Kita sudah masuk ke bulan Julai 2010 sekarang ni.
Bagaimana dengan bulan-bulan sebelum ni ? Cemerlangkah anda terutama dalam PPT yang lalu khususnya subjek Sejarah ?
Andai kata anda rasa diri anda masih tidak cemerlang, anda kena buat sesuatu . Setuju ? Anda kena tebus ketidakcemerlangan anda tu mulai bulan Julai ni. STPM dah nak dekat . Ubah apa yang perlu diubah.
Pastikan matlamat anda jelas sekarang. Anda nak capai apa dalam STPM 2010 ni. Tulis besar-besar matlamat di dinding bilik, ayat-ayat peransang semangat yang ‘power’ seperti “Aku Mahu Berjaya”, “Sejarah Mesti A”, dan sebagainya.
Anda kurang cemerlang sebab anda kurang ransang diri anda dengan ayat-ayat ‘power’ penaik semangat dengan cara berterusan. Anda mesti faham, motivasi ni turun naik. Ada kala bersemangat sangat tapi kekadang ia akan jadi ‘lembik lotek’.
Jika rasa malu nak pamerkan kata-kata semangat di dinding bilik, boleh juga dituliskan dalam sekeping kad.
Bawa kad tu ke mana-mana kemudian lihat dan baca bila-bila masa dengan penuh kesedaran, sebanyak mungkin dalam sehari. Setiap kali membacanya, anda akan rasa bersemangat kembali.
Teknik ni sebenarnya ‘simple’je, tapi Insyaallah dapat menaikkan semangat anda atau sekurang-kurangnya akan menyedarkan anda dari lamunan .
1 ulasan:
Salam dari Selangor..
setuju! Saya f6 bawah, tahun depan baru exam. Tapi dah terasa bahangnya. Entahla. Rasa cam tak senang duduk je ,cikgu :D
terima kasih untuk ilmu2 yang cikgu sumbang disini. :D
Catat Ulasan