PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - BACA DAN FAHAMKAN NOTA INI………….
Huraikan ciri-ciri utama tamadun dengan merujuk kepada kemunculan tamadun-tamadun awal dunia.
PENGENALAN: ( 3 markah)
1. Konsep tamadun
- Definisi :Tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks.Tamadun merujuk kepada pencapaian/kemajuan sesuatu masyarakat @ negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang2, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam
- Ciri-ciri:
- Petempatan Kekal
- Pembandaran
- Organisasi Sosial
- Kepercayaan Dan Agama
- Sains Dan Teknologi
- Bahasa Dan Sistem Tulisan
2. Latar belakang tamadun-tamadun awal:
- Tamadun Mesopotamia
- Tamadun Mesir
- Tamadun Indus
- Tamadun China
3. Faktor – faktor yang mendorong kemunculan tamadun
- Proses evolusi
- Proses urbanisasi
- Kemajuan sains dan teknologi
- Sungai
- Faktor angin
- Faktor bahasa dan tulisan
- Penciptaan roda
- Kewujudan organisasi sosial
- Pengkhususan kerja
- Sistem agama dan kepercayaan
ISI: CIRI-CIRI TAMADUN ( 7 isi X 3 markah = 21 markah)
1. Urbanisasi
- Manusia hidup tetap di sesuatu tempat
- Mereka menetap di lembah2 sungai
- Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan
- Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M.
- Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar2 Memphis , Dhilkah dan Thebes
2. Pengkhususan Kerja
- Setiap anggota masyarakat mempunyai tugas dan peranan mereka masing2 seperti petani, penternak, artisan dan askar.
- Pengkhususan kerja mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun.
- Contoh; tamadun China
3. Organisasi sosial
- Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
- Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
- Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
- Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
- Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan
- Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing2
- Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja2 yang berat.
- Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
- Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi
4. Bahasa dan Tulisan
- Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, @ berbentuk pepaku
- Tulisan2 ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
- Lambang2 bertulis merupakan alat yang melahirkan idea2 perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan.
- Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil.
- Contoh; tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
5. Agama dan Kepercayaan
- Terdapat amalan politeisme iaitu menyembah dewa-dewi.
- Dewa/i juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
- Jika tidak disembah,dewa/i akan membawa malapetaka seperti banjir,dan kemarau.
- Contoh; Tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
- Tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa/i yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.
6. Kemajuan sains dan teknologi
- Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
- Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
- Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.
- Kemajuan2 ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
7. Estetika
- Hal ini dapat dilihat dari segi seni bina, seni ukir dan sastera.
- Contoh dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan bangsanya.
- Iliyad dan Odysey yang dihasilkan Homer juga banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani.
KESIMPULAN: ( 1 markah)
Kemajuan dalam tamadun-tamadun awal menyebabkan masyarakat seterusnya mencapai ketamadunan yang lebih tinggi dalam semua aspek kehidupan.
1 ulasan:
tq
Catat Ulasan