Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya."Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.
"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya. Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.
Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari. “Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.
“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.
Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20081029002900/Article/index_html
ENJIN CARIAN BAHAN
Jumaat, 31 Oktober 2008
Senaman YOGA boleh pesong akidah umat Islam
Kehancuran Daulah Khilafah - Punca kepada seluruh tragedi di dunia Islam
"Lebih 80 tahun yang lalu, pada tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), sebuah kelompok berlatar belakang Yahudi-Masonis, yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Attaturk laknatullah, telah mengisytiharkan pembubaran Daulah Khilafah (Khilafah Utsmaniyyah) dan menggantikannya dengan sebuah negara sekular Turki.
Setelah 13 abad keemasan, Daulah Khilafah, yang merupakan kesinambungan dari Daulah Islam (Negara Islam) yang di bangun oleh Rasulullah saw, di Madinah telah dihancurkan melalui tangan seorang manusia terkutuk Mustafa Kamal.Bermula dari tanggal 28 Rajab 1342H itu, maka Daulah Khilafah yang selama ini telah membawa Islam ke seluruh penjuru alam telah lenyap dari muka bumi. Bermula dari tarikh itu juga, lenyaplah sudah sebuah Daulah Islam yang selama lebih 1400 tahun telah memberikan rahmat dan kedamaian kepada dunia amnya dan umat Islam khasnya, musnahnya sebuah Daulah Islam yang selama ini menghilangkan seluruh belenggu yang memisahkan manusia, seperti nasionalisme, patriotisme dan juga rasisme.
Tidak terhenti di situ, sebagai seorang Muslim kita harus faham bahawa penghancuran Daulah Khilafah adalah merupakan hasil sebuah senario dan rencana berabad-abad lamanya dari kaum kuffar untuk melawan Islam dan kaum Muslimin. Contoh yang nyata bahawa ini adalah perancangan jahat mereka adalah tragedi Perang Salib pada abad ke-12 serta invasi tentera Tartar ke atas Baghdad dan Damaskus pada 1258.
Meskipun serangan kaum kuffar ini “berhasil”, namun tak berapa lama selepas itu, kaum Muslimin, dengan izin Allah, mampu bangkit dan mengalahkan mereka semula. Bahkan kaum Muslimin berhasil membawa Islam sampai ke benteng-benteng negara kuffar hingga hampir menembusi jantung Eropah.
Dari kekalahan demi kekalahan yang mereka alami, maka segeralah kaum kuffar ini mengkaji dan cuba memahami mengapa kaum Muslimin selalu mampu merebut kembali setiap tanah yang mereka taklukkan. Oleh karena itu, kaum kuffar ini mulai mengganti taktik konvensional, yang berupa invasi militer, lalu mencuba pakai strategi yang lebih berbahaya dan dahsyat.
Mereka lalu melakukan invasi ideologi dan missionaris; menanamkan rasisme dan nasionalisme; mengukuhkan agen-agen mereka dari kalangan Muslim sendiri; dan mengkolonisir negeri-negeri Islam yang jauh tempatnya dari pusat Daulah. Metode baru ini terbukti sangat efektif, sehingga akhirnya mereka berjaya menghancurkan Daulah Khilafah, tepatnya pada 28 Rajab 1342H.
Arti Penghancuran Khilafah dan Kesan-kesannya
Hancurnya Daulah Khilafah memiliki konsekuensi yang amat besar, yakni tidak diterapkannya aturan-aturan Islam, dan berlakunya hukum-hukum kufur buatan manusia yang telah mengakibatkan kemurkaan dan azab Allah. Allah Swt. berfirman:وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
“Siapa saja yang berpaling dari Peringatan-Ku, sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (TMQ Thaha [20]:124).
Negara Khilafah adalah negara Islam yang selama ini membawa risalah Islam ke seluruh bangsa-bangsa di dunia dengan jalan dakwah dan jihad. Hancurnya Negara Khilafah telah mengakibatkan terhentinya penyebaran Islam dan futuhat (pembukaan negeri-negeri baru). Hancurnya negara Khilafah bererti semakin mudahnya jalan kaum kafir untuk menyebarkan ajaran dan pemikiran sesat mereka ke atas anak-anak kaum Muslimin di seluruh dunia Islam.
Daulah Khilafah adalah negara Islam, yang menyatukan seluruh kaum Muslimin di bawah satu payung pemerintahan. Hancurnya Daulah Khilafah juga telah mengakibatkan perpecahan kaum Muslimin berserta negeri-negeri mereka kepada negara-negara kecil yang tidak bersatu dan tidak berdaya. Saat ini lebih dari 50 buah negara kaum Muslimin yang tercerai berai telah berdiri dengan lemahnya! Hal tersebut mengakibatkan semakin kuatnya nasionalisme, rasisme, dan patriotisme di kalangan kaum Muslimin, serta hilangnya ikatan ukhuwwah yang di dasarkan atas satu kesatuan akidah. Allah swt. berfirman:
إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
“Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kalian semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu. Karena itu, sembahlah Aku. (TMQ al-Anbiya [21]:92).
Daulah Khilafah adalah negara Islam yang menjaga tanah-tanah kaum Muslimin dan kesatuan umat Islam. Hancurnya Daulah Khilafah juga telah mengakibatkan kolonisasi kaum kafir terhadap negeri-negeri umat Islam dan berdirinya pangkalan-pangkalan militer di negeri kita semua. Palestin adalah contoh yang nyata. Daulah Khilafah-lah yang selama ini menjaga Palestin dari invasi Yahudi. Namun, saat negara Islam hancur, Palestin terus berhasil diduduki oleh Yahudi laknatullah. Rasulullah saw bersabda:
«إِنَّمَا اْلإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ»
“Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu laksana perisai; orang-orang berperang dengannya dan dilindungi olehnya.” (HR Muslim).
Negara Khilafah adalah negara Islam yang menjaga darah dan harta kaum Muslimin serta menjaga kekayaan negara dengan melaburkannya untuk urusan Islam dan kaum Muslimin semata-mata. Hancurnya Negara Khilafah telah mengakibatkan adanya perompakan oleh penguasa-penguasa Muslim yang zalim dan khianat, berleluasanya kemiskinan, banyaknya huru-hara dan kemaksiatan dalam negara, berleluasanya rompakan, pencurian, perzinaan, diskriminasi, eksploitasi dan melayangnya segala kekayaan umat Islam ke tangan orang-orang kafir dan kepada penguasa-penguasa pengkhianat umat. Perang saudara dan tertumpahnya darah sesama Muslim silih berganti. Jumlah korban mencecah jutaan nyawa hasil perbalahan sesama sendiri.
Sifat persaudaraan sudah hilang, ketakutan kepada Allah sudah musnah, kaum Muslimin hidup hanya untuk mengejar kekayaan dan benar-benar takut untuk mati.
Wahai kaum Muslimin! Daulah Khilafah adalah Daulah Islam. Setiap individu warga negara yang pernah hidup di dalamnya merasa aman dan tenteram. Keluarga, kekayaan, harga diri, martabat, dan kehormatan mereka dijamin oleh Negara. Hancurnya Negara Khilafah telah membawa kepada segala kehancuran umat Islam seperti mana yang kita sedang saksi dan rasakan sekarang. Tidak ada lagi keamanan dan keselamatan, yang ada malah ketakutan dan kesengsaraan. Semua ini merupakan akibat aturan-aturan Islam yang melindungi seluruh individu sudah tidak diterapkan, malah diganti dengan hukum kufur penjajah dan hukum kufur rekaan tangan-tangan manusia Muslim itu sendiri.
Pasca hancurnya negara Khilafah, orang-orang kafir mengekang seluruh negara umat Islam dan mengendalikan semua urusannya, baik aspek pemerintahan, politik, media, institusi pendidikan, ekonomi, bahkan kehidupan publik dan rumah tangga sekalipun telah berjaya di serapkan ideologi Kapitalis kuffar ini.
Apa respons anda?
Bagi kaum Muslimin yang ikhlas, yang hidupnya hanya untuk Allah dan yang matinya hanya untuk Allah, mereka melihat dan memahami bahawa segala penderitaan yang dialami oleh umat Islam setelah hancurnya Khilafah, ini adalah permulaan kepada sebuah perjalanan dan perjuangan yang akan mengantarkan mereka kepada syurga Allah. Sebuah perjuangan yang mulia untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah yang akan mengatur semula dunia ini dengan hukum Allah dan RasulNya.Ya inilah perjuangan yang akan dilakukan oleh pemuda-pemuda Muslim yang ikhlas, yang tidak takut kecuali hanya kepada Allah. Mereka berjuang siang dan malam bagi mengejut dan membangkitkan saudara-saudara mereka yang terleka dan terlena dengan keindahan dunia yang bersifat sementara ini. Kaum Muslimin yang ikhlas ini berjuang untuk menerapkan semula sebuah kewajipan agung yang telah membawa kemuliaan kepada umat Islam satu ketika dahulu. Mereka telah menyahut seruan Allah dan seruan RasulNya untuk mengembalikan semula keagungan Islam sebagaimana yang telah dirintis oleh Rasulullah 1400 tahun yang lampau. Dan para pemuda Muslim ini yakin dengan janji dan kemenangan dari Allah dalam perjuangan mereka.
Justeru, mereka menyeru agar anda semua menyahut perintah Allah dan Rasul untuk menegakkan semula Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah...
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَجِيبُوا ِللهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila dia menyeru kalian pada sesuatu yang memberikan kehidupan kepada kalian. (QS al-Anfal [8]: 24).
Ahad, 26 Oktober 2008
Teka Teki Imam Ghazali..
UNTUK RENUNGAN DIRIKU DAN PELAJAR YANG DIKASIHI KHASNYA PELAJAR 6 ATAS MALIKI.................
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “Iman Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Murid 4 = ” Laut “Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Murid 4 = ” Unta “Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri “
Sabtu, 25 Oktober 2008
FOKUS STPM 2008 - PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN (TAMADUN DUNIA/ISLAM)
Pendahuluan ( 3 M )
- Sejarah penjelajahan dan penerokaan orang Islam dimulakan oleh orang Arab Selatan yang pernah meneroka dan menguasai Lautan Hindi.
- Manakala orang Barat dimulakan sejak tamadun Rom hasil daripada penciptaan peta dunia.
- Tokoh pelayaran Islam ialah al-Walid bin Abdul Malik, Ibnu Hawkal dan Ibnu Batutah manakala tokoh pelayaran Barat ialah Marco Polo, Christopher Columbus dan Vasco da Gama.
Isi Jawapan (20 markah)
A). Tujuan Dan Motif Penjelajahan Dan Penerokaan Islam. ( 10 Markah ).
1. Mengukuhkan Politik Islam Hingga Disegani.
Contoh perluasan politik Islam zaman Khulafa al-Rasyidin dan Bani Umaiyah
hingga sebahagian besar Andalusia dikuasai oleh Islam.
2. Kepentingan penyebaran Agama Islam
Usaha para pendakwah untuk menyebarkan Islam ke pelusuk dunia. Contohnya, ke Sumatera, Acheh dan Pasai ( Alam Melayu ) dan Canton ( China ).
3. Peningkatan Ilmu Pengetahuan
Islam menyeru umatnya supaya menuntut ilmu. Melalui penjelajahan dan penerokaan dapat menuntut ilmu ke seluruh dunia dan maju dalam pelbagai bidang ilmu seperti astronomi, geografi, matematik, perubatan dan sebagainya.
4. Perkembangan Perdagangan
Melalui penjelajahan dan penerokaan ke China, Eropah dan Alam Melayu, perkembangan ekonomi berlaku dengan barangan dagangan seperti permaidani, batu permata, kain kapas dan sebagainya.
5. Memakmurkan Bumi Allah.
Menjaga kebaikan dan keadilan dengan tuntutan ajaran Islam.
B). Tujuan Dan Motif Penjelajahan Dan Penerokaan Eropah ( 10 Markah )
1. Penyebaran Agama Kristian
Orang-orang Perancis dan Sepanyol seperti Vasco da Gama telah menyebarkan agama Kristian di Afrika dan Christopher Columbus ke Amerika Selatan.
2. Menambahkan Pengetahuan
- Mengkaji dan menilai perkembangan tamadun di kawasan baru khususnya ilmu pelayaran dan geografi bagi mengetahui teknik pelayaran dan penggunaan kompas bagi pelayaran.
3. Memecahkan Monopoli Perdagangan Orang Islam
- Perdagangan antara Eropah dan Islam telah memaksa orang-orang Eropah membuat penjelajahan dan penerokaan untuk memecahkan monopoli perdagangan Islam. Contohnya, mereka datang ke Alam Melayu untuk memecahkan perdagangan rempah orang-orang Islam
4. Melahirkan Negara Barat Yang Terkemuka dan Disegani.
- Kemenangan dalam peperangan dengan negara yang ditakluki dapat meluaskan jajahan sehingga lahir kuasa yang disegani dan ditakuti.
5. Semangat Mengembara Yang Memotivasikan.
- Hadiah lumayan daripada pemerintah kepada peneroka dan penjelajah untuk meneroka dan menjelajah kaawasan-kawasan baru
6. Mencari Pasaran Baru.
- Perkembangan Revolusi Perindustrian telah mengeluarkan barangan siap yang banyak. Kawasan pemasaran yang baru diperlukan untuk memasarkan barangan tersebut di samping mencari bahan-bahan mentah.
Kesimpulan. ( 2 Markah )
- Secara umumnya, tujuan penjelajahan dan penerokaan Barat dan Islam adalah untuk peningkatan pengetahuan, penyebaran agama dan perdagangan. Namun begitu, tujuan atau motif penjelajahan dan penerokaan yang berlaku pada abad yang ke 15 M telah semakin meluas meliputi aspek perluasan kuasa, tanah jajahan, perkembangan ideologi politik, pasaran dan sebagainya.
PANDUAN MENULIS ESEI SEJARAH 1 STPM (Ulangan)
CIRI-CIRI PENDAHULUAN
1. Perenggan Pertama
2. Bukan Tema/Kehendak Soalan/Isi
3. Pengertian Kepada Konsep
4. Latar Belakang Kawasan
5. Latar Belakang Kepada Tema
ISI:
§ Fakta
§ Huraian
§ Contoh
FAKTA:
§ Bilangan fakta bergantung kepada bahagian
§ Satu bahagian : biasanya perlu ada 7 isi
§ Lebih drpd satu bahagian: perlu pertimbangkan kepentingan bahagian
§ Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
§ Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan
HURAIAN:
§ Menjadi penerangan kepada fakta
§ Soalan yang boleh mendorong kepada huraian
ialah;mengapa/kenapa,/bagaimana/apakah implikasi/kesannya
§ Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian
CONTOH:
§ Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
§ Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
i. bila (tarikh, tahun, abad)
ii. siapa (nama, kaum,bangsa)
iii. di mana (tempat)
iv. banyak mana (kadar, bilangan)
v. peristiwa apa
KESIMPULAN:
1. Apa sahaja yang berkaitan.
2. Tidak mengulangi pernyataan soalan
3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi
Carilah keberkatan..........
Sentiasalah iringi usaha dengan doa dan tawakkal kepada Allah. Carilah keberkatan dalam belajar. Taatilah Allah, carilah keredaan ibu bapa dan guru kamu. Semua orang ada buat salah dan dosa termasuk saya sebab kita bukan 'maksum'. Jadikanlah diri kita lebih baik dari semalam.
Sebagai orang Islam, yakinilah peranan 'berkat'. Apabila Allah memberkati kita, akan mudah jalan kebaikan kepada kita mengikut kehendak dan ketentuanNya. Dalam soal ini ada banyak hal yang perlu diberi perhatian. Apapun segala yang Allah redha, itu adalah jalan ke arah mendapat keberkatan.
Sehubung dengan itu, saya agak duka cita dengan perselisihan faham yang berlaku di kalangan segelintir pelajar 6AM. Ini adalah perkara penghalang keberkatan. Ia akan menjadi hijab/pendinding dalam mencari keredhaan Allah. Saya ingin menyarankan kepada semua yang terlibat agar segera saling maaf dan memaafkan.
Perselisihan faham dua orang menjadi teruk akibat pengadu-pengadu sekelilingnya. Mereka inilah yang bemulut jahat yang dalam sejarah mengakibatkan berlakunya kejatuhan sesebuah kerajaan. Bak kata pepatah Melayu, ' kerana mulut badan binasa'. Hentikanlah ! Kamu semua akan mengakhiri zaman persekolahan tak lama lagi. Biarlah ia diakhiri dengan perasaan penuh harmoni.
Ingat, akan datang kamu bukan kamu yang sekarang. Kamu semakin dewasa. Kalau kamu sekarang anak orang kaya, yang kaya bapa kamu, kamu belum tentu akan terus kaya. Begitu juga jika kamu kurang berada, akan datang kamu juga belum tentu begitu juga. Percayalah, langit tak selalunya cerah, begitu juga hidup ini. Fikir-fikirkanlah.....
Mesej yang saya ingin saya sampaikan ialah carilah keberkatan dengan mencari keredhaan Allah. Saya iringi usaha kamu semua dengan doa yang yang berterusan....Semoga Allah membantu kita dan doa kita dikabulkan...(InsyaAllah)
Jumaat, 24 Oktober 2008
Sejarah 1 STPM 2008 Semakin Hampir !
Khusus kepada pelajar DARY dan pelajar lain yang dikasihi,
Peperiksaan Percubaan STPM telah berlalu. Keputusannya boleh dijadikan kayu pengukur keupayaan kamu setakat ini.Bagaimana keputusan kamu ? Adakah kamu berpuas hati ?
Saya secara peribadi saya tak berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan kamu. Yang paling tinggi 85 % dan paling rendah........bawah 20.
Apa yang antara kamu semua baca dan belajar hinggakan soalan yang senang pun tak dapat dihurai dengan baik. Ada macam tak pernah jumpa , tak pernah baca, dan macam tak belajar pun ada kualiti jawapannya !!!! Ini hasil kerja yang menyedihkan saya. Komitmen yang saya bagi cukup tinggi tetapi tidak berapa baik hasilnya.
Walaupun biasanya keputusan peperiksaan sebenar lebih baik dari percubaan, bagi saya itu bukan ayat penyedap hati saya. Kebanyakan dari kamu tidak manfaatkan bahan, nota, tips, panduan, soalan, dan macam-macam yang saya sediakan untuk kamu !!!! Sebab apa......ada dikalangan kamu masih tak sedar diri....sebab kamu belum mengerti apa itu kegagalan....... kegagalan yang menyedihkan. Apakah apabila kamu telah kandas dalam STPM 2008 baru kamu hendak faham apa itu kepedihan akibat kegagalan ! Takut sudah terlambat ! Menyesal tak berguna nanti ........
Saya ingin sarankan ( tolong hebahkan kepada semua kawan-kawan 6AS, 6AH dan 6AM )...baca dan fahami harapan saya untuk kamu semua.
Dalam detik-detik terakhir ini jangan tension. Jadikan apa juga keputusan kamu sama ada berjaya atau tidak untuk kamu muhasabah diri masing-masing. Bagi Sejarah 1 khususnya, persediaan terakhir kamu ialah tolong baca dan kaji dengan sepenuh hati soalan fokus yang saya cadangkan, soalan /jawapan skema Negeri Perak, dan soalan/jawapan skema negeri-negeri lain. BACA DENGAN MATA HATI. SEPENUH HATI. Insyaallah, ada faedah dan berkatnya.
Ingat, apa juga keputusan percubaan yang kamu dapat , jangan berpuas hati atau terus putus asa. Segala-galanya belum pasti . Usaha masih perlu dan wajib dilakukan . Belum sampai lagi noktah terakhir perjuangan kamu. Segala kemungkinan ada dengan izinNya....
Ingat, usaha kamu semua adalah dituntut. Saya sentiasa mengiringi kamu dengan doa....kerana doa adalah senjata terakhir kita !
SELAMAT BERUSAHA !!!!
Ahad, 19 Oktober 2008
Sabtu, 18 Oktober 2008
Kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.
"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan."
Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.
"Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia."
Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.
"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."
Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.
Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar."
Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka.
Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.
"Majlis Raja-raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."
Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."
Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.
SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN DUNIA
SEBELUM tiba zaman Renaissance, Eropah dilanda zaman gelap (dark age). Maksud dark age ini ialah zaman masyarakat Eropah menghadapi kemunduran intelek dan kelembapan ilmu pengetahuan. Sementera masanya pula menurut Encyclopedia Americana ialah tempoh 1000 tahun, yang bermula antara zaman kejatuhan Kerajaan Roman dan berakhir dengan kebangkitan intelektual pada kurun ke-15 Masihi.
"Gelap" juga bermaksud tiada prospek yang jelas bagi masyarakat Eropah. Situasi ini wujud kerana tindakan dan cengkaman kuat pihak berkuasa agama; Gereja Kristian yang sangat berpengaruh. Gereja serta para paderi mengongkong pemikiran masyarakat dan juga politik.
Mereka berpendapat hanya gereja sahaja yang berkelayakan untuk menentukan kehidupan, pemikiran, politik dan ilmu pengetahuan. Akibatnya kaum cendekiawan yang terdiri daripada ahli-ahli sains berasa mereka ditekan dan dikontrol. Pemikiran mereka ditolak. Sesiapa yang mengeluarkan teori yang bertentangan dengan pandangan gereja akan ditangkap dan didera malah ada yang dibunuh.
Dalam politik, gereja sering bersaing dengan kuasa-kuasa kerajaan. Biasanya apa yang berlaku di Eropah pada abad pertengahan itu ialah kuasa gereja lebih kuat dan adakalanya terjadi semacam kerjasama, Thomas Aquinas (m 1274) seorang ahli fikir zaman ini mengeluarkan teori "negara wajib tunduk kepada kehendak gereja". St Augustine (m 430) sebelumnya juga berpendirian demikian. Manakala Dante (1265-1321) berpendapat kedua-dua kuasa itu hendaklah masing-masing berdiri sendiri, dan mestilah bekerjasama untuk mewujudkan kebajikan bagi manusia (Joseph H Lynch, 1992, 172-174).
Diringkaskan cerita sejarah, golongan cendekiawan sentiasa memberontak terhadap dan kongkongan gereja tersebut. Pada kurun kedua belas, gerakan intelek telah mula berjalan. Cerdik pandai Eropah mula bersikap lebih berminat untuk tahu dan lebih ghairah terhadap kebudayaan bangsa Timur yang telah lama maju. Dan Timur yang dimaksudkan itu ialah Timur Tengah.
Beberapa kota besar di Timur Tengah telah menjadi kata ilmu pengetahuan seperti Iskandariah, Harran, Antiok dan Baghdad. Diskusi akademik yang melibatkan tajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etik, politik, fizik dan seumpamanya dibahas secara terbuka dan ilmiah. Ini bermakna sewaktu dunia Islam sudah menikmati kemajuan dan tamadun yang tinggi, Eropah masih diselimuti kegelapan dan kemunduran! Dunia telah diperlihatkan tentang betapa hebatnya perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan di dunia Islam antara kurun ke-9 hingga ke-12.
Sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah Abbasiyah yang mashyur; al-Mansur (754-75), Harun al-Rashid (786-809) dan al-Makmun (813-833) wilayah-wilayah Islam khasnya di Baghdad telah disuburkan dengan kemunculan ahli-ahli fikir besar seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, al-Biruni, Ibnu Miskawayh al-Razi, al-Khawarizmi, Ibnu Haitham, Ibnu Rusyd Ibnu Bajja, Ibnu Masarrah, Ibnu Tufail, dan Ibnu Khaldun. Mereka menjadi pemikir-pemikir dalam bidang-bidang falsafah, metafizik, fizik, matematik, etik, politik, psikologi, perubatan, geografi, astronomi, kimia, optik, dan muzik. Sebuah institusi bernama Baitul-Hikmat telah secara langsung membantu operasi ilmiah ini dengan jayanya.
Kawasan Islam yang dekat dengan Eropah ialah Sepanyol. Di sini perkembangan intelek juga berlaku dengan pesat. Philip K Hitti dalam bukunya The Arabs: A Short History menukilkan seperti berikut: "Moslem Spain wrote one of the brightest chapters in the intellectual history of medieval Europe. Between the middle of the eighth and the beginning of the thirteenth centuries, the Arabic-speaking peoples were the main bearers of the torch of culture and civilization throughout the world, the medium through which ancient science and philosophy were recovered, supplemented and transmitted to make possible the renaissance of Western Europe." (h 174-175).
Bagi memenuhi kehendak baru masyarakat intelek Eropah ini, usaha terjemahan telah dibuat terhadap bahan-bahan ilmiah dari negara-negara Islam. Mereka tidak menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada bahasa Yunani. Charles Singer dalam bukunya A Short History of Scientific Ideas to 1900 menyenaraikan tujuh alasan mengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku berbahasa Arab. (h 175-176):
1. Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih teratur, lebih asli, lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur.
2. Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa klasik. Bahasa yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang menjaga manuskrip-manuskripnya.
Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh setiap orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab.
3. Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada teologi falsafah dan ilmu sains.
4. Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara langsung dengan Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam Empayar Rom Timur.
5. Dalam zaman pertengahan bahasa dipelajari secara bertutur dan bukunya daripada tatabahasa Yunani.
6. Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam menduduki Wilayah Rom Timur. Di pihak lain pula Islam sedang berundur di Barat.
7. Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk bahasa Arab, tetapi jarang sekali untuk bahasa Yunani.
Antara penterjemah Barat perintis daripada bahasa Arab ke bahasa Latin ialah Adelard of Bath (c 1090 – c 1150) yang telah pergi ke Sepanyol dan kepulauan Sicily. Khidmat beliau yang terkemuka ialah bidang matematik. Beliau menterjemah karya al-Khawarizmi – Arithmetic-dan diperkenalkan kepada Barat. Beliau juga menterjemah karya Euclid daripada bahasa Arab. Seterusnya beliau menulis suatu dialog terkenal Natural Questions yang merupakan sejenis ikhtisar permulaan tentang ilmu sains Arab.
Satu bidang sains di Sepanyol yang lebih progresif ialah astronomi. Sebuah kutub khanah dan akademi telah ditubuhkan di Cordova dalam tahun 970 M dan badan-badan yang serupa muncul di Toledo dan beberapa tempat lain. Ketua ahli-ahli astronomi Sepanyol dikenali oleh orang Latin sebagai Arzachel. Di Toledo beliau telah menyusun apa yang disebut "jadual Toledo" yang telah mencapai suatu tahap kejituan yang tinggi.
Alpetragus adalah seorang daripada ahli astronomi yang terakhir. Beliau menulis buku teks astronomi untuk mengganti teori-teori Ptolemy dengan suatu sistem planet yang benar-benar sepusat dan berjaya menyediakan cadangan-cadangan kepada Copernicus (1993, 168-69).
Penterjemah terkemuka menurut Charles Singer ialah Gerard of Cremona (1114-87). Beliau menghabiskan banyak masa di Toledo dan menimba ilmu-ilmu Arab dari guru-guru Kristian tempatan. Beliau telah berjaya menterjemah buku berbahasa Arab ke Latin tidak kurang daripada 92 buah karya Arab yang lengkap. Banyak daripadanya amat panjang, misalnya Almagest karya Ptolemy dan Canon karya Ibnu Sina. Canon ini ialah Canon fi al-Tibb, iaitu kitab perubatan (1993, 178).
Mereka juga menterjemah buku-buku falsafah. Di antara penterjemah-penterjemah cemerlang Eropah waktu itu ialah Gundissalines (1130-1150).
Beliau telah menterjemah beberapa bab dari kitab al-Syifa’ oleh Ibnu Sina, buku Ihsa al-ulum oleh al-Farabi, Risalat al-aqli Wa al-Ma’qul oleh al-Kindi, Maqasid al-Falsafah oleh al-Ghazali, juga beberapa buah buku tentang Astronomi. Herman dari German, seorang uskup bekerja menterjemah buku di Toledo. Pada tahun 1240, beliau telah menterjemah ulasan Ibnu Rusyd terhadap buku Ethica Nicomachaea karangan Aristotle. Pada tahun 1250, beliau menyalin dari bahasa Arab buku Rheforica oleh Aristotle dengan memakai alasan-alasan al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd.
Pada tahun 1256, beliau menyalin buku ulasan dari Ibnu Rusyd terhadap buku Phoetics karangan Aristotle. Buku al-Syifa’ oleh Ibnu Sina yang telah juga diterjemah ke bahasa Latin telah diterbitkan di bawah tajuk Sufficientia Physicorum di mana ahli fikir Barat Roger Bacon sering membuat rujukan. Mengenai Rusyd pula, Michael Scot telah membuat terjemahan ke bahasa Latin, komentar-komentar beliau tentang buku falsafah Greek De Caelo et Mundo, De Enima, De Generatione et Conruptione, Physica, Metaphysica, Metarologica, Parva Maturalia dan De Substancia Orbis.
Robert dari Chester (1110-1160), pernah tinggal di Sepanyol, merupakan antara orang yang mula-mula menterjemah al-Quran. Sementara buku-buku saintifik pula, beliau menterjemah teks alkimia yang mula-mula sekali terbit dalam bahasa Latin. Penterjemahan beliau bagi karya al-Khawarizmi Algebra telah berjaya diperkenalkan kepada orang Latin. Sewaktu di England, beliau menghasilkan jadual-jadual astronomi bagi garis bujur London berdasarkan karya al-Battani dan garis lintang pula berdasarkan karya al-Khawarizmi.
Raymond Lull (633-716/1236-1316) telah mempelajari bahasa Arab di Majorea dan falsafah Islam di Bugia di Tunisia. Beliau telah menterjemah Asma’al-Husna oleh Muhyi al-Din ibn Arabi. la juga ada membuat saduran dan penyesuaian beberapa passage dari Futuhat al-Makkiyah hingga ia sendiri boleh menulis hal-hal berkenaan dengan sufis, akidah dan falsafah. Tetapi ia juga yang memberi inisiatif kepada pihak Kristian supaya melancar serangan moral menentang Islam.
Pengaruh al-Ghazali juga didapati sangat kuat. Dalam konteks ini, al-Ghazali dianggap ahli teologi dan falsafah. Miguel Asin Palacios telah mempelajari bukan sahaja buku Tahafut al-Falasifah oleh al-Ghazali malah lain-lain buku beliau seperti Maqasid. Buku Maqasid telah diterjemah ke Latin diberi tajuk Logika et philosophia Algazelis Arabic oleh Gundisalvas dan diterbitkan di Venice pada 912/1506. Buku lain seperti al-Nafs al-Insani juga diterjemahkan dan diberi judul De Anima Humana (M M Sharif, A History of Muslim Philosophy, 1966, h 1360).
Proses penterjemahan pelbagai ilmu dari Timur khasnya Sepanyol ini dibantu juga oleh pelajar Yahudi. Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan waktu itu. Nama-nama Yahudi yang terkenal pada zaman tersebut ialah seperti Solomon ibn Gabirol (1021-58) dari Sarafossa, Moses ben Maimon (1135-1204) dari Cordova.
Terjemahan buku-buku Ibnu Rusyd yang mereka lakukan menjadi bahan-bahan akademik yang sangat berpengaruh. Terjemahan-terjemahan tersebut telah memberi makna besar terhadap tamadun Eropah seperti yang disebut oleh Philip KHitti di atas.
Bahan-bahan tersebut dipelajari oleh para sarjana dan pelajar-pelajar tempatan. Ketika Frederick II memerintah Itali, beliau telah mendirikan Universiti Neples dan di sini ilmu pengetahuan dari dunia Islam itu telah dipelajari. Universiti Paris dibina pada tahun 1236, kemudian Universiti Bologna dan Oxford di London. Universti-universiti ini menjadi pintu masuk ilmu-ilmu dari dunia Islam secara rasmi kepada masyarakat Eropah pada abad pertengahan.
Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran adalah antara sebab penting ke arah perkembangan bidang falsafah dalam abad ketiga belas. Usaha-usaha mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasan teks yang dibuat oleh orang-orang Islam dari Baghdad dan Sepanyol dalam bidang-bidang epistemologi, metafizik dan etika berasaskan pemikiran al-Farabi,Ibnu Gabirol, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd telah berlaku.
Kerja-kerja terjemahan diperhebatkan. Cendekiawan Paris sibuk mempelajari buku-buku yang berjudul Deintellectu et intelligibili kerap merujuk kepada Ibnu Rusyd sekerap rujukannya terhadap Aristotle. St Thomas Aquinas merujuk kepada Ibnu Sina dalam karyanya guaestiones disputaEae de veritate (Permasalahan yang dipertikaikan mengenai kebenaran). Buku perubatan Ibnu Sina iaitu Qanun Fi al-Tib dipelajari di Eropah hingga abad ke-17.
Pengaruh Ibnu Rusyd di Eropah menurut Bertrand Russell sangatlah kuat, bukan sahaja di kalangan golongan skolastik, tetapi juga di kalangan satu kumpulan besar pemikir bebas bukan profesional (a large body of improfessional free-thinkers) yang menafikan keabadian (immotality).
Mereka digelar pengikut Ibnu Rusyd.Sementara di kalangan ahli falsafah profesional, peminatnya yang utama ialah ahli-ahli Mazhab Franciscan dan mereka yang berada di Universiti Paris. (Russell, 413-421).
Orang-orang penting di abad pertengahan seperti Sigervan Brabant dan Boethius adalah antara pengikut-pengikut Ibnu Rusyd hingga mereka mendapat kemurkaan pihak gereja. Christopter Colombus sendiri mendapat ilham daripada Ibnu Rusyd.Dalam usahanya untuk menyeberangi lautan Atlantik, beliau dihalang oleh pelbagai pihak terutamanya sekali gereja. Tetapi beliau bertekad mahu meneruskan juga ekspidisi berbahayanya. Apabila ditanya di manakah beliau mendapat ilmu dan keberanian untuk pelayaran itu, beliau menyebut "daripada buku-buku Ibnu Rusyd!".
Kaum wanita pula yang tertekan oleh pelbagai diskriminasi telah mendapat ilham dan semangat baru apabila membaca buku-buku Ibnu Rusyd mengenai wanita dan hak-hak mereka. Kesedaran ini telah menimbulkan gerakan feminisme dan ia dipelopori oleh Dubois di Perancis dan Ockham di England iaitu kira-kira dua abad selepas kematian Ibnu Rusyd. Menurut para pengkaji pengaruh Ibnu Rusyd setidak-tidaknya terus berpengaruh selama empat abad di Eropah.
Makna penting walaupun ringkas paparan di atas ialah bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak (Etika), kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Neples, Bologna, Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi zaman gelap meluncur menuju zaman Renaissance. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cuba kita bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan kita terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.
Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang kita sifatkan sebagai "akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.
Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 M atau pun abad ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.
A H Johns dalam eseinya muslim mystics and historical writing mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini:
"After the capture of the caliphate, the task of maintaining the unity of the Islamic Community passed to the sufis, a development rising from the close relationship between the sufi shaikh and his disciples, the sufi missionary spirit and the popular basic of the movement. The Sufi orders gradually became stable and disciplined foundations and some of them spread over wide areas. " (dipetik oleh A H Johns 1993, 39).
Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara.
Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.
Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar.
Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah (Naguib, 1963, 32).
Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. la bermula dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).
Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Russia Vladimir I Braginsky dalam "pendahuluan" untuk bukunya Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad ke-16-17 tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu – Indonesia yang maha luas itu.
Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua strata masyarakat. (1993, xi).
Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-lain terus dipelajari.
Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17).
Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan cerita-cerita Hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.
Acheh (1511-1650 M) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat.
Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.
Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.
Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk mengetahui buku-buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekah, usuluddin, tasawuf, kisah nabi-nabi dan sebagainya bolehlah membaca buku Tenku Iskandar Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat komprehensif tentang tajuk yang dibicarakan di atas.
Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu didominasikan oleh faham ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini.
Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat.
Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini.
Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan idea-idea saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etik, psikologi, politik, astronomi, kimia, dan optik muzik.
Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah iaitu di Pusat-pusat pengajian tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258 M, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan saintifik sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara.
Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hudisma-Buddisma kepada Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.
Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!
Kronologi sistem demokrasi berparlimen, Raja berpelembagaan
Mior Isfandy Mior Azizan
Thu Oct 16, 08 5:23:48 pm MYTPenjajahan dan perluasan kuasa British di Tanah Melayu bermula secara serius pada abad ke-18.
Ini terjadi apabila strategi memanipulasi perjanjian yang dibuat oleh Francis Light dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 yang berakhir dengan penaklukan Pulau Pinang atau dijenamakan sebagai Prince of Wales Island.
Inisiatif awal penjajahan ini akhirnya berjaya membentuk Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pembentukan tersebut adalah bertujuan untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan pengurusan British di Tanah Melayu.
Maka, ia telah sedikit sebanyak menukar corak pentadbiran awal di Tanah Melayu kepada corak pentadbiran yang bersumberkan kepada autoriti di London.
Berikut adalah struktur pentadbiran Negeri-Negeri Selat;
Selepas tahun 1874, British telah bertindak secara agresif untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.
Revolusi Perindustrian yang berlaku di British telah menguatkan lagi hasratnya untuk menguasai negeri-negeri Tanah Melayu yang sarat dengan hasil mahsul sumber alam.
Tambahan pula, ketidakstabilan politik di negeri-negeri Melayu turut mengundang dan mengizinkan agenda British di Tanah Melayu.
British telah mula memperkenalkan konsep Residen dan Persekutuan disetiap negeri jajahannya iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Walaupun begitu, sistem ini mempunyai kelemahan yang disebabkan oleh kawalan pentadbiran Gabenor yang lemah, krisis kewangan yang melanda, masalah perhubungan dan krisis keselamatan.
Maka, bagi mengatasi masalah ini, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut dan disebut sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.
Berikut adalah struktur pentadbiran Persekutuan 1896;
Justeru, pengenalan sistem pentadbiran ini telah menyebabkan kuasa pemerintahan sultan terhakis dan penglibatan orang-orang Melayu dalam pengukuhan pentadbiran negeri dihadkan.
Pembentukan Persekutuan ini menunjukkan bahawa kuasa utama pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu tidak lagi berada dibawah bidang kuasa sultan dan residen secara langsung, sebaliknya adalah Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Negeri-negeri lain yang tidak termasuk di dalam Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat ini diklasifikasikan sebagai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.
Ia terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Perjanjian demi perjanjian dimeterai diantara British dan Sultan diatas beberapa faktor yang meruncing, maka impaknya kesemua Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor ini telah terpaksa menerima Penasihat British di negeri masing-masing pada tahun 1914.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 telah melumpuhkan kekuasaan dan kekuatan pemerintah.
Jepun telah mengamalkan satu dasar pemerintahan yang zalim dan kejam sehingga wujudnya penentangan yang jelas terutamanya daripada kumpulan Tentera Rakyat Tanah Melayu Anti Jepun (MPAJA) atau dikenali juga sebagai Bintang Tiga.
Setelah Jepun ditewaskan pada tahun 1945, kumpulan Bintang Tiga telah berusaha menyebarkan fahaman komunis dan membentuk Parti Komunis Malaya (PKM).
PKM telah melancarkan satu pemberontakan bersenjata untuk menentang Persekutuan Tanah Melayu kerana mereka ingin menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pemberontakan ini meninggalkan kesan yang dahsyat sehingga Tanah Melayu mengalami kelumpuhan ekonomi disamping ketidakstabilan politik yang tergugat.
Maka, pada 23hb Jun 1948, Kerajaan British telah mengisytiharkan darurat ke atas seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Akhirnya, PKM juga telah ditumpaskan oleh British Military Administration (BMA). Kemudian, pihak British memperkenalkan Malayan Union pada 1hb April 1946 di Kuala Lumpur.
Gagasan ini menunjukkan dengan jelas penjajahan mutlak oleh pihak British ke atas Tanah Melayu terutamanya dari aspek pemerintahan negara yang telah mengabaikan peranan sultan sebagai ketua negara.
Oleh sebab itu, penentangan berterusan terhadap gagasan ini akhirnya membuahkan hasil melalui konfrontasi dan meja rundingan. Kemudian, British bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1hb Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union.
Sebelum menuju ke arah usaha-usaha membentuk kerajaan sendiri dan mengembalikan status quo serta merintis kemerdekaan, beberapa pilihanraya telah diperkenalkan dan diadakan bersama seluruh rakyat.
Di antara pilihan raya yang pernah dijalankan adalah Pilihan raya Majlis Bandaran pertama yang diadakan pada Disember 1951, Pilihan raya Negeri pada 1954 dan Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Julai 1955.
Seterusnya, satu suruhanjaya telah dibentuk pada tahun 1956 yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini telah diberikan mandat untuk menggubal perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian London 1956.
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini mengambil kira beberapa aspek iaitu mewujudkan sebuah kerajaan pusat, negara yang berlandaskan prinsip demokrasi, kedudukan raja-raja Melayu dan perhubungan diantara kaum.
Di antara perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 setelah dipinda adalah merangkumi Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, pembentukan Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta menyatakan dengan jelas Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri dan beliau dibantu oleh jemaah kabinet.
Maka, dengan terbentuknya perlembagaan ini, Tanah Melayu secara rasminya mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan meletakkan Raja sebagai Ketua Negara.
Tiga badan utama yang membentuk sistem pemerintahan Kerajaan Malaysia ialah Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
Sistem politik di negara ini dibentuk secara bergandingan (inter-dependence) diantara kuasa legislatif dan kuasa eksekutif.
Ahli-ahli eksekutif juga terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Oleh sebab itu, setiap keputusan atau polisi yang dibuat oleh Badan Eksekutif atau Kabinet Malaysia akan diterangkan dan dipertahankan dengan nada yang sama di dalam Parlimen mengikut disiplin collective responsibility. _
Sumber : ^blalang^ Kronologi sistem demokrasi berparlimen, Raja berpelembagaan
Hot Pictures Collection
Creative Anti-Smoking Ads
Over the past 40 years, smoking has declined by about half, thanks in part to anti-smoking media campaigns.
But anti-tobacco messages and ads often face fierce opposition from the cigarette manufacturers who have worked vigorously to diminish their impact
Anti-smoking ads began in the late 1960s when the FCC deemed cigarette smoking controversial and therefore subject to the Fairness Doctrine, which requires opening the airwaves to public service messages on opposing viewpoints. The ads were very effective in reducing smoking, despite vigorous counter-advertising by the tobacco companies. (According to a 1972 study, anti-smoking ads cut cigarette smoking by 531 cigarettes per person per year, while tobacco company advertising increased consumption by only 95 cigarettes per person per year.)
Jumaat, 17 Oktober 2008
Soalan Percubaan Sejarah 1 Daerah Gombak dan Daerah Sabak Bernam 2008
Soalan Peperiksaan Setara Daerah Gombak 2008
Bahagian A
1.Jelaskan konsep organisasi sosial dan bandingkan sistem organisasi sosial tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba.
2.Bandingkan ciri2 negara kota Athens Dan Sparta.
3.Huraikan organisasi ketenteraan dalam kerajaan Majapahit dan Srivijaya di Alam Melayu.
4.Huraikan faktor2 yg mempengaruhi perkembangan perdagangan di nusantara sebelum abad ke-15.
5.Jelaskan dasar dan kokurikulum pendidikan dalam tamadun India pada zaman klasik.
6.Kelahiran pelbagai aliran pemikiran baru pada zaman Renaissance mempengaruhi perkembangan masyarakat eropah.Bincangkan.
7.Bincangkan faktor2 yg menggalakkan penerokaan dan penjelajahan org eropah pada abad ke 15 dan 16 serta kesan2 aktiviti tersebut.
8.Sejauh manakah tamadun Mesopotamia mempunyai pencapaian yg tinggi dalam bidang kesenian.Bahagian B
9.Huraikan kepentingan hijrah dalam sejarah Islam?
10.Huraikan pembaharuan dalam sistem pentadbiran Islam pada zaman Umar al-Khattab.
11.Bincangkan kepentingan Piagam Madinah kpd masyarakat dan negara Islam.
12.Bincangkan aspek kepimpinan Nabi Muhammad sebagai tokoh ketenteraan dunia.
13.Institusi zakat merupakan institusi penting dlm ekonomo Islam.Jelaskan fungsi dan perlaksanaan zakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin hingga zaman Bani Umayyah.
14.Huraikan peranan yg dimainkan oleh institusi pendidikan yg terdapat dalam sistem pendidikan di Acheh/
15.Dengan memberikan contoh yang sesuai,jelaskan faktor kemunculan pelbagai mazhab dalam Islam.
16.Huraikan tahap2 ekspedisi dan sumbangan Ibnu Battutah dalam bidang pelayaran.==========================================================
Soalan Peperiksaan Setara Daerah Sabak Bernam 2008
Bahagian A
1.Bincangkan faktor2 utama yang mendorong kemunculan bandar pada zaman tamadun awal.
2.Huraikan tentang sistem pemerintahan prepublik yg diamalkan dalam tamadun Rom.
3.Bincangkan sumbangan Kautilya dan Niccolo Maciavelli dalam bidang ketenteraan.
4.Nyatakan inisiatif yg diambil oleh pemerintah Melaka untuk memajukan perdagangan pada abad ke-15.
5.Bincangkan dasar pendidikan di India sblum kedatangan Islam.
6.Terangkan sumbangan tamadun China dalam bidang astronomi pada zaman klasik.
7.Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan orang2 Arab dengan orang2 Eropah.
8.Apakah yang dimaksudkan dgn negara kota?Bandingkan sistem pemerintahan negara kota Athens di Yunani dan Madinah di Tanah Arab.Bahagian B
9.Bandingkan ciri2 kehidupan masyarakat Makkah dan Madinah sebelum kedatangan Islam.
10.Nabi Muhammad telah menunjukkan teladan yg terbaik dalam kepimpinan baginda.Bincangkan.
11.Huraikan struktur organisasi ketenteraan pada zaman Turki Uthmaniah.
12.Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yg diamalkan di Barat.
13.Huraikan pendidikan tidak formal dan institusi pendidikan Islam dalam tamadun Melayu.
14.Bincangkan faktor2 yg membawa kpd kemunculan pelbagai Mazhab dalam Islam.
15.Bandingkan antara sistem pemerintahan dan pentadbiran Zaman Khulafa al-Rasyidin dengan zaman Bani Umaiyyah.
16.Huraikan etika2 peperangan yang dianjurkan dalam Islam.Mohd Ariff
SMK HULU KELANG
Khamis, 16 Oktober 2008
Keputusan Percubaan Sejarah 1 STPM 2008
Saya telah selesai menyemak kertas Sejarah 1. Oleh sebab saya kertas yang terakhir dalam jadual, saya yang paling akhir agaknya siapkan tugasan menyemak. Merah biji mata saya kerana menyemak untuk tiga kelas dalam masa yang terhad.
Bagaimana keputusan kamu ? Adakah kamu berpuas hati ? Saya secara peribadi tak berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan kamu. Yang paling tinggi 85 % dan paling rendah........bawah 20. Apa yang kamu semua baca dan belajar hinggakan soalan yang senang pun tak dapat dihurai dengan baik. Ada macam tak pernah jumpa , tak pernah baca, dan macam tak belajar pun ada kualiti jawapannya !!!! Ini berita menyedihkan saya. Komitmen yang saya bagi tidak berapa baik hasilnya.
Walaupun biasanya keputusan peperiksaan sebenar lebih baik dari percubaan, bagi saya itu bukan ayat penyedap hati saya. Kebanyakan dari kamu tidak manfaatkan bahan, nota, tips, panduan, soalan, dan macam-macam yang saya sediakan untuk kamu !!!! Sebab apa......ada dikalangan kamu masih tak sedar diri....sebab kamu belum mengerti apa itu kegagalan.......kegagalan yang menyedihkan. Apakah apabila kamu telah kandas dalam STPM 2008 baru kamu hendak faham apa itu kepedihan akibat kegagalan ! Takut sudah terlambat ! Menyesal tak berguna nanti ........
Saya ingin sarankan ( tolong hebahkan kepada semua kawan-kawan 6AS, 6AH dan 6AM )...baca dan fahami harapan saya untuk kamu semua. Dalam detik-detik terakhir ini jangan tension. Jadikan apa juga keputusan kamu sama ada berjaya atau tidak untuk kamu muhasabah diri masing-masing. Bagi Sejarah 1 khususnya, persediaan terakhir kamu ialah tolong baca dan kaji dengan sepenuh hati soalan fokus yang saya cadangkan, soalan /jawapan skema Negeri Perak, dan soalan/jawapan skema negeri-negeri lain. BACA DENGAN MATA HATI. SEPENUH HATI. Insyaallah, ada faedah dan berkatnya.
Ingat, apa juga keputusan percubaan yang kamu dapat , jangan berpuas hati atau terus putus asa. Segala-galanya belum pasti . Usaha masih perlu dan wajib dilakukan . Belum sampai lagi noktah terakhir perjuangan kamu. Segala kemungkinan ada dengan izinNya....
Ingat, usaha kamu semua adalah dituntut. Saya sentiasa mengiringi kamu dengan doa....kerana doa adalah senjata terakhir kita !
Ahad, 12 Oktober 2008
Hari Raya lagi...........
Mek malu-malu.......nyorok !................................ Comel semuanya.....
Tu tengah sms saper ????..................................... Amboiiiiiiiii..........
Ehem.......................................................................Ana tak nampak......nyorok juga..
Sabtu, 11 Oktober 2008
Indahnya Hidup ini jika.................
Alangkah indahnya hidup ini
Pemimpinnya adil mengasihi rakyat
Ibu bapa mendidik dengan penuh kasih sayang
Anggota masyarakat tolong-menolong bekerjasama
Allah diagungkan disembah dan ditaati
Sunnah Rasulullah dihayati bersama
Kasih sayang sesama makhluk menjadi budaya
Maaf bermaafan menjadi tradisi
Para ulama bak bintang-bintang bergemerlapan
Menjadi pedoman musafir diperjalanan
Mereka terpandu menuju destinasi
Terhindar dari gangguan dan tersesat
Tidak ada kasta-kasta di dalam masyarakat
Setiap orang mendapat tempat masing-masing
Tidak ada yang terbiar dan tersisih
Hak asasi manusia terpelihara
Soalan Percubaan STPM Sejarah 1 Negeri Perlis 2008
Bahagian A
1. Apakah yang dikatakan Revolusi Bandar?.Jelaskan kepentingannya kepada peradaban manusia.
2. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kelahiran negara kota Yunani dan bincangkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota Athens dan Sparta.
3. Bincangkan organisasi ketenteraan dalam Tamadun India sebelum Islam.
4. Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi kapitalisme pada zaman kemuncak pertengahan di Eropah Barat.
5. Tamadun Rom dan Melayu mempunyai tradisi pendidikan masing-masing. Bincangkan.
6. Jelaskan kepentingan Renaissance kepada perkembangan tamadun di Eropah sehingga 1800M.
7. Huraikan kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan orang-orang Eropah pada abad ke-15 M hingga abad ke-16 M.
8. Bandingkan ciri-ciri senibina Eropah dengan senibina Islam.
Bahagian B
9. Masyarakat Arab Jahiliyah dikenali sebagai bangsa yang bersifat ummiyin. Jelaskan sifat tersebut dan huraikan ciri-ciri masyarakat zaman tersebut dari segi kepercayaan, ekonomi, sosial dan politik.
10. Huraikan pembaharuan-pembaharuan dalam sistem pentadbiran Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab
11. Bincangkan peristiwa dan natijah Peperangan Uhud pada tahun 3 H pada umah Islam dan musyrikin Mekah.
12. Jelaskan sumber-sumber baitulmal dan fungsinya dalam perkembangan ekonomi umat Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab
13. Jelaskan perkembangan pendidikan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan Khulafa' al Rasyidin
14. Bincangkan sumbangan Tamadun Islam kepada peradaban dunia.
15. Huraikan perkaitan antara peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dengan penjelajahan dan penerokaan umat Islam
16. Huraikan ciri-ciri seni ukir dan seni bina Islam yang terdapat pada bangunan masjid dan istana.
Sumbangan daripada : Sweet Sue <sweetcokoleatsusue@yahoo.com
Khamis, 9 Oktober 2008
Anda Permata Ayah Bonda.........
Fokus STPM 2008 - Sistem Pemerintahan -Tema 2 (Tamadun Islam)
Pendahuluan [3 markah]
- Kerajaan Khalifah Al Rasyidin bermula selepas kewafatan Rasulullah pada 632 M. Saidina Abu Bakar Al Sidiq menjadi khalifah pertama, diikuti Khalifah Omar Al Khatab,Khalifah Othman Al Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
- Kerajaan Khalifah Al Rasyidin berakhir pada 633M apabila Muawiyah Bin Abu Sufian mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.
- Sebaliknya kerajaan Melayu Melaka diasaskan oleh Paramasewara pada 1404M
- Kerajaan ini terletak diperkampungan nelayan selat Melaka. Kerajaan Melaka menerima Islam apabila Paramaswara berkahwin dengan puteri Raja Pasai pada1414M. Melaka mencapai kegemilangan pemerintahan Islam pada Zaman Mansor Syah dan Sultan Muzaffar Shah.
- Kerajaan Melaka berakhir pada 1511M apabila diserang oleh Pertugis.
Isi-isi Penting ( 5X4 =20 Markah )
1. Perbandingan Politik
- Kerajaan Khalifah ar Rasyidin mengamalkan konsep Syura dan Bai’ah. Wujud pemusatan kuasa dengan Khalifah dalam hal perlantikan pegawai kerajaan penglima perang dan gebnor Wilayah. Khalifah akan bertindak berdasarkan persetujuan syura. KAR menekankan konsep jihad dan penaklukan bagi meluaskan pengaruh Islam. Contohnya pada zaman Khalifah Umar al- Khatab terdapat lima belas wilayah Islam seperti Mesir, Iraq, Iran,Syria dan Palestin
- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan pemerintahan Monarki.kuasa sultan tidak terbatas.Rakyat mesti taat kepada pemerintah.
- Rakyat tidak boleh menderhaka kerana raja mempunyai daulat, Kerajaan Melaka mengamalkan sistem pembesar seperti Bendahara, Laksamana, Temenggung, Pembesar lapan dan Pembesar enam belas
2. Perbandingan Ekonomi
- Di zaman KAR,bentuk ekonomi Islam telah diamalkan sepenuhnya tanpa ada unsur-unsur ekonomi Jahiliah seperti judi,riba,penipuan dan sebagainya dihapuskan.
- Pemimpin mengamalkan hidup sederhana dan tidak mengawal ekonomi untuk kepentingan peribadi
- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan konsep perbendaharaan negara dan ekonomi Islam tidak secara menyeluruh.
- Ini kerana sistem ekonomi bercampur dengan bentuk ekonomi tradisi dan undang-undang adat
- Konsep Baitul Mal dan pelaksanaannya diamalkan sepenuhnya bagi meningkatkan ekonomi Islam. Baitul Mal merupakan tempat mengumpul harta kerajaan Islam.
- Terdapat pegawai yang khusus untuk menguruskan Baitul Mal dan khalifah tidak terlibat secara langsung dalam mengawal harta kerajaan
- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan sistem ufti terhadap negeri yang dijajah.Ufti dibayar dalam pelbagai bentuk seperti emas,senjata,makanan,persalinan dan sebagainya
- Lambang penindasan terhadap negeri yang lemah
- KAR, pelaksanaan cukai dan zakat dijalankan dengan baik seperti jizyah,kharaj,Usyur,zakat dll
- Kerajaan Melayu Melaka, pengurusan semua kerajaan diletakkan di istana Sultan, Semua harta adalah milik mutlak pemerintah dan berhak menggunakan untuk kepentingan peribadi dan keluarga.
- Biasanya pemerintah hidup mewah melalui cukai dan kutipan hasil yang dikenakan terhadap rakyat.
- Tidak ada bukti zakat dilaksanakan di Melaka
3. Aspek Sosial.
- Di Zaman KAR, sistem sosial dijalankan dengan baik.Tidak ada masalah pilih kasih, penindasan atau perkauman
- Mengamalkan konsep persamaan taraf antara kaum Arab dari pelbagai keturunan dan antara kaum Arab dengan Islam Mawali ( bukan Arab ) seperti Farsi,Mesir,Afrika,Qubti,Iraq dll
- Usaha penyebaran Islam dijalankan dengan penuh hikmah
- Kerajaan Melayu Melaka, mengamalkan konsep susun lapis dalam masyarakat iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah
- Pemerintah terdiri daripada Sultan dan golongan bangsawan manakala golongan diperintah terdiri daripada pembesar, rakyat merdeka dan hamba
- Wujud amalan pilih kasih dalam perlantikan pegawai kerajaan dan pembesar.
4. Aspek Pendidikan
- Di Zaman KAR, pendidikan Islam telah diutamakan dimana khalifah menekankan pendidikan kepada semua rakyat tanpa pilih kasih
- Khalifah membina kemudahan pendidikan seperti sekolah,masjid,madrasah dan sebagainya
- Contoh Khalifah Umar telah membina banyak masjid untuk dijadikan pusat pendidikan kepada semua rakyat
- Kerajaan Melayu Melaka, Perkembangan pendidikan Islam agak berkembang di Melaka.Walaubagaimanapun perkembangan adalah terhad dikawasan istana. menjadi pusat keilmuan,perpustakaan dan intelektual.Contoh Sultan Melayu Melaka menjadi Istana untuk menyimpan kitab-kitab dan buku-buku daripada Timur Tengah
Terdapat juga bukti, perkembangan pendidikan berlaku diluar istana seperti di masjid,madrasah atau sursu.kebanyakan dilakukan oleh tokoh-tokoh Arab seperti Maulana Abu Bakar di zaman Sultan Muzaffar Syah.
5. Aspek Perundangan
- Di zaman KAR. Undang-undang Islam dijalankan sepenuhnya mengikut hukum-hukum yang ditetapkan dalam al-Quran seperti hukuman potong tangan,rejam,bunuh,qisas,takzir dll
- Hakim dilantik dikalangan mereka yang benar layak dan mahir dalam bidang perundangan.
- Khalifah terletak dibawah undang-undang dimana khalifah dan kaum keluarga boleh dihukum seperti rakyat biasa sekiranya mereka melakukan kesalahan
- Kerajaan Melayu Melaka . Pelaksanaan undang-undang Islam agak terhad dan bercampur dengan pelaksanaan undang-undang adat.Contoh hukum Kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka hanya terdapat kira-kira 45% sahaja undang-undang Islam seperti hukum potong tangan,sebat,bunuh dan lain-lain
- Di Melaka, Sultan mengatasi undang-undang. Ini bermakna pelaksanaannya tidak termasuk kepada sultan dan golongan pemerintah
Kesimpulan ( 2 Markah )
Apa sahaja yang berkaitan.
PENYOKONG BLOG SEJARAH
PENAFIAN :
Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.