ENJIN CARIAN BAHAN

Jumaat, 29 Jun 2012

TAMADUN ISLAM:TEMA 3 – KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD DALAM KETENTERAAN

  

Huraikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

CONTOH JAWAPAN :

Pendahuluan (3 markah)

1. Dua jenis peperangan pada zaman Nabi

  • Ghazwah – peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w – sebanyak 28 ghazwah, sembilan daripadanya telah membawa kepada pertempuran.
  • Sariyyah – peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah – sebanyak 47 sariyyah.

2. Kepimpinan Nabi Muhammad merupakan contoh utama (uswah hasanah) kepada kepimpinan tentera Islam.

3. Kesemua ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda mencapai kejayaan yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan strategi peperangan.

4. Latar belakang Nabi Muhammad secara ringkas.

Isi (7 isi X 3 markah)

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan

1. Contoh kepimpinan yang terbaik

  • Nabi Muhammad sering memberikan contoh kepimpinan yang terbaik kepada umatnya.
  • Oleh itu, baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan disegani oleh musuh-musuh.
  • Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para sahabat seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab, Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid.
  • Walaupun berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan penting seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak bagi menentang musuh.

2. Menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji

  • Nabi Muhammad s.a.w membebaskan Malek bin Auf dan keluarganya serta seluruh harta mereka selepas tamat Perang Taif sebagai memenuhi janjinya sekiranya Malek bin Auf menyerah diri.
  • Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan hati musuh-musuhnya sehingga Malek bin Auf telah memeluk Islam.
  • Nabi Muhammad mematuhi disiplin peperangan seperti mematuhi undang-undang tradisional yang tidak berperang dalam musim haji.

3. Sering berbincang dengan para sahabat

  • Dalam menghadapi musuh, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa meminta pendapat sahabat-sahabat. Bukti ketinggian peribadi seorang jeneral perang. Nabi Muhammad tidak menggunakan kuasa secara mutlak.
  • Dalam Perang Khandak – Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekeliling Madinah.

4. Menyarankan tidak mengejar musuh yang lari

  • Nabi Muhammad telah menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh yang lari meninggalkan medan peperangan – menunjukkan bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan.
  • Tindakan mengejar musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam di bahagian belakang.
  • Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri kerana ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam.
  • Contoh, Nabi tidak mengejar musuh yang lari dalam Perang Taif.

5. Akal dan Ilmu Pengetahuan yang Sejajar sebagai seorang ketua perang

  • Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik dan strategi ketenteraan.
  • Baginda menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau al-saf – contoh dalam Perang Badar – Rasulullah menyusun tentera dalam dua barisan – barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai, barisan belakang – bersenjatakan panah dan perisai dan setiap barisan didahului dengan pembawa bendera.
  • Baginda menerima cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit di sekeliling kota Madinah.

6. Menegaskan konsep Keadilan Terhadap Makhluk

  • Tanpa mengira pihak kawan ataupun pihak lawan.
  • Contoh, Perang Taif, Nabi Muhammad memulangkan harta rampasan perang setelah diminta oleh penduduk Taif.
  • Nabi Muhammad adil mengagihkan harta-harta rampasan kepada tentera Islam. Contoh, dalam Perang Badar dan Perang Uhud.

7. Bijak mengatur taktik dan strategik yang berkesan

  • Menguasai takungan air dalam peperangan Badar– tentera musyrikin tidak mempunyai kekuatan kerana dahaga.
  • Menggunakan taktik menunggu – dalam perang Badar
  • Penyusunan barisan tentera Islam – dalam perang Uhud
  • Taktik bertahan – perang Uhud dan Khandak
  • Taktik menggali parit – perang Khandak

8. Memberi kefahaman tentang konsep jihad.

  • Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang adalah untuk meninggikan syiar Islam hanya kerana Allah.\
  • Menghormati peraturan-peraturan peperangan dan etika perang dalam Islam.
  • Mempraktikkan akhlak mulia kepada pihak kawan dan lawan
  • Menampilkan keberanian sebagai tentera Islam yang gagah berani
  • Mempraktikkan taktik dan strategi dalam peperangan hingga beroleh kejayaan.
  • Contoh, perang Ahzab, dll.

Kesimpulan (1 markah)

1. Kepimpinan Nabi Muhammmad sebagai seorang panglima yang agung sememangnya terserlah melalui taktik dan strategi peperangan baginda.

2. Keadaan ini merupakan faktor kejayaan ekspedisi ketenteraan baginda dan faktor utama ialah pertolongan dan bantuan Allah s.w.t.

3. Kesannya, tentera Islam telah mendapat pelbagai kejayaan dalam misi peperangan mereka


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Khamis, 28 Jun 2012

TAMADUN ISLAM : TEMA 3 – SEBAB BERLAKU PEPERANGAN DI ASIA BARAT

  

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya peperangan dalam masyarakat di Asia Barat. 

CONTOH JAWAPAN :

Pengenalan ( 1/ 2 markah)

1. Latar belakang masyarakat Semenanjung Arab sebelum Islam. Orang Arab hidup dalam berpuak-puak dari duku bangsa (kabilah) yang mempunyai pertalian keluarga yang sangat rapat. Mereka akan mengambil tindakan secara bersama dan akan sentiasa melindungi kabilah daripada ancaman kumpulan nomad yang lain. Orang Arab menganggap mempertahankan satu kumpulan kabilah mereka adalah satu kerja yang suci.

2. Latar belakang masyarakat Semenanjung Arab zaman Islam. Dalam kehidupan masyarakat Arab zaman Islam, kehidupan mereka adalah berasaskan agama. Mereka akan mempertahankan kepentingan agama Islam daripada ancaman lain-lain agama pada masa itu.

3. Maksud ketahanan dan pertahanan.

Definisi Ketahanan - Konsep ketahanan bermaksud ketabahan, kecekalan, dan kesabaran serta keupayaan, kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran dan penderitaan. Ia juga satu halangan dan keupayaan menanggung sesuatu dalam pertempuran atau peperangan serta tidak mudah mengalah dalam peperangan.

Definisi Pertahanan - Pertahanan merujuk kepada langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara dari ancaman musuh dan membela golongan yang lemah daripada teraniaya. Ketahanan dan pertahanan merujuk kepada kekuatan mental, ketabahan dan kecekalan dalam mempertahankan sesebuah negara dari ancaman musuh. Kekuatan pertahanan dan ketahanan banyak bergantung kepada kekuatan mental ,fizikal, peralatan senjata yang digunakan, taktik dan strategi serta jenis tentera yang ada.

4. Wacana isi/penegasan isi.

Isi ( 7 isi x 3 m = 21 markah)

Faktor-faktor berlakunya peperangan dalam masyarakat di Asia Barat.

A. Zaman Sebelum Islam /Jahiliyyah.

1. Semangat Assabiyah atau kesukuan. Iaitu semangat yang berasaskan kepada kepatuhan kepada kumpulan kabilah atau keturunan masing-masing. Semangat yang fanatik kepada kabilah menyebabkan masyarakat Arab jahiliyah turut dipengaruhi semangat suka berperang bagi mempertahankan kabilah mereka. Keadaan semula jadi dalam kehidupan di padang pasir juga menyebabkan persaingan antara kabilah. Ini menyebabkan mereka berpegang kepada prinsip kabilah yang kuat akan lebih berkuasa. Oleh itu bagi mereka peperangan adalah satu cara bagi meneruskan hidup.

2. Mencari nama dan kemegahan. Kemenangan di dalam peperangan adalah merupakan satu kemegahan bagi masyarakat Arab Jahiliyah. Setiap peperangan yang dimenangi akan membawa kemegahan dan keuntungan yang besar kepada kabilah. Sebab itu anak lelaki amat penting dalam kehidupan masyarakat zaman jahiliyah bagi tujuan menjulang nama kabilah mereka dalam peperangan. Mereka bukan sahaja dilatih bermain senjata sejak kecil, tetapi diajar kemahiran menunggang kuda.

3. Bagi mendapatkan harta. Dalam peperangan zaman jahiliyah melibatkan semua anggota kabilah dan semua harta benda dibawa bersama. Pihak yang menang akan memperoleh keseluruhan harta rampasan yang dibawa termasuk wanita dan kanak-kanak yang dijadikan sebagai tawanan perang. Wanita dan kanak-kanak akan dijual sebagai hamba atau meminta pihak yang kalah menebus dengan sejumlah mata wang. Harta rampasan perang akan diagih sama rata di kalangan tentera yang menang. Syeikh kabilah akan diperuntukkan sebanyak 1 / 4 daripada harta rampasan. Syeikh kabilah juga berhak memiliki barang rampasan perang yang disukainya termasuk wanita dan kanak-kanak.

4. Kepentingan ekonomi. Makkah terkenal sebagai pusat ekonomi utama penduduk bahagian tengah semenanjung Arab, sehingga hampir melemahkan penguasaan ekonomi Yaman di selatan. Ini kerana Makkah menjadi tumpuan penduduk seluruh semenanjung Arab, terutamanya pada musim haji. Menyebabkan Abrahah, raja Habsyah di Yaman pada zaman sebelum Islam mengambil inisiatif untuk menyerang Makkah bagi memastikan aktiviti ekonomi Arab berpindah ke bahagian selatan. Malah Abrahah telah membuat satu binaan yang hampir menyerupai Kaabah, bagi tujuan menarik penduduk semenanjung Arab membuat ibadat di sana.

5. Kepentingan maruah. Sebagai langkah untuk memulihkan semula maruah dan imej mereka yang tercemar ekoran kekalahan dalam Perang Badar. Orang Kafir Quraisy Makkah telah dipandang rendah oleh kabilah-kabilah Arab yang lain ekoran kekalahan tersebut. Musyirikin Makkah ingin membalas dendam dan menebus kekalahan ke atas orang-orang Islam ekoran kekalahan mereka dalam Perang Badar pada tahun 2H.Orang Kafir Quraisy ingin menuntut bela di atas kematian saudara dan keluarga mereka dalam Perang Badar. Seperti Khalid al-Walid yang menuntut bela atas kematian bapanya. Begitu juga dengan Hindun, isteri Abu Sufyan yang ingin menuntut bela kematian bapanya, Utbah.

B. Zaman Islam

6. Memperteguhkan keutuhan agama Islam. Sebab peperangan dalam Islam adalah untuk menegakkan agama Allah (Islam) dan memelihara kehormatan dan keutuhan agama Islam, masyarakat dan negara Islam. Perang Badar yang berlaku pada tahun ke 2 H adalah kerana orang Quraisy Makkah ingin menhgapuskan di Madinah. Musyrikin Makkah ingin melemahkan penguasaan orang Islam di Madinah. Selepas Perang Badar terdapat beberapa ancaman ketenteraan di bawah pimpinan Abu Sufyan b. Harb terhadap Madinah. Islam sendiri adalah agama damai dan cinta akan perdamaian kerana perkataan Islam sendiri membawa maksud salam dan perdamaian. Menjadi tanggungjawab setiap orang Islam mempertahankan agamanya. Allah s.w.t tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah orang Islam diancam di dalam negaranya sendiri seperti di Madinah.

7. Peluasan Wilayah/Empayar. Peluasan wilayah Islam – di samping objektif di atas, peperangan dalam Islam juga untuk meluaskan tanah jajahan, contohnya pada zaman Khulafa Al-Rasyidin, wilayah Islam sampai ke Afrika Utara(Mesir), dan Parsi. Zaman Khalifah Abu Bakar, beliau berjaya mengalahkan tentera Parsi di Hirah, Iraq dan tentera Byzantium di Palestin. Zaman kerajaan Bani Umayyah, wilayah Islam berkembang sehingga ke Andalus, Sepanyol.

