ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Jumaat, 26 November 2010

SUSAHNYA SEJARAH 1 2010 !!!!

INGATAN AWAL KEPADA PELAJAR PRA-U RENDAH (6RS/6RH/6RM 2010) – BACA DAN AMBIL PENGAJARAN AWAL-AWAL. JANGAN BUAT TAK RETI BASE JE !

Susahnya ! Itulah komen yang keluar dari mulut kebanyakkan dari kamu apabila berjumpa saya selepas keluar dewan peperiksaan. Majoriti menunjukkan muka sedih. Terlampau ‘shock’ dengan soalan yang terpaksa dan telah dijawab. Tak kurang juga yang terus naik kereta, dan terus balik. ( ho ho ho……gelihati pun ada. Ilyana…..Tak patut buat gitu ! Tak bagus !) Ramai yang macam tak yakin apa yang telah dijawab. Tapi ada juga yang menunjukkan keyakinan. Bagus !

Sebenarnya ini fenomena biasa selepas peperiksaan. Setiap tahun macam tu . Biasa la ……

Satu pesanan yang kerap saya ingatkan kamu semua sebelum ini ialah kamu mesti bersedia menghadapi soalan baru, soalan yang ‘seolah-olah’ kamu belum pernah jumpa, belum baca dan tak pernah belajar. Tapi sebenarnya itu hanya ilusi kamu saja …. kamu perasan belum belajar.

Kamu sudah belajar sebenarnya. Sudah baca. Sudah diterangkan dalam kelas. Cuma yang belum ialah penumpuan secara spesifik dan mendalam kepada tajuk itu. Memang susah la kan. Tajuk Sejarah mencakupi tajuk yang sangat luas. Tu saya faham. Semua cikgu Sejarah 1 pun faham !

Tapi sebenarnya, saya telah menyediakan kamu dengan pakej yang cukup untuk menjawab soalan. Bemula dari penekanan dalam kelas, bahan bacaan nota soalan-jawapan, dan tumpuan pecutan akhir. Hanya pelajar yang perihatin yang akan berasa selesa dengan soalan 2010. ( Ingatan : Pelajar Tingkatan 6 Rendah ambil perhatian dari sekarang).

Memang saya akui ada soalan yang saya juga anggap susah. Memanglah, kerana soalan dibina ada soalan aras rendah, sederhana dan tinggi. Tapi sepatutnya, pilihan yang diberikan adalah mencukupi untuk kamu pilih dan menjawab soalan.

Bahagian A : Sekurang-kurangnya soalan 1, soalan 4, soalan 5, dan  soalan 7 adalah soalan pilihan kamu. Soalan 1,4 , dan 7 agak mudah dan biasa kita bincang hal-hal yang berkaitan. Kamu hanya perlu bijak membuat perkaitan untuk menjawab soalan.  Soalan 5 adalah tepat sebagaimana soalan percubaan.

Bahagian B : Soalan yang sepatutnya menjadi pilihan kamu ialah soalan 9, soalan 10, soalan 11, soalan 12, dan mungkin 13. Soalan 9 dan 10 kamu perlu bijak buat perkaitan berdasarkan peristiwa sejarah yang berlaku. Sementara soalan 11 memang saya minta kamu fokus sebab tak pernah keluar. Soalan 12, memang tepat sebagaimana diramal dan minta kamu beri perhatian.

berdoa Apa pun soalan yang kamu pilih, telah kamu pilih dan jawab. Yang penting ialah saya nak kamu semua berfikiran positif. Qadha dan Qadar adalah kekuasaan Allah. Usaha telah dilakukan. Sekarang bertawakkal dan berdoa. Terus berdoa jangan jemu agar jawapan kamu menepati skema MPM yang masih menjadi rahsia. Terus munajat dan mohon dengan sungguh-sungguh dengan solat dan bersabar. Itulah yang telah dialami dan dilakukan oleh pelajar tahun lepas. Saya juga turut mendoakan kamu setiap hari.

Apa yang juga penting sekarang ialah pulun Sejarah 2. Ambil iktibar jika ada kesilapan dalam Sejarah 1. Buat yang terbaik. InsyaAllah, Sejarah 2 dapat ‘backup’ dan mengukuhkan lagi markah keseluruhan Sejarah 940  nanti. Buat sehabis baik. Selepas itu baru layak bertawakkal. Sememangnya kamu semua telah membaca dan berusaha kuat. Saya tau.

Untuk Sejarah 2, ingatan saya, bersedia untuk menerima soalan baru. Jawablah dengan bijaksana.

Selamat berjaya.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

5 ulasan:

Mun berkata...

Mmg susah pun cikgu.. Kebanyakkan soalan yg spot tak naik. Konpem peratus sejarah stp taun ni jatuh merundum. Parah.. Parah.

Q.U.e berkata...

cgu..sya cma dpt jwb 3 esei je..soalaan 1, 7 n 10..huu..
kcewa sgt...:<

ilyana berkata...

cgu..
maafkn sy..:( sy bukan balik...tp pegi mkn ngn faseh,mona n zati...
nk jumpe cikgu,tp dah naik kereta..:( cikgu,mintak maaf ats kelakuan sy yg x disengajekn tu... :(

mmg soalan susah...tp sy da buat yg terbaik...sy jwp smue soalan...smue yg cikgu ajr sy ingt n sy gunekn mase mejwp...
sej2 kne pulun abis2...bole cover sej1...insyaAllah...hehe!!

Cikgu Rashman berkata...

maaf diterima.....huhu. Len kali jgn buat macam tu. Memang tak sekolah pun pas ni.

Bagus ! Buat sehabis baik. InsyaAllah dapat markah terbaik juga. Doa banyak2. Sejarah 2 buat betul2.

Baca semua soklan target.....pandai2 jawab ikut kehendak soklan....

Selamat berjaya....amin

Tanpa Nama berkata...

salam yang penting ingat tuhan kita yakni ALLAH S.W.T kerana beliau la yang memeberi rezeki walaupun kita sudah usaha tanpa berkatnya kita x akan berjaya...

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.