ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 29 September 2009

SOALAN PERCUBAAN STPM 2009

Masih tak banyak soalan dan skema dari negeri lain yang ingin berkongsi bahan. Mungkin masih belum habis trial agaknya. Harapan saya usaha murni ini akan dapat sambutan positif.

Guru @ pelajar hanya perlu hantar softcopy soalan dan skema melalui emel kepada saya. Tak rugi rasanya berkongsi ilmu. Saya akan publish ke semuanya bila sudah banyak negeri yang hantar. Boleh download kat sini nanti. Kesian rakan-rakan yang dah hantar. Biarlah 'win-win'. Setuju ?

Bagaimana rakan-rakan guru @ pelajar dari Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Selangor, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan ?? Soft copy soalan dan skema tentunya tak ada pada pelajar. Jadi kepada rakan guru, terutama yang terlibat membuat soalan dan menyimpan salinan dalam bentuk soft copy, marilah kita sama-sama menjayakan hasrat murni membantu pelajar-pelajar kita. Segera emel kepada saya bahan soalan tersebut supaya perkongsian bijak dapat dicapai.

Saya hanya mengusahakan dan kita semua penentu kejayaan usaha ini.
Terima kasih.



[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 28 September 2009

SUSAHNYA TRIAL SEJARAH 1 PERAK !!!!

Itulah keluhan kebanyakan pelajar saya. Bila tengok muka saya masa menjawab, ramai yang geleng kepala, masam dan tak ceria. Heh.......soalan susah ye !

Sebenarnya semua soalan tu kita dah belajar ( maksud saya 5 tema yang kita fokus ), tapi soalan dikeluarkan oleh Guru Sumber JPN Perak dalam bentuk dan nafas baru. Saya pesan awal-awal, kamu semua akan jumpa soalan yang macam tak pernah kamu baca sebelum ini. Inilah pentingnya pemahaman dan kreativiti menyusun isi ketika menjawab. Guna fakta yang sama untuk jawab soalan yang dah dipelbagaikan. Saya dah kata dengan sesuatu tajuk tertentu , banyak soalan boleh diterbitkan dan dibentuk. Tetapi dengan tugasan dan kehendak soalan yang mungkin berbeza.

Saya selalu pesan, fahamkan kehendak soalan. Soalan ubah sikit jer ramai dah pening. Jadi pengajaran dari Trial ini ialah kamu semua mesti lebih bersedia dengan fakta jawapan yang kukuh dan dapat menjawab ikut kehendak soalan. Mulai sekarang mula memberi tumpuan kepada 5 tema tumpuan dengan serius. Baca semua soalan yang berkaitan dengan tema ini . Adalah bijak jika kamu semua membaca dan mengkaji soalan Trial dari negeri-negeri lain. Tiada jaminan soalan trial itu akan keluar dalam STPM 2009, tetapi yakinlah isi dan fakta yang kamu baca tentu memberi manfaat. Kepada pelajar SMKDARY khususnya, sila beri fokus dan pembacaan kepada soalan-soalan Trial Negeri Perak 2009 dan sebelumnya. Saya yakin usaha ini sangat membantu.

Apa pun keputusan yang kamu dapat dalam Trial ni, jangan susah hati sangat. Yang penting usaha mesti dilipat gandakan. Walaupun keputusan itu bakal menjadi cerminan prestasi kamu, tetapi itu belum mutlak lagi. Apa sahaja boleh berlaku seperti yang biasa saya lihat pada senior-senior kamu dulu.

Teruskan Usaha . Pastikan A dalam genggaman. InsyaAllah. Sila download Soalan Percubaan dan Skema 2009.



[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]


Rabu, 23 September 2009

SELAMAT HARI RAYA 'IEDILFITRI

Lama juga saya tak menulis kat sini. Sibuk sikit. Maklumlah sebelum ni sibuk kerana bulan Ramadhan dan sekarang ni sibuk hari Raya. Tak lewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'Iedilfitri kepada semua pelajar beragama Islam. Semoga Syawal yang menjelma dan Ramadhan yang ditinggalkan pada tahun ini memberi keberkatan, keampunan daripadaNya dan kita dilepaskan daripada azab siksaan neraka. Semoga kita semua sentiasa diberi taufik dan hidayah dalam meneruskan hidup ini.

Kepada semua pelajar, gunakanlah blog ini sebaik mungkin. Sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas dari silap dan salah. Saya mohon kemaafan atas semua itu. Bahan dalam blog ini hanya sebagai panduan dan bantuan. Oleh yang demikian, jika tidak bersesuaian cara penyampaiannya dengan kegunaan para pelajar, sila gunakan daya usaha sendiri untuk menambah baik demi kebaikan anda sendiri. Apa yang saya sampaikan hanya alat dan alat perlu diubahsuai mengikut selera keperluan pengguna. Jika ada pelajar yang tidak selesa dengan bahan @ alat yang saya sediakan, sila ubah ikut selera anda. Dengan itu anda akan mendapat faedah maksimum. InsyaAllah.

Saya mohon maaf kerana tidak mampu memuaskan hati semua pelajar mengikut keperluan anda semua. Saya suka tegaskan , blog ini hanya sebagai pembantu dan tugas hakiki adalah menjadi tanggungjawab pelajar dalam menyediakan bahan @ nota @ alat yang sesuai dan mencukupi untuk menghadapi peperiksaan khasnya STPM 2009.

Selamat Hari Raya Iedulfitri . Maaf zahir batin. Jangan lupa Trial STPM Sejarah 1 2009 pada 28 September 2009 ini. Semoga berjaya.



Rabu, 9 September 2009

SOALAN PERCUBAAN STPM 2009

KEPADA GURU-GURU DAN PARA PELAJAR, EMELKAN SOALAN DAN SKEMA PERCUBAAN 2009 KEPADA SAYA UNTUK KEGUNAAN BERSAMA: rashman2u @yahoo.com

SILA DOWNLOAD :

KERTAS 1


1) SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 1 NEGERI PAHANG 2009
1) SKEMA JAWAPAN

2) SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 1 NEGERI SABAH 2009
2) SKEMA JAWAPAN

3) SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 1 NEGERI TERENGGANU 2009
3) SKEMA JAWAPAN ( Tiada )

4)
SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 1 NEGERI PERAK 2009
4) SKEMA JAWAPAN

5)
SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 1 NEGERI JOHOR 2009
5) SKEMA JAWAPAN ( Tiada )

6)
SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 1 NEGERI MELAKA 2009
6) SKEMA JAWAPAN

7)
SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 1 NEGERI PERLIS 2009
7) SKEMA JAWAPAN

8)
SKEMA PERCUBAAN SEJARAH 1 NEGERI SEMBILAN 2009

9) SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 2009
9) SKEMA JAWAPAN

10) SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 1 NEGERI KELANTAN 2009
10) SKEMA JAWAPAN / SOALAN NO. 16


KERTAS 2

1) SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2 NEGERI PAHANG 2009
1) SKEMA JAWAPAN

2) SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2 NEGERI SABAH 2009
2) SKEMA JAWAPAN

3) SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2 NEGERI TERENGGANU 2009
3) SKEMA JAWAPAN

4) SKEMA PERCUBAAN SEJARAH 2 NEGERI PERAK 2009

5)
SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2 NEGERI KEDAH 2009

6)
SKEMA PERCUBAAN SEJARAH 2 NEGERI SEMBILAN 2009

7) SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2 NEGERI KELANTAN 2009

8) SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2 NEGERI PERLIS 2009
8) SKEMA JAWAPAN


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

BAHAN EDARAN UNTUK DIFOTOSTAT

Kepada semua pelajar Pra-U SMK DARY, Bota,

Doa saya semoga awak semua sukses menghadapi Peperiksaan Percubaan STPM 2009 yang sedang berlangsung sekarang ini. Anggap pertarungan ini adalah usaha untuk skor yang terbaik dalam STPM nanti. Anggap ini adalah STPM sebenar .....

Walaupun pereksa untuk Kertas Sejarah 1 lambat lagi iaitu lepas raya nanti, saya harap Sejarah 1 tetap dalam ingatan. OK, untuk itu saya ada mengedarkan nota tambahan yang patut awak semua baca sebagai persediaan tambahan . Baca jangan tak baca. Ingat target akhir kita adalah STPM 2009 yang sebenar. Jika belum ada, tolong fotostat. Saya telah tugaskan 3 pelajar untuk uruskan urusan fotostat.

1. 6 Atas Syafie - Hetty

2. 6 Atas Hanafi - Opie

3. 6 Atas Maliki - Pu'ah

Harap sebar-sebarkan dan moga ilmu ini bermanfaat.

Selamat berpuasa dan berbuka. Jangan lupa lepas raya Exam Sejarah 1 !!!


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 6 September 2009

TAMADUN DUNIA : TEMA 2 – PENTADBIRAN PUSAT DAN WILAYAH EMPAYAR MAURYA

Bincangkan ciri-ciri pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman empayar Maurya di India.

Pengenalan (3 markah)

Latar belakang Empayar Maurya

- Diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 321SM -297SM .

- Diambil nama dari perkataan ‘ Moriyus’ satu suku yang terdapat di Utara India.

- Pemerintahan Empayar Maurya diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara dari tahun 297SM - 272SM, kemudian diikuti oleh Asoka dari tahun 273 -323 SM yang dianggap sebagai zaman keagungan dan kegemilangan Dinasti Maurya.

- Terdapat 10 orang Maharaja yang menjadi pemerintah dalam Dinasti Maurya dan yang- terakhir ialah Maharaja Brhadratha.

Isi (7 isi X 3 markah)

Ciri-ciri pentadbiran pusat dan wilayah empayar Maurya di India

1. Pentadbiran pusat diketuai oleh Maharaja.

- bertindak sebagai ketua dalam bidang eksekutif, kehakiman dan ketenteraan.

- Raja dianggap suci, dan menikmati banyak hak keistimewaan dan gelaran-gelaran khas seperti ‘Devaraja’.

2. Raja dibantu oleh menteri-menteri dalam sebuah Majlis Menteri (council)

- Tugas utama menteri ialah memberi nasihat kepada raja berhubung dengan hal ehwal penting dalam Negara.

- Menteri-menteri biasanya dilantik oleh raja berdasarkan kelayakan dan kebolehan mereka, dan tidak berdasarkan pengaruh dan latar belakang keluarga mereka.

- Bilangan anggota menteri berubah mengikut keadaan iaitu 3 hingga 12 orang.

- Contoh: Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Peperangan dan Menteri Pedamaian.

3. Pembentukan ‘Menteri Parishad’ yang terdiri daripada dua buah Majlis iaitu ‘Majlis Negeri’ dan ‘Majlis Eksekutif’.

- Berfungsi sebagai membantu raja dalam kerja-kerja pentadbiran.

- Raja biasanya mendapatkan pandangan dari ‘Majlis Negeri’ sebelum sesuatu keputusan dilakukan.

4. Mewujudkan sistem birokrasi yang diketuai oleh beberapa orang pegawai tinggi kerajaan.

- Fungsi sistem birokrasi membantu kerja-kerja pentadbiran yang diketuai oleh menteri-menteri.

- Contoh: Ketua paderi, ketua komander, ketua hakim dan ketua bendahari.

5. Mewujudkan jabatan-jabatan peringkat rendah yang terdiri daripada penguasa jabatan kerajaan dan kakitangan sokongan iaitu terdapat 28 jabatan.

- Setiap jabatan diketuai oleh seorang penguasa dan penguasa-penguasa tersebut akan diawasi oleh Komisioner.

- Contoh jabatan rendah: Jabatan perlombongan , Jabatan akaun, Jabatan emas, Jabatan gudang, Jabatan pertanian.

6. Mewujudkan jawatan pengintip atau ejen rahsia yang berkhidmat untuk raja dan pegawai penting.

- Pengintip dibahagikan kepada beberapa kelas dan mempunyai fungsi atau tugas yang berlainan.

- Pengintip –pengintip diwujudkan untuk mengawasi tindak tanduk pegawai tinggi, seperti menteri-menteri, putera mahkota dan sebagainya.

