ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Sabtu, 13 November 2010

INGAT TARIKH PENTING INI !!

Kepada pelajar saya di SMKDARY khususnya dan pelajar seluruh Malaysia yang dikasihi,

Peperiksaan STPM hampir sangat dah . Kemunculannya dinanti dengan penuh debaran. Mustahil tiada siapa yang akan mendudukinya ‘cool’ macam tak ada perasaan. Walau apa pun kamu semua kena kontrol emosi dan tindakan masing-masing. Kena tenangkan diri. Kena terus berusaha dan mesti meletakkan keyakinan yang tinggi memohon pertolongan Allah dengan bersolat, berdoa dan bersabar. Buatlah Solat Hajat, membaca surah Yassin  dengan niat memohon bantuan Allah dan saya suka syorkan, jangan tinggal solat Dhuha.

Kita mahukan kejayaan dan dalam masa yang sama kejayaan yang mendapat restu, berkat dan keredhaan Allah. Jangan lupa, untuk mendapat redha Allah, mesti mesti terlebih dahulu mendapat redha Ibu bapa dan guru-guru kamu. Mohon ampun dan keredhaan dari mereka. Biar kamu semua mengambil peperiksaan nanti tanpa hijab dari Allah. Keberkatan ni benda yang tak nampak. Kita tak mahu kejayaan kita nanti merupakan ‘istidraj’.

Terus berusaha dan semoga berjaya. Saya tidak lupa untuk memanjatkan doa khususnya untuk pelajar-pelajar saya yang dikasihi. Moga kamu semua diberkati.

Semoga segala apa yang saya ajarkan, dapat memberi manfaat kepada kamu semua khususnya untuk menjawab soalan peperiksaan. Ingat, apa yang saya ajar dan nasihatkan bukan untuk kehidupan kamu sekarang sahaja tapi panduan untuk akan datang.

Saya meredhai dan merestui kamu semua sebagai pelajar saya. Semoga berjaya hendaknya…….Amin.

25 November

(Khamis)

8:00 pg–11:00pg

940/1

Sejarah 1 (Tamadun DuniahinggaTahun 1800)

3jam

2:00 ptg –5:00 ptg

944/1

Ekonomi 1 (Mikroekonomi)

3jam

 

2 Disember

(Khamis)

8:00 pg – 11:00 pg

940/2

Sejarah 2 (Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800 - 1963)

3jam

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

1 ulasan:

Ingin A dalam Sejarah STPM berkata...

cikgu... sebelum stpm ni saya nak ucap terimakasih byk2 pd ckg... hampir semua skema yg ckg bg saya print dan binding, buat study material dan analisis soalan.. soalan yg keluar di kebanyakan negeri masa trial tu saya dah pilih untuk tekankan.. harap2 ia betul2 keluarlahkan ckg ye...

yang saya fokus kertas 1
(berdasarkan analisis yg saya buat)

Bhg A
Tema 1-organisasi sosial (sbb ini xpernah keluar lg)
Tema 2- Pembentukan negara kota (penekanan pd sparta dan athens)
-tokoh empayar
-peranan raja dlm sis.pentadbiran kerajaan berpusat/republik/demokrasi
-pembentukan negara bangsa (eropah)

Tema 3
-pemikir ketenteraan kautilya dan niccola machiavelli (tapi saya baca sun tzu juga sbb takut ia keluar secara berpasangan)
-konsep ketahanan n pertahanan
-taktik n strategi

Tema 4
-konsep sara diri, komersil, kapitalis
-eko sara diri, komersil, kapitalis di eropah dan Alam melayu

Tema 7
-Matlamat P&P Barat n Islam
-Tokoh: Cheng Ho (blm pnh keluar) Ibn Batutta, Marco Polo (saya baca juga I-Ching, takut dia minta China, takkan nak bagi Cheng Ho saja kan)

Bhg B
Tema 1
-ciri2 masyarakat Jahiliyah
-perubahan masyarakat selepas kdtgn islam
-latar belakang msyrkt

Tema 2
-konsep+kepentingan hijrah
-kepentingan Piagam Madinah
-faktor&kesan perjanjian hudaibiyah
-konsep syura/cara perlantikan khalifah

Tema 3
-Faktor peperangan dlm Islam
-kesan pembukaan kota Makkah
-Perang: Uhud (blm pernah keluar)

Tema 4
-konsep baitulmal
-sejarah perkembangan dan sumber baitulmal:
zakat, usyur, kharaj, jizyah, al-fay dan ghanimah (penekanan pada zakat)
-dari zaman Rasulullah, Khulafa Ar-Rasyidin dan Umaiyah

Tema 7
-Matlamat P&P
-perbandingan P&P Islam dgn Barat
-sumbangan tokoh2 Islam dalam P&P (Ibn Batutta, Ibn Majid-belum keluar. dah keluar-ibn hawqal dan al-masudi tapi saya baca sekali lalu juga)

pada pendapat ckg, ok tak tajuk yg saya fokus ni? ke ada yg terkurang/tak penting?

harap ckg pun boleh buat analisis supaya mudahkan pelajar fokus. saya tau kita cuma nak jawab 4 soalan, tapi baca banyak tu untuk keselamatan kan.

sekian, terimakasih byk ckg. saya masih dalam proses buat analisis kertas 2

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.