ENJIN CARIAN BAHAN

Isnin, 12 November 2007

TUGASAN MASA CUTI TINGKATAN 6 RENDAH 2007






PANDUAN



1) Jawab soalan yang diberikan dalam bentuk esei.


2) Jawapan mesti mengandungi pengenalan, isi dan kesimpulan/penutup.


3) Rujuk sebarang buku rujukan dan buku contoh soalan & jawapan yang sesuai. Buat rujukan supaya jawapan anda lengkap dan tepat.


4) Kulit hadapan mesti mengandungi butiran berikut : Nama Pelajar, nama guru, nama sekolah dan Tingkatan/kelas.

5) Hantar tugasan pada minggu pertama persekolahan Januari 2008.


6) Jika ada sebarang kemusykilan, sila emel kepada saya : rashman2u@yahoo.com


___________________________________________________________________
TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT


1) Alam sekitar mempunyai pengaruh yang besar kepada pembentukan tamadun masyarakat prasejarah. Bincangkan.


2) Bincangkan kepentingan zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun manusia.


3) Bincangkan kepentingan revolusi pertanian pada zaman Neolitik.


4) Jelaskan ciri-ciri utama masyarakat bertamadun dengan merujuk kepada tamadun-tamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho, dan Mohenjo Daro-Harappa yang muncul di kawasan lembah sungai besar.

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN


5) Huraikan sistem pemerintahan pusat dan wilayah di India dan China.


6) Bincangkan bentuk pemerintahan Republik di Rom.


7) Huraikan faktor-faktor kemunculan negara bangsa di Eropah dan jelaskan pembentukan negara bangsa di Sepanyol dan Perancis.


8) Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai huraikan peranan raja dalam tamadun awal.


TEMA 3 : KETAHANAN DAN PERTAHANAN


9) Bincangkan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan cara-cara yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan tamadun awal untuk mengukuhkan ketahanan dan pertahanan masing-masing.


10) Huraikan persediaan yang dilakukan oleh masyarakat YUNANI untuk meningkatkan kekuatan mental dan fizikal bagi menghadapi peperangan.


11) Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya peperangan dalam tamadun manusia.


12) Bincangkan sumbangan Kautilya, Niccolo Machiavelli dan Sun Tzu dalam bidang strategi peperangan.




SOALAN TAMAT.


Layar Keinsafan........



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ui??? mana jawapanntya hehe he sury x sy apndai cari

Tanpa Nama berkata...

saya nak tya,cikgu saya kata dalam sj ada beberapa bentuk soalan boleh tolang terangkan??

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.