ENJIN CARIAN BAHAN

Jumaat, 14 Mei 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – KEPENTINGAN ZAMAN NEOLITIK

Huraikan kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.

PENDAHULUAN

1. Latar belakang zaman prasejarah

  • Terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.

2. Latar belakang zaman Neolitik

  • Dikenali juga sebagai zaman prasejarah akhir atau Zaman Batu Baru.
  • Wujud kira-kira 7000 S.M – 3500 S.M
  • Kewujudan zaman ini berbeza mengikut tempat di dunia.

3. Zaman neolitik ini merupakan perintis kepada perkembangan tamadun dunia berikutan kewujudan beberapa ciri persamaan antara zaman neolitik dan zaman tamadun awal manusia.

ISI: Kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.

1. Asas Penemuan Kemajuan Sains dan Teknologi

  • Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
  • Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
  • Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.
  • Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
  • Penemuan bajak dan roda menambahkan lagi daya produktiviti manusia
  • Contoh ; penemuan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka.
  • Haiwan seperti kuda dan kerbau di latih untuk mengangkut barang atau membajak sawah.
  • Kesan penggunaan alat-alat ini telah meningkatkan hasil pertanian.
  • Penciptaan rakit dan perahu pada zaman Neolitik juga membawa kepada perkembangan pembuatan kapal untuk menjalankan aktiviti perdagangan pada zaman tamadun awal manusia. Contoh, perdagangan antara Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Indus.

2. Pembentukkan Revolusi Pertanian

  • Zaman neolitik juga dianggap perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka.
  • Antara ciri tamadun dalam aspek ini ialah berlakunya revolusi pertanian. Revolusi ini sebenarnya telahpun bermula pada zaman neolitik.
  • Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan.
  • Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber hutan, sebaliknya mula bercucuk tanam dan menternak haiwan.
  • Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan.
  • Kesuburan tanah dan penghasilan makanan yang mencukupi untuk menampung penduduk telah mencetuskan revulusi urban atau perbandaran.
  • Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar Memphis dan Dhilkah dan Thebes

3. Mewujudkan Proses Urbanisasi/Perbandaran.

  • Perubahan kepada cara hidup bermastautin atau membina petempatan kekal juga menyebabkan zaman neolitik ini dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun manusia.
  • Salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah kejayaan membina petempatan kekal.
  • Dengan corak ini membolehkan manusia bergiat dalam aktiviti bercucuk tanah dan menternak haiwan serta membina tamadun.
  • Masyarakat Neolitik yang telah mula hidup menetap dan bilangan penduduk yang ramai telah membentuk sebuah perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi bandar dan negara kota.

4. Mewujudkan Sistem Kepercayaan dan Agama

  • Kepercayaan manusia neolitik juga menjadi perintis kepada kewujudan sistem kepercayaan manusia bertamadun.
  • Dalam masyarakat neolitik telah wujud naluri berugama. Walaupun masyarakat Neolitik mempercayai kepercayaan berunsur alam sekitar, namun dari kepercayaan inilah yang akhirnya telah melahirkan kepercayaan beberapa kepercayaan lain dalam masyarakat bertamadun.
  • Pada zaman Neolitik, manusia mempercayai kuasa ghaib yang dipercayai menentukan nasib mereka.
  • Mereka percaya kepada semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta.
  • Manusia boleh menerima hukum alam. Contoh ; banjir.
  • Kesan daripada sistem kepercayaan dan agama pada zaman Neolitik menyebabkan berlakunya amalan politeisme iaitu penyembahan dewa-dewi.
  • Dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
  • Jika tidak disembah,dewa-dewi akan membawa malapetaka seperti banjir, dan kemarau.
  • Contoh; tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
  • Contoh; dalam tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa-dewi yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.

5. Pembentukkan Pengkhususan kerja

  • Pada zaman Neolitik pengkhususan kerja hanya melibatkan jantina sahaja iaitu kaum lelaki kepada aktiviti memburu dan kraftangan (seperti penghasilan peralatan, tembikar dll) sementara kaum wanita bercucuk tanam.
  • Pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti mereka dan merangsang kepada aktiviti perdagangan. Kewujudan pengkhususan kerja ini berikutan telah wujudnya kepelbagaian keperluan dalam masyarakat Neolitik.
  • Pengkhususan kerja pada zaman Neolitik ini menyebabkan setiap anggota masyarakat pada zaman Tamadun mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti petani, penternak, artisan dan askar.
  • Pengkhususan kerja mempercepat lagi proses urbansisasi dan perkembangan tamadun.
  • Contoh; tamadun China

6. Mewujudkan Organisasi Sosial

  • Organisasi sosial / institusi kekeluargaan dalam masyarakat Neolitik membawa kepada kewujudan corak politik yang mudah.
  • Pada zaman Neolitik, wujud ketua kampung yang menyelesaikan sebarang ertikaian berkaitan dengan pertanan atau hak milik tanah.
  • Perkembangan ini telah membawa kepada kewujudan institusi politik yang lebih kompleks dalam masyarakat bertamadun.
  • Struktur dan organisasi masayarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
  • Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
  • Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
  • Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
  • Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan
  • Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing
  • Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja yang berat.
  • Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
  • Contoh ; tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hamumurabi

7. Mewujudkan Aktiviti Kesenian dan Sistem Tulisan

  • Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan.
  • Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku.
  • Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
  • Contoh: tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacara keagamaan dan harta kuil.
  • Contoh: tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.

Kesimpulan

  • Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik.
  • Kemunculan tamadun awal manusia telah melahirkan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti Tamadun Yunani dan Tamadun Eropah.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.