Kecemerlangan dan ketahanan motivasi yang berkekalan pada seorang pelajar terletak pada ‘nawaitu’ @ niatnya.
Sedar atau tidak, motivasi kita ketika belajar di dalam kelas sebenarnya dipengaruhi oleh niat kita di dalam hati.
Niat di hati adalah penggerak motivasi. Semua perkara bermula dengan niat yang terlintas di hati. Tanpa niat yang betul, ibadah tidak sah .
Tanya diri anda, apakah niat anda pergi ke sekolah? Macam-macam kan ? Hanya anda yang tahu niat anda sebenarnya.
Untuk apa anda ke sekolah? Sebab apa anda masuk ke kelas? Sebab apa dulu anda rajin, sekarang dah malas sikit (ho ho ho). Sebab apa dulu cikgu yakin kemampuan anda untuk berjaya tapi kini dah berubah ? Sebab apa ketekunan anda belajar berubah menjadi suka mengelamun ? Soalan-soalan ini akan dapat merungkai apa nawaitu kita sebenarnya.
Apabila kita meletakkan niat ke sekolah kerana mahu mencari ilmu, mahu membina kecemerlangan atau mahu membina masa depan yang lebih baik untuk kita dan keluarga, ( kerana Allah ) niat itu akan mendorong kita untuk mahu mencapai kecemerlangan dalam apa saja subjek yang kita ambil sama ada subjek itu kita suka atau pun tidak. Dengan demikian daya motivasi diri anda ‘maintain’, dan sentiasa bersemangat . Juga anda kenal siapa anda dan apa tugas anda sekarang . Tak lah jadi macam tak sedar diri lagi ……..
Niat yang dianggap perkara ‘kecil’ sebenarnya memberi impak yang amat besar terhadap tindakan kita seterusnya.
Fikir-fikirkan.
2 ulasan:
niat saya dtg cni krna Allah jugak~
huhu :)
niat yg baik sentiasa diberkati ALLAH ;)
Catat Ulasan