8.Membina kekuatan ekonomi. Peperangan dalam Islam disebabkan untuk meningkatkan sumber ekonomi orang Islam, misalnya menakluk Iraq. Iraq kawasan yang subur untuk mendapatkan sumber ekonomi dan bercucuk tanam. Dalam Islam juga ketika melakukan peperangan adalah dibenarkan merampas harta orang kafir (ghanimah). Orang Arab Quraisy menyerang orang Islam di Madinah kerana mereka menganggap penguasaan orang Islam di Madinah telah menyekat laluan perdagangan mereka antara bahagian utara dan selatan semenanjung Arab. Musyrikin Makkah juga bimbangkan keselamatan rombongan pedagang mereka yang sentiasa melalui kota Madinah untuk berniaga di Utara Semenanjung Arab.

9. Menyelesaikan perbalahan politik dan Mempertahankan negara. Peperangan dalam Islam bertujuan untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara. Penduduk Madinah terpaksa mempertahankan negara kota Madinah apabila mereka diancam oleh golongan Musyirikin Makkah. Langkah menjaga dan melindungi keselamatan penduduk Madinah yang sentiasa diancam oleh gerakan-gerakan ketenteraan Musyirikin Makkah. Sebagaimana Abu Sufyan dengan 200 tenteranya telah membakar rumah dan memusnahkan tanaman sebuah kampung berhampiran Madinah. Peristiwa ini berlaku sebelum meletusnya Perang Uhud. Dengan itu, penduduk Madinah terpaksa menghadapi beberapa peperangan besar bagi mempertahankan Madinah, seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.

10. Meneguhkan kedudukan/ mempertahankan diri. Ancaman daripada sebahagian masyarakat Yahudi Madinah terhadap orang-orang Islam dan diri Nabi Muhammad sendiri, menyebabkan orang Islam terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri. Yahudi Bani Qainuqa dan Bani Nadir sentiasa mengancam masyarakat Islam Madinah. Persekutuan Yahudi Bani Nadir, Bani Quraizah dan Musyrikin Makkah telah mencetuskan Perang Ahzab tahun 5H. Kemenangan berpihak kepada orang Islam dan semua lelaki dewasa Yahudi Bani Nadir telah dihukum bunuh bagi tujuan memberi pengajaran kepada orang Yahudi.

11. Melemahkan penguasaan Empayar Rom dan Parsi. Sebahagian besar bahagian utara dan selatan semenanjung Arab berada di bawah pengaruh empayar Rom dan empayar Parsi. Syria du utara berada di bawah pengaruh empayar Rom Timur (Byzantin). Dalam peperangan di Muktah, Nabi Muhammad telah menghantar sejumlah kira-kira 3000 angkatan tentera Islam bagi menentang kira-kira 200 000 tentera Byzantin. Namun akibat kekuatan tentera musuh, tentera Islam terpaksa berundur ke Madinah selepas beberapa panglima perang Islam syahid, termasuk Zaid dan Jaafar b. Abi Talib. Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, baharulah tentera Byzantium berjaya ditewaskan.

12. Menunjukkan amalan etika Islam ketika peperangan. Islam mempunyai etika peperangan sendiri. Islam melarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan. Islam juga melarang membunuh binatang ternakan kecuali untuk dimakan dan dilarang memusnahkan tanam-tanaman serta harta benda pihak musuh.

Kesimpulan ( 1 / 2 markah)

Terdapat perbezaan yang ketara antara sebab-sebab peperangan sebelum dan selepas Islam.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Selasa, 26 Jun 2012

SOALAN RAMALAN SEJARAH STPM 2012

Khususnya kepada semua pelajar saya di SMK DARY, Bota sama ada STPM TERMINAL ATAU BAHARU. Apa la khabar agaknya ?

 

