ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 23 Mei 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 - KONSEP TAMADUN

Jelaskan konsep tamadun dan huraikan bagaimana ahli-ahli arkeologi membuktikan wujudnya sesebuah tamadun awal manusia yang terdapat di lembah- lembah utama di dunia.

Pengenalan
  • Sebelum munculnya tamadun awal manusia terdapat kelompok- kelompok masyarakat yang berselerak di merata- rata tempat , menunjukkan bentuk – bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang berbeza . Semasa zaman neolitik terdapat perbezaan – perbezaan yang di sebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur- unsur kehidupan . 
  • Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap neolitik . Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang jauh lebih kompleks daripada perkampungan sebelumnya .
Isi

A)Konsep Tamadun
  • Tiada satu konsep dan takrifan yang muktamad . Salah satunya takrifnya oleh Gordon Childe , seorang ahli arkeologi Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya , tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian dari dan persekitarannya . Pada tahap itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan , interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan ‘cultural potential’ untuk kehidupan yang lebih sempurna , pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan , kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni , sains dan teknologi 
  • Contohnya masyarakat Mesir dan Sumeria menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk kerajaan timbul dengan munculnya golongan paderi / pendeta yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya manakala agama di gunakan sebagai kuasa untuk mengawal golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi.
  • Selain itu , terdapat pula ahli arkeologi menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan bangunan - bangunan untuk memenuhi fungsi agama , sosial , politik dan ekonomi dan tulisan untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangka masa panjang . Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka

B). Cara ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal manusia

1. Melalui kaedah cari gali
  • Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah cari gali atau ekskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan kaedah cari gali di tapak- tapak yang di kenal pasti sebagai tapak arkeologi . Kaedah cari gali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2 meter , penggunaan alat seperti scraper , penapis , berus ,dan sebagainya .
  • Melalui kaedah cari gali ahli arkeologi dapat menemui artifak-artifak seperti serpihan tembikar , tulang binatang , rangka manusia , bangunan lama dan sebagainya . Bagi menentukan usia atau tempoh artifak sebagai bukti kewujudan tamadun , ahli arkeologi menggunakan kaedah atau sejenis alat yang dikenali sebagai radio carbon dating atau  “C14”.

2. Penemuan arkeologi
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan – tinggalan arkeologi . Penemuan arkeologi ini adalah bukti yang paling penting dan jelas dapat menentukan di satu- satu tempat itu pernah wujud . Penemuan arkeologi dapat dibahagikan kepada 3 jenis seperti artifak , inskripsi dan monument. 
  • Artifak merupakan tinggalan sejarah yang kecil atau halus yang di temui di tapak arkeologi seperti serpihan tembikar , manik – manik , fosil – fosil , kapak batu dan lain-lain . Inskripsi pula merupakan tinggalan arkeologi yang bersifat sederhana besar dan mempunyai catatan yang tertentu seperti batu nisa , perkuburan , batu bersurat dan sebagainya . Monumen pula merujuk kepada tinggalan sejarah yang berbentuk bangunan seperti runtuhan istana , kuil atau rumah berhala , tugu peringatan dan sebagainya.
  • Contohnya kewujudan tamadun Mesir melalui penemuan artifak dan monument purba seperti pyramid , kuil – kuil , istana firaun , sphinx dan sebagainya

3. Penemuan sains dan teknologi
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun awal adalah melalui tinggalan – tinggalan sains dan teknologi yang di capai oleh masyarakat lampau . Kebanyakan masyarakat lampau sudah menguasai ilmu Sains tinggi seperti dalam bidang kejuruteraan bangunan, perubatan , matematik , astronomi , fizik,kimia dan sebagainya 
  • Ini secara tidak langsung mereka berjaya menghasilkan ciptaan – ciptaan sains dan teknologi untuk meningkatkan tamadun mereka yang kemudian menjadi lambang atau simbol kehebatan sesebuah tamadun
  • Misalnya Orang Mesir terkenal dalam kimia , perubatan , kejuruteraan dan astronomi yang membolehkan ahli sejarah menemui tinggalan seperti pyramid , sphinx dan “mumia”. Tamadun Hwang Ho dibuktikan melalui penemuan sains dan teknologi seperti tinggalan bangunan purba , kertas , jade , kompas dan sebagainya.

4. Penemuan tapak – tapak kota atau bandar purba
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tapak- tapak kota atau bandar purba yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan . Antaranya seperti Istana , rumah ibadat , kubu pertahanan , bangunan pentadbiran , tugu peringatan dan sebagainya .Tapak- tapak kota ini adalah berbentuk monument yang lengkap. Bahkan penemuan ini, mengikut ahli arkeologi sebagai lambang keagungan sesebuah tamadun awal seperti Mesir , Sumeria , Indus dan lain lain 
  • Contohnya arkeologi menemui tapak kota purba Harappa dan Mohenjo daro sebagai bukti wujudnya tamadun Indus di Lembah Sungai Indus pada tahun 300sm. Tamadun Sumeria melalui tapak kota purba Babylon di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

5. Sistem tulisan
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal juga melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada tinggalan arkeologi seperti batu bersurat , tugu peringatan , istana ,kuil , surat perjanjian dan sebagainya. Tulisan mengikut Darcy Riberio adalah lambang dan manifestasi sesuatu bangsa. 
  • Bentuk tulisan yang terawal adalah dari bentuk simbol – simbol atau lambang yang di cantumkan menjadi maksud tertentu .Antaranya tulisan yang terawal seperti hieroglif (Mesir) Cuneiform ( Sumeria) Ideogram(Hwang Ho) Phoenicia (Yunani) dan sebagainya . Bentuk tulisan purba ini ditemui pada batu- batu bersurat , tugu peringatan , rumah -rumah ibadat , kubur , bangunan dan sebagainya .
  • Contohnya ahli arkeologi dapat mengkaji perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai “Rosetta Inscription” dan tulisan- tulisan yang terdapat pada dinding pyramid.

6. Aktiviti Ekonomi
  • Ahli arkeologi dapat juga membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan-tinggalan yang berkaitan dengan ekonomi masyarakat purba .Antaranya melalui sistem pertanian , perdagangan, mata wang , pengangkutan dan sebagainya 
  • Contohnya tamadun Sumeria sering dikaitkan dengan aktiviti perindustrian tekstil dan senjata , kejayaan mencipta kenderaan beroda yang dikenali “chariot” , penggunaan kapal layar dan lain- lain. Tamadun Rom dapat di kesan melalui penemuan artifak yang ada kaitan dengan ekonomi seperti wang syiling emas dan perak dan sebagainya.

7. Agama dan Kepercayaan
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun melalui agama dan kepercayaan . Ini kerana setiap tamadun atau masyarakat awal mempunyai agama masing -masing . Biasanya mereka juga akan meninggalkan kesan -kesan ekonomi yang dapat menjadi bahan kajian kewujudan tamadun mereka .Antaranya seperti tinggalan rumah ibadat seperti kuil , berhala , patung dewa atau tuhan , tempat pemujaan dan penyembahan , alat- alat penyembahan dan sebagainya . Kebanyakan bukti- bukti dijadikan bahan rujukan utama kepada ahli arkeologi untuk mengkaji pemikiran budaya , cara hidup , nilai sosial , adapt dan sebagainya.
  • Contohnya Tamadun Sumeria dapat di kaji penemuan rumah berhala yang dikenali sebagai “ziggurat” yang merupakan bangunan berbentuk pIramid tujuh tingkat , tamadun Mesir melalui penemuan kompleks kuil dan patung dewan di bandar keagamaan purba Mesir di Kernak dan Memphis dan sebagainya.

Kesimpulan : 

1 ulasan:

fanacheksaat berkata...

terima ksih ckg..
utk tjuk "jelaskn konsep tamadun dan huraikan bagaimana ahli arkeologi mmbuktikn wujudnya ssebuah tamadun awal manusia yg trdpt di lmbah2 utama di dunia" sy da complete....
ats bntuan note ni sy dpt ciapkan assgnment sejarah STPM sy..

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.