ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 31 Oktober 2010

JUARA PIALA MALAYSIA 2010: Tahniah pemain dan penyokong The Red Warrior !..

Piala Malaysia: Kelantan 2 - 1 Negeri Sembilan

Oleh SURYATI MOHD NOR

KUALA LUMPUR: Kelantan menjuarai Piala Malaysia selepas mengalahkan Negeri Sembilan dengan keputusan 2 - 1 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam.
Gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang, Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan pemain tengah, Mohd Badhri Radzi, 65'.
Manakala penyerang Negeri Sembilan, Shahrulain Abu Samah menjaringkan gol tunggal pasukannya seawal minit ke-13.
Perlawanan akhir tersebut diadili oleh Subkhiddin Mohd Salleh. - mStarOnline

Tahniah juga diucapkan kepada Tok Guru selaku Menteri Besar Kelantan, dan Tuanku Sultan Kelantan Muhammad ke V !!
Sesunguhnya ini adalah hadiah bermakna buat seluruh rakyat Kelantan!

Timbalan Menteri Besar Kelantan mengumumkan bahawa 31 Oktober 2010 adalah hari cuti peristiwa bagi Negeri Kelantan.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 30 Oktober 2010

KOLEKSI SOALAN SEJARAH - PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2010

Berikut Adalah Koleksi Kertas Soalan Sejarah 1 dan 2 Peperiksaan Percubaan STPM Negeri-Negeri di Malaysia 2010 (Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Johor, Sabah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Pulau Pinang ) yang dapat saya kumpulkan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Ini adalah team work terbaik yang pernah saya capai dalam blog ini. Kepada blog dan laman pendidikan lain, boleh ambil dan link kan dengan blog anda tetapi janganlah segan dan malu untuk meletakkan sumber/source ambilan anda.
1.   Percubaan Sejarah 1 Perak : SMK Dary + Skema
2.   Percubaan Sejarah 2 Perak : SMK Dary
3.   Percubaan Sejarah 1 Negeri Sembilan 2010 + Skema
4.   Percubaan Sejarah 1 Pahang 2010 + Skema
5.   Percubaan Sejarah 2 Pahang 2010 +Skema
6.   Percubaan Sejarah 1 Kedah 2010 + Skema
7.   Percubaan Sejarah 2 Kedah 2010
8.   Percubaan Sejarah 1 Johor 2010 + Skema
9.   Percubaan Sejarah 2 Johor 2010 + Skema
10.  Excel 1 : Sejarah 1 Sabah 2010 + Skema
11.  Excel 2 : Sejarah Sabah 2010 + Skema
12.  Percubaan Sejarah 1 @ Sibu 2010 + Skema
13.  Percubaan Sejarah 1 Perlis 2010 + Skema
14.  Percubaan Sejarah 2 Perlis 2010 + Skema
15.  Percubaan Sejarah 1 Terengganu 2010 + Skema
16.  Percubaan Sejarah 2 Terengganu 2010
17.  Peperiksaan Pra STPM Sejarah 1 Kelantan 2010 + Skema
18.  Percubaan Sejarah 1 Kelantan 2010 ( TIADA )
19.  Percubaan Sejarah 2 Kelantan 2010 + Skema
20.  Percubaan Sejarah 1 Selangor + Skema
21.  Percubaan Sejarah 2 Selangor + Skema
22.  Percubaan Sejarah 1 Pulau Pinang : SMK Penanti

23.  Percubaan Sejarah 1 Sarawak (Kapit) 2010 + Skema
24.  Percubaan Sejarah 2 Sarawak (Kapit) 2010 + Skema 
25.  Percubaan Sejarah 1 Melaka 2010 ( TIADA )

Khamis, 28 Oktober 2010

Rabu, 27 Oktober 2010

Motivasi Kejayaan – Kejayaan Adalah Sesuatu Yang Dicipta, Bukan Terjadi Secara Kebetulan !!

Mark Zuckerberg mencipta kejayaannya menjadi jutawan dalam usia muda, begitu juga Irfan Khairi. Mereka berjaya dalam usia muda di dorong oleh satu perkara – keghairahan melakukan perkara yang menjadi mina, ia dipanggil ‘passion atau enthusiasm’.

Dari apa yang saya baca, Irfan Khairi meminati lukisan dan ‘creative design’. Mark Zuckerberg meminati pengaturcaraan komputer.

