Hari ni 16 Mei adalah Hari Guru. Sambutan peringkat sekolah akan diadakan esok.
Kepada rakan-rakan guru, saya ucapan Selamat Hari Guru. Tanpa guru kita terdahulu, siapalah kita sekarang ini. Kerana pengorbanan merekalah kita berdiri dipersada dunia pendidikan. Tugas kita bukan mudah. Bukan sekadar memberi ilmu tetapi tugas mulia yang cukup besar khususnya bagi pendidik Muslim. Kita perlu ada iltizam untuk membentuk anak didik dan anak-anak kita ke arah generasi yang bertaqwa yang dalam hatinya ada rasa berTuhan.
Nilaian Allah terhadap tugas kita tetap disandarkan kepada sejauh mana ianya mematuhi syariatNya. Niat mesti betul, matlamat mesti betul dan natijahnya juga mesti betul. Matlamat tidak menghalalkan cara. Itulah ajaran Islam yang perlu difahami yang meletakkan Islam sentiasa di atas. Dalam masyarakat yang serba pincang dan senget ini, kita guru pun ramai yang pincang dan senget. Pelbagai macam aliran pemikiran, stail, isme, yang ditanggapi secara ikut suka dan saja-saja. Pemikiran kita diracun secara sedar atau tidak sedar, mahu atau terpaksa, suka ataupun tidak. Sama ada kita sedar atau tidak, pemikiran kita dicengkam oleh Barat, Yahudi dan Nasrani sehingga kita mengikut sahaja apa yang dibawa oleh mereka dan tak boleh buat apa-apa. Bukan semua dari Barat itu salah, tapi mereka ada agenda. tersendiri. Perhatikan dan fikirkan dengan hati yang tenang apa yang cuba mereka resapkan dari aspek akhlak, sosial, pemikiran, dll.
Kepada para pelajar dan anak-anakku, pada zaman yang penuh gejala kerosakan ini, keruntuhan akhlak semua peringkat umur, kepincangan dan kepelbagaian fahaman baru, kerosakan jiwa beragama, budaya hedonisme berleluasa, harta dan pangkat sasaran utama, ajaran agama dikesampingkan, dll menyebabkan kita perlu membina benteng yang kukuh. Namun kekadang benteng besi juga runtuh akibat asakan demi asakan. Fahamikanlah ........
Binakan jiwa beragama......maksud saya ISLAM. Itu sangat penting. Itupun jika anda berasa berTuhan dan akan mati......ya mati. Kehidupan yang bersuka ria, 'hentam saja beb' dan harung sahaja apa yang nampak, adalah kehidupan tiada matlamat jelas. Inilah kejayaan Yahudi dan Nasrani.
Golongan muda sangat penting dalam menentukan arah aliran negara. Nabi Muhammmad s.a.w sendiri telah berjaya dalam Negara Islam Madinah antaranya adalah kerana adanya orang -orang muda bertaqwa. Yahudi kalah kerana adanya golongan muda yang bertaqwa........ takutkan Allah dan ikut syariatNya. Pilihlah kawan yang beragama kerana Nabi Muhammad telah berpesan bahawa agama seseorang itu juga bergantung kepada agama sahabatnya. Kawan yang baik akan menyebabkan kita saling ingat mengingatkan.
Semoga Allah memberi kita taufiq dan hidayah dalam mengharungi hidup ini.
1 ulasan:
SELAMAT HARI GURU!!!nk bg sms, no. phone cikgu dah hilang...kat sini jela yg boleh......
Catat Ulasan