ENJIN CARIAN BAHAN

Rabu, 30 Mei 2012

TAMADUN DUNIA DAN ISLAM : LATIHAN

LATIHAN ESEI !!! 
PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS SMKDARY: ESEIKAN SOALAN INI. BACA DAN KAJI DENGAN TELITI .
SILA CARI DAN CETAK CONTOH SKEMA UNTUK RUJUKAN. HANTAR PADA 11 JUN 2012.
image_thumb4

BAHAGIAN A ( TAMADUN DUNIA )

1. Bincangkan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun manusia.

2. Huraikan struktur organisasi sosial dalam Tamadun Mesir.

3. Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo Machiavelli pada abad ke 16 M.

BAHAGIAN B ( TAMADUN ISLAM )

4. Bincangkan ciri-ciri sosio-ekonomi masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

5. Sejauhmanakah masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dikatakan masyarakat yang tidak mempunyai peradaban dan tamadun.

6. Bincangkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam pentadbiran negara Islam Madinah.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Sabtu, 12 Mei 2012

BAHAN SEJARAH 940 STPM BAHARU

Kepada rakan-rakan guru yang dikasihi,

Jika anda ada sebarang bahan berkaitan silibus Sejarah 940 baharu yang ingin dikongsi bersama seperti rancangan pelajaran, nota-nota, esei-esei berkaitan, dan sebagainya,  bolehlah emelkan kepada saya ( rashman2u@yahoo.com ) untuk diterbitkan dalam blog ini untuk rujukan bersama.

Moga usaha ini memberi kebaikan kepada kita bersama dan ada keberkatannya.

 [SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

NOTA ONLINE SEJARAH 2

Pelajar SMKDARY ( Khususnya Kelas 6 Atas Syafie dan Hanafi juga Maliki ), buka laman ini (Sila klik Gambar) untuk ambil bahan bacaan. Cetak dan baca baik-baik ! Orang malas menempah kegagalan dan hanya berangan-angan kosong sahaja. Buktikan Sejarah anda A.

blog sejarah 2

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 7 Mei 2012

TAMADUN DUNIA : TEMA1 – PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM TAMADUN AWAL

    Bincangkan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia.

    Pengenalan (3 m)

1. Konsep tamadun secara umum.

Definisi : Prof. M.A.J Beg menyatakan: - Tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, undang2 dan politik.

  • Tamadun yg tertua di dunia ; Tamadun Mesopotamia (lahir 5000 tahun yang lampau)
  • Antara ciri utama tamadun Mesopotamia;- kewujudan negara kota, tugu-tugu peringatan, agama, dan sistem agama

      Ciri-ciri tamadun :

    • Petempatan kekal, Pembandaran, Organisasi sosial, Kepercayaan dan agama, Sains dan teknologi, Bahasa dan sistem tulisan
    • 2. Tamadun-tamadun awal

    • Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates
    • Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil.
    • Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus.
    • Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho

Isi Penting (7 isi X 3 markah = 21 markah)

Perkembangan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun manusia

1. Teknologi dalam aktiviti pertanian

  • Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih besar. Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah.
  • Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja pertanian.
  • Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar.
  • Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.

2. Teknologi dalam sistem ketahanan dan pertahanan

    • Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar.
    • Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata
    • Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dan karbon.
    • Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan.

3.Teknologi dalam kemudahan asas

  • Dalam Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan infrastruktur sperti longkang dan sistem pembuangan air.
  • Longkang-longkang yang dibina di sepanjang jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat.
  • Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam Tamadun Indus.
  • Binaan yang paling unik ialah kolam mandi great bath.
  • Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut.
  • Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen.
  • Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut.
  • Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula.
  • Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada pendudukan pada zaman tamadun awal. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar.
  • Dalam Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar.Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.Dalam blok-blok tersebut terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama.

4. Teknologi dalam petempatan

    • Petempatan-petempatan berkembang dengan pesat disebabkan kemahiran dalam pembinaan dan kemudahan asas. Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M), kampung-kampung yang mengandungi rumah ketua kampung yang lebih besar dan mempunyai pelan berbentuk segi empat tepat.
    • Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatan turut dibina.
    • Dalam Tamadun Indus pula rumah-rumah dibina menggunakan batu yang bermutu tinggi yang terdiri daripada rumah setingkat, dua tingkat atau lebih.
    • Rumah-rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai beberapa buah bilik dan serambi yang berbentuk empat segi.
    • Ciri yang menarik ialah setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi.
    • Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama.
    • Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran udara yang baik.

5. Teknologi dalam aktiviti keagamaan

    • Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan.
    • Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
    • Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.
    • Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.
    • Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan.
    • Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini.
    • Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).

6. Teknologi dalam aktiviti pengangkutan dan pelayaran

    • Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
    • Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan.
    • Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.

    7. Teknologi dalam sistem perbandaran

    • Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong kepada kemunculan bandar.
    • Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina.
    • Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur.
    • Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata.
    • Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah badar.
    • Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi pada pintu gerbang.
    • Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan.

8. Teknologi dalam bidang Intelektual

  • Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan matematik.
  • Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain.
  • Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai.
  • Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid.
  • Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan.
  • Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari.
  • Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.
  • Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
  • Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105.
  • Teknologi pencetakan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868.
  • Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di Cina.

    9. Teknologi dalam penciptaan peralatan

    • Dengan kemajuan teknologi, pelbagai peralatan dan aksesori telah dicipta.
    • Dalam Tamadun Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, dan sutera dihasilkan.
    • Petani-petani Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir.
    • Mereka telah membuat jarum, mata kail dan alat penebuk.

    Kesimpulan (1 markah)

    Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun China dan Tamadun Indus semakin berkembang pesat.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 6 Mei 2012

TAMADUN DUNIA : TEMA 2 – MAHARAJA SHIH HUANG TI

Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja dalam tamadun China.

Pengenalan: [ 3 markah ]

1. Latar belakang Shih Huang Ti

· Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M .

· Beliau telah mengasaskan empayar yang luas sehingga Sungai Merah di Vietnam.

· Berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat.

2. Sistem pemerintahan beraja China

· Ketua kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti.

· Gelaran Huang Ti digunakan oleh maharaja pertama Dinasti Chin.

· Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings.

· Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama.

Isi : [ 7 isi X 3 markah = 21 markah ]

Langkah-langkah pengukuhan sistem pemerintahan beraja:

1. Menjalankan sistem pemerintahan berpusat

· Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan.

· Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota.

· Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik

2. Menghapuskan sistem feudal

· Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah.

· Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya.

· Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin.

3. Memperkenalkan ‘scholar system’

· Melatih sekumpulan kakitangan awam yang mempunyai pendidikan untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya.

· Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan berkhidmat kepada maharaja.

· Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat. Ini dapat mengukuhkan kuasa maharaja.

4. Mewujudkan tiga pentadbiran utama

· Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant.

· Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.

· Masing-masing mempunyai tugas khas. Contoh : Canselor mengawal keputusan dasar-dasar kerajaan dan lebih tinggi daripada jawatan lain. Setiausaha Imperial bertanggungjawab dalam membuat arahan , merekrut, dan menyelia ahli-ahli perkhidmatan raja. Grand Commandant mengawal tentera-tentera raja.

· Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkan kuasa maharaja.

5. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi

· Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah)

· Menghapuskan kuasa golongan bangsawan memerintah wilayah.

· Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya.

· Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja.

· Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal.

6. Melantik pemerhati/perisik wilayah

· Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.

· Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya.

7. Penguatkuasaan undang-undang

· Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan.

· Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam.

· Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya.

8. Dasar pengawalan ke atas rakyat

· Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahaman legalisme yang bertujuan mengawal tingkah laku rakyat melalui undang-undang dan tindakan yang keras. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya.

· Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh.

· Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan.

8. Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar

· Mempertahankan negara daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China.

· Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh.

· Memperbesar dan memperkuat pasukan tentera.

Kesimpulan:[ 1 markah ]

1. Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya.

2. Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal.

3. Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

TAMADUN DUNIA : TEMA 3 – PEMIKIR KETENTERAAN

    Bincangkan pemikiran Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang ketenteraan.

    A. Pendahuluan

  • Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran mereka

  • Antara tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Kautilya, Sun Tzu dan Niccolo Machiavelli

  • Kautilya merupakan pemikir tentera yang terulung dalam tamadun India. Beliau telah menghasilkan buku tentang strategik dan teori politik yang berjudul Arthasastra.

