada di persekitaran yang ada aktiviti merokok.
Maka anda wahai perokok, secara tidak langsung anda telah memudaratkan diri anda sendiri dan juga orang lain. Maka kerana kemudaratan ini dan kemudaratan yang lain merokok mesti diharamkan dan ulamak mesti sepakat mengharamkannya. Sesungguhnya ada sesetengah ulamak meletakkan sebagai paksi sebilangan besar hukum merokok di atas kemampuan kebendaan sahaja. Maka haram merokok bila mana perokok berada dalam kesempitan duit untuk merokok dan makruh bagi orang yang mampu membeli rokok. Ini adalah pendapat yang tidak betul dan tidak mantap.
Para ulamak dan doktor sedunia sepakat, menjadikan faktor mudarat tubuh badan dan mudarat jiwa sebagai satu faktor besar dalam menentukan hukum merokok, disamping mudarat harta. Sesungguhnya orang kaya tidak berhak membelanjakan dan menghabiskan hartanya dengan sewenang-wenangnya,kerana hartanya itu sebenarnya milik Allah dan masyarakat.
Orang Islam yang rasional sepatutnya menjauhkan diri dari penyakit yang merosakkan ini, kerana rokok telah diyakini mempunyai unsur-unsur yang jelek,ianya tidak tergolong dalam makanan yang berkualiti lantaran tiada faedah samada untuk dunia dan akhirat.
Nasihat saya kepada pemuda-pemuda secara khusus, supaya mereka mengelak diri dari terjebak dengan penyakit yang boleh merosakkan kesihatan mereka, melemahkan kekuatan dan kesuburan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi mangsa kekeliruan yang dibayangkan kepada mereka, bahawa merokok adalah tanda kelelakian dan tanda peribadi merdeka.
Mana-mana individu dari kalangan pemuda yang terlibat dengan aktiviti merokok, mampu melepaskan diri daripadanya dan mengalahkannya (kerana beliau masih diperingkat awal ) sebelum penyakit ini bertapak kukuh dan mengalahkannya jika tidak nanti sukar baginya melepaskan diri dari cengkamannya kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah.
Menjadi tanggungjawab media massa memfokuskan kempen yang teratur dengan berbagai cara untuk menjelaskan keburukan merokok. Tanggungjawab penyusun skrip, pengeluar dan penerbit filem, teater dan drama bersiri pula ialah mengekang propoganda ke arah merokok dengan mempamerkan rokok dalam gambaran yang sesuai dan tidak sesuai pada setiap keadaan.
Tanggungjawab kerajaan pula ialah berganding bahu membasmi penyakit ini dan membebaskan rakyat dari bahananya walaupun kerajaan mengalami kerugian cukai berjuta-juta, namun kesihatan rakyat dan anak bangsa dari segi jasmani dan spiritual lebih penting dan berharga dari wang ringgit. Sebenarnya kerajaan menanggung kerugian dari segi kebendaan ketika mana kerajaan mengizinkan merokok. Ini adalah kerana kos yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menjaga pesakit yang menghidap pelbagai penyakit dan ancaman ekoran aktiviti merokok berlipat kali ganda melebihi hasil kutipan cukai yang dikenakan ke atas tembakau, kalau dibandingkan kerugian ekoran kekurangan produktiviti negara dengan sebab ramai perokok tidak dapat menjalankan tugas lantaran menderita pelbagai penyakit.
Kami memohon ke hadrat Allah Taala agar menyinari hati-hati kami memberi kefahaman yang mendalam kepada kami tentang agama kami,mengajar apa yang boleh memberi faedah kepada kami,memberi faedah dengan sesuatu yang kami telah tahu, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi hampir dengan hamba-hambaNya. Selamat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W,ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
WALLAHU A`LAM
sumber http://www.qaradawi.net/
Syekh Ibnu Utsaimin berbicara tentang Narkoba tidak jauh berbeda dengan benda yang satu ini. Bendayang sangat mematikan dan menghancurkan terutama bagi generasi muda kita. Benda ini adalah ROKOK. Berbagai pertanyaan mengenai hukum rokok mengemuka terutama di negeri Indonesia. Banyak kalangan menilai hukum rokok hanya sampai tingkat makruh. Namun, bagaimanakah hukum rokok sebenarnya ditinjau dari syariat Islam?
"Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah:195).
Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat tersebut adalah bahwa merokok termasuk perbuatan mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan. Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadits yang berasal dari Rasulullah secara shahih bahwa beliau melarang menyia-nyiakan harta. Makna menyia-nyiakan harta adalah mengalokasikannya kepada hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana dimaklumi, bahwa mengalokasikan harta dengan membeli rokok adalah termasuk pengalokasian kepada hal yang tidak bermanfaat, bahkan pengalokasian kepada hal yang di dalamnya terdapat kemudharatan. Dalil dari As-Sunnah yang lainnya, sebagaimana hadits dari Rasulullah yang berbunyi:
"Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan juga tidak boleh membahayakan (orang lain)." (Riwayat Ibnu Majah, kitab Al- Ahkam (2340)
Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam syariat, baik bahayanya terhadap badan, akal ataupun harta. Sebagaimana dimaklumi pula, bahwa merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta. Adapun dalil dari i'tibar (logika) yang benar, yang menunjukkan keharaman merokok adalah karena (dengan perbuatannya itu) si perokok mencampakkan dirinya sendiri ke dalam hal yang menimbulkan hal yang berbahaya, rasa cemas dan keletihan jiwa. Orang yang berakal tentunya tidak rela hal itu terjadi terhadap dirinya sendiri. Alangkah tragisnya kondisi dada sesak si perokok, bila dirinya tidak menghisapnya.
1. Satu jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith (ketentuan-ketentuan) dan kaidah-kaidah di mana mencakup rincian-rincian yang banyak sekali hingga Hari Kiamat.
2. Satu jenis lagi yang dalil-dalilnya memang diarahkan kepada sesuatu itu sendiri secara langsung. Sebagai contoh untuk jenis pertama adalah ayat Al-Qur'an dan sebuah hadits yang telah kami singgung di atas, yang menunjukkan secara umum keharaman merokok sekalipun tidak secara langsung diarahkan kepadanya. Sedangkan untuk contoh jenis kedua adalah firman-Nya, "Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah." (Al-Ma'idah:3).
Dan firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi, (berkorban untuk ) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu." (Al-Ma'idah:90).
Jadi, baik nash-nash tersebut termasuk ke dalam jenis pertama atau jenis kedua, maka ia bersifat keniscayaan (keharusan) bagi semua hamba Allah karena dari sisi pendalilan mengindikasikan hal itu.
Kesimpulan: Jadi karena rokok itu jelas berbahaya, merugikan dan tidak ada manfaatnya, maka hukumnya adalah haram.
Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 2, penerbit Darul Haq.
Dapat masuk U.........
Ahad, 4 Mei 2008
Panduan PPT Tingkatan 6 Atas 2008
Kepada semua pelajar 6 atas 2008,
PPT makin hampir. Kamu juga semakin sibuk . Ramai juga yang terlibat dengan penuh komitmen untuk persiapan hari guru . Tahniah ! Tak kurang juga yang sengaja menyibukkan diri dan menjadikan diri dia seorang yang paling sibuk dalam dunia .
Memandangkan kekangan yang kamu semua hadapi, saya mengambil keputusan untuk memberi tajuk-tajuk sebagai panduan untuk ulangkaji. Kamu mesti baca semua tajuk tersebut. Jangan spot dari tajuk itu. Baca semua. Matlamat utama adalah STPM nanti. Saya yakin, tajuk-tajuk tersebut berguna kepada kamu semua. Saya ulang lagi sekali, baca semua baik-baik dan dengan teliti. Bukan semua dari tajuk di bawah saya tanya dalam PPT. Bukan semua !
Saya harap semua pelajar 6 Atas akan ambil tajuk-tajuk ini dengan usaha sendiri. Cari dalam teks, cari soalan, baca dan buat persediaan dengan rapi. Ini harapan saya. Ingat, target kita adalah skor A. Ini bukan kerja main-main. Tiada kesungguhan, tiada A. Harap kamu semua sedar dari lamunan kosong......
Ini tugasan dan panduan untuk kamu semua. Sila baca.
BAHAGIAN A ( TAMADUN DUNIA )
- Tamadun dan faktor pembentukan .
- Zaman Prasejarah - Paleolitik dan neolitik .
- Negara kota Yunani - Pembentukan dan kejatuhan.
- Konsep-konsep ekonomi dan sistem ekonomi di Eropah.
- Struktur pentadbiran ketenteraan tamadun India.
- Kepentingan pendidikan secara formal.
- Sistem pemerintahan empayar.
- Strategi peperangan tamadun awal manusia.
BAHAGIAN B ( TAMADUN ISLAM)
- Piagam Madinah .
- Konsep manusia dan kehidupan jahiliah.
- Masyarakat Makkah Dan Kota Madinah (Yathrib) sebelum Islam.
- Golongan masyarakat Zaman Khulafa Ar– Rasyidin.
- Pembaharuan zaman Sayyidina Umar Al-Khattab.
- Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
- Pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah.
- Dasar pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin dan Bani Umaiyah.
SELAMAT BERJAYA.
SELAMAT HARI GURU.
" Guru Cemerlang Negara Terbilang "
( Harap saya akan dapat bergembira pada Hari Guru 2008 ni......uhuk !!! )
Jumaat, 2 Mei 2008
Persiapan Hari Guru
PENYOKONG BLOG SEJARAH
PENAFIAN :
Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.