-
Menurut kajian sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Fadzilah Kamsah bahawa kita hanya akan mampu mengingati sesuatu ilmu sebanyak 10% jika sekadar membaca.
-
Jika kita mendengar sahaja,sebanyak 20% yang mampu kita ingat,jika dengar dan lihat(seperti melihat apa yang diajarkan oleh guru-guru) sebanyak 50%.
-
Apabila kita menyebut sesuatu ilmu yang dihafal secara kuat,maka sebanyak 70% yang mampu kita ingat.Akhirnya sekiranya kita mengamalkan ilmu yang dihafal maka insya Allah sebanyak 90% yang mampu lekat pada memori otak kita.
-
Betullah pepatah Arab yang mengatakan “ilmu tanpa amal,ibarat pokok tanpa buah”.Dengan beramal ia mampu memberikan buah hasil yang terbaik kepada ilmu yang kita miliki antaranya tahap ingatan yang kuat akan ilmu berkenaan.
-
Sebenarnya banyak ayat al-Quran dan hadis yang memerintahkan agar kita mengamalkan ilmu yang kita perolehi malah memberikan ancaman yang keras kepada golongan yang mengetahui ilmu tetapi tidak mengamalkannya seperti golongan Yahudi yang mengetahui akan kebenaran Islam tetapi tidak mahu beramal untuk Islam sebaliknya menentang Islam.
-
Kemudian,sekiranya semakin banyak kita menggunakan deria dalam belajar,semakin kuat dan cepat untuk kita mengingati sesuatu lmu. Juga,dalam kita belajar,kita hendaklah belajar secara aktif bukan pasif.Maksud aktif di sini ialah kita dapat belajar dengan penuh konsentrasi atau perhatian.Antara ciri pelajar yang aktif ialah mereka yang apabila membaca,mereka menggunakan jari telunjuk atau pen untuk menunjuk isi yang sedang dibaca,menggariskan isi-isi yang penting.Semua itu demi mengelakkan daripada kehilangan konsentrasi.Haruslah difahami belajar secara aktif di sini bukanlah merujuk kepada belajar sambil mendengar muzik yang dipasang kuat ataupun sambil bersembang tetapi ia merujuk kepada belajar secara penuh konsentrasi.Jika kita tidak mampu memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang dibaca,maka pada ketika itulah kita dianggap sebagai belajar secara pasif.
-
Akhir sekali,renungilah kata-kata al-Imam Syafei rahimahullah ini:“ Aku mengadu kepada Waki’(al-Imam Waki’ ibn Jarrah rahimahullah,guru kepada al-Imam Syafei rahimahullah) tentang buruknya hafalanku,maka dia menyuruhku supaya meninggalkan maksiat,dan dia mengatakan kepadaku bahawa sesungguhnya ilmu Allah itu adalah cahaya,dan cahaya Allah itu tidak akan diberikan kepada orang-orang yang membuat maksiat.”
ENJIN CARIAN BAHAN
Ahad, 6 Mei 2012
TIPS BELAJAR CEMERLANG !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PENYOKONG BLOG SEJARAH
PENAFIAN :
Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan