ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 1 Mei 2011

HORMATI DAN SANJUNGI GURU ANDA !!

Assalamualaikum warahmatullah.

Sebagai pelajar, pernahkah anda semua mengutuk, mengumpat atau bercakap mengenai perkara-perkara tidak baik tentang guru anda ? Pernahkah kita asyik merungut dan mengumpat mengatakan cikgu ini teruk, cikgu itu bosan, cikgu tidak pandai mengajar, cikgu itu pilih kasih dan sebagainya?

Jika pernah, apakah yang akan berlaku kepada diri kita? Apakah kesan kepada diri kita jika kita asyik mengutuk dan mengumpat guru yang mengajar kita dengan sepenuh hati mereka?

image

Untuk pengetahuan anda semua, menurut kajian psikologi, jika kita mengumpat atau mengutuk guru kita, kita sebenarnya sedang memberi isyarat kepada otak kita bahawa kita tidak tidak percayakan guru tersebut. Apabila otak kita mula tidak percaya pada guru tersebut pula, kita akan hadapi kesukaran untuk menerima apa yang cikgu itu ajarkan.

Contohnya, jika kita mahu jadi pelajar cemerlang, mahukah kita belajar daripada pelajar yang gagal dalam semua matapelajaran setiap masa? Katakan pelajar gagal ini mahu mengajar kita bagaimana mahu menjadi pelajar cemerlang, adakah kita akan percaya pada kebolehannya? Apabila kita tidak percaya pada kebolehannya, adakah kita akan cuba kuasai apa yang diajarkan oleh pelajar gagal ini tadi? Tentu tidak bukan?

Sama seperti guru kita. Jika kita bercakap tentang perkara tidak baik mengenai guru kita, kita pasti akan hadapi kesukaran untuk memahami dan menguasai apa yang diajarkan.

image

Jadi, mengumpat dan mengutuk guru kita bukan sahaja dilarang oleh agama suci kita, malah ia juga dilarang berdasarkan kajian pakar psikologi.

Oleh itu kepada semua pelajar, sebagai langkah permulaan, saya cadangkan apa kata kita berhenti bercakap tentang perkara tidak baik mengenai guru kita HARI INI JUGA! Ia tidak memberi apa-apa faedah selain rasa seronok seketika (kerana mengutuk orang lain). Untuk mendapat beberapa lagi tips untuk menghormati dan menyanjungi guru kita , anda semua boleh tonton video SmartStudyTV terbaru di bawah ini.

Selamat menonton.

Sumber : http://www.motivasibelajar.com/ ( Dengan ubah suai )

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.