Facebook tetap jadi popular sedangkan ketika Facebook mula mendapat nama, internet sudah mempunyai berbagai laman sosial hebat seperti Friendster, Tagged, Myspace, Hi5, tak lupa laman-laman besar seperti Digg dan Delicious. Kerana apa Facebook popular?

Mark Zuckerberg berani memaparkan ciri-ciri keminatannya yang direka mengikut dia punya selera tanpa terikut-ikut dengan ciri laman web lain, lantas kelainan itu menjadikan (Facebook) berlainan dengan hasil laman web orang lain yang sudah gah menempa nama.

Saya dapati kejayaan hidup Irfan Khairi dan Mark Zuckerberg dicipta secara bertahap kesan dari sikap benar-benar menikmati keseronokan ketika melakukan apa yang mereka minat. Bacalah profail hidup Steve Jobs dan Anda akan tahu apa yang saya katakan ini betul.

Steve Jobs ditendang keluar dari kolej, tapi walaupun dia ditendang dari kolej , idea ‘gila’ Steve Jobs mengubah gaya hidup berbillion orang diseluruh dunia hari ini lantas menjadikan dia berjaya mengecapi tahap kejayaan yang lebih berjaya dari kejayaan-kejayaan dirinya sebelum ini. Dia memperkenalkan iPhone, iPad, iPod, produk-produk ‘bebudak’ yang tak pernah terfikir untuk dikeluarkan oleh pengeluar komputer lain.

Jadilah lain daripada yang lain, be different!

Anda sebenarnya dilahirkan untuk menjadi lain daripada orang lain tapi oleh kerana Anda mahu mendapat kawan dan mahu mendapat tempat di kalangan kawan-kawan Anda, Anda membentuk diri Anda menjadi sama dengan diri orang lain.

Untuk membentuk kejayaan Anda, Anda kena bentuk identiti sendiri, stail sendiri, bina jenama Anda sendiri, cipta gaya Anda tersendiri, cari apa ‘passion’ Anda. Kejayaan dicipta oleh apa yang menyeronokkan kita lalu kita jadikan keseronokan itu sesuatu yang bermanfaat untuk kebaikan orang lain pula.

Kredit : i-Motivasi

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 16 Oktober 2010

SEJARAH 1 – PERCUBAAN SABAH@SIBU(SKEMA DISEDIAKAN)

clip_image002

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR SIBU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SATU

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BAHAGIAN A

Jawab dua soalan sahaja.

1 Bincangkan faktor-faktor kemunculan tamadun awal dunia dalam sejarah tamadun manusia. [25m]

2 Bincangkan pemerintahan republik yang lahir di Eropah dengan merujuk kepada konsep negara kota, empayar dan negara bangsa . [25m]

3 Bincangkan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan cara-cara yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan tamadun awal untuk mengukuhkan ketahanan dan pertahanan masing-masing. [25m]

4 Bincangkan dan bandingkan dasar dan sistem ekonomi masyarakat Mesopotamia dan Mesir. [25m]

5 Huraikan dasar, institusi dan kurikulum yang wujud di Alam Melayu sebelum kurun ke-18 Masihi. [25m]

6 Huraikan sistem pemerintahan pusat dan wilayah di India dan China. [25m]

7 Sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam dunia penjelajahan dan penerokaan tidak dapat dinafikan. Bincangkan. [25m]

8 Huraikan ciri-ciri pembandaran dalam tamadun China pada zaman klasik. [25m]

Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja.

9 Huraikan faktor-faktor penentangan terhadap ajaran Islam oleh kaum Quraisy pada zaman Nabi Muhammad di Makkah. [25m]

10 Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat Melayu.Bincangkan perubahan tersebut dangan membandingkan ciri-ciri masyarakat Melayu pada zaman sebelum dan sesudah Islam. [25m]

11 Bincangkan peranan wanita dalam ketenteraan Islam. [25m]

12 Huraikan pembaharuan yang dilakukan oleh Akbar dalam bidang keagamaan . [25m]

13 Huraikan dasar pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah pada Zaman Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian. [25m]

14 Huraikan sejarah perkembangan dan peranan mata wang Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan Kerajaan Bani Ummaiyyah. [25m]

15 Jelaskan kaedah pendidikan Islam pada zaman Rasulullah ketika berada di Makkah dan Madinah. [25m]

16 Bincangkan aktiviti dan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang pelayaran dan penjelajahan.. [25m]

“Do the difficult things while they are easy and do the great things while they are small. A journey of a thousand miles must begin with a single step....”

Disediakan/Disumbangkan oleh : Cik Kong Tai Tey

 SKEMA JAWAPAN (Sila Download Sini)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 10 Oktober 2010

PERSEDIAAN SEJARAH STPM 2010

Salam Sejahtera Kepada semua pelajar khususnya pelajar-pelajar saya di SMKDARY,

Semoga anda semua berada dalam keadaan sukses selalu. Saya selalu mendoakan kejayaan anda semua. Yang pasti, anda mesti terus berusaha tanpa jemu atau sudah berasa sangat bersedia atau yang sangat bahaya berasa putus asa sehingga berserah sahaja ….. tak mau buat apa dah !!

Saya telah mengusahakan dengan mengumpul sebanyak mungkin soalan dan skema percubaan Sejarah 1 dan 2 dari serata Malaysia tercinta ini melalui blog ini. Itu sahaja yang dapat saya usahakan dengan kerjasama ‘team’ rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar yang perihatin dan mahu berkongsi. Sepatutnya lebih banyak soalan dan skema yang boleh dikongsi. 

Team Work

Saya tak mahulah menyenaraikan siapa yang ikut serta dan siapa yang tidak. Berkongsi memang berat dan sukar jika tiada  keikhlasan. Macam orang kawin lebih la…… berpoligami !!! 

Saya mohon keampunan daripada Allah jika ini merupakan rasa kurang puas hati saya terhadap usaha ini. Saya cuba lakukan dengan ikhlas. Saya juga mohon keampunan Allah jika ini merupakan riya’. Moga Allah merahmati apa yang diusahakan ini.

Kepada pelajar saya di SMK DARY, muhasabah lah diri masing-masing. Anda tentu mahukan kejayaan. Bukan begitu ??  Tidak mungkin anda membazirkan masa kekal di Tingkatan 6 @ Pra Universiti ini hanya untuk mengisi waktu atau kerana menurut kehendak mak ayah anda sewaktu awal dulu !!! Fikir-fikirkan dengan matang.

Para pelajar saya yang dikasihi,

Baki masa yang ada ini, tolong guna dengan bijaksana. Saya yakin anda semua telah berusaha mengikut kekuatan masing-masing. Sekarang yakin dengan diri sendiri ……. ingat anda bisa sukses, dan sukses adalah hak anda !!! Jangan peduli kata-kata siapa pun yang merendahkan kemampuan anda, yang meremehkan anda, kata-kata yang ‘melepek-lepek’ tak kira dari siapa .

Sekarang, pandang ke hadapan, terus berusaha, jangan tensen sangat-sangat, sikit-sikit tu normal. Khususnya subjek Sejarah 1, teruskan membaca soalan – jawapan semua skema yang saya berikan mengikut fokus tema kita iaitu tema  1, 2, 3, 4,5 dan 7. 

Dengan membaca pelbagai soalan itu, yakinlah anda akan (InsyaAllah) menjadi lebih kreatif dan mampu menggarap pelbagai soalan dengan kritis dan analitikal. Itulah strategi khusus yang saya kira penting untuk waktu-waktu terakhir sebelum peperiksaan bermula. Subjek lain jangan pula dikesampingkan.

Namun, anda juga mesti sedar, tiada jaminan soalan percubaan tersebut akan keluar dalam peperiksaan STPM sebenar. Itu hanya soalan Percubaan bukan soalan spot. Ingat pesan saya. Baca semua bahagian soalan dalam tema 1,2,3,4,5, dan 7. Soalan dalam tema lain anda boleh ‘spot’ mati ! Fahamkan !

Kalau saya tahu soalan pun, saya tak akan bagi tahu anda. Jadi,  gunakan kebijaksanaan anda.

Dalam  waktu sebegini, tolong kurangkan masa berhibur, bersenang-lenang tak tentu pasal,berada dalam zon selesa sentiasa, berfacebook berjam-jam, ber’chating’ berjam-jam, melepak berjam-jam, tidur berjam-jam, dan pelbagai perkara kurang berfaedah. Kena kuat semangat dan fokus pada matlamat anda.

Tipu Dunia Maya

Jika  ada masalah, terus berjumpa saya atau telefon atau emel atau melalui face book….. .

Malu bertanya sesat jalan……….

Yang terpenting juga, jangan lupa Solat dan berdoa kepadaNya. Itulah kekuatan kita sebagai seorang Muslim. Doa adalah senjata kita ………..penguat jiwa kita. Jangan lupa solat Dhuha …….InsyaAllah ada keberkatannya. Hindarkan maksiat kerana ilmu itu cahaya. Maksiat itu kegelapan. Cahaya tidak akan tidak akan bersinar dalam kegelapan yang pekat.

Ingat, BERUSAHA , BERDOA, (InsyaAllah) BERJAYA.

Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 4 Oktober 2010

SEJARAH 1- PERCUBAAN KEDAH 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

PERCUBAAN SEJARAH 1 2010 NEGERI KEDAH

BAHAGIAN A

1.Sejauhmanakah revolusi pertanian menjadi titik tolak kepada kemunculan tamadun awal manusia.

2.Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh pemerintah dalam mengukuhkan empayar India, China dan Rom.

3.Bincangkan strategi dan taktik peperangan yang diamalkan dalam tamadun India sebelum Islam dengan tamadun Islam pada zaman Nabi Muhammmad s.a.w

4.Huraikan faktor-faktor utama yang membawa kepada perkembangan perdagangan antarabangsa antara Timur Tengah dengan Timur Jauh.

5.''Pendidikan secara formal adalah semata-mata untuk melahirkan golongan cerdik pandai''. Bincangkan penyataan ini dengan contoh-contoh daripada tamadun manusia.

6.Jelaskan tentang pemikiran ahli falsafah Yunani.

7.Bincangkan sumbangan ahli-ahli pelayaran China dan Barat dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

8.Jelaskan konsep dan amalan kesenian dari perspektif Barat dan Islam.

BAHAGIAN B

9.Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Semenanjung Tanah Arab.

10.Huraikan pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz semasa pemerintahannya.

11.Sejauh manakah kepimpinan Nabi Muhammad s a w menjadi faktor utama kepada kejayaan tentera Islam dalam siri peperangan pada zaman baginda.

12.Bincangkan sumber-sumber ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammmad s.a.w sehingga zaman Bani Abbasiyyah.

13.Huraikan matlamat,prinsip-prinsip pendidikan Islam serta huraikan sejarah perkembangan sistem pendidikan Islam di Timur Tengah.

14.Jelaskan sumbangan tamadun Islam dalam bidang intelektual.

15.Bincangkan sumbangan Sulaiman al-Mahri dan al-Istakhri dalam bidang pelayaran dan penerokaan Islam.

16.''Perjanjian Aqabah telah merintis jalan kepada peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dari Makkah ke Madinah.'' Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini.

Sumbangan : Zaza SMK Changloon dan Darwina.

Skema Oleh : Azam Che

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 2 Oktober 2010

SEJARAH 1-PERCUBAAN NEGERI SEMBILAN(SKEMA DISEDIAKAN)

BAHAGIAN A

Jawab dua soalan sahaja.

1. Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, jelaskan kepentingan alam sekitar terhadap masyarakat prasejarah ? (25m)

2. Huraikan perkembangan sistem pemerintahan beraja di China pada zaman Dinasti Han? (25m)

3. Bincangkan struktur pentadbiran ketenteraan di India sebelum Islam ? (25m)

4. Huraikan perkembangan sistem perdagangan daripada sistem barter kepada kapitalisme yang berlaku di Eropah.? (25m)

5. Huraikan peranan yang dimainkan oleh Melaka dalam proses penyebaran Islam di Asia Tenggara?. (25m)

6. Bincangkan faktor-faktor orang China melakukan penerokaan dan penjelajahan pada abad pertama masehi hingga abad ke 15 masehi? (25m)

7. Bandingkan ciri-ciri bandar yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia dan tamadun Indus? (25m)

8. Bandingkan strategi peperangan antara Tamadun Rom dengan Tamadun Islam ? (25m)

BAHAGIAN B

Jawab dua soalan sahaja.

9. Huraikan perubahan-perubahan masyarakat Arab Jahiliah selepas kedatangan Islam? (25m)

10. Rasulullah bukan sahaja nabi dan rasul, tetapi juga seorang negarawan. Bincangkan ? (25m)

11. Nilaikan kepentingan Piagam Madinah dalam pembentukan ummah di Madinah (25m)

12. Jelaskan pelaksanaan dan kepentingan zakat pada zaman khulafa ar-rasyidin (25m)

13. Bincangkan matlamat pendidikan Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w (25m)

14. Terangkan sumbangan Ibn Batuta dalam penjelajahan dan penerokaan? (25m)

15. Bandingkan ciri-ciri dan kepercayaan masyarakat Alam Melayu dengan masyarakat Jahiliah (25m)

16. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan tamadun Eropah? (25m)

SUMBANGAN : EN. ABDUL RAZAK

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 1-PERCUBAAN PAHANG 2010S(SKEMA DISEDIAKAN)

SOALAN SEJARAH 1

BAHAGIAN A

1) Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan memberikan contoh2 yg sesuai drpd tamadun awal manusia.

2) Dengan merujuk kpd Tamadun Melayu & Mesopotamia, bincangkan perkembangan sisitem pentadbiran pusat dan wilayah.

3) Huraikan faktor2 perubahan yg mendorong kpd kemunculan Negara Bangsa di Eropah.

4) Terangkan konsep sara diri, komerisal & kapitalis. huraikan sebab2 perkembangan sistem kapitalis di Eropah sehingga abad ke 18.

5) Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 Masihi & Nicollo Machieavilli pada abad ke-16 Masihi.

6) Bincangkan perkembangan institusi pendidikan dlm Tamadun Melayu pada zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam.

7) Bandingkan sumbangan Marco Polo & Ibn Battutah dlm bidang pelayaran dan penjelajahan.

8) Kewujudan organisasi sosial di Lembah Indus dan China agak unim berbanding dgn tamadun2 lain. bincangkan ciri2 organisasi sosial kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapaian ketemadunan masyarakat tetrsebut.

BAHAGIAN B

1) Huraikan golongan masyarakat yg terdapat pada zaman Bani Umayyah.

2) Jelaskn faktor2 serta cara penentangan Quraisy Makkah terhadap dakwah Nabi Muhammad S.A.W. & huraikan cara baginda menghadapi penentangan itu.

3) Nytakn faktor2 dan kesan2 penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah.

4) Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia. Berikan huraian berhubung dgn kadungan & kepentingan piagam tersebut.

5) Perang Uhud merupakan perang yg ke-2 dlm kelender Islam & ia berlaku pada tahun ke-3 Hijrah. Bincangkan faktor2 serta kesan2 & perisriwa Perang Uhud.

6) Huraikan sejarah penciptaan & penggunaan matawang dlm sistem ekonomi Islam.

7) Bandingkan sistem pndidikan pada zaman Kerajaan Umayyah & kerajaan Abasiyyah.

8) Bincangkan perkaitan antara Hijrah Rasulullah S.A.W. ke madinah dgn sejarah penjelajahan dan penerokaan umat Islam selepas keawafatan baginda.

Sumbangan : Nur Amalini Mohamad Rosly dari Sek. Men. Keb. Ahmad Pekan, Pahang

Skema/Soalan Sumbangan : Cikgu Ida

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 2-PERCUBAAN PAHANG 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

KERTAS SEJARAH 2

BAHAGIAN A

1) Jelaskan perubahan peranan Raja pada sebelum & selepas penjajahan British di Tnah Melayu.

2) Bincangkan sistem ekonomi masyarakat Melayu sblum campurtangan British. 

3) Terangkan ciri2 Persekutuan tanah Melayu 1948 & eraksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

4) Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati pembesar Melayu menyebabkan berlaku penentangan di Perak & Pahang pada aaabad ke-19

5) Bncngkan peranan & sumbangan bidang kewartawanan di Tanah Melayu dlm membangkitkan Gerakan Nasionalisme Melayu sebelum perang dunia ke-2.

6) Jelaskan ksan politik,ekonomi & sosial akibat kependudukan Jepun di Tnah Melayu antara tahun 1942-1948.

BAHAGIAN B

7) Bncangkan agama & kepercayaan yg diamalkan oleh masyarakat Thailand Dan Myanmar senbelun kedatangan kuasa2 Barat.

8) Bincangkan Dasar Tutup Pintu yg dijalankan oleh China & Jepun pada awal abad ke 19.

9) Bncangkan tindak balas masyarakat peribumi terhadap kuasa2 asing di rantau Asia Tenggara.

10) Bincangkan kesan2 Perjanjian Kanagawa di Jepun & Perjanjian Bowring di Thailand terhadap negara berkenaan.

11) " Peletusan Dahagi India pd tahun 1857 & Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1911 adalah disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap Inggeris". jelaskan faktor2 kebangkitan gerakan penentangan tersebut.

12) Sejauhmanakah peranan yg dimainkan oleh golongan intelektual menjadi faktor utam dalam peletusan Revolusi 1911 di China & Revolusi 1932 di Thailand?

Sumbangan : Nur Amalini Mohamad Rosly dari Sek. Men. Keb. Ahmad Pekan, Pahang

Skema/Soalan Sumbangan : Cikgu Ida

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Jumaat, 1 Oktober 2010

SEJARAH 1 – PERCUBAAN PULAU PINANG @ SMK PENANTI

Bahagian A

JAWAB 2 ( DUA ) SOALAN SAHAJA

1. Pembandaran adalah proses di mana penduduk tinggal dan bekerja di kawasan yang kecil dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan. Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri utama perbandaran terancang dalam  Tamadun awal .

2. Tamadun Mesir, China , India dan Alam Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja manakala tamadun Yunani dan Rom pula mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi”.Bedasarkan penyataan di atas bincangkan ciri-ciri kedua-dua sistem pemerintahan tersebut.

3. Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo Machiavaeli pada abad ke 16 M

4. Bincangkan faktor  perkembangan ekonomi dalam tamadun manusia sehingga tahun 1800 Masihi.

5. Jelaskan sistem pendidikan yang diamalkan di Athens dan Sparta di dalam Tamadun Yunani.

6. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan China dan kesannya kepada tamadun tersebut.

7. Huraikan taktik dan strategi peperangan yang diamalkan oleh tamdun Rom dan tamadun Islam.

8. Bandingkan konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dengan pandangan Barat.

Bahagian B

JAWAB 2 ( DUA ) SOALAN SAHAJA

9. Huraikan keadaan masyarakat di Kota Madinah sebelum penghijrahan nabi Muhammad saw dan umat Islam Kota Makkah

10. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Berikan huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan piagam tersebut.

11. Bincangkan etika dan tatacara peperangan yang dianjurkan oleh Islam dengan memberi contoh-contoh yang jelas.

12. Jelaskan Fungsi Zakat Dan Pelaksanaannya pada zaman Bani Umayyah.

13. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi.

14. Bincangkan aktiviti dan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang pelayaran dan penjelajahan.

15. Bandingkan dasar pemerintahan Khulafa ar-Rashidin dengan pemerintahan Bani Umaiyah.

16. Bincangkan sumbangan Marco Polo dan al-Mas’udi kepada tamadun manusia.   

SUMBANGAN : FARIDAH BINTI ABDULLAH

   SKEMA JAWAPAN (TIADA)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 2 – PERCUBAAN KEDAH 2010

BAHAGIAN A

1. Bincangkan sistem politik Melayu sebelum campur tangan British. (25 markah)

2. Sejauh manakah masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu mengamalkan ekonomi sara diri sebelum campur tangan British. (25 markah)

3. Bincangkan faktor-faktor tindakbalas golongan pembesar di Perak dan Pahang terhadap pentadbiran British pada penghujung abad ke-19. (25 markah)

4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) antara tahun 1874-1941. (25 markah)

5. Jelaskan perubahan-perubahan Perlembagaan Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga 1957. (25 markah)

6. Sejauh manakah sentimen antikomunis telah mempengaruhi penggubalan dasar luar Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1957 hingga 1963. (25 markah)

BAHAGIAN B

7. Bincangkan adat masyarakat tempatan di Myanmar dan Vietnam sebelum campur tangan peluasan pengaruh Barat. (25 markah)

8. Bincangkan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun sehingga pertengahan abad ke-19. (25 markah)

9. Bandingkan proses pengilhakan Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19. (25 markah)

10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Filipina dan India terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. (25 markah)

11. Bandingkan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China dan Revolusi Siam pada awal abad ke-20. (25 markah)

12. Bagaimanakah pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada pertengahan abad ke-20. (25 markah)

Sumbangan : Saiful Lizan bin Halim  , Pelajar SMK DARULAMAN KEDAH dan Warung Maskun (From Facebook)   

   SKEMA JAWAPAN (TIADA)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.