  1. Sedar tak, anda akan mengambil peperiksaan STPM 2012 hujung tahun ni?
  2. Dah bersedia atau sedang sibuk membuat persediaan secara aktif ? Atau…
  3. Masih relax lagi….? Tak tahu nak baca apa. Atau…
  4. Anda sedang menunggu dan sangat mengharapkan SOALAN RAMALAN sahaja?
  5. Anda masih tak baca bahan pembelajaran atau tak serius buat persediaan ?
  6. Masih mahu tunggu baca pada saat-saat akhir malam peperiksaan?
  7. Masih beranggapan kalau baca sekarang pun tak guna ……lupa, bukan ingat pun ?
  8. Masih nak spot tajuk tu, tajuk ni sahaja ?
  9. Jika ya, anda menempah maut di medan peperiksaan ?
  10.  
  11. Sebab, jika soalan tak keluar, anda yang keluar !!!! TKO ……
  12. Yang sudah dan sedang berusaha tu, teruskan dengan tekun dan sabar. Bukan senang nak konsisten macam tu, tau !
  13. Yang belum, cuba pikir-pikirkan masa depan anda.
  14. Nak habiskan masa di Tingkatan 6 sia-sia sahaja ?
  15. Mulalah usaha dari sekarang dengan penuh iltizam dan semangat yang kental.
  16. Mula dan teruskan pembacaan, perbincangan, dan kajian, dengan penuh rasa tanggungjawab.
  17. Buat betul-betul supaya jawapan anda nanti betul !
  18. Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang anak dan pelajar serta menjadi harapan agama,bangsa dan negara.
  19. Fokus kepada pembacaan yang telah ditetapkan supaya tak pening kepala.
  20. Gunakanlah kaedah pembacaan yang betul.
  21. Fokus tema yang telah dipilih untuk Sejarah 1 dan 2 oleh guru anda. Jangan ubah. Jangan baca tebuk-tebuk. Nanti anda yang pening kepala.
  22. Guna bahan pembacaan terkini yang telah dan akan diedarkan untuk Sejarah 1 dan 2. Sepatutnya bahan pembacaan yang terdahulu dah selesai baca.
  23. TIADA jaminan dan jangan harap soalan keluar sebiji macam anda baca.
  24. Tolong bersedia untuk menerima soalan baru tetapi sebenarnya input untuk jawapan anda telah belajar dan baca.
  25. Fikir dengan kritis dan kreatif. Sebab selalu saja, bila pusing sikit jer soalan, pelajar pun pening kepala. Tak leh nak jawab. Anda akan dan pernah alami situasi macam ni masa exam PPT dan TRIAL nanti.
  26. Habis tu, soalan ramalan tak leh guna ker ?
  27. Jawabnya, BOLEH ! Jika ia salah satu daripada cara persediaan anda. Tapi jika itu satu-satunya cara persediaan anda untuk periksa ni, anda sebenarnya jerut leher anda untuk kegagalan dan kematian . Tinggal sejarahlah sejarah anda !
  28. Banyakkan membaca nota soalan-jawapan iaitu skema yang berlambak tu. Tak kira sama ada bahan fotostat atau dari blog nih ! Tak faham baru rujuk buku atau terus rujuk guru sejarah anda !
  29. Apapun, tenangkan fikiran, jangan tension-tension. Janganlah rosakkan mood belajar anda dengan perkara yang menyalahi syariat agama dan norma kehidupan  manusia normal berbudaya timur. Faham ker ??
  30. Terus berusaha. Jengok-jengoklah blog ni untuk dapatkan maklumat dan ubah selera.
  31. Jemu baca modul/bahan, baca blog. Jemu blog, buka balik modul/bahan. OK !! Pelbagai variasi…….
  32. Saya doakan akan semua sukses. Kita usaha sama-sama. Saya telah jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang guru Sejarah anda ? Nah, sekarang anda buktikan bahagian anda.
  33. Saya tunggu “kejutan” terbaik daripada anda. Buktikan ANDA BOLEH ! Saya nak hadiah HARI GURU saya……itu janji anda semua pada saya.
  34. Jika anda ada masalah, “face it , don’t face book”.
  35. Ingat pepatah Arab, “Man jadda Wajadda”.
  36. Ingat, STPM 5 P dan Sejarah Mesti A ! ( InsyaAllah )
  37. SELAMAT BELAJAR.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Isnin, 25 Jun 2012

Kemenangan Ikhwan Guna Teknologi 1,400 Tahun Lalu

Mohd Yusof Hadhari,

25 Jun 2012

Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.

Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka  untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.

Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang mendekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.

“Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesan Syeikh Jum’ah Amin.

Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.”

Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji  cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.

Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang diperoleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya.

Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan diraih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka.  Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10,000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.

Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, “  Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat..” Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail.

Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir. Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia.

"Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi  agama  ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."

Sumber Asal : Di Sini

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Implikasi Politik Dunia Ekoran Kemenangan Dr Morsi

Dr. Syed Azman Syed Ahmad,
25 Jun 2012

(Penulis [tengah] di dataran Tahrir bersama meraikan kemenangan Morsi dengan rakyat Mesir)

Peristiwa besar yang berlaku di luar negara adalah perkembangan politik yang sedang berlaku di Mesir. Setelah seminggu berada di bumi Mesir, saya dapat bersama menyaksikan satu era baru yang terukir dalam sejarah politik dan pemerintahan Mesir.

Bagi saya, sesungguhnya politik Mesir adalah ibarat permainan catur yang penuh dengan debaran kepada banyak kalangan.

Namun rakyat Mesir sekali lagi melakar sejarah apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka telah berjaya memilih seorang Presiden yang dipilih terus oleh rakyat setelah berpuluh-puluh tahun di bawah pemerintahan diktator dan ’kuku besi’.

Lebih manis lagi apabila yang terpilih adalah Dr. Mohamed Morsi calon dari Freedom and Justice Party (FJP) parti politik tajaan Ikhwan Muslimin Mesir.

Hanya setahun lalu, tidak siapa dapat menjangkakan rejim 'kuku besi’ Hosni Mubarak yang juga merupakan sekutu akrab Amerika Syarikat, Britain serta Kesatuan Eropah (EU) dalam menentang 'terroris Islam' serta 'menjamin keselamatan Israel’ berjaya digulingkan oleh rakyat Mesir dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat’ yang turun secara sukarela meluahkan perasaan, berdemonstrasi ke jalan-jalanraya di seluruh negara.

Dan pada minggu ini,  sekali lagi kita dapat menyaksikan sejarah terukir apabila ratusan ribu rakyat Mesir terutamanya dari kalangan golongan muda membanjiri Dataran Tahrir yang terletak ditengah-tengah kota Kaherah bagi meraikan kemenangan mutlak calon Ikhwan Muslimin itu walaupun ada percubaan awal dari pihak tentera SCAF bagi menafikan kemenangan itu.

Kemenangan rakyat ini adalah amat manis bagi Ikhwan Muslimin di Mesir. Apa tidaknya. Kalau setahun lalu Ikhwan Muslimin adalah dianggap sebagai sebuah 'pertubuhan haram’ dan sesiapa yang didapati menjadi ahli pertubuhan ini akan terus ditangkap.

Sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Anwar Sadat dan Mubarak, Ikhwan Muslimin telah dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan.

Mereka diharamkan dari bergerak aktif di Mesir dan semua media massa di kawal ketat dengan tidak dibenarkan sebarang bentuk kritikan terhadapi rejim ini.

Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim ini sampai kepada kemuncaknya apabila mereka telah bertindak membunuh serta memenjara ribuan para ulama dan cendekiawan yang simpati dengan perjuangan Ikhwan Muslimin.

Namun kemenangan Dr. Morsi sebagai Presiden ini juga berhadapan dengan penuh cabaran besar yang terpaksa terus dihadapi.

Isu utama yang dianggap paling sensitif adalah hubungan beliau sebagai Presiden dengan pihak tentera SCAF yang sejak sekian lama telah mendominasi kuasa dan politik Mesir.

Pada proses pengundian Pilihanraya Presiden pusingan kedua, ia di cemari oleh keputusan Mahkamah Perlembagaan Mesir yang telah membatalkan semua keputusan pilihanraya Parlimen yang telah di adakan beberapa bulan lepas.

Pihak tentera SCAF serta-merta membubarkan Parlimen dan menghalang ahli-ahli Parlimen yang majoritinya dari parti FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi dari memasuki bangunan Parlimen.

Keputusan mahkamah ini telah menimbulkan kemarahan dari pelbagai pihak di seluruh Mesir. Ia di anggap sebagai suatu percubaan ‘rampasan kuasa’ dengan menggunakan keputusan Mahkamah dimana majoriti Hakim-Hakim masih dikuasai oleh mereka yang setia kepada bekas Preiden Mubarak.

Pimpinan FJP menggangap keputusan mahkamah ini sebagai satu malapetaka besar kepada seluruh rakyat Mesir dan adanya usaha untuk merampas kembali Revolusi rakyat yang di lakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan.

Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera.

Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Di peringkat antarabangsa pula, Dr. Morsi berhadapan dengan cabaran menunaikan janji ‘menilai semula perjanjian Camp David’ dengan Israel yang memberi banyak kelebihan dan perlindungan berat sebelah kepada rejim Zionis itu.

Persoalan ini jugalah yang banyak di tumpukan oleh pembuat polisi di ‘White House’ bagi menilai hubungan Amerika Syarikat dengan Mesir dibawah seorang Presiden yang berlatar-belakangkan Ikhwan muslimin yang menolak dasar kekejaman dan apartied negara Zionis Israel.

Perlu diingat bahawa Mesir adalah sekutu terpenting Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah sejak lebih 4 dekad yang lalu. Amerika Syarikat juga menyalurkan lebih US3 billion setiap tahun kepada rejim Mubarak terutamanya untuk persenjataan dan pertahanan.

Atas dasar inilah Mesir dianggap sebagai 'buffer' atau 'pintu penghalang' bagi menyekat sebarang ancaman serta menjamin keselamatan dan keamanan Israel.

Begitu juga dengan 'Terusan Suez’ yang merupakan nadi kepentingan ekonomi Amerika Syarikat serta sekutunya bagi menyalurkan minyak dan gas.

Sepanjang kempen pilihanraya Presiden yang dijalankan, Dr. Mohamed Morsi juga berhadapan dengan konspirasi media barat dan kebanyakan media utama Mesir bagi memastkan calon Ikhwan Muslimin ini kalah.

Pelbagai publisiti negatif telah di timbulkan dan beliau telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Manakala calon pilihan mereka, Ahmed Shafik pula telah diberikan  pelbagai publisiti positif oleh media barat terutamanya BBC dan CNN serta media utama di Mesir dan dianggap ‘sebagai calon penyelamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Namun keputusan resmi  yang di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir yang mengesahkan kemenangan berpihak kepada Dr. Mohamed Morsi adalah kemenangan ‘Kuasa rakyat’.

Seperti ungkapan awal beliau; ‘Saya adalah Presiden yang dipilih bagi seluruh rakyat Mesir. Semua rakyat termasuk penganut Kristian adalah rakyat di bawah saya bagi sama-sama membangunkan Mesir yang baru’.

Ya, apapun yang ada dihadapan dalam politik Mesir, catur politik antara Dr. Mohamed Morsi sebagai seorang Presiden dengan pihak tentera SCAF akan terus dibidak bagi menentu masa hadapan politik Mesir.

Sementara itu Amerika Syarikat dan sekutunya akan terus menjadi pemerhati yang ‘istemewa’. Ia juga akan menjadi inspirasi dan semangat baru selepas Arab Spring kepada seluruh dunia Islam termasuk di Malaysia.

Tahniah Dr. Morsi...

Sumber Asal : Di Sini

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Ahad, 24 Jun 2012

TAMADUN DUNIA : TEMA 1- KONSEP,CIRI-CIRI DAN FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN TAMADUN AWAL

BINCANGKAN KONSEP TAMADUN SERTA CIRI-CIRI UMUM PEMBENTUKAN TAMADUN AWAL MANUSIA.

Pendahuluan (3 markah)

1. Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan perkembangan teknologi pada tahap Neolitik telah memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat bertamadun.

2. Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba pada 3300 S.M, tamadun Indus dan diikuti tamadun Hwang Ho.

3. Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat

4. Tamadun-tamadun awal manusia.

Isi – isi Jawapan (21 markah)

a. Konsep Tamadun (3 markah)

- Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu Mudun, Madain dan Madana. Perkataan Madana membawa maksud “tinggi budi bahasa atau pembukaan Bandar”.

- Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sinonim dengan tamadun ialah civilization berasal daripada perkataan Greek Civitas yang bermaksud “bandar”

- Bagi masyarakat Barat, tamadun ialah pencapaian lahiriah dalam hal pentadbiran, penulisan, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan dan adapt resam.

- Menurut Colin Renfew, terdapat tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada lahiriah tamadun, iaitu kemunculan Bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan

- Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya material, intelektual dan kesenian.

- Arnold J.Tonybee mentakrifkan tamadun sebagai suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak.

- Sarjana-sarjana Islam pula berpendapat tamadun merangkumi pembangunan dari segi lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat

- Dapat dirumuskan bahawa tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian lahiriah tetapi juga diiringi dengan pencapaian dalam aspek kerohanian

b. Ciri-ciri umum pembentukan tamadun awal manusia ( 6 isi x 3 markah = 18 markah)

1. Pembentukan Petempatan kekal

- Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi Bandar yang berperanan sebagai pusat tamadun awal

- Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning)

2. Proses Pembandaran berlaku

- Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung berkembang menjadi Bandar. Antara Bandar penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Sungai Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di lembah Sungai Kuning serta Thinis, Thebes dan Memphis di Mesir

- Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidkan dan pusat perindustrian

- Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia

3. Pembentukan Organisasi sosial/susun lapis masyarakat

- Cara kehidupan bandar mewujudkan sistem sosial bersusun lapis terutamanya golongan memerintah dengan golongan yang diperintah. Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan paling atas terdiri daripada golongan pemerintah yang diketuai oleh raja, lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendikiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan dan lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya

- Struktur masyarakat terbukti di Lagash, Ur dan Sumer di tamadun Sumeria dan Memphis di tamadun Mesir.

