PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - BACA DAN FAHAMKAN NOTA INI………….
Bincangkan aktiviti perdagangan di Eropah Barat pada abad ke-11 hingga abad ke-15.
PENDAHULUAN (3 markah)
1. Sebelum abad ke-11, sistem ekonomi di Eropah berasaskan kepada sistem feudal iaitu sistem manor. Melalui sistem ini, kegiatan pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang utama. Hubungan perdagangan tidak berlaku dan semua pertukaran barangan dan perkhidmatan berlaku hanya dalam kelompok masyarakat mereka sahaja.
2. Zaman Kemuncak Pertengahan (1050 hingga 1270) merupakan zaman permulaan berlakunya perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, perubahan yang paling penting ialah perkembangan aktiviti perdagangan.
ISI: 5 Isi X 4 Markah =20 markah
1. Pemulihan Ekonomi
- Pada abad ke-11, apabila kejatuhan empayar Rom di Eropah Barat membawa kepada pemulihan ekonomi di Eropah.
- Perang Salib telah menghubungkan orang Eropah dengan dunia Timur.
- Kesannya, berlaku hubungan perdagangan Eropah Barat dengan Laut Mediterranean.
- Venice merupakan pusat perdagangan penting yang menjalinkan kegiatan perdagangan dengan Constantinople dan menguasai perdagangan barang mewah daripada Timur ke Eropah.
2. Kemunculan Pusat Perdagangan
- Pada zaman Pertengahan Tinggi, muncul pusat perdagangan di Eropah.
- Bandar perdagangan yang terkenal pada masa ini ialah Milan, Florence dan Siena.
- Pisa dan Genoa berusaha untuk mengatasi penguasaan perdagangan orang Islam di Laut Mediterranean
- Flanders menjadi pusat perdagangan di Eropah Utara berperanan sebagai pusat pertukaran barang dagangan daripada Norway dan Denmark (kulit binatang dan madu), timur (sutera, gula dan rempah) dan kain bulu (Flander)
3. Pasar
- Pasar pertama yang diwujudkan oleh bangsawan Champagne iaitu sebagai pusat perniagaan yang menemukan para pedagang.
- Gerai dibina untuk disewa kepada para pedagang.
- Jalan yangmenghala ke pasar disediakan pengawal bagi menjamin keselamatan pedagang.
- Pelbagai barang tempatan dan luar diurusniaga.
- Lama kelamaan pasar telah berkembang seluruh Eropah Barat.
- Salah satu pasar yang berkembang pesat ialah Boston di timur England.
4. Pengangkutan Perkapalan
- Genoa dan Venice berjaya membina kapal laut yang pertama.
- Orang Genoa dan Venice dapat belayar sepanjang tahun hingga ke Laut Atlantik.
- Mereka dapat membeli secara terus kain kapas dan Yorkshire dan kemudiannya menjualnya ke Bazar di utara Afrika.
5. Institusi Kewangan
- Perkembangan institusi kewangan apabila di Florence, Itali, para pedagang dan pengusaha bank berjaya menjadi pemilik bank gereja.
- Keluarga Flander telah berjaya menguasai perbankan di Eropah.
- Mereka memberi pinjaman kepada pedagang untuk meluaskan aktiviti perdagangan.
- Mata wang diperkenalkan di Eropah.
- Sistem mata wang telah menggantikan pertukaran barang.
- Pada tahun 1200 Venice telah mencipta mata wang sendiri.
6. Kesatuan Pedagang
- Perkembangan pedagangan berlaku dengan kemunculan kesatuan dagang.
- Kesatuan dagang dapat merangsang aktiviti perdagangan melalui perkongsian modal, pengangkutan dan pengagihan barangan dagangan.
- Ahli kesatuan akan memasarkan hasil produk kesatuan tukang.
7. Undang-undang Perdagangan
- Undang-undang Perdagangan yang seragam dapat menguruskan para pedagang terutama pedagang asing.
- Mereka dilindungi daripada ketidakadilan dan penganiayaan.
8. Buku Panduan Perdagangan
- Pada abad ke-13, buku panduan perdagangan yang pertama dikeluarkan di Itali.
- Buku ini mengandungi deskripsi tentang pelabuan asing dan jalan perdagangan.
KESIMPULAN: (2 markah)
Apa sahaja yang berkaitan.
2 ulasan:
Terima kasih byk2 untuk nota2 ini.
Saya cadangkan agar saudara mengolah kepada bentuk point2 dsb dan ringkaskan nota2 ini agar lebih mudah dirujuk serta lebih menarik dan selesa. Ianya terlalu panjang dan padat seperti buku teks.
Apapun sekali lg terima kasih byk2 untuk sumber rujukan ini, membantu saya yang akan menduduki stpm persendirian tahun depan.
Teruskan usaha saudara membantu para pencari ilmu.
nota ni mmg bgus..tapi klau blh tmbahkn lg nota
Catat Ulasan