Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi.
Pengenalan
- Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu.
- Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang utama di Nusantara.
- Institusi pendidikan Islam di Acheh merupakan institusi yang tersusun dan terancang.
- Pendidikan asas bermula di Madrasah atau Meunasah, diikuti dengan pendidikan menengah di Rangkang dan seterusnya pendidikan tinggi dijalankan di Balee.
- Pengajian Islam berkembang dengan pesat merangkumi tugas bahasa, iaitu fiqh, usuluddin dan tasawuf.
- Pendidikan di Acheh terbahagi kepada lima peringkat:-
i. Pendidikan dasar – madrasah
ii. Pendidikan menengah – rangkang
iii. Pendidikan tinggi di Ballee
iv. Kumpulan beberapa Rangkang Ballee – melahirkan dayah
v. Pendidikan yang dijalankan di masjid seperti Masjid Baiturahman, Baiturahim dan Bait Mushadah.
Isi Penting (5 isi X 4 markah = 20 markah)
1. Madrasah atau Meunasah
- Merupakan institusi pendidikan permulaan yang biasanya didirikan di setiap kampung.
- Para pelajar diajar membaca al-Quran, membaca dan menulis huruf Arab dan belajar perkara-perkara asas dalam Islam.
- Selain itu, pelajar turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam, fekah, ibadat dan akhlak.
- Para pelajar juga dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama iaitu dinakan dike (zikir) atau seulaweut (salawat) pada setiap malam Jumaat.
- Anak-anak yang khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan dan Risalah Masailal al-Muhtadin.
- Sejarah Islam juga diajar dengan cara bercerita.
2. Masjid
- Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam.
- Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah pertama.
- Beberapa masjid dinaiktaraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid Baiturahman.
3. Rangkang
- Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di rangkang atau disebut juga pondok, pasantren atau madrasah.
- Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan asrama.
- Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki oleh guru yang mengajar.
- Murid yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang yang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir.
- Ada antara pelajarnya yang melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir.
- Rangkang yang terkenal ialah yang terletak di Banda Acheh Barussalam.
- Banyak ulama yang terkenal dari luar negara datang mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya juga datang dari pelbagai daerah.
- Mata pelajaran yang diajar ialah Fekah, Ibadat, Tauhid, Tasawuf, Sejarah Islam dan Sejarah Dunia dan juga Bahasa Arab.
- Pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, selain daripada buku-buku bahasa Arab yang juga banyak digunakan.
- Ilmu umum turut diajar seperti Geografi, Sejarah dan Matematik.
4. Dayah
- Di Acheh, Dayah disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di Indonesia atau Madrasah Aliyah.
- Hampir setiap daerah nanggore (negeri) terdapat dayah.
- Terdapat dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama iaitu aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang.
- Pusat Pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam tinggi yang pertama yang di Asia yang telah melahirkan banyak ulamak yang menjadi pendakwah Islam di Nusantara.
- Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dari Arab.
- Dua jenis dayah iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum.
- Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus untuk mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dan sebagainya dengan menurut syariat Islam.
- Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala,dan Dayah Teungku Chik.
- Mata pelajaran yang diajar di Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, Fiqh, Jinayat(hukum pidana), Fiqh Munakahat (hukum perkahwinan), Fiqh Duali (hukum tatanegara), Sejarah Islam, sejarah negara-negara, Ilmu Mantik, Tauhid/Filsafat, Tasawuf, Akhlak, Ilmu Falak, Tafsir, Hadis dan sebagainya.
- Menurut Beaulieu (pengembara Perancis) yang pernah mengunjungi Acheh pada abad ke-17, menyatakan bahawa ajaran Islam yang berkembang sejak sekian lama telah dapat membasmi buta huruf dan buta ilmu.
5. Balai Setia Hukama dan Balai Setia Ulama
- Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jamaah Himpunan Ulama.
- Balai Setia Hukama - tempat para ulama dan ahli fikir untuk membahaskan perkara-perkara yang menyentuh tentang pendidikan.
- Balai Setia Ulama – menguruskan maslah-masalah yang berkaitan dengn pendidikan.
6. Balai Jamaah Himpunan Ulama
- Merupakan kelab perbincangan bagi para sarjana dan ulama bertukar-tukar pandangan, berseminar, membahaskan masalah pendidikan dan sebagai tempat pengembangan ilmu pengetahuan.
7. Jamiah/Universiti Baiturahman
- Masjid Baiturahman dinaiktaraf menjadi Jamiah/Universiti Baiturahman.
- Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri telah mendirikan Masjid Baiturahman yang digunakan semata-mata untuk dijadikan tempat menuntut ilmu.
- Terdapat 17 dar (fakulti) seperti FAkulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian, Fakulti Peperangan dan lain-lain lagi.
- Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan juga negara-negara Islam yang lain seperti Arab, Turki, Parsi, India dan lain-lain lagi.
- Pada zaman pemerintahan Sultan Alaidin Muda Darma Wangsa Perkasa Alam Syah (1607 – 1636), terdapat sebanyak 44 orang guru besar di Jamiah Baiturahman (A.Hasjmy).
Kesimpulan
1. Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual Islam seperti Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dll.
2. Kesannya – telah membantu menghebatkan perkembangan Islam di Nusantara.
5 ulasan:
terima kasih cikgu..
.
Terima kasih ckg
Alhamdulillah banyak membantu .Terima kasih .
Bnyak mbntuuu :*
Catat Ulasan