7. Pentadbiran wilayah dibahagikan kepada peringkat daerah, dan kampung.

- Peringkat daerah diketuai oleh ‘Sthanika’ dan di peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung yang dilantik oleh raja atau dipilih oleh penduduk kampung.

- Diperingkat kampung juga dilantik juru akaun atau ‘Gopa’ yang bertanggungjawab menyimpan akaun dan akan dipantau oleh ‘Sthanika’.

- Ketua kampung biasanya dibantu oleh ‘assembly’ yang terdiri daripada beberapa penduduk kampung.

8. Mewujudkan pentadbiran di peringkat bandar-bandar yang dibahagikan kepada unit pentadbiran kecil, yang dikenali sebagai ‘wad’ yang dianggotai oleh beberapa keluarga .

- Setiap bandar diketuai oleh ‘Nagaraka’ atau penguasa bandar dan diperingkat ‘wad’ terdapat pegawai-pegawai kecil dilantik.

Kesimpulan:

Pentadbiran pusat dan wilayah di India yang sistematik telah banyak membantu perkembangan tamadun India terutama dari segi perluasan empayar.

Kedua-dua pentadbiran ini juga telah menjadikan Empayar Maurya sebagai empayar yang kuat pada zaman kegemilangan mereka.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SOALAN PERCUBAAN STPM 2009

Kepada semua pelajar dan guru seluruh Malaysia, saya mengharapkan agar blog ini dapat menjadi medium perkongsian soalan khususnya Sejarah 1 dan 2. Hantarkan soalan dan skema kepada saya dan saya akan terbitkan untuk kita semua dalam blog ini.

Hantar ke emel : rashman2u@yahoo.com

Semoga usaha ini dapat menjadi perkongsian bijak dan memberi manfaat kepada semua pelajar.

Ilmu takkan luak jika diberi.........betulkan ! Rancangan ini hanya berjaya jika ramai yang menghantar bahan soalan.

Catatan : Tarikh percubaan Sejarah 1 Negeri Perak adalah selepas Hari Raya Aidilfitri .......

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]


Sabtu, 5 September 2009

MUHASABAH BUAT KITA SEMUA

Sekadar renungan, buat peringatan diriku yang sering alpa. Rupanya aku hidup ‘terlalu’ mewah …..

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun…

“Mana emak? ”
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.

“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”

“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.

“Awak ada berapa orang adik-beradik?”
“Sepuluh.”

“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”

“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”

“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.

Gambar ini adalah sekadar hiasan...

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.

“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata ; “Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”

Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”

“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Mari kita fikir-fikirkan !


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]


Khamis, 3 September 2009

KITA SALING MEMERLUKAN .........

Kita manusia biasa, tidak sempurna. Kita saling memerlukan……………..

Kisah Pasu Air Retak - (1470KB)


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

TAMADUN DUNIA : TEMA 7 –FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN KUASA BARAT

Huraikan faktor-faktor yang mendorong kuasa-kuasa barat melancarkan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke 15 dan ke 16 masihi. (25 M)

Pengenalan

  1. Konsep penjelajahan merujuk kepada mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.
  2. Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi
  3. Bangsa Eropah mempunyai tradisi penerokaan sejak zaman Yunani iaitu sekitar abad ke-8 S.M lagi.Contohnya orang Crete, Mycenea dan Phonesia telah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan sekitar laut Mediteranean untuk tujuan ekonomi dan politik
  4. Kuasa-kuasa barat seperti Portugal dan Sepanyol mula menjelajah dan meneroka disebabkan beberapa faktor yang mendorong dan juga untuk mengatasi perubahan politik, ekonomi dan agama yang berlaku pada zaman tersebut.

Isi-isi penting

1. Peranan pemerintah

  1. Pada zaman Yunani orang Phonesia melakukan ekspedisi mengelilingi Benua Afrika dengan bantuan raja Mesir iaitu Firaun Necho.
  2. Iskandar Zulkarnain telah memimpin ekspedisi ketenteraan dari Macedonia dan Mesir di barat hingga Hindu Kush dan Punjab di Timur. Beliau juga menaja ekspedisi-ekspedisi yang disertai oleh pakar dan penulis untuk merekod sumber-sumber asli di kawasan takluknya
  3. Dorongan daripada pemerintah seperti Putera Hendry dan Raja John III dari Portugal dan Sepanyol membawa kepada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi pelayaran serta penubuhan Akademi Laut.
  4. Raja-raja negara bangsa juga memberi galakan kepada masyarakatnya untuk menjelajah dan meneroka. Tujuannya adalah untuk mengumpul kekayaan.
  5. Para pemerintahan juga memberi hadiah yang lumayan dan gelaran sebagai insentif kepada para peneroka

2. Maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar

  1. Orang Yunani melancarkan ekspedisi untuk meninjau keadaan persekitaran dan keadaan geografi sesuatu kawasan. Contohnya orang Phonesia telah melancarkan ekspedisi belayar mengelilingi pantai Afrika dengan tujuan mengetahui keluasan kerajaan Mesir.
  2. Sumber maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar diperoleh daripada orang Islam Arab pada zaman pertengahan awal.
  3. Catatan Marco Polo mengembara ke China dalam buku “ The Travels of Marco Polo ” dan perkhidmatan rahib John Monte Carvino di India, Parsi dan China telah mendorong penjelajahan orang-orang Eropah
  4. Maklumat yang diperoleh tentang India dan China telah menarik minat para penjelajah seperti Chistopher Colombus.

3. Penyebaran agama Kristian

  1. Golongan paderi Kristian dan raja-raja Eropah bercita-cita untuk mengembangkan agama kristian di dunia luar.
  2. Para mubaligh kristian dengan para saudagar ingin meneroka ke tempat-tempat baru iaitu Amerika, Asia dan Afrika. Contohnya Portugal menakluki kerajaan Melayu Melaka dan salah satu faktornya ialah menyebarkan agama Kristian
  3. Selain dari itu orang-orang Sepanyol dan Portugal ingin merampas balik tanah mereka daripada penguasaan orang Islam.

4. Perkembangan Kapitalisme dan Merkantilisme

  1. Sistem ekonomi Kapitalisme mengalakkan kegiatan mengumpul modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.
  2. Perkembangan ini telah mendorong kemunculan dasar ekonomi Merkantilisme di negara-negara bangsa yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan
  3. Bagi mencapai matlamat tersebut raja-raja negara bangsa mengalakkan penjelajahan dan penerokaan.

5. Kemajuan Teknologi Pelayaran

  1. Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan
  2. Alat-alat seperti kompas magnetik dan astrolab dicipta untuk memudahkan pelayaran. Kompas digunakan untuk menentukan arah dan astrolab digunakan untuk menentukan longitude.
  3. Masyarakat Eropah mempunyai peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15 masihi yang memudahkan lagi aktiviti pelayaran mereka.
  4. Dengan bantuan alat-alat pelayaran, kapal-kapal yang kukuh dapat dibina untuk belajar ke lautan yang luas

6. Persaingan Negara-Negara Bangsa

  1. Negara-negara bangsa seperti Sepanyol, Perancis dan Portugal bersaing untuk meneroka kawasan-kawasan yang baru di benua Asia, Afrika dan Amerika
  2. Tujuan mereka adalah untuk memperoleh bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.
  3. Semakin luas kawasan yang terokai semakin tinggi sanjungan yang diberi di kalangan negara-negara Eropah

7. Pengaruh Renaisance

  1. Pada zaman Renaisance, cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah telah berubah. Mereka lebih mempraktikkan ciri-ciri Individualisme, Humanisme, Sekularisme, sifat kritikal dan rasioanalisme.
  2. Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah pada zaman ini.
  3. Keadaan ini telah mendorong kebebasan pemikiran manusia dan mula mementingkan kemajuan sains dan teknologi yang mengalakkan masyarakat Eropah menjelajah dan meneroka kawasan-kawasan baru.

Penutup

  1. Jelaslah bahawa faktor-faktor yang dibincangkan telah mendorong penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa besar di Eropah.
  2. Akibat daripada penerokaan kawasan-kawasan baru telah meninggalkan kesan kepada penduduk tempatan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.