4. Pembentukan Sistem pemerintahan dan pentadbiran

- Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan di dalam negara. Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun

- Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan

5. Agama dan kepercayaan

- Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme, kepercayaan dewa, dan pemujaan roh nenek moyang. Secara evolusi kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih darpada satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China

6. Pengkhususan kerja

- Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan. Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing.

- Golongan wanita terlibat dalam bidang pertanian manakala golongan lelaki berkhidmat sebagai tentera dan tukang-tukang mahir.

- Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh

7. Bahasa dan tulisan

- Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit

- Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun awal membentuk gambar, simbol dan pepaku

- Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu pengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara satu masyarakat dengan masyarakat lain untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatatkan idea dan pemikiran manusia

8. Kemajuan Ekonomi

9. Kemajuan sains dan teknologi

10. Kemajuan undang-undang

Kesimpulan (1 markah)

- Secara keseluruhannya, kemajuan sesebuah tamadun itu menunjukkan bentuk kehidupan yang formal, berorganisasi dan lebih kompleks berbanding zaman sebelumnya.

- Apa sahaja yang berkaitan.

HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA.

A. PENGENALAN (3 markah)

1. Sebelum kemunculan tamadun, manusia hidup berpindah-randah atau nomad dari satu kawasan ke satu kawasan lain. Mereka memburu binatang dan memungut hasil hutan yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah apabila manusia mengetahui cara-cara bercucuk tanam dan menternak binatang. Melalui pengetahuan itu, perubahan yang besar telah berlaku dalam kehidupan manusia. Sungguhpun perubahan itu berlaku secara beransur-ansur di tempat-tempat tertentu pada masa yang berbeza-beza, sebenarnya perubahan itu telah mewujudkan garis pemisah yang sangat ketara dalam sejarah kehidupan manusia berbanding zaman sebelumnya.

2. Konsep Tamadun.

3. Lokasi tamadun awal : Tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus, dan Hwang-Hwo.

4. Permulaan tamadun awal manusia.

5. Penegasan soalan – terdapat pelbagai faktor kemunculan tamadun

B. ISI-ISI PENTING ( 7 isi x 3 markah : 21 Markah )

Faktor-faktor Kemunculan Tamadun

*Jawapan calon perlu menjurus kepada faktor pembentukan tamadun.

1. Pembentukkan Petempatan Kekal

Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal. Wujud masyarakat bercorak perkampungan membolehkan manusia berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindah- randah kerana mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi. Contohnya, petempatan di sepanjang Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Hwang-Ho, dan Indus-Ganges.

2. Eksploitasi Sumber Alam/ Kepentingan Sungai

Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran.Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus, dan Hwang-Ho.

3. Kemajuan Dalam Teknologi Penciptaan Peralatan

Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa, dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Selain itu, manusia telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar.

4. Penciptaan Roda

Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepat perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda telah meningkatkan daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan barangan yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain seperti perdagangan antara Mesir dengan Mesopotamia dan antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.

5. Pembentukkan Organisasi Sosial

Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa kepada kemunculan tamadun. Masyarakat memerlukan pemimpin untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan, dan pendeta muncul sebagai seorang yang berkuasa. Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di sesuatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

6. Pengkhususan Kerja

Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam masyarakat.

7. Agama dan Kepercayaan

Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Agama membantu manusia akur dengan hukum-hukum Tuhan. Kehidupan lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian. Contohnya, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.

8. Sistem merekod

Penciptaan sistem merekod pada zaman Neolitik telah menjadi asas kepada penambahan pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi. Catatan telah digunakan untuk merekod hal agama, pentadbiran, dan perdagangan. Akhirnya, sistem merekod itu telah melahirkan sistem tulisan dalam tamadun awal manusia seperti sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam tamadun Mesopotamia, tulisan Hieroglif dalam tamadun Mesir, dan tulisan Ideogram dalam tamadun Hwang-Ho.

9. Perbandaran

Zaman prasejarah akhir atau zaman Neolitik menyaksikan kemunculan Petempatan - petempatan kekal yang berkembang pesat menjadi bandar. Petempatan kekal ini mengalami proses urbanisasi dan perkembangan bandar. Contohnya, bandar muncul di Mesopotamia pada pertengahan abad ke-4 SM apabila berlaku peningkatan hasil pertanian ekoran kemajuan pengairan. Antara bandar penting ialah Lagash, Babylon, Assur, Uruk, dan Hattusa.

10. Migrasi ( Penghijrahan )

Pertambahan penduduk pada zaman neolitik memerlukan peningkatan keperluan makanan. Kawasan-kawasan pertanian kian diperluas. Usaha ini telah menyebabkan berlakunya migrasi atau penghijrahan ke kawasan-kawasan baru. Angin digunakan sebagai punca tenaga yang menghasilkan corak pengangkutan baru dan peranan (wind mills ) antara kawasan. Penemuan roda turut menggalakkan pertumbuhan perdagangan jarak jauh dan digunakan sebagai alat pengangkutan darat. Akhirnya, aktiviti migrasi itu telah mempercepat kelahiran dan perkembangan tamadun awal manusia.

11. Kemajuan Ekonomi

Kemajuan teknologi dalam bidang pertanian, pengangkutan, dan perdagangan Menyebabkan perdagangan jarak jauh menjadi satu kenyataan dan berkembang pesat pada zaman neolitik. Hal ini membolehkan usaha mendapatkan bahan bahan mentah bagi keperluan agama, industri, dan pembinaan bangunan memperkayakan ciri-ciri kebudayaan akibat pertukaran fikiran dan teknik perindustrian. Akhirnya, kemajuan ekonomi berlaku dengan pesat dan menyumbang kepada kehidupan bertamadun.

12. Geografi – iklim, hujan, kesuburan tanah, bentuk muka bumi, sumber protein (makanan dan kesihatan).

13. Sistem Pertahanan

Tembok-tembok dan kubu dibina di sekitar petempatan. Kegunaan peralatan seperti tombak, pedang, panah, wagon (wheel), penggunaan tentera, menggunakan sungai, bukit sebagai sempadan. Pertahanan yang kuat menjamin keselamatan penduduk. Akhirnya, penduduk dapat melaksanakan aktiviti harian dengan lebih terjamin.

C. KESIMPULAN ( 1 markah )

Apa-apa yang berkaitan.

BINCANGKAN KEPENTINGAN REVOLUSI PERTANIAN DALAM ZAMAN NEOLITIK TERHADAP PERKEMBANGAN TAMADUN AWAL MANUSIA.

A. Pendahuluan : 3 markah

1. Maksud zaman Neolitik dan Revolusi Pertanian

Keupayaan manusia mengawal bekalan makanan dan menawarkan secara berterusan. Penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran Revolusi Pertanian telah member kesan yang besar kepada kehidupan manusia pada Zaman Neolitik dan membawa kepada perkembangan tamadun awal.

2. Maksud tamadun

3. Zaman Neolitik menjadi asas ketamadunan kerana manusia tidak bergantung sepenuhnya kepada persekitaran tetapi juga berjaya menguasai persekitaran fizikal untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka. Revolusi Pertanian menjadikan kehidupan mereka lebih kompleks dan memberi asas yang kukuh kepada perkembangan tamadun awal manusia.

B. Isi-isi – Kepentingan Revolusi Pertanian : ( 7x3 = 21 markah )

Jawapan yang baik ialah , apabila calon dapat mengaitkan kepentingan Revolusi Pertanian dengan pembentukan tamadun awal manusia.

1. Perkembangan Petempatan

Revolusi Pertanian telah menyebabkan manusia mula tinggal tetap di satu-satu kawasan. Mereka menjadikan kawasan rata dan subur di lembah-lembah yang kemudiannya akan menjadi petempatan kekal masyarakat dan mereka telah mula bercucuk tanam di kawasan tersebut. Akhirnya akan membawa kepada pembinaan perkampungan seperti di Catal Huyuk, Iraq lalu membentuk Tamadun Mesopotamia.

2. Penghasilan teknologi

Revolusi Pertanian telah membawa kepada penciptaan dan penggunaan peralatan dan teknologi pertanian yang lebih maju. Alat-alat yang dicipta untuk membantu manusia dalam kegiatan pertanian seperti penciptaan tenggala, roda untuk mengangkut hasil pertanian. Terusan dan tali air juga dalam mengairi kawasan pertanian.

3 Mewujudkan pengkhususan kerja

Pengkhususan kerja telah mula dibuat akibat pengeluaran pertanian bertambah. Bermula dengan golongan wanita akan bekerja dalam bidang pertanian dan lelaki terlibat dalam aktiviti perburuan . Golongan agama pula wujud apabila wujud kepercayaan bahawa hasil pertanian dan kebajikan masyarakat turut bergantung kepada kuasa semula jadi.

4. Pertambahan penduduk.

Revolusi Pertanian telah membawa kepada pertambahan penduduk. Taraf kesihatan yan baik, bekalan makanan yang mencukupi . Migrasi penduduk kerana banyak peluang pekerjaan di kawasan pertanian menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Institusi perkahwinan monogamy dan poligami membawa kepada institusi kekeluargaan.

5. Perkembangan perdagangan

Revolusi Pertanian telah mengubah orentasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Penggunaan teknologi dan penemuan kaedah penanaman telah menyebabkan hasil pertanian meningkat sehingga berlakunya lebihan hasil. Lebihan hasil itu akan diperdagangkan, selari dengan sistem mata wang dan perkembangan sistem pengangkutan .

6. Perkembangan kepercayaan dan keagamaan.

Revolusi Pertanian juga penting dalam menyumbang kepada perkembangan aspek kepercayaan dan keagamaan dalam tamadun awal manusia. Ketentuan hasil pertanian adalah dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. Kejadian banjir, kemarau yang memusnahkan pertanian melahirkan upacara-upacara ritual yang melibatkan pemujaan dan pengorbanan.

7. Kewujudan Organisasi Sosial.

Revolusi Pertanian membawa kepada kewujudan organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat. Pertambahan penduduk di satu-satu kawasan memerlukan ketua untuk memimpin mereka, perlukan pahlawan-pahlawan untuk menjaga keselamatan mereka,golongan agama yang menghubungkan mereka dengan tuhan-tuhan mereka dan golongan petani yang membekalkan makanan dan sebagainya.

8. Sistem Tulisan

Revolusi Pertanian membawa kepada penciptaan sistem tulisan heroglif, cuneiform dan Ideograf yang pada awalnya digunakan untuk golongan paderi untuk urusan keagamaan, juga digunakan untuk mencatat hasil pertanian dan kegiatan perdagangan.

C. Penutup ( 1 markah)

Sesungguhnya, sangat jelas bahawa Revolusi Pertanian telah berlaku pada Zaman Neolitik telah membawa kepada perkembangan tamadun-tamadun awal manusiadi Sumeria, Mesir, China dan Indus.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

TAMADUN ISLAM : TEMA 3 – ORGANISASI KETENTERAAN ISLAM

      

Bincangkan sumbangan kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin dan kerajaan Bani Umayyah dalam membentuk organisasi ketenteraan yang unggul.

CONTOH JAWAPAN :

Pengenalan ( 3 markah)

1. Konsep organisasi ketenteraan dalam Islam

2. Sejarah penubuhan tentera dalam Islam

  • Bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, apabila turun wahyu membenarkan umat Islam berperang, ketika hendak berhadapan dengan tentera Quraish Makkah dalam perang Badar.

3. Latar belakang Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin

  • Bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Dipimpin empat orang sahabat, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

4. Latar belakang Kerajaan Bani Umayyah

Isi : Sumbangan Pembentukan Organisasi Ketenteraan Islam ( 7 isi X 3=21 markah)

1. Penambahan Komposisi tentera

  • Bilangan tentera Islam semakin meningkat dan pelbagai jenis
  • Pada zaman Bani Umayyah, jenis tentera tetap telah bertambah dengan pembentukan pasukan infantri, kavalri dan tentera laut.
  • Pasukan tentera laut ini terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Sepanyol dan Eropah.

2. Kewujudan dua jenis tentera

  • Terbahagi kepada dua, iaitu tentera darat dan laut
  • Penubuhan angkatan tentera laut Islam berlaku setelah perluasan kuasa Islam telah sampai ke Syam, Mesir dan Iskandariah.
  • Perkembangan terbaru kedudukan kekuasaan Islam memerlukan umat Islam mempunyai angkatan laut bagi menghadapi serangan Rom di Laut Mediterranean dan jihad Islam ke atas pulau – pulau di Laut Mediterranean.
  • Oleh itu, pemerintah Islam mula menubuhkan angkatan tentera laut.
  • Berikutan dengan penubuhan angkatan tentera laut maka muncul pelabuhan dan limbungan kapal untuk tujuan angkatan tentera Islam dan tujuan perdagangan.

3. Peningkatan teknologi dan peralatan tentera

  • Menggunakan pedang, tombak, panah, perisai ,manjaniq, kuda, keldai dan kapal perang.
  • Pada zaman Bani Umayyah telah wujud pasukan tentera laut.
  • Pada zaman Muawiyah terdapat 1700 buah kapal perang yang dibina daripada kayu dan berpaku.
  • Perindustrian kapal terletak di pantai Syria dan Mesir.

4. Mempelbagaikan taktik dan strategi ketenteraan

  • Menyerang, mengepung, dan bertahan.
  • Membina kubu, mewujudkan bandar-bandar tentera, dan menubuhkan badan perisik.
  • Ketika zaman Khalifah Ali b. Abi Talib, telah membentuk kurdus atau batalion, dalam pasukan tentera sebagai usaha memantapkan lagi tentera Islam.
  • Islam memperkenalkan penubuhan kem tentera dan bandar tentera.
  • Bandar seperti Basrah, Fustat dan lain – lain ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan tentera di samping pusat pentadbiran dan perdagangan.
  • Pada zaman Bani Umayyah kaedah peperangan diperluas lagi dengan pembentukan pasukan kurdus (cohorts), jabatan perisikan, penggunaan peta dan serangan dari laut.

5. Kewujudan tentera bergaji

  • Tentera dibayar gaji dan elaun
  • Pada zaman Umar al-Khattab, dua kategori tentera telah dibentuk iaitu tentera bergaji dan sukarela.
  • Satu jabatan khas telah ditubuhkan untuk menguruskan pembayaran gaji dan elaun tentera iaitu Diwan al-Jund.
  • Pada zaman Umar al-Khattab, tentera Muhajirin dan Ansar yang senior dibayar sehingga 5000 dirham manakala tentera junior dibayar sehingga 2500 dirham.
  • Pada zaman Bani Umayyah, tentera dibayar gaji. Contoh, pada zaman Muawiyah kadar gaji purata ialah sebanyak 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga.
  • Pada masa ini sumber kerajaan mantap dan perlukan pasukan tetap untuk menyaingi tentera Rom atau Barat .

6. Menetapkan Status tentera

  • Terdapat tentera tetap, tentera upahan dan tentera sukarela

7. Kepimpinan

  • Pada zaman Khulafa al- Rasyiddin dan kerajaan Bani Umaiyah, khalifah tetap mengetuai peperangan.
  • Tujuannya untuk menguruskan perkhidmatan tentera yang cekap dan berkesan.
  • Pemerintah Islam memperkenalkan jabatan tentera atau Dewan Al-jund.
  • Dalam aspek kepimpinan pula, pengurusan tentera dilakukan oleh kepimpinan tentera yang dilantik.

Kesimpulan (1 markah)

Kedua-dua kerajaan Islam ini telah berjaya mewujudkan organisasi ketenteraan Islam yang unggul dan hebat.Kejayaan ini terserlah dengan beberapa kejayaan tentera Islam meroboh dominasi jajahan dari tentera Rom dan Parsi.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Jumaat, 22 Jun 2012

TAMADUN ISLAM :TEMA 4 – SUMBER DAN PERANAN BAITUL MAL

Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa ar-Rasyidin.

Pendahuluan (3 markah)

1. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya.

2. Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin.

3. Sumber Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama

a. Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya.

b. Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa waris.

c. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.

4. Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan.

5. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam.

Isi-isi Penting.

1. Sumber Baitulmal (5 isi X 2 markah)

a. Zakat.

i. Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

ii. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak.

b. Kharaj.

i. Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.

c. Jizyah.

i. Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi.

ii. Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih bidup dan berupaya.

iii. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.

d. Ghanimah dan Al-fay.

i. Ghanimah merupakan harta rampasan perang.

ii. al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun.

iii. Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.

e. Usyur.

i. Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam.

ii. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%.

iii. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %.

iv. Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.

2. Peranan Baitulmal (5 isi X 2 markah)

a. Membantu perkembangan ekonomi Islam.

i. Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

ii. Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.

iii. Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

b. Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.

i. Penting bagi menjamin negara islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera.

ii. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber Baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine.

c. Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.

i. Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera.

ii. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.

iii. Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah.

d. Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat islam.

i. Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati.

ii. Pengagihannya mestilah adil dan saksama.

iii. Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.

e. Menyimpan harta negara.

Kesimpulan (2 markah)

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.