  • Niccolo Machiavelli merupakan pemikir tentera yang berasal dari Itali . Antara hasil karya yang dihasilkan The Prince, Art of War dan Discourses

     

B. Isi ( 20 M )

Pemikiran Kautilya

1. Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain

Buku Arthasastra menyarankan enam bentuk hubungan antara satu negara dengan negara lain, iaitu mementingkan keamanan, bersedia untuk berperang, membiarkan musuh melancarkan serangan pertama, melancarkan serangan pertama, bersekutu dengan musuh dan mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaik-baik dengan satu musuh dan menyerang musuh lain.

2. Strategi Memenangi Peperangan

Langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam menghadapi musuh ialah memujuk musuh dengan mengadakan perbincangan, memujuk musuh dengan memberi rasuah, menanam benih perpecahan atau rasuah dan melancarkan peperangan jika usaha tersebut menemui kegagalan.

3. Saranan Kepada pemerintah

Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh sebelum melancarkan serangan. Menurut Kautilya, kemampuan mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahan. Komplot atau konspirasi membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan diri dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.

4. Penggunaan Kaedah Subversif

Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah dan menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan. Kautilya menyarankan agar taktik kotor digunakan apabila peperangan menemui jalan buntu.

5. Menyerang pada waktu yang sesuai

Serangan hendaklah dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang dipilih akan menentukan kejayaan atau kegagalan dalam peperangan. Serangan harus dilakukan ketika musuh dalam keadaan leka, menghadapi masalah kekurangan makanan dan berlaku perpecahan di kalangan musuh.

Pemikiran Niccolo Machiavelli

1. Sokongan Rakyat

Pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang pada peringkat permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi akan diperolehi daripada mereka yang berpuas hati dengan pemerintah baru.

2. Bantuan Luar

Kejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari luar.

3. Undang-undang dan Tentera Baik

Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan dan kemegahan supaya ia dapat mengekalkan kekuasaan. Beliau menyarankan tentang keperluan undang-undang yang baik dan memiliki pasukan tentera yang berwibawa.

4. Cara Mengekalkan Kuasa

Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa. Seseorang pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan.

Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan musuh.

5. Strategi Peperangan

Machiavelli menolak pembinaan kubu kerana ia akan membawa kemusnahan. Beliau menyarankan agar tentera berpakaian ringan tetapi dilengkapi dengan senjata yang canggih.

6. Sistem Pentadbiran

Machiavelli mengemukakan dua cara pentadbiran, iaitu melalui undang-undang dan ketenteraan. Pemerintahan berteraskan undang-undang semata-mata tidak memadai. Beliau berpendapat seorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan.

C. Kesimpulan (2M)

Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Tokoh-tokoh ini mengemukakan idea ketenteraan melalui karya mereka iaitu Arthasastra (Kautilya), The Prince, Art of War dan Discourses (Niccolo Machiavelli). Idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh ini membantu pemerintah dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

BAGAIMANA MEMBACA DENGAN BERKESAN

Teknik Membaca

1. Teknik Membaca KWLH

2. Teknik Membaca SQ3R

3. Skimming and Scanning

Salam Cemerlang buat SEMUA.......seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh karena itu guru perlu membimbing pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.

Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut; untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kepahaman tentang sesuatu konsep untuk mengumpul pelbagai teknik membaca yaitu membaca pantas membaca kritis.

Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.

Teknik Membaca KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca), W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca), H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya), Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembaca (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.

Teknik Membaca SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan suatu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (Survey) tinjau

Q (Question) soal/tanya

R (Read) baca

R (Recite) imbas kembali tau nyatakan secara lisan

R (Review) baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bagian-bagian buku atau teks. Disini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas yaitu skimming dan scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu ciri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasnya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan coba mencari jawaban kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencoba mendapat segala jawaban kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kepahaman dan keinginan sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga, setelah selesai membaca pelajar coba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasnya. Pelajar juga boleh coba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawaban-jawaban kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Skimming dan Scanning

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mau pun bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada ide penting setiap perengan untuk mendapat gambaran umum. Ide-ide khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sebuah buku pula. Fokus kita diberikan kepada bagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bagian-bagian tertentu yang dipikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adalah lebih cepat dari pada pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan. Jika bahan berkenan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.Selamat Cemerlang!!

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

TIPS BELAJAR CEMERLANG !

