ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Sabtu, 20 November 2010

PESANAN TERAKHIR !!!!!

Assalamualaikum , khususnya pelajar saya di SMK DARY dan semua pelajar Sejarah 1.

Di bawah ini dinyatakan sekali lagi panduan untuk menulis esei Sejarah 1 STPM. Panduan ini sangat berguna agar esei yang anda tulis menepati kehendak dari segi format menjawab.

Apa yang penting, jawablah apa yang dikehendaki oleh soalan. Gunakan segala ilmu dan idea yang anda telah baca untuk membentuk jawapan yang memenuhi kehendak soalan. Saya suka sarankan, jika ada fakta atau isi yang tak pasti,  tulis juga. Itulah jalan paling selamat. Ada banyak isi, tulis semua. Jangan sesekali biarkan tanpa jawapan. Usaha perah otak. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea. Kalau anda dah baca, takkanlah tak dapat buat perkaitan langsung.

Saya ingin menyakinkan anda bahawa, sistem pemeriksaan kertas Sejarah STPM akan dilakukan dengan prioriti menguntungkan calon. Jangan risau sangat tentang itu. Tugas anda, jawab seperti soalan tanya dengan kreatif dan tepat. Selebihnya, adalah tugas pemeriksa lantikan MPM. Itu tugas mereka. Anda berdoa sahaja selepas itu.

Selamat Menjawab. Sejarah mesti A (InsyaAllah)

A.  CIRI-CIRI PENDAHULUAN

1. Perenggan Pertama

2. Bukan Kehendak Soalan / Isi

3. Pengertian Kepada Konsep

4. Latar Belakang Kawasan

5. Latar Belakang Kepada Tema

B.  ISI:

  • Fakta
  • Huraian  + Contoh

FAKTA:

  1. Bilangan fakta bergantung kepada bahagian kehendak soalan tu.
  2. Satu bahagian : biasanya perlu ada 7 isi ( Jika ada lebih , tulis semua lebih selamat kerana selagi markah isi belum mencapai jumlah maksimum, anda akan dapat markah setiap isi yang ditulis)
  3. Lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian.( Contoh : Kalau soalan hendak konsep dan faktor, tentulah markah faktor lebih banyak daripada konsep )
  4. Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
  5. Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan

HURAIAN:

  1. Menjadi penerangan kepada fakta
  2. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah;mengapa/kenapa,/bagaimana/apakah implikasi/kesannya ( Kaedah 5W 1H la )
  3. Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian

CONTOH:

  1. Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
  2. Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:

i. Bila (tarikh, tahun, abad)

ii. Siapa (nama, kaum,)

iii. Di mana (tempat)

iv. Banyak mana (kadar, bilangan)

v. Apa ( peristiwa )

C.  KESIMPULAN:

1. Apa sahaja yang berkaitan.

2. Tidak mengulangi pernyataan soalan

3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi

Pendahuluan dan Kesimpulan adalah bahagian yang mudah untuk dapat markah. Jangan abaikan bahagian ini. Sebanyak 4 atau 5 markah maksimum boleh anda kutip di sini. Jangan buat sambil lewa …….

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cikgu , nak tanya
jika soalan tanya bandingkan
contoh, bandingkan india dan china
perlukah india dan chine tulis dalam 1 perenggan dgn askpek yg sama atau boleh cerita india dulu , lepas baru china?
kalau soalan bukan bandingkan tetapi juga tanya pasal 2 negara?

Cikgu Rashman berkata...

Salam, dari mana dan sapa nama,

Bagi soalan banding, yg wajib ialah mesti banding dgn letak penanda wacana eg berbanding, sementara, sebaliknya, dll.

Saya syorkan letakkan dalam satu perenggan aspek yg sama.

Boleg asing India dulu baru China, tapi jika tiada tunjuk banding aspek yg sama, akan menjejaskan markah. Mungkin dianggap tak banding.

Kalau bukan banding tak jadi masalah. pilih mana2 cara. jika buat bentuk bandng pun betul, dalambbentuk huraian bincang pun boleh.

Jelas tak ??

Tanpa Nama berkata...

okay , sangat2 jelas!
terima kasih cikgu byk2....
saye dari johor,
blog cikgu telah bantu saya byk,
semoga saya berjaya.hehehe
terima kasih lagi sekali.
take care ya cikgu!

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.