Saya ingin menyarankan kepada semua pelajar saya khususnya kepada pelajar DARY, agar meletakkan pergantungan yang amat tinggi kepada Allah dengan usaha kuat yang berterusan. Ikhtiar adalah wajib dan dituntut.
Sentiasalah iringi usaha dengan doa dan tawakkal kepada Allah. Carilah keberkatan dalam belajar. Taatilah Allah, carilah keredaan ibu bapa dan guru kamu. Semua orang ada buat salah dan dosa termasuk saya sebab kita bukan 'maksum'. Jadikanlah diri kita lebih baik dari semalam.
Sebagai orang Islam, yakinilah peranan 'berkat'. Apabila Allah memberkati kita, akan mudah jalan kebaikan kepada kita mengikut kehendak dan ketentuanNya. Dalam soal ini ada banyak hal yang perlu diberi perhatian. Apapun segala yang Allah redha, itu adalah jalan ke arah mendapat keberkatan.
Sehubung dengan itu, saya agak duka cita dengan perselisihan faham yang berlaku di kalangan segelintir pelajar 6AM. Ini adalah perkara penghalang keberkatan. Ia akan menjadi hijab/pendinding dalam mencari keredhaan Allah. Saya ingin menyarankan kepada semua yang terlibat agar segera saling maaf dan memaafkan.
Perselisihan faham dua orang menjadi teruk akibat pengadu-pengadu sekelilingnya. Mereka inilah yang bemulut jahat yang dalam sejarah mengakibatkan berlakunya kejatuhan sesebuah kerajaan. Bak kata pepatah Melayu, ' kerana mulut badan binasa'. Hentikanlah ! Kamu semua akan mengakhiri zaman persekolahan tak lama lagi. Biarlah ia diakhiri dengan perasaan penuh harmoni.
Ingat, akan datang kamu bukan kamu yang sekarang. Kamu semakin dewasa. Kalau kamu sekarang anak orang kaya, yang kaya bapa kamu, kamu belum tentu akan terus kaya. Begitu juga jika kamu kurang berada, akan datang kamu juga belum tentu begitu juga. Percayalah, langit tak selalunya cerah, begitu juga hidup ini. Fikir-fikirkanlah.....
Mesej yang saya ingin saya sampaikan ialah carilah keberkatan dengan mencari keredhaan Allah. Saya iringi usaha kamu semua dengan doa yang yang berterusan....Semoga Allah membantu kita dan doa kita dikabulkan...(InsyaAllah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan