Assalamu’alaikum warah matullahi w.b.t.
Kepada pengunjung dan pembaca setia blog ini tidak kira di mana anda berada, tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga bulan Ramadhan tahun ini membawa lebih berkat, lebih ketenangan dan lebih keinsafan di dalam hati-hati kita. Seterusnya, kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna dan dapat merancang perjalanan hidup yang lebih hebat pada masa akan datang. Pastikan STPM cemerlang !
Semoga kita juga akan diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t dan dihindari dari wabak selsema babi yang sedang melanda sekarang.
Semoga blog ini membantu anda sekalian dan saya diberi keikhlasan serta mendapat keredhaan daripadaNya.
Selamat berpuasa.
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan