ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 7 Mei 2011

Pemimpin Baru Akan Muncul Gantikan Osama !

Isu Kematian Osama Bin Laden menjadi bualan masyarakat dunia dan Islam. Artikel di bawah dapat menambah apa yang kita dah tahu yang dilihat dari perspektif yang berbeza. Sebagai ahli akademik elok kita baca. Wallahu’aklam.

Tanggal 2 Mei 2011 mungkin menjadi tarikh keramat bagi kerajaan Barat diketuai Amerika Syarikat & Israel kerana telah berjaya membunuh manusia yang disifatkan sebagai paling sukar diburu didunia. Mungkin kita semua tertanya-tanya, betul atau tidak berita ini ? Sebab Amerika pernah bercakap perkara yang sama ketika dahulu, tapi itu semuanya dusta !

Jika benar Osama sudah menemui syahid, Innalillah kita ucapkan kepada as-Syahid Osama bin Laden yang mana telah disahkan sendiri oleh wakil jurucakap al-Qaeda tentang kematian pemimpin utama mereka itu dalam serangan kilat selama 40 minit oleh unit komando Amerika di Pakistan awal pagi Isnin lalu. Ujian asid deosirikbonukleik ( DNA ) mengesahkan bahawa Osama bin Laden sudah meninggal dunia, kata seorang pegawai Amerika Syarikat semalam, sehari selepas serangan tentera khas Amerika Syarikat terhadap pemimpin al-Qaeda itu di Pakistan.

Sejurus berita kematian Osama heboh diperkatakan, dengan langkah penuh yakin, Presiden Barack Obama menuju ke Bilik Timur di White House, Washington untuk membuat pengumuman yang bakal mengundang reaksi berbeza daripada penduduk di seluruh dunia.

Menerusi saluran televisyen negara itu, dengan raut wajah yang serius Obama mengumumkan:

“Pada malam ini, saya boleh melaporkan kepada penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan dunia bahawa AS dalam operasinya berjaya membunuh Osama bin Laden, seorang pengganas yang bertanggungjawab membunuh ribuan orang yang tidak berdosa “

Obama menambah :

“Kematian itu merupakan satu pencapaian yang paling signifikan dalam usaha AS menentang jaringan Al-Qaeda. Kita juga mahu tegaskan bahawa AS tidak akan berperang menentang Islam, namun bin Laden (Osama) bukanlah seorang pemimpin Muslim sejati. Dia telah membunuh ramai orang Islam.”

Jelaslah, kajayaan membunuh Osama itu adalah kejayaan politik yang cukup bermakna bagi Obama memandangkan pilihanraya Presiden Amerika akan menjelang tidak lama lagi.

Setelah kenyataan itu tersebar, ribuan rakyat AS yang membanjiri pekarangan White House bersorak kegirangan bagaikan meraikan sebuah perayaan. Malah, dalam respons segera mantan Presiden AS, George Bush kepada stesen televisyen Al Jazeera, Bush berkata, kematian musuh ketatnya itu merupakan satu prestasi terpenting AS.

Watak Osama wujud atau sekadar Boneka AS ?

Sebelum ini, tidak dinafikan, kita telah mendengar banyak cerita dan berita mengenai Osama ini. Ada sumber mengatakan watak Osama ini hanya rekaan Amerika untuk menggambarkan yang Islam itu ‘ terrorist ‘ dan sebagainya. Kita juga ada menonton sebuah dokumentari ‘ The Arrivals ‘ yang memaparkan watak Osama itu tidak wujud pun sebenarnya tetapi hanya ‘ diikonkan ‘ sendiri oleh Amerika. Baiklah, saya tidak berhajat untuk membincangkan secara lanjut mengenai kesahihan sumber dari dokumentari tersebut, sebab mungkin ada benarnya berita tersebut dan mungkin juga sebaliknya. Kenapa saya berkata demikian ? Baik, cuba kita perhatikan betul-betul watak Osama ini kalau betul hanya rekaan :

- Kalau watak Osama itu hanya rekaan, kenapa Mujahidin-mujahidin Islam seluruh dunia tidak pernah ada yang tampil membenarkan fakta itu ?

- Pertubuhan-pertubuhan mujahidin Islam ada yang mendakwa pernah duduk makan sekali dengan Osama, selain merancang strategi peperangan, so ?

- Kenapa Amerika pernah menawarkan ganjaran sebanyak AS$50 juta (RM175 juta) kepada pemberi maklumat mengenai Osama ?

- Kenapa Amerika dikatakan ingin menguburkan jenazah Osama di laut ? Adakah meraka takut tembelang penipuan tentang watak Osama yang diikonkan mereka selama ini pecah diselongkar media ?

Ok, kalau watak Osama ini dikatakan benar-benar wujud :

- Kenapa susah dan lama sangat Amerika hendak kesan Osama sedangkan teknologi Amerika adalah antara yang termaju di dunia? Sebab jika dicongak, AS sebenarnya mengambil masa hampir dua dekad sehingga bertukar tiga pemimpin iaitu dari era Bill Clinton, Bush hingga ke Obama untuk melenyapkan Osama.

- Kenapa sampai dua kali Amerika mendakwa telah berjaya membunuh Osama ? Nampak macam rekaan bukan ?

Baiklah, berdasarkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan, saya tidak berani mengatakan sumber yang mana betul yang mana salah ( mengenai watak Osama ). Tapi bagi saya, mempercayai sumber dari Muslim lebih kukuh ( merujuk dakwaan Mujahidin tentang kewujudan Osama ) kerana ia boleh dipercayai ditambah pula dengan kenyataan terbaru jurucakap khas al-Qaeda, Ahsanullah Ahsan, awal pagi hari ini ( 3 Mei 2011 ) yang menyatakan Osama telah meninggal dunia dalam serangan tersebut. Wallahu’allam. Terserah kepada anda. Namun sebelum anda membuat persepsi mengenai watak kewujudan Osama dengan sedikit analisis yang dibuat, saya ingin mengajak anda mengetahui profile lengkap Osama. Kemudian anda bolehlah membuat tafsiran sendiri tentang kewujudannya sama ada benar atau hanya rekaan.

Profile penuh Osama

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kematian Osama, saya ingin memberi kefahaman kepada pembaca mengenai persoalan “ Siapa sebenarnya Osama bin Laden ? “

Osama berasal daripada sebuah keluarga hartawan. Bapanya, Mohamed bin Awad bin Laden adalah seorang ahli perniagaan bertaraf bilionair dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Arab Saudi. Mohamed berasal dari Hadramaut, selatan Yaman dan berkahwin dengan Hamida Al-Attas, seorang wanita warga negara Syria.

Osama dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi pada 10 Mac 1957. Ibunya, Hamida merupakan isteri Mohamed yang ke-10. Bagaimanapun, Hamida kemudian bercerai dengan Mohamed. Mengikut maklumat, Osama dipercayai adalah anak yang ke-17 daripada 50 adik-beradik.

Sejak kecil, Beliau digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Malah, Osama sememangnya anti-Barat. Bagaimanapun, Osama menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah sekular yang menggabungkan ( kombinasikan ) pendidikan British dan Islam di Jeddah iaitu Al-Thager Model School dari tahun 1968 hingga tahun 1976.

Sekitar tahun 1970-an, Osama telah pun mempunyai empat orang isteri. Isteri pertama yang dikahwininya ketika berusia 17 tahun adalah sepupunya, Najwa Ghanem. CNN juga melaporkan, pemimpin itu adalah bapa kepada 26 cahaya mata.

Osama kemudian melanjutkan pengajian di Universiti King Abd Al Aziz dengan mengambil jurusan ekonomi dan pentadbiran perniagaan. Sumber lain juga menyebut, beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Awam pada tahun 1981.

Semangat sebagai pejuang Islam dikatakan mula ditonjolkan secara jelas oleh Osama sejak menuntut di kampus lantaran kecenderungannya yang gemar berdebat.

Daripada mengamalkan prinsip wasatiah dalam dakwahnya, Osama yang menginjak usia 22 tahun dilihat semakin berani.

Sekitar tahun 1973, Osama mewujudkan rangkaian dengan kumpulan gerakan Muslim dan mengembangkan empayarnya menerusi perniagaan pembinaan.

Detik Mujahidinnya bermula ketika beliau menyertai Abdullah Azzam. Abdullah merupakan pensyarahnya dan pengasas kumpulan Hamas di Palestin yang menentang pencerobohan penjajahan Soviet di Afghanistan pada 26 Disember 1979.

Tentera Soviet menawan Afghanistan, perang yang mengambil masa 10 tahun dan generasi radikal Islam termasuk Osama muncul. Pada 1984, Osama ke Afghanistan untuk berjihad menentang pasukan tentera Soviet. Di sana, beliau memberi bantuan kewangan dan mengetuai 20,000 pejuang Islam yang direkrut di seantero dunia. Pada tahun itu juga, Abdullah dan Osama menubuhkan Maktab al-Khaddamat untuk menentang penindasan AS dan Israel terhadap negara-negara Arab ( Jazirah Arab ).

Empat tahun kemudian, iaitu tanggal 28 Ogos 1988, Osama dipercayai menubuhkan al-Qaeda atau pangkalan. Apabila Soviet mengundurkan tenteranya dari Afghanistan pada 1989, al-Qaeda menjadi rangkaian kumpulan Mujahidin Islam dengan keanggotaan di antara 35 hingga 60 negara serta beribu pejabat di Afghanistan. Antara kumpulan yang dikatakan mempunyai kaitan secara langsung ialah Jemaah Islamiah (JI) yang pernah diketuai oleh rakyat Malaysia, Noordin Mohd. Top.

Pada 1991, tentera bersekutu diketuai Amerika melancarkan perang bagi menewaskan kependudukan Iraq di Kuwait. Osama mengisytiharkan jihad terhadap Amerika kerana menempatkan tenteranya di Arab Saudi, yang juga tanah kelahirannya selain menempatkan dua bandar suci utama umat Islam ( Mekah & Madinah ).

Pada 1992, Osama kembali ke Arab Saudi tetapi sokongannya terhadap kumpulan Mujahidin Islam di Mesir dan Algeria menyebabkan negara asalnya menggugurkan pasportnya dan dibuang dari Arab Saudi.

Keluarganya juga diminta supaya menghentikan pemberian wang secara bulanan yang keseluruhannya bernilai hampir RM20 juta setahun.

Namun perjuangannya dalam menjadi Mujahidin Islam tidak berkubur di situ, malah semakin melonjak sehingga beliau dipanggil ALLAH Ahad lalu(jika benar).

Fiksyen Pengebumian Osama

“DNA Osama didapati sepadan dengan beberapa ahli keluarga dan didapati sekurang-kurangnya 99 peratus DNA terbabit menyamai Osama bin Laden,” kata seorang pegawai kedua White House. Sejurus selepas itu, dikatakan Ameriaka akan menguburkan mayat Osama di laut.

Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mendapati sukar bagi sesebuah negara untuk menerima jenazah Osama. Ada juga spekulasi kebimbangan sekiranya kawasan kubur berkenaan bakal menjadi tumpuan militan.

Namun, cadangan mereka itu ditentang para ulama dan cendikiawan Islam seantero dunia. Ulama menyifatkan pengebumian jenazah Osama di laut bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh mencetuskan kemarahan militan untuk membalas dendam kepada Amerika Syarikat.

Walaupun banyak yang dipertikaikan membabitkan pengebumian terbabit termasuk dari segi ajaran Islam sendiri, sekumpulan cendikiawan Islam menyifatkan ia sebagai penghinaan kerana tidak mengikut amalan Islam dengan mengebumikan mayat di dalam kubur dengan mukanya mengadap Kiblat. Mereka menegaskan bahawa pengebumian di laut hanya dibenarkan dalam kes di mana kematian berlaku di dalam kapal.

Sejurus selepas itu, bagi mengelakkan ketegangan, Presiden Barack Obama berkata jenazah Obama akan dikendalikan mengikut ajaran Islam yang menuntut supaya disegerakan pengebumian. Wallahu’allam. Saya berharap agar jenazah Osama akan dikebumikan mengikut cara Islam sebagai seorang syuhada.

Saya hari ini sangat terkejut dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Malaysia, dalam salah satu akhbar Malaysia iaitu :

” Saya berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan hari ini ( Isnin ) dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat “

Apalah jumudnya Menteri ni sehingga membuat kenyataan seperti itu ?

Bagi saya, kenyataan Menteri Dalam Negeri Malaysia itu seolah-olah telah mengiktiraf yang Islam itu ‘ terroris ‘ !!!

Sayang seribu kali sayang, lelaki yang bergelar menteri dan mengaku Islam itu tidak langsung menggambarkan tentang agamanya apabila mengucapkan kata-kata sedemikian rupa. Dia langsung tidak memikirkan tentang perasaan umat Islam dan Mujahidin Islam yang selama ini telah berjuang bermati-matian memartabatkan Islam di dunia bagi menentang musuh utama Islam ( Amerika & Israel ).

Ketika mendengar melihat kenyataannya di sebuah stesenTV swasta pagi tadi, saya seolah-olah tergamam kerana tidak percaya bahawa kenyataan itu keluar dari mulut salah seorang yang mengaku Muslim dan seorang berpangkat menteri di Kabinet Malaysia.

Timbul persoalan :

- Adakah menteri ini nak menjaga air muka negara di mata Amerika & Israel?

- Adakah menteri ini nak jaga hubungan dan periuk nasi negara dengan Amerika dan Israel?

- Bagaimana pula dengan tindakan Amerika dan Yahudi yang berterusan membunuh umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan, Checnya, Bosnia, Lubnan, Kosovo dan sebagainya. Kenapa mereka tidak pula dilabelkan sebagai pengganas oleh menteri ini ?

Dan banyak lagilah persoalan yang timbul sebenarnya.

Jika menteri ini kata yang kematian Osama itu akan membawa kepada keamanan sejagat, bolehkah dia menjamin selepas ini Amerika dan Israel tidak akan mengganggu lagi Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh negara-negara Arab yang lain ?

Jawapannya comfirm tidak….of course not…sebabnya ???

- Sebab pertama dia hanya berjawatan tinggi dan lantang bersuara di sebuah negara kecil( Malaysia ) tetapi menjadi manusia biasa dan lebih pengecut daripada manusia biasa( barangkali ) ketika berada di luar negara. Saya tidak berniat memasukkan unsur politik, tetapi kenyataan menteri ini benar-benar memanaskan darah saya dan mungkin anda !

- Sebab kedua ialah kerana pengganas dunia sebenarnya adalah Amerika dan Yahudi. Buktinya dengan penjajahan demi penjajahan yang dilakukan mereka di sepanjang jazirah Arab sejak berkurun lamanya selain pembunuhan berjuta-juta umat Islam di seantero dunia.

Kehancuran menanti AS dan Yahudi

Jurucakap al-Qaeda, Ahsanullah Ahsan dalam satu kenyataannya awal pagi hari ini menyatakan :

“ Kami telah kehilangan Osama. Namun semangat perjuangan akan diteruskan sehingga Islam mencapai kemenangan. Tindakan Amerika yang membunuh pemimpin kami akan kami balas dengan segera. Tunggulah balasan dari ALLAH dan umat Islam kerana pemimpin baru akan muncul bagi menggantikan Osama !!! “

Mendengar kenyataan bersemangat Ahsanullah tersebut, saya cukup yakin yang Mujahidin Islam seluruh dunia akan bangkit menuntut bela kematian Osama. Yakinlah pembaca sekalian, kematian Osama tersebut tidak akan mematikan semangat juang mereka, tetapi telah melonjakkan kembali semangat juang fisabilillah !!!

Tuntasnya

Kebangkitan Islam sudah kita lihat cukup membara sejak akhir-akhir ini. Pemimpin-pemimpin berfikiran sekular di negara-negara Islam telah ‘ dijatuhkan ‘ ALLAH satu persatu. Ditambah pula dengan kematian Osama ini, saya sangat yakin yang nasib Amerika dan Yahudi sudah seperti ‘ nyawa-nyawa ikan ‘ Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas para mujahid dan mujahidah Islam. Amin.

Wallahu’allam...

Sumber dan Kredit : SeutasTasbih Blog by Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon on 5/3/11

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menteri tersebut berpegang kepada pegangan sekular yang memisahkan politik dengan agama.agama suku politik suku.sepatutnya agama dengan perlu disekalikan.sebab itu menteri tersebut mengeluarkan kenyataan yang tidak mengambarkan sebagai saudara seIslam.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.