  1. Menurut kajian sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Fadzilah Kamsah bahawa kita hanya akan mampu mengingati sesuatu ilmu sebanyak 10% jika sekadar membaca.

  2. Jika kita mendengar sahaja,sebanyak 20% yang mampu kita ingat,jika dengar dan lihat(seperti melihat apa yang diajarkan oleh guru-guru) sebanyak 50%.

  3. Apabila kita menyebut sesuatu ilmu yang dihafal secara kuat,maka sebanyak 70% yang mampu kita ingat.Akhirnya sekiranya kita mengamalkan ilmu yang dihafal maka insya Allah sebanyak 90% yang mampu lekat pada memori otak kita.

  4. Betullah pepatah Arab yang mengatakan “ilmu tanpa amal,ibarat pokok tanpa buah”.Dengan beramal ia mampu memberikan buah hasil yang terbaik kepada ilmu yang kita miliki antaranya tahap ingatan yang kuat akan ilmu berkenaan.

  5. Sebenarnya banyak ayat al-Quran dan hadis yang memerintahkan agar kita mengamalkan ilmu yang kita perolehi malah memberikan ancaman yang keras kepada golongan yang mengetahui ilmu tetapi tidak mengamalkannya seperti golongan Yahudi yang mengetahui akan kebenaran Islam tetapi tidak mahu beramal untuk Islam sebaliknya menentang Islam.

  6. Kemudian,sekiranya semakin banyak kita menggunakan deria dalam belajar,semakin kuat dan cepat untuk kita mengingati sesuatu lmu. Juga,dalam kita belajar,kita hendaklah belajar secara aktif bukan pasif.Maksud aktif di sini ialah kita dapat belajar dengan penuh konsentrasi atau perhatian.Antara ciri pelajar yang aktif ialah mereka yang apabila membaca,mereka menggunakan jari telunjuk atau pen untuk menunjuk isi yang sedang dibaca,menggariskan isi-isi yang penting.Semua itu demi mengelakkan daripada kehilangan konsentrasi.Haruslah difahami belajar secara aktif di sini bukanlah merujuk kepada belajar sambil mendengar muzik yang dipasang kuat ataupun sambil bersembang tetapi ia merujuk kepada belajar secara penuh konsentrasi.Jika kita tidak mampu memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang dibaca,maka pada ketika itulah kita dianggap sebagai belajar secara pasif.

  7. Akhir sekali,renungilah kata-kata al-Imam Syafei rahimahullah ini: Aku mengadu kepada Waki’(al-Imam Waki’ ibn Jarrah rahimahullah,guru kepada al-Imam Syafei rahimahullah) tentang buruknya hafalanku,maka dia menyuruhku supaya meninggalkan maksiat,dan dia mengatakan kepadaku bahawa sesungguhnya ilmu Allah itu adalah cahaya,dan cahaya Allah itu tidak akan diberikan kepada orang-orang yang membuat maksiat.”

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

TAMADUN DUNIA : TEMA 3 - KAUTILYA

Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

A. Pendahuluan

1. Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada Chandragupta Maurya. Kautilya hidup pada dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau dikenali juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta.

2. Karya Arthasastra ( Science of Gain of power ) pada –ke 3 yang dihasilkan pada abad ke-3 masihi merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan dan ekonomi.

3. Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

B. Isi- Isi Jawapan ( 7isi X 3 Markah = 21 Markah )

Idea- idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra

1. Menggariskan Peranan Pemerintah Hubungan Diplomatik

Beliau menggariskan enam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar.

(i) Mementingkan keamanan iaitu ‘ saman ‘iaitu perdamaian dengan musuh yang lemah.

(ii) Persediaan untuk berperang

(iii) Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama.

(iv) Bersekutu dengan musuh.

(v) Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh lain.

(vi) Melancarkan serangan pertama.

2. Menggariskan Peranan Pemerintah untuk Mencapai Kemenangan

(i) Memujuk musuh dengan rasuah atau ‘dana’dan perbincangan.

(ii) Mencetuskan persengketaan

(iii) Menanamkan benih-benih permusuhan

(iv) Melancarkan ppeperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal.

3. Mempengaruhi Tindakan Raja Hindu dan Pahlawan Marathas

Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsure spiritual dan upacara keagamaan Hindu iaitu mengelakkan ‘kelahiran semula’ jika beroleh kemenangan melalui peperangan seperti yang disarankan oleh agama Hindu.

4. Peranan/ Dasar Pemerintah Terhadap Musuh

Karyanya menyarankan seorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan kempen ketenteraan.Pemerintan dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera terlatih.

5. Peranan Pemerintah Menjamin Kesejahteraan Rakyat

Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat. Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta berkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai merasuah tukang masak dan seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan.

6. Pemerintahm Menjalankan Dasar Kekejaman dan Bijak

Untuk menghadapi musuh, ‘bheda’ digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitif. Raja peunjukan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh serta menggunakan kekerasan konsep ‘ danda’ iaitu kayu atau besi yang kuat ke atas orang jahat dan musuh.

7. Kautilya memperkenalkan teori ‘mandala’. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.

8. Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk mencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.

9. Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.

10. Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa termasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang boleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana bimbang makanan itu mengandungi racun.

C. Kesimpulan ( 1 Markah )

Apa sahaja yang berkaitan

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Rabu, 2 Mei 2012

TAMADUN DUNIA : TEMA 2 – FAKTOR PENGUKUHAN KUASA EMPAYAR

Sejauhmanakah kekuatan ketenteraan penting dalam pengukuhan kuasa empayar tamadun-tamadun awal.

CONTOH JAWAPAN :

A. Pendahuluan

· Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar merujuk kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah. Terdapat dua jenis empayar yang utama iaitu empayar daratan dan empayar maritim. Empayar daratan menguasai tanah yang luas seperti empayar Maurya, Gupta, Rom dan Chin. Empayar maritim pula bergantung kepada penguasaan laut seperti empayar Srivijaya dan Majapahit .

· Konsep ketahanan dan pertahanan. ( Buat rujukan )

B. Isi-isi

(Huraikan isi kekuatan ketenteraan pada perenggan pertama. Mesti ! )

1. Kekuatan ketenteraan

Kekuatan ketenteraan amatlah penting dalam pengukuhan empayar dan bagi mewujudkan keamanan dalam empayar. Para pemerintah menggunakan tentera untuk mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan kacau bilau. Bagi memudahkan tentera mengawal keadaan dalam negara, kota-kota pertahanan, jalanraya dan tembok didirikan. Contohnya pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, tembok besar yang dikenali sebagai Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan serangan orang-orang gasar.

Dalam Tamadun India pula, kekuatan ketenteraan begitu dominan dalam pengukuhan dan perluasan empayarnya. Dalam hal ini,terdapat empat jenis tentera yang digunakan iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera berjalan kaki ( infantri ).Terdapat juga unit – unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perintis dan komisariat. Keunikan ketenteraan India ialah penggunaan gajah dan ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan kubu, pintu kota dan benteng pertahanan. Kereta kuda pula digunakan secara meluas pada zaman Maurya dan kebiasaannya Raja – raja India mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya mempunyai 600, 000 orang tentera, Rajaraja I mempunyai 900, 000 orang tentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada bila-bila masa.

(Huraikan dan tegaskan terdapat faktor lain yang turut mengukuhkan kuasa empayar)

2. Perluasan wilayah

Salah satu ciri lain dalam pengukuhan empayar ialah perluasan kuasa. Apabila sesebuah empayar menjadi stabil, langkah-langkah diambil untuk memperkembangkan pengaruh di wilayah-wilayah berhampiran. Usaha perluasan kuasa merupakan langkah untuk menundukkan kuasa-kuasa besar di pinggiran yang menggugat kestabilan politik sesebuah empayar. Contohnya, empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dengan menyatukan negara-negara kecil di utara India. Pembentukan empayar ini bertujuan untuk menundukkan ancaman Yunani.

3. Sistem birokrasi yang teratur

Kekuatan sesebuah empayar dapat dipertahankan dengan wujudnya sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. Sistem pentadbiran amat penting bagi mengukuhkan cengkaman kuasa kerajaan di seluruh wilayah jajahan takluk. Untuk tujuan tersebut, biasanya sesebuah kerajaan membahagikan empayar kepada wilayah-wilayah yang diperintah oleh gabenor. Kerajaan pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan sentiasa mengawasi pegawai-pegawai di wilayah. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti telah membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah dan wilayah-wilayah ini ditadbir oleh gabenor tentera.

4. Keseragaman budaya

Pembentukan keseragaman budaya bertujuan untuk melahirkan kesatuan dan perpaduan di seluruh empayar. Dalam konteks ini, lazimnya budaya negara induk akan dijadikan budaya rasmi di seluruh jajahan takluk empayar. Contohnya, Iskandar Zulkarnain menyebarkan kebudayaan Hellenistik yang merupakan paduan antara budaya Yunani dan Parsi ke seluruh empayar. Beberapa bandar baru ditubuhkan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik seperti Iskandariah dan Antioch.

5. Keseragaman sosial dan ekonomi

Para pemerintah sesebuah empayar lazimnya akan bertindak menyeragamkan sistem tulisan, ukuran timbangan dan penggunaan matawang. Tindakan ini diambil untuk melicinkan urusan pentadbiran dan juga untuk memupuk semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Contohnya, Sargon Agung telah memperkenalkan bahasa Akkadia sebagai bahasa rasmi empayarnya. Manakala, Asoka yang merupakan pemerintah agung empayar Maurya telah menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi empayarnya bertujuan mewujudkan penyatuan politik dan budaya. Dalam bidang ekonomi pula para pemerintah memperkenalkan sistem timbangan, ukuran dan matawang yang seragam. Contohnya, di Melaka, sistem timbangan berdasarkan ukuran kati dan tahil digunakan.

6. Kewibawaan pemimpin

Kekuatan dan keutuhan sesebuah empayar bergantung kepada pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang berwibawa dapat mewujudkan kestabilan politik. Ini dapat diwujudkan dengan menggunakan kekuatan tentera. Di samping itu, pemimpin-pemimpin juga memberikan naungan politik kepada pertumbuhan tamadun. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti memperkenalkan sistem legalisme dalam pemerintahannya dalam usaha mengukuhkan kekuasaan dan keamanan pemerintahannya. Manakala, kerajaan Maurya memberikan naungan politik kepada golongan karyawan untuk bergiat dalam lapangan kesenian dan kesusasteraan.

7. Penyebaran agama

Pemimpin sesebuah empayar juga bertindak menyebarkan fahaman agama ke wilayah-wilayah jajahan takluk khususnya kepada pemimpin yang terikat dengan sesuatu fahaman agama dan ingin membawa perubahan dalam masyarakat. Contohnya, Maharaja Asoka selepas Perang Kalinga telah mengambil beberapa langkah untuk menyebarkan agama Buddha dalam empayarnya. Selain, mengadakan siri lawatan ke seluruh empayar untuk menyebarkan agama Buddha, baginda juga melantik pegawai-pegawai yang dikenali sebagai Dharma Mahamatra untuk menyebarkan agama Buddha. Selain itu, Asoka telah mempraktikkan dan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupannya dengan menghentikan amalan membunuh binatang dan memakan daging. Hasil usaha dan langkah-langkah tersebut, agama Buddha telah menjadi agama dunia.

8. Kemajuan komunikasi

Kejayaan sesebuah empayar juga bergantung kepada sistem pengangkutan dan komunikasi. Rangkaian jalanraya diperlukan untuk menggerakkan pasukan tentera untuk melicinkan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom pada zaman Augustus Caesar. Beliau telah membina jalanraya-jalanraya yang menghubungkan Rom dengan kebanyakan kawasan jajahannya. Ini telah memudahkan pergerakan tentera ke kawasan jajahan untuk mematahkan sebarang kebangkitan untuk mencabar kepimpinan maharaja.

C. Kesimpulan

Empayar merupakan entiti politik yang lahir daripada kegiatan ketenteraan yang menyebabkan proses perluasan wilayah. Sebagai unit politik yang merangkumi kawasan yang luas, empayar mempunyai beberapa ciri seperti sistem birokrasi kerajaan pusat yang mantap , kehomogenian budaya, agama dan budaya, kekuatan militer, perlaksanaan hegemoni dan sistem naungan ekonomi. Ciri-ciri ini amat penting dalam memantapkan serta mengukuhkan kedudukan sesebuah empayar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Empayar akan mengalami kemerosotan apabila pemerintah gagal mengawal struktur empayar, mengukuhkan pentadbiran pusat, kemerosotan ekonomi dan sistem pertahanan lemah.

* Apa-apa sahaja yang berkaitan

 

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.