ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 15 Ogos 2009

TAMADUN ISLAM : TEMA 7 - FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN TAMADUN ISLAM

Terangkan faktor-faktor yang mendorong kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan Tamadun Islam.

Pengenalan (3 markah)

1. Definisi Penjelajahan

  • Bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat @ daerah.

2. Definisi Penerokaan

  • Bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi.

3. Definisi Pelayaran

  • Bermaksud menjelajah menggunakan jalan laut

4. Tokoh-tokoh Pengembara Islam

  • Ibn Battutah, Ibn Hawqal, Al-Masudi, Ibn Majid

Isi : Faktor penjelajahan dan penerokaan Tamadun Islam. ( 7 isi x 3M =21 M )

1. Mengagungkan serta Membesarkan Allah swt

© Mengagungkan dan memperbesarkan Allah terhadap hamba-hambanya setelah memerhatikan segalaciptaan Allah swt dan proses pelaksanaannya.

2. Menambahkan Keimanan dan Ketaqwaan Terhadap Allah swt.

© Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi.

3. Menambah Ilmu Pengetahuan

© Dilakukan menerusi pemerhatian dan penelitian terhadap makhluk2 Allah swt serta kesan-kesan peninggalan masyarakat pada zaman lampau

© Orang Islam juga dapat mempelajari ilmu pengetahuan tamadun lain seperti India, Italy dan Andalus

© Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Parsi.

© Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India di pelajari dan mempengaruhi perkembangan intelektual Islam.

4. Dorongan Al-Quran

© Dorongan al-Quran supaya umat Islam keluar melakukan pelayaran dan penerokaan.

© Firman Allah dalam:

  • Surah al- Jumuah ayat 9
  • Surah al- Mukmin ayat 82
  • Surah al- Haj ayat 46

© Firman Allah yang bermaksud; katakanlah :” Berjalanlah di muka bumi maka perhatilah bagaimana Allah swt menciptakan manusia dari permulaannya. Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi.

5. Mengambil Ikhtibar/ Pengajaran

© Manusia boleh mengambil pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat terdahulu di samping peninggalan tamadun silam.

6. Memakmurkan alam dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan

© Umat Islam juga dapat diperkenalkan kaedah perniagaan di dalam Islam yang berdasarkan konsep keadilan dan kejujuran

© Pada zaman khalifah al-Walid, para pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negeri China.

© Pedagang Islam terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan perdangangn laut antara barat dan timur.

© Mereka juga berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari timur.

7. Menyebarkan Dakwah Islamiah

© Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam.

© Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwah.

© Pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, ramai pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Islam.

© Antara pendakwah yang berjaya ialah;

  • Sheikh Abdul Aziz yang mengislamkan Melaka
  • Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Aceh
  • Maulana Ibrahim menyebarkan Islam ke Gerisik, Jawa.

8. Peningkatan Ilmu Pengetahuan ; Geografi & Pelayaran

© Disiplin Geografi telah diterokai oleh umat Islam melalui aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

© Tokoh-tokoh Islam seperti al-Masudi, al-Idrisi dan Ibn Hawqal merupakan ahli geografi dan pelayaran Arab yang berusaha meningkatkan ilmu geografi dan pelayaran.

© Melalui ekspedisinya, al-Idrisi berjaya memperkemaskan rekod-rekod pelayaran dan membetulkan kesilapan yang direkodkan oleh penulis terdahulunya.

© Al-Masudi sepanjang pengembaraannya telah membuat pemerhatian terhadap perubahan angin monsun, iklim negara yang dilawati dan kedudukan laut serta sungai.

9. Memperkukuhkan Politik Islam

© Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam.

© Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah, khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah meluaskan wilayah Islam.

© Seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara telah berjaya dikuasai oleh Islam.

10. Perasaan Ingin Tahu

© Perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka.

© Contoh : tokoh Al-Masudi, Ibn Hawqal dll.

© Perasaan ini menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan penerokaan ke kawasan lain.

11. Persaingan dan Cabaran

© Orang Islam berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan Sepanyol untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan seperti rempah ratus di Timur.

© Hal ini mendorong mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan.

Kesimpulan (1 markah)

1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat Islam.

2. Penjelajahan dan pelayaran ini telah menyebabkan agama Islam turut tersebar di seluruh dunia